Monday, May 24, 2010

Perbezaan Antara Dosa Adam a.s. dan Syaitan Laknatullah


Syaitan melakukan kesalahan dengan tidak menuruti perintah Allah s.w.t. dalam keadaan sedar dan tahu. Syaitan juga tidak mengaku kesalahannya, kerana sifatnya yang sombong dan takabbur di hadapan Allah s.w.t. Sikapnya itulah menyebabkan syaitan tidak mahu meminta ampun dan bertaubat kepada Allah s.w.t.
Sedangkan Nabi Adam a.s. melanggar larangan Allah s.w.t. adalah disebabkan dorongan hawa nafsu dan tipu daya serta pujuk rayu dari syaitan yang mengajak ke arah kejahatan. Kesalahan Nabi Adam adalah lebih ringan daripada kesalahan syaitan. Nabi Adam juga telah menyesal setelah menyedari bahawa ia telah melanggar perintah dan larangan Allah s.w.t. Nabi Adam a.s. sedar apabila ditegur, seperti firman Allah yang bermaksud:

    "Bukankah telah Aku tegah kamu berdua dari memakan buah pohon khuldi itu, dan bukankah sudah Aku katakana kepadamu berdua, bahawa syaitan itu bagimu adalah musuh yang paling nyata!" (Al-A'raf: 22)

No comments:

Post a Comment