Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Siapa yang di akhir hayanya (ketika hampir mati) sempat menyebut LA ILA HA ILLAH, maka pasti ia masuk syurga” (Ahmad, Ibnu Hibban dan Al-Hakim)
Perlu diingatkan, seseorang yang akan mudah menyebut kalimah syahadah sewaktu hampir mati ialah orany yang dalam kehidupan hariannya menunaikan hak-hak kalimah itu setelah ia berikrar menjadi seorang Muslim. Bukan orang yang Islamnya cuma pada pengakuan, sedangkan kehidupan
Ketika seseorang itu berhadapan dengan maut dan ketika ia dibangkitkan semula, mengikut gambaran kehidupnnya ketika di dunia. Hal itu disabdakan sendiri oleh Rasulullah s.a.w. Dari Jabir r.a., katanya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda dengan maksudnya:
“Setiap hamba (manusia) akan dibangkitkan semula (di hari kiamat) kelak mengikut watak dan keadaan ketika ia hidup di dunia.” (Muslim)
No comments:
Post a Comment