Thursday, March 10, 2011
Ummu Hakim Ingin Berkumpul Bersama Suaminya di Syurga
Ummu Hakim binti Al-Haris adalah isteri kepada Ikramah bin Abu Jahal. Sebelum memeluk islam, ia pernah bersama-sama suaminya menentang Rasulullah dalam Perang Uhud. Dalam perang tersebut mereka sangat ganas mewarisi sifat ayah Ikramah, iaitu Abu Jahal.
Bagaimanapun setelah penaklukan Kota Mekah oleh Rasulullah s.a.w., Ummu Hakim telah memeluk Islam tanpa disertai suaminya, Ikramah yang masih mempertahan agama nenek moyangnya yang sesat tersebut. Namun kerana sayangnya terhadap suaminya, Ummu Hakim meminta perlindungan kepada Rasulullah untuk Ikramah. Dengan itu kaum Muslimin memberi keamanan terhadap Ikramah. Tetapi kerana takut, Ikramah tetap melarikan diri keluar dari Mekah.
Ummu Hakim mencari dan mengikut jejak suami hingga ia berjumpa Ikramah di Yaman.Ummu Hakim berjaya menyusuli ikramah di pantai Tihamah, dimana suaminya sedang mencuba menyeberangi laut. Ummu Hakim tidak membuang masa, lalu berteriak: “Wahai Ikramah, aku menjemputmu dari orang yang paling suka menyambung silaturrahim, paling suka berbuat kebajikan. Janganlah engkau binasakan dirimu. Aku telah meminta pengampunan untukmu dan mereka pun memberi jamina keamanan terhadapmu.”
Ikramah bertanya: “Engkaukah yang melakukan itu?”
Jawab Ummu Hakim: “Ya, saya yang membicarakannya dengan mereka, lalu mereka menjamin keamananmu.”
Akhirnya Ikramah kembali bersama isterinya ke Mekah. Ummu Hakim minta izin untuk membawa Ikramah mengadap Rasulullah dan permohonan diperkenankan.
Dengan itu Ummu Hakim berjaya mengislamkan ikramah, dan berjaya menyelamatkan suaminya yang tercinta dari seksaan api neraka. Ummu Hakim juga termasuk wanita yang mempunyai peranan yang amat besar dalam setiap pertempuran. Ia pernah mengikuti Perang Yarmuk, Perang Marajush-Shifar serta pertempuran di jantung kota fushthat dan berjaya membunuh tujuh tentera Rom.
Ummu Hakim bukan sahaja berjasa dalam penyebaran agama Islam, ia juga berjaya menjadi tauladan bagi suaminya, untuk bergabung dengannya di barisan hadapan tentera Muslimin ketika menentan orang-orang musyrik. Ummu Hakim adalah wanita contoh dengan memperlihatkan sifat yang begitu setia terhadap suami, serta berusaha sedaya upaya menyelamatkan suaminya dari keganasan api neraka.
Labels:
Wanita Syurga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment