Wednesday, March 30, 2011
Larangan Berpakaian Untuk Kemahsyuran
Riwayat daripada Abu Dzar r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. bersabda maksudnya:
“Barangsiapa yang memakai pakaian kemahsyuran, nescaya akan terpalinglah dia dari pandangan Allah sehingga dia membuangkannya”
Riwayat dari Said Al-Musaiyib yang meriwayatkannya pula daripada Abu Hurairah dan Zaid bin Tsabit r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. pernah melarang dua jenis kemahsyuran. Maka para sahabat bertanya: Hai Rasulullah! Apakah itu dua kemahsyuran? Jawab Baginda: Pakaian yang lembut dan tebal, yang halus dan kasar, dan yang terlalu panjang dan yang terlalu pendek, manakala yang dianjurkan yang secukupnya dan sesuai dengan tubuh!
Daripada Umar al-Khatab r.a. bahawa Nabi bersabda: Sesiapa yang Memakai pakaian yang termahsyur, nescaya ia akan dihina oleh Allah nanti di hari kiamat! Riwayat dari Umar r.a. juga, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang berpakaian baju kemahsyuran, ia akan dipakaikan Allah baju kehinaan nanti di hari kiamat!
Riwayat dari Abu Darda’ katanya: Siapa yang menunggang yang termahsyur dari binatang kenderaan, nescaya Allah akan memalingkan pandanganNya daripada orang itu selama ia terus menunggangnya, meskipun dia seorang yang dimuliakan.
Diriwayatkan bahawa Ibnu Umar r.a. pernah melihat puteranya memakai pakaian buruk dan terlalu murah, maka dia melarang puteranya memakainya seraya berkata: Jan gan pakai baju ini, sebab baju ini mencari kemahsyuran!
Diriwayatkan daripada Muqatil bin Buraidah, daripada ayahnya Buraidah, dia bercerita: Aku pernah menyaksikan penaklukan kota Khaibar bersama-sama Rasulullah s.a.w. dan juga di antara orang-orang yang memanjat bentengnya, dan aku terus berperang bermati-matian, sehingga ketara perananku di dalam pertempuran itu, kemudian aku datang kepada beliau sedang aku Berpakaian merah. Ketika itu barulah aku tahu yang aku telah melakukan suatu dosa yang terbesar sekali, iaitu mencari kemahsyuran.
Labels:
Akhlak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment