Tuesday, March 15, 2011

Orang Yang Hampir Mati Digambarkan Nasibnya Di Akhirat



Terdapat keterangan bahawa orang yang hampir mati digambarkan tentang hal keadaan nasib dirinya di akhirat, apakah ia di tempatkan di dalam syurga atau di dalam neraka.

Ketika itu Allah membuka hijab kepada orang yang rohnya sedang keluar dari jasadnya dan ia dapat melihat perkara-perkara ghaib, ketika itu juga Allah memperlihatkan tempat ia akan ditempatkan di akhirat, sama ada di syurga atau di neraka.

Allah berfirman maksudnya:

“Kami membuka (menyingkap) takbir yang menutup pemandangan kamu selama ini, lalu kamu dapat melihat dengan jelas pada hari ini (ketika hari hampir mati/nazak)” (Qaaf: 22)


Tersebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

“Barang siapa yang suka bertemu Allah, maka Allah pun suka bertemu dengannya. Barang siapa yang tidak suka bertemu dengan Allah, maka Allah pun tidak suka bertemu dengannya” Mendengar sabda tersebut, Siti Aishah pun berkata “Adapun mengenai mati, kamu tidak menyukainya.” Rasulullah s.a.w. lalu bersabda; “Bukan macam itu, sesungguhnya orang mukmim itu apabila ia hampir mati, datang berita gembira kepadanya bahawa ia akan mendapat keredhaan Allah dan mendapat kedudukan yang mulia. Maka ketika itu ia merasa amat suka dan gembira untuk bertemu dengan Allah dan Allah amat suka bertemu dengannya. Ada pun orang kafir apabila hampir mati, datang berita buruk bahawa ia akan diseksa dan diazab oleh Allah s.w.t. Maka ia pun tidak mahu bertemu dengan Allah, maka Allah pun tidak mahu bertemu dengannya.”

No comments:

Post a Comment