Monday, March 7, 2011
Keputusan Bawah Sedar
Katakanlah anda sedang memandu kereta di sebuah taman perumahan dan tiba-tiba seorang kanak-kanak muncul di hadapan kereta yang anda pandui. Anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk berhenti. Anda boleh melanggar kanak-kanak tersebut, atau belok ke kanan untuk melanggar kenderaan lain di hadapan anda, atau belok ke kiri untuk melanggar halaman rumah taman tersebut. Semua analisis ini perlu dibuat keputusan kurang dari satu saat.
Anda telah membuat keputusan, tetapi ia berlaku secara bawah sedar, anda menggerakkan kereta ke kanan. Hakikatnya ialah membuat keputusan bagi sebarang tindakan mengambil masa yang lebih lama berbanding masa yang diperlukan untuk bertindakbalas secara bawah sedar sampai ke minda sedar.
Beberapa kemahiran yang kita gunakan dalam kehidupan hariran yang kita lakukan tanpa kita sedari. Melalui latihan, kita selalu memperkembangkan proses otomatik yang dilakukan semasa kita tidak menyedarinya. Minda sedar sedar kita mengawal pembelajaran kemahiran-kemahiran ini, tetapi ia tidak mengawal apa yang dilakukan.
Kita semua pernah melalui pengalaman kerja yang baru. Pada mulanya kita merasa janggal, perlahan dan juiga keliru. Kemudaian pada suatu hari kita berjaya mengatasinya. Kita tidak menyedari sebarang perubahan, kita boleh melakukannya secara tiba-tiba. Minda bawah sedar kita telah mengamil alih, dan kita melakukan tugas baru dengan lebih baik apabila kita berhenti memikirkan tentangnya dan membiarkannya berlaku secara otomatik, sementara minda sedar menumpukan hal-hal lain.
Banyak maklumat yang diterima melalui organ-organ penderiaa, malahan manusia hanya sedar sebahagian kecil proses pemikiran yang kompleks disebalik tindakan-tindakan mereka, dan sering juga tidak sedar akan tindakan-tindakan mereka. Namun kita juga perlu miliki perasaan untuk melawan sesuatu di luar kawalan kita. Kita sering menemui musuh kita, dan selalunya ia adalah diri kita sendiri.
Labels:
Motivasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment