Kesihatan mental kanak-kanak yang normal di definisikan sebagai seseorang itu dapat :
- Memulakan dan mengekalkan perhubungan peribadi yang memberi kepuasan kepada kedua-dua belah pihak.
- Meneruskan kemajuan perkembangan psikososial.
- Bermain dan belajar untuk mendapat pencapaian yang setaraf dengan umur dan tahap intelek.
- Merasakan apa yang betul dan salah dari segi normalnya
( Mental Health Problem in Children )
Apakah maksud perkembangan psikososial yang normal?
Perkembangan psikososial ialah proses sepanjang hayat, tetapi apa yang dipelajari semasa 5 tahun pertama akan membentuk perkembangan ini. Perkembangan ini boleh dibahagikan kepada :
- Kognitif ( proses mental ) – memahami , membuat perkiraan, membuat pertimbangan menyelaras fungsi motor,persepsi dan sebagainya.
- Emosi- perkembangan pantas sewaktu pra- sekolah, tugasan ini termasuk; (Mengenalpasti kepentingan dan jenis-jenis emosi, Berlajar mengawal emosi, Memahami kesan emosi terhadap tingkahlaku)
- Sosial - Dipengaruhi oleh suasana dan bentuk pergantungan kepada ibubapa atau penjaga utama.
- Moral - Melibatkan isu-isu betul atau salah.
Keperluan kesihatan mental terbahagi kepada dua:
1. Keperluan asas kehidupan
- Tempat berlindung dan keselamatan
- Makanan
- Penjagaan fizikal
- Penjagaan Kesihatan
- Keyakinan kepada tuhan
- Kasih sayang yang tidak berbelah bahagi
- Keselamatan dan kestabilan
- Rangsangan yang sewajarnya dan pengalaman baru
- Bermain dibawah pengawasan yang mantap
- Pendidikan
- Bimbingan yang betul
- Ketegasan dan disiplin yang diatur
- Kebiasaan harian yang boleh dijangka
- Sikap keibubapaan yang sihat
Sumber: http://www.infosihat.gov.my/
No comments:
Post a Comment