Friday, May 20, 2011

Akibat Sombong


Dari kisah Adam a.s., kita boleh mandapat pelajaran agar jauhkan diri dari sifat sombong. Ketika iblis melakukan kesombongan dengan tidak mahu menurut perintah Allah s.w.t., maka ia ditimpa kehinaan dan diusir keluar dari syurga secara yang amat terhina. Firman Allah s.w.t. maksudnya:

Allah berfirman:

"Turunlah kamu dari syurga itu; Kerana kamu sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, Maka keluarlah, Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina". (Al A'raaf: 13)

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:

“Barangsiapa yang tunduk peraturan Allah, nescaya Allah akan naikan (darjatnya) dan barang siapa yang sombong Allah akan menghinanya.”

Orang yang sombong/ego tidak mahu tunduk kepada kebenaran atau menerima kritikan yang membangun daripada orang lain, terutama orang bawahan merekan . Kerana mereka b erpendirian, maruah mereka akan jatuh sekiranya mendengar/mengikuti pandangan orang bawahan. Firman Allah bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri." (Luqman: 18)

Orang yang sombong wajib mendapat hukuman pedih dan diseret dari kelompok orang Mukmin kemudian dihina ke dalam kelompok orang-orang terkutuk. Allah s.w.t. berfirman maksudnya:

"Keluarlah dari syurga, kerana sesungguhnya kamu terkutuk. Dan sesungguhnya kutukan itu akan tetap menimpamu hingga hari kiamat kelak."(al-Hijr: 30-35)

Demikian akibat dari kesombongan, kerana sesungguhnya kesombongan itu mengakibatkan lemah akal. Imam Ja’far As-Shadiq memberikan gambaran tentang sifat orang yang sombong, “Kesombongan yang masuk kedalam hati seseorang, akan keluar dari akalnya sesuai dengan kesombongan yang memasukinya”

No comments:

Post a Comment