Thursday, May 19, 2011
Syaitan berusaha menceraikan suami isteri
Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda;
“Sesungguhnya iblis itu menaruh singgahsananya di atas air. Kemudian mengirim tenteranya. Maka yang paling hampir kedudukannya dari antara mereka ialah paling besar mengadakan fitnah. Seorang dari mereka melapurkan: Aku telah berbuat begini dan begitu. Maka berkata iblis: Engkau tidak berbuat apa-apa. Berkata Rawi: Kemudian datang lagi seorang dari mereka dan melapurkan: Aku tidak tinggalkan orang itu, sehingga aku ceraikan antara dia dan isterinya. Berkata Rawi: Maka didekatilah dia seraya berkata iblis: Engkaulah yang sebaik-baiknya.” (Riwayat Ibnul Jauzi)
Dari keterangan hadis ini kita dapat mengetahui bahawa iblis itu menyebarkan tenteranya ke seluruh dunia untuk menggangu dan menggoda manusia dengan segala tipuan, pujukan, bisikan, fitnah dan sebagainya.
Setiap hari, tenteranya itu melaporkan hasil pekerjaannya. Dari semua hasil kerja mereka yang dianggap paling beruntung dan paling baik ialah menceraikan antara suami dengan isterinya. Mengapa perkara itu dianggap penting dan baik? Sebab sekiranya rumahtangga sudah berantakan dan kacau bilau, maka penghuninya juga akan bercelaru. Anak-anak tidak terurus dan terabai. Akhir sekali sekiranya banyak rumah mengalami krisis, akan menyebabkan masyarakat turut hancur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment