Program Bahagian Latihan & Bimbingan Usahawan bertujuan untuk mewujudkan usahawan-usahawan baru serta mempertingkatkan tahap pengetahuan, kemahiran serta keupayaan pengurusan usahawan Bumiputera melalui latihan keusahawan, bimbingan, khidmat nasihat, bantuan dan galakan supaya mereka menjadi usahawan tulen yang berkualiti dan berupaya mengurus projek-projek perdagangan dan perindustrian kecil dan sederhana yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.
Perlaksanaan :-
- Mengadakan kemudahan Latihan Keusahawanan secara teori dan amali untuk membimbing dan membantu usahawan yang berminat dan berpotensi untuk menceburi bidang perdagangan dan perusahaan.
- Mengadakan Skim Runding Cara bagi menyediakan kemudahan peralatan dan bimbingan kepada usahawan yang mempunyai asas teknikal, untuk melahirkan usahawan yang berjaya mengendalikan projek Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
- Memberi Kemudahan Pengeluaran dan Perintis bagi mempertingkatkan produk Bumiputera dalam aspek pengeluaran, pembungkusan, pelabelan dan pemasaran.
- Menyediakan Skim Promosi & Pemasaran yang bertujuan untuk membantu usahawan Bumiputera dalam meningkat dan memperluaskan pasaran barangan keluaran yang disedia ada di pasaran.
- Menyediakan kemudahan fisikal dan lain-lain aktiviti sokongan untuk memudahkan usahawan memulakan perniagaan melalui Pusat-pusat Inkubator,Program Usahawan Teknikal (PUTEK) & Pusat Sumber Teknologi Perabot (FITEK)
- Inkubator Perkilangan Bumiputera (INTEP)
- Landskap BPU
No comments:
Post a Comment