Wednesday, February 16, 2011

5 Ciri Penting Kecemerlangan Seorang Pekerja Berkaitan Dengan Kecerdasan Emosi



  1. Kemahiran berkomunikasi dan Mendengar
  2. Kebolehan menyesuaikan diri dan memberi respon kreatif terhadap kegagalan dan halangan
  3. Pengurusan peribadi, keyakinan, motivasi untuk bekerja ke arah matlamat, kesungguhan untuk mengembangkan kerjaya sendiri dan bangga dengan pencapaian yang diperolehi
  4. Keberkesanan interpersonal dan kumpulan, kerjasama dan kerja berpasukan, kemahiran berunding
  5. Keberkesanan dalam organisasi, keinginan untuk berkhidmat, dan berpotensi sebagai pemimpin
Adele B. Lynn (2005) mengemukakan lima komponen dalam model kecerdasan emosi, iaitu:
  1. Kesedaran Kendiri dan Kawalan Kendiri: Kebolehan untuk memahami sepenuhnya diri sendiri dan menggunakan maklumat tersebut untuk mengurus emosi secara produktif.
  2. Empati: Kebolehan untuk memahami perspektif orang lain.
  3. Kemahiran Sosial: Kebolehan membina hubungan dan Ikatan yang iklas dan dapat menunjukkan sifat Penyayang, ambil berat dan konflik secara sihat.
  4. Pengaruh Peribadi: Kebolehan memimpin dan memberi inspirasi secara positif kepada orang lain, selain diri sendiri.
  5. Pengusaan Tujuan dan Visi: Kebolehan membawa ketulenan dalam kehidupan sendiri dan menjalani kehidupan mengikut niat dan nilai yang dipegang.

No comments:

Post a Comment