Nabi Ismail as telah berkahwin dengan wanita dari Jurhum apabila meningkat dewasa. Nabi Ismail merasa bahagian membentuk rumahtangga bersama isterinya, dan dapat melupakan sementara penderitaan dan ujian-ujian hidup yang dilalui bersama-sama dengan ibunya Siti Hajar. Namun begitu ibunya Siti Hajar wafat secara tiba-tiba setelah Nabi Ismail berkahwin. Alangkah sediuhnya Nabi Ismail ditinggalkan Ibunya yang selama ini amat menyayanginya serta bersama-sama menghadapi suka dan duka kehidupan.
Walaupaun Ismail telah meningkat dewasa serta sudah berkeluarga, Nabi Ibrahim tidak pernah sesekali melupai Nabi Ismail. Sekali sekali Nabi Ibrahim menjenguk Nabi Ismail di Mekah, kerana ingin melepaskan perasaan rindu terhadap Nabi Ismail. Pada suatu hari Nabi Ibrahim mengunjungi Nabi Ismail, akan tetapi Nabi Ismail tiada di rumah, hanya tinggal isteri Nabi Ismail sahaja. Semasa berbual dengan isteri Nabi Ismail, Nabi Ibrahim bertanya khabar tentang kehidupannya bersama-sama dengan Nabi Ismail. Isteri Nabi Ismail berkeluh kesah tentang keadaan rumah tangganya yang serba kekurangan.
Di akhir perbualan Nabi Ibrahim meminta diri sambil berpesan kepada menantunya, agar menyampaikan salam dan menasihatkan kepada Nabi Ismail supaya ambang pintu rumahnya digantikan.
Sejurus setelah Nabi Ibrahim pulang, maka muncul Nabi Ismail dan ia tidak sempat berjumpa ayahnya Nabi Ibrahim. Isteri Nabi Ismail segera menyampaikan salam dan memberitahu apa yang dipesankan oleh Nabi Ibrahim kepadanya. Nabi Ismail memahami apa yang dipesan oleh ayahnya. Pesanan tersebut bermaksud nasihat agar Nabi Ismail segera menceraikan isterinya. Lalu Nabi Ismail menceraikan isterinya dan dikembalikan kepada keluarganya. Tidak lama kemudian Nabi Ismail menyunting gadis lain pula dari Bani Jurhum, sebagai isteri baru.
Tidak beberapa lama kemudian datanglah Nabi Ibrahim untuk mengunjungi puteranya Nabi Ismail. Seperti sebelumnya, Nabi Ibrahim tidak berhasil berjumpa Nabi Ismail. Namun begitu dia dapat berbual dengan isteri baru Nabi Ismail. Isteri baru Nabi Ismail menjemput ayah mentuanya iaitu Nabi Ibrahim dengan muka yang manis. Semasa perbualan mereka isteri Nabi Ismail melahirkan rasa bersyukur dan menyatakan rumah tangga mereka amat bahagian dan sejahtera.
Mendengar kata-kata isteri Nabi Ismail tersebut, maka berpuas hatilah Nabi Ibrahim. Diakhir perbualan mereka, Nabi Ibrahim berpesan kepada isteri Nabi Ismail agar menyampaikan salam kepada Nabi Ismail dengan disertai nasihat, supaya ambang pintu rumah mereka tidak perlu ditukar lagi. Nasihat tersebut bermaksud supaya Nabi Ismail tidak perlu menceraikan isterinya.
No comments:
Post a Comment