Wednesday, February 23, 2011

Penggunaan Antibiotik di Kalangan Kanak-kanak



Apakah Antibiotik?

Antibiotik adalah ubat yang terhasil dari mikroorganisma seperti kulapok dan bakteria yang dapat membunuh ataupun membantutkan pembiakkan mikroorganisma yang lain semasa rawatan sesuatu jangkitan penyakit. Kumpulan ini hanya berkesan terhadap bakteria dan kulat dan ianya tidak sesuai untuk rawatan jangkitan virus.

Apakah jangkitan yang biasa di kalangan kanak-kanak?
  • Jangkitan telinga - mungkin memerlukan atau tidak memerlukan antibiotik.
  • Jangkitan sinus - antibiotik hanya diperlukan pada kes yang teruk dan berpanjangan.
  • Jangkitan dada - mungkin memerlukan atau tidak memerlukan antibiotik.
  • Jangkitan tekak - jarang memerlukan antibiotik kerana jangkitan ini kerapkali disebabkan oleh virus.
  • Selsema - antibiotik tidak diperlukan.
Apakah kesan sampingan yang mungkin di alami oleh anak anda?
  • Reaksi alahan; ruam, kegatalan, bengkak-bengkak dan lain-lain (bawalah anak anda berjumpa doktor dengan segera)
  • Ketidakselesaan perut
  • Cirit-birit
Isu-isu penting

Bakteria boleh membina penentangan terhadap antibiotik sekiranya antibiotik tidak digunakan dengan betul. Kanak-kanak adalah golongan yang paling banyak terdedah kepada masalah penentangan antibiotik. Penentangan antibiotik terjadi disebabkan oleh:
  • Pengambilan antibiotik yang tidak diperlukan
  • Pengambilan antibiotik yang tidak mencukupi (contohnya sukatan yang tidak mencukupi ataupun tempoh pengambilannya tidak lengkap)
  • Pengambilan kendiri, ubat-ubatan lama atau melewati tarikh luput

Bagaimana anda dapat mengelak terjadinya penentangan antibiotik?

Ini boleh dilakukan dengan:

1. Mengurangkan peluang mendapat jangkitan
  • Pastikan anak-anak anda mendapat rehat dan tidur yang cukup
  • Berikan minuman yang mencukupi
  • Berikan anak-anak anda makanan yang seimbang dan berkhasiat
  • Didik mereka cara mengekalkan kebersihan diri
  • Didik mereka tentang kebersihan makanan
  • Elakkan membawa anak-anak anda ke tempat yang sesak semasa berlakunya rebakan penyakit
2. Pemberian antibiotik yang betul mengikut preskripsi doktor
  • Pastikan anak anda mendapat rawatan antibiotik bila disahkan mendapat jangkitan bakteria
  • Pastikan antibiotik diberikan dengan betul ; contohnya sebelum/selepas makan
3. Elakkan mendapat rawatan dari satu doktor kesatu doktor yang lain bagi mengelakkan pengambilan antibiotik berlebihan

Contoh-contoh Antibiotik
  • Penisilin
  • Amoksisilin
  • Kloksasilin
  • Eritromisin
  • Siprofloksasin
  • Sefuroksim
Sumber: http://www.infosihat.gov.my/

No comments:

Post a Comment