Thursday, February 17, 2011

Mengapa Bekerja Perlu Berpakaian Kemas?



Satu soalan mudah saya tanya pada anda? Tetapi saya tujukan soalan ini bagi mereka yang bekerja memerlukan penampilan yang kemas sahaja. Tidak adik pula jika soalan ini ditujukan pada semua kan? Saya sengaja tanyakan soalan ini memandangkan sebahagian daripada kita mungkin agak tidak mengambil berat dengan perkara seumpama ini.

Pakaian kemas menunjukkan perbezaan profesion anda

Perasan atau tidak bukan semua kerja memerlukan anda berpakaian kemas. Contohnya jika anda seorang buruh kasar, nelayan atau pesawah sudah pasti tidak memerlukan pakaian kemas seumpama ini. Jadi jelas sekali pakaian kemas menjadi satu perbezaan anda dengan pekerjaan lain. Jadi mengapa tidak mahu berpakaian kemas. Sakit juga mata anda memandang jika seorang pengarah atau pegawai tidak menjaga penampilannya bukan?

Pakaian kemas menunjukkan kredibiliti

Wah! Bagaimana kredibiliti dilihat dari penampilan? Apa pandangan anda apabila anda melihat dua orang yang anda tidak kenali tetapi mereka mempunyai penampilan yang berbeza. Seorang lelaki berstatus bos tetapi berpakaian selekeh dengan baju berkedut dan seorang lagi hanyalah kerani biasa tetapi berpakaian kemas dan bertali leher. Siapakah yang anda lihat lebih hebat? Sejujurnya dari penampilan mungkin anda akan meletakkan seorang kerani tadi adalah bos bukan? Itulah yang saya maksudkan sebagai kredibiliti.

Pakaian menunjukkan prestij di mana anda bekerja

Prestij berbeza dengan kredibiliti. Apa pandangan anda melihat satu kelompok tentera yang sedang berjalan dengan pakaian seragam berkawad kaki dengan teratur di hadapan anda? Pastinya anda akan rasa kagum melihat mereka. Jika dilihat pada gaji seorang tentera mungkin tidaklah sehebat golongan profesional sekalipun pengorbanan tentera dalam keamanan negara lebih besar. Namun mengapa ada orang suka kerjaya sebagai tentera? Sebahagiannya kerana pakaian tentera itu sendiri menunjukkan prestij yang tersendiri. Prestij boleh menjadikan kerjaya tersebut popular di mata orang lain.

Sumber: http://feryco.com/

No comments:

Post a Comment