Thursday, December 1, 2016
Friday, March 11, 2016
Faktor-Faktor Mempengaruhi Perubahan dan Perkembangan Kurikulum
Kurikulum bersifat dinamik dan sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa. Faktor yang mempengaruhi perubahan dan perkembangan kurikulum adalah seperti berikut:
Prospek Baharu
Kurikulum menawarkan prospek baharu dalam membangunkan sumbangan Manusia melalui penerokaan dan penguasaan pengetahuan dan kemahiran terkini serta nilai-nilai hidup yang menjamin kesejahteraan individu dan masyarakat umum.
Progresif, Dinamik dan Seimbang
Kurikulum hendaklah seimbang dari segi akademik dan bukan akademik, ilmu pengetahuan, teori dan aplikasi dalam kehidupan dan tempat kerja, fleksibel mengikut kebolehan dan keupayaan murid serta memenuhi keperluan dan perkembangan masa.
Pasaran dan Industri
Kurikulum yang menawarkan pengetahuan dan kemahiran yang mempunyai kebolehpasaran dan mempunyai nilai tambah sesuai dengan dengan matlamat menyediakan guna tenaga Manusia yang berketrampilan dalam menghadapi perubahan negara perindustrian tinggi dan ekonomi pasaran.
Peningkatan Kualiti Pendidikan
Kurikulum yang mengambilkira kepentingan Meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran, persekitaran pembelajaran yang menyeronokan, kemudahan pembelajaran dan kualiti pendidikan guru
Ketatanegaraan dan Patriotisme
Kurikulum dapat mengukuhkan unsur-unsur dan nilai-nilai ketatanegaraan bagi meningkatkan komitmen indidvidu terhadap masyarakat dan negara. Kurikulum terarah kepada pembinaan masyarakat madani seperti masyarakat berintegriti, berdisplin, setia, bertanggungjawab, mempunyai jati diri, berwawasan dan memainkan peranan aktif dalam memajukan bangsa dan negara.
Sains dan Teknologi
Kurikulum yang memberi penekanan dalam bidang sains dan teknologi uentuk merealisasikan mat;lamat Malaysia sebagai negara maju yang berteraskan teknologi tinggi.
Modenisasi
Modenisasi membawa kepada transformasi pemikiran dan cara hidup yang lebih berkualiti. Seiring dengan perubahan yang diinginkan, kurikulum perlu menekankan perubahan nilai, pemikiran sarwajagat dan ideology yang positif, dinamik dan progresif sebagai asas mengubah cara hidup, membebaskan belenggu pemikiran dan fahaman tradisional yabng menyekat Kemajuan dan perubahan masyarakat.
Globalisasi
Kemajauan teknologi canggih dalam era komunikasi global menghasilkan ledakan maklumat pelbagai aspek pengetahuan, ekonomi, sosial, politik yang bersifat tanpa sempadan. Kemahiran-kemahiran mengakses, mengendali, memilih, menilai dan menggunakan maklumat secara efisien dan bijak perlu dikuasai.
Pekerja Berilmu
Kurikulum seharusnya berupaya menghasilkan pekerja berilmu yang inovatif dengan menjana segala kekuatan dan kuasa minda secara optimum dan berkesan
Pendidikan Agama dan Akhlak
Pengukuahn kepada pegangan agama beserta dengan penerapan nilai-nilai murni di peringkat awal agar dapat membendung fahaman dan amalan yang bercanggah dengan nilai kehidupan yang mulia
Pengukuhan Kemahiran Asas 3M dan Kemahiran Abad ke-21
Penguasaan Kemahiran Asas 3M yang merupakan asas kepada pembelajaran seumur hidup. Pengukuhan terhadap 3M memberi ruang dan peluang untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang penting pada masa akan datang misalnya Kemahiran Abad ke-21
Kesinambungan Pendidikan
Perancangan kurikulum dibuat dalam konteks menyeluruh dari peringkat prasekolah sehingga ke peringkat pengajian tinggi supaya kesinambungan penerusan dan penjajaran kurikulum yang tersusun, mantap dan berkualiti dapat dirangka.
Sumber: Dasar Pembangunan Kurikulum Kebangsaan, KPM, 2014

Subscribe to:
Posts (Atom)