- Peluang untuk mengawal nasib sendiri: Peluang memiliki perniagaan sendiri sememangnya impian bagi setiap individu yang bergelar usahawan. Usahawan yang memiliki perniagaan sendiri bebas memainkan peranan dalam usaha untuk mencapai matlamat peribadi. Sekira ia ingin berjaya dalam hidup ia boleh berusaha dengan lebih gigih lagi. Misalnya seorang usahawan yang memerlukan modal tambahan modal untuk membesarkan perniagaannya, ia boleh bekerja lebih masa dan menjual barang dengan harga yang lebih murah supaya ia mendapat jualan yang lebih banyak dan keuntungan dapat ditingkatkan. Berbagai cara dapat dilakukan oleh seorang usahawan bagi mengawal nasibnya.
- Peluang untuk mencapai potensi sebenar: Untuk mencapai matlamat yang diimpikan seorang usahawan harus menggunakan semua potensi, kemahiran dan ketrampilan yang dimiliki untuk menghadapi sebarang halangan dan rintangan untuk mencapai hasratnya. Disini juga ia akan bertindak diluar jangkaannya sendiri. Tercapai atau tidak matlamat selalunya tidak begitu penting setelah ia berusaha melakukan yang terbaik. Ia akan berpuas hati dan merasa gembira apabila segala potensi yang ada telah digunakan.
- Peluang untuk memperolehi keuntungan: Mendapat untung sememangnya adalah salah satu matlamat seorang usahawan dalam menjalankan perniagaan. Pulangan selalunya menjadi ganjaran kepada usaha yang gigih. Dalam banyak keadaan keuntungan menunjukkan kejayaan dan mencerminkan kerajinan, kepintaran dan kreativiti terhadap perniagaannya.
- Peluang untuk menyumbang kepada masyarakat dan negara: Seorang usahawan yang berjaya bukan sahaja membuka peluang pekerjaan, mereka juga telah banyak mendermakan wang untuk aktiviti masyarakat. Usahawan juga telah banyak membantu mempertingkatkan kualiti infrastruktur dalam sesebuah kawasan perniagaannya contohnya jalan, secara masyarakat di kawasan dapat menggunakan kemudahan tersebut. Seorang usahawan yang berjaya akan menjadi contoh kepada masyarakat dan ia juga dapat mengharumkan nama negara kerana usaha-usaha murni yang telah ditunjukkan.
Monday, June 28, 2010
Peranan Kepentingan Usahawan Kepada Diri, Masyarakat dan Negara
Labels:
Keusahawanan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Thanks for the info
ReplyDelete