Friday, January 29, 2010

Amir the Grik

Amir the Grik dilahirkan di sebuah tempat yang bernama Grik. Pemain ini juga dikenali The Teminator, kerana ciri-ciri suka memusnahkan impian pasukan lawan untuk mencapai kemenangan. Amir merupakan penjaga gol bagi pasukan the Lion, ia juga berkebolehan menjadi pemain sayap ketika pasukan ingin melakukan serangan. Setakat ini Amir telah berjaya menjaring 197 gol sepanjang kariernya bersama pasukan the Lion selama 3 tahun. Penyerang utama the Lion, iaitu Khairi pernah menyatakan bahawa adalah terlalu sukar untuk saya menjaringkan gol tanpa bantuan daripada Amir. Amir pernah cuba dipancing oleh beberapa kelab termuka di Jepun, akan tetapi dengan semangat 1 Malaysianya ia lebih mementingkan pembangunan Futsal di negara kita. Amir merupakan penjaga gol dan pemain sayap berpontensi besar dalam perkembang Futsal di negara kita. Kepada gadis-gadis yang selalu mengekori perkembangannya akan merasa kecewa, kerana Amir akan menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat ini. Ketika ditanya siapakah gadis yang bertuah tersebut, jawab Amir dengan selamba... Biarlah rahsia... Amir yang sentiasa digilai oleh peminat wanitanya, akan tetapi tidak pernah lupa asal usul dan sentiasa merendah diri, walaupan ia berada di barisan elit dalam pasukannya. Apa yang menarik tentang Amir, ia sentiasa menjaga displin diri dan memberi kotmimen yang tinggi demi kejayaan pasukan yang disayanginya, iaitu the Lion.

Thursday, January 28, 2010

Jamil Si Pancing

Jamil merupakan pemain veteran yang mempunyai pengalaman yang amat tinggi. Jamil juga mempunyai skil gelecek serta hantaran tepat yang tiada tolok bandingannya. Gelaran Si Pancing bukan ada kena mengena dengan minatnya di masa lapang iaitu memancing ikan. Akan tetapi gelaran tersebut sebenarnya adalah kerana kebolehannya memancing pihak lawan supaya leka menyerang kubu pasukannya, dan akhirnya ia akan mengerah rakan-rakannya membuat serangan mengejut hingga mampu menghasilkan gol-gol mudah. Kebolehan membuat hantaran tepat kepada rakan, juga menjadi faktor utama pasukan the Dragon amat disegani oleh pihak lawan. Kebanyakkan gol-gol yang dihasilkan oleh penyerang-penyerangnya, adalah berpunca dari hasil gerakan yang diciptanya. Walaupun Jamil semakin dipanjat usia, semangat juangnya menjadi sumber inspirasi kepada rakan-rakan untuk berjuang bermatian-matian. Jamil Si Pancing menjadi idola kepada remaja-remaja yang meminati sukan Futsal, dan ia juga harapan pasukan the Dragon bagi memastikan Piala Liga Super terus berada dalam gengaman pasukannya. Akhir sekali di harap, Jamil dapat terus mencurahkan bakti untuk perkembangan sukan Futsal di Malaysia khusus di SMV Balik Pulau.

Tuesday, January 26, 2010

The Giant

Bekas model iklan motorsikal berkuasa tinggi merupakan striker utama pasukan the Lion. Sepanjang 5 tahun karier beliau bersama pasukan the Lion, beliau telah menjaringkan 263 gol. Khairi digelar the Giant oleh rakan-rakannya di gelanggang Futsal. Rembatan kencang adalah senjata utama Khairi untuk memecah belah kubu pertahanan pihak lawan. Ada satu perlawanan bersejarah yang disertai oleh Khairi, walau pun tewas ketika menentang pasukan the Dragon, Khari telah berjaya mematahkan tiang gol hasil dari sepakan kencangnya. Khairi merupakan penyerang yang mempunyai kelas tersendiri, dan juga merupakan seorang pemain muda yang mempunyai masa hadapan cerah dalam arena sukan Futsal. Kepada peminat Khairi, jangan lupa saksikan kelibat beliau di gelanggang Futsal

Monday, January 25, 2010

The Kapten


Mus the kapten merupakan bekas pemain kelab Futsal terkenal di salah sebuah negara Eropah iaitu AC Milan. Gelaran the kapten diberi semasa di sekolah rendah lagi. Menurut guru di sekolah rendahnya, Mus digelar the kapten kerana dia pernah menjadi ketua darjah semasa darjah enam. Mus merupakan salah seorang pemain yang memainkan peranan penting bagi kelab The Dragon merampas kejuaraan liga super futsal pada 2009. Mus mempunyai semangat juang yang tinggi dan sering mendorong rakan-rakan bermain mati-matian sehingga wisel penamat. Mus dikatakan cuba dipikat oleh beberapa bukah kelab di Arika kerana tubuhnya yang besar lebih kurang sama dengan penduduk di sana. Kegemaran Mus di waktu lapang ialah menangkap ular sawa, ini adalah kerana Mus bercita-cita ingin menjadi pemburu ular sawa apabila bersara dari arena futsal. Kepada Mus kita ucapkan selamat berjaya bersama kelab the Dragonn

Friday, January 22, 2010

Si Lipas Kudung

Pasukan The Lion boleh berbangga dengan salah seorang pemain sayap mereka iaitu Si Lipas Kudung. Ini adalah kerana larian pemain sayap tersebut amat laju hingga sukar ditandingi oleh pihak lawan. Rhedo adalah nama sebenar pemain sayap The Lion tersebut, dan ia lebih dikenali dengan panggilan yeop. Menurut sumber yeop mampu berlari dengan kelajuan 50km sejam selama 24 jam tanpa henti. Walaupun yeop jarang menjaringkan gol, namun hantaran-hantarannya banyak membantu penyerang pasukannya menjaringkan gol. Yeop amat digilai oleh peminat-peminatnya terutama perempuan, ini adalah kerana rupa paras yeop menyerupai pahlawan terbilang Kerajaan Perak Tua di zaman dahulu. Yeop juga mampu mengeluarkan peluh yang wangi dan menyegarkan ketika bermain Futsal, ini juga salah satu punca mengapa dia mempunyai ramai peminat perempuan. Dalam pertandingan Futsal yeop telah menunjuk semangat juang yang tinggi, walaupun pasukannya tidak pernah menang apabila menentang pasukan The Dragon. Komitmen yang diberikan oleh yeop terhadap pasukannya haruslah dicontohi. Kita berharap pasukan The Lion dapat menyaingi pasukan The Dragon apabila sepak mula Liga Super Futsal bermula bulan Febuari nanti. Yeop bukan sahaja pandai bermain bola, tetapi ia juga pengusaha minyak wangi

Thursday, January 21, 2010

Mesin Pemusnah.

Mesin pemusnah itulah panggilan oleh pihak kawan dan lawan dalam pertandingan Liga Super Futsal. Adam bekas penyeran The Lion, telah berjaya dibeli oleh pasukan The Dragon dengan yuran perpindahan sebanyak USD50 juta. Sebelum ini beliau telah bermain dengan pasukan The Lion, dan telah berjaya menjadi penjaring terbanyak pada tahun 2009 dengan jaringan 63 gol. Khabar angin mengatakan perpindahan beliau ke pasukan The Dragon, kerana membantu pihak pengurusan The Lion. Melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai, pasukan The Lion mengalami beban hutang sebanyak USD50 juta. Hasil dari yuran perpindahan Adam ke The Dragon, pasukan The Lion dapat melangsaikan segala hutangnya yang menjadi igauan pengurusan pasukan tersebut. Para peminat pasukan The Dragon tidak sabar menyaksi persembahan sulung Adam bersama The Dragon apabila tirai Liga Super Futsal dibuka pada 1 Febuari ini.

Wednesday, January 20, 2010

Pasukan Futsal Impian SMVBP

SMVBP.. telah berjaya membentuk sebuah pasukan Futsal yang akan menggegarkan negeri Pulau Pinang. Pasukan ini dibahagikan dua bahagian untuk sesi latihan, iaitu team dragon dan team lion. Pasukan drogan terdiri pemain veteran yang penuh pengalaman dan skill tinggi, manakala pasukan Lion mempunyai pemain yang lincah dan kuat semangat juang. Pasukan Futsal ini telah ditubuhkan secara tidak rasmi pada tahun 2009 dan bergiat aktif sehingga kini. Demi memajukan sukan ini, pasukan Futsal SMVBP berharap mendapat tajaan dari pihak swasta...

Futsal di SMV Balik Pulau


Futsal adalah permainan yang popular dikalangan guru-guru SMV Balik Pulau. Permainan ini memang menarik dan tidak memerlukan tenaga yang banyak seperti permainan bolak sepak. Bagi meneruskan kecergasan bagi guru-guru yang agak berumur seperti 40 tahun keatas, permainan futsal adalah salah satu riadah yang terbaik. Futsal juga dapat membantu guru melepaskan geram dengan menunjukkan skill-skill yang telah lama disimpan.