Friday, April 27, 2012

Pembelajaran Secara Konstruktif


Konsep
  1. Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid
  2. Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang ditrerima secara pasif
  3. Guru sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah
  4. Guru akan mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut
  5. Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.
Ciri-ciri
  1. Menggalakan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakan sebagai panduan merancang pengajaran.
  2. Menggalak murid bertanya dan berdialog antara murid dan guru.
  3. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran.
  4. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid
  5. Menyokong pembelajaran secara koperatif
  6. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea
  7. 7. Menggalakkan dan menerima daya udaha dan autonomi murid
  8. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajain dan eksperimen
  9. Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar.
Kelebihan pembelajaran secara konsturktif
  1. Befikir: murid akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Sebagai contoh melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi dan membuat kesimpulan.
  2. Faham: kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Seorang yang memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasi pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi baru
  3. Ingat: murid akan dapat mengigati lebih lama konsep keran mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membian pengetahuan baru.
  4. Yakin: belajar secara konstruktif akan memberi peluang kepada murid untuk membina sendiri kefahaman tentang sesuatu. Ini menjadikan murid lebih yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.
  5. Kemahiran social: murid memperolehi kemasiran social melalui kerjasa dengan murid lain dan guru dalam menghadapi cabaran dan menelesaikan masalah. Ini berlaku apabila mereka berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan.
  6. Seronok: murid akan membina sendiri pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk meneruskan pembelajaran.

FIUS


FUNGSI

Fius digunakan untuk melindungi litar elektrik. Apabila litar elektrik menerima arus elektrik yang melebihi keupayaan fius, maka litar elektrik akan terbuka akibat fius terputus. Ini akan menyelamatkan alat elektrik yang digunakan. Tujuan meletakkan fius pada setiap litar elektrik ialah untuk mengelakkan litar elektrik tersebut daripada menerima arus yang berlebihan. Arus yang berlebihan akan menyebabkan fius lebur dan terbuka.

JENIS-JENIS FIUS

Fius dawai semula

Fius dawai semula menggunakan dawai yang berbeza-beza nilai amperenya untuk menggantikan dawai yang sedia ada pada sesuatu fius apabila fius tersebut putus atau lebur akibat arus yang berlebihan. Nilai terendah yang biasa digunakan untuk fius jenis ini ialah 5A dan nilai tertinggi sehingga 20A atau lebih. Fius jenis ini diletakkan dalam satu gulung mengikut pengkadaran amperenya

Fius katrij
Fius katrij terbahagi kepada 3 jenis iatu;

1. Fius biasa: Fius biasa yang tidak boleh diperbaharui adalah baik untuk melindungi litar daripada litar pintas dan hanya digunakan bagi lampu dan alat pemanas.

2. Fius beban lebih: Fius beban lebih memberi perlindungan umum kepada lampu dan litar-litar panas sehingga litar beban lebih. Fius ini boleh diperbaharui.

3. Fius lewat masa unsur kembar: Fius lewat masa unsur kembar pula memberikan perlindungan kepada litar daripada litar pintas dan juga beban lebih. Ia digunakan untuk motor elektrik yang kerap dihidupkan dan memerlukan arus yang tinggi. Fius ini akan lebur apabila beban lebih pada jangka masa yang lama. Ia juga digunakan pada motor elektrik yang sukar untuk dihidupkan disamping memerlukan arus permulaan yang tinggi ketika hendak dihidupkan.

Ketiga-tiga fius katrij ini direka bentuk untuk diletakkan dalam satu soket atau klip atau skru.

Fius berkeupayaan pemutus tinggi


 Fius jenis ini digunakan untuk jangka masa yang singkat dan kadar keupayaanya 125% lebih daripada kadar ampere keupayaan motor. Ini disebabkan motor memerlukan pencapaian maksimumnya dalam masa yang singkat dalam keadaan beban yang banyak dan berat. Palam fius adalah salah satu jenis fius berkeupayaan tinggi kerana ia berkeupayaan 2 hingga 6 kali ganda arus larian motor.

Thursday, April 26, 2012

Apakah cara terbaik untuk menyimpan susu badan? Berapa lamakah ia akan kekal segar?


Untuk menyimpan susu badan, pilih bekas yang disterilkan dan bertutup dengan rapat. Beg sejuk khas untuk pembekuan susu badan boleh dibeli untuk menyimpan susu anda tetapi selalunya ia mudah bocor, koyak dan berlubang, dan mungkin tidak bertutup rapat. Walau bagaimanapun, Perunding Laktasi dan Pengerusi Pesatuan Ibu-ibu Menyusu UK, berkata: "Pilih beg sejuk beku yang tebal atau bahagian luarnya diperbuat daripada nilon dan semuanya akan OK. Satu lagi cara ialah menggunakan dua lapis beg." Namun begitu, gelas atau plastik keras adalah pilihan yang lebih baik untuk menyimpan susu bagi tempoh yang lama.

Anda mungkin telah menjumpai banyak garis panduan yang berlainan mengenai tempoh dan tempat anda boleh menyimpan susu badan (EBM - expressed breastmilk). Persatuan Simpanan Susu UK menjelaskan bahawa ini ialah disebabkan kumpulan kajian yang berlainan telah memfokuskan ke atas aspek simpanan susu yang tertentu yang mana telah dibentangkan berkaitan kajian tertentu, dan bukanlah bermakna garis panduan itu adalah salah. Beberapa garis panduan disasarkan kepada susu yang disimpan dalam keadaan steril dalam tabung susu; ada yang lain hanyalah relevan jika anda mempunyai bayi pramatang. Secara am, garis panduan yang berikut berasaskan kajian yang diperolehi dari UK’s Association of Breastfeeding Mothers (ABM) dan sesuai bagi ibu yang menyimpan susu di rumah untuk bayi yang sihat dan cukup terma.

Anda boleh menyimpan susu:
  • Pada suhu bilik – tidak melebihi daripada 77 darjah F/25 darjah C – selama empat jam.
  • Dalam peti ais bersuhu 39 darjah F/4 darjah C atau lebih rendah selama tiga hingga lima hari. Walau bagaimanapun, disebabkan kegunaan peti ais di Malaysia adalah lebih berat oleh kerana peti ais banyak digunakan untuk menyimpan item segar, maka, satu nasihat am ialah supaya menyimpan susu badan yang dipam tidak melebihi 24 jam.
  • Dalam peti sejuk beku bersuhu -20°C, yang tidak mempunyai kitar nyahbeku, selama enam hingga 12 bulan. Malah, di Malaysia, pakar-pakar selalunya menyarankan supaya menyimpan susu dalam peti sejuk beku hanya selama tiga hingga enam bulan jika suhu peti sejuk beku anda disetkan tidak melebihi negatif 18 darjah Centigrade. Simpanlah susu di bahagian belakang peti sejuk beku, jauh dari pintu sebab item yang disimpan di hadapan lebih mudah terjejas dengan perubahan suhu semasa anda membuka peti sejuk beku.

Sebagai tambahan kepada garis panduan dari ABM, elok juga bagi anda mengetahui perkara yang berikut:
  • Anda boleh mencampurkan susu yang baru dipam dengan susu beku jika ia didinginkan dahulu sekurang-kurangnya sejam, dan jumlahnya adalah kurang daripada jumlah susu yang telah beku. Susu segar mengekalkan lebih banyak ciri-ciri perlindungannya berbanding dengan susu beku, jadi sejauh mana yang boleh, gunakan susu yang disejukkan (refrigerated) dan bukan susu beku (frozen) untuk menyusukan bayi anda. Tetapi ingatlah bahawa susu badan yang dibekukan masih mempunyai lebih khasiat kesihatan daripada susu formula.
  • Jika anda akan membekukan susu badan, lakukannya dalam masa 24 jam.
  • Susu yang dialihkan dari peti sejuk beku ke peti ais boleh disimpan sehingga 24 jam.
Ingatlah, apabila anda mengepam susu, cuci tangan anda dan pastikan pam buah dada dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu tersebut.

Sumber: http://www.babycenter.com.my/

Lambat Bertutur, Adakah Si Manja Anda Normal?


Anak anda sudah menjangkau usia tiga tahun tetapi masih belum bertutur? Mungkin dia mampu melafazkan beberapa perkataan tetapi masih jauh ketinggalan jika dibandingkan kanak-kanak seusianya yang lain. Adakah ini normal atau satu isyarat lain yang mana anda perlukan pandangan pakar?

Tahap perkembangan pertuturan si manja biasanya siring dengan peningkatan usianya atau sebaliknya. Jadi, penting untuk para ibu bapa mengenal pasti keupayaan anak bertutur agar si kecil seiring perkembangannya. Sebagai insan paling rapat dengan mereka, sudah tentu anda boleh merasakan sesuatu jika ada yang ‘kurang’ pada anak ini. Jadi, lebih mudah untuk ibu bapa membincangkan dan mendapatkan pandangan pakar tentang teknik meningkatkan keupayaan komunikasi kanak-kanak ini.

Bagaimana cara menilai keupayaan kanak-kanak ini bertutur atau berkomunikasi? Berikut beberapa panduan yang boleh membantu anda :

Sebelum 12 Bulan
Sangat penting untuk anda mengenal pasti sama ada si manja anda sedang menggunakan suara mereka untuk berhubung dengan persekitarannya. Berdekut (bercakap secara lembut) dan mengagah adalah peringkat awal perkembangan pertuturan si manja. Apabila semakin membesar (sekitar 9 bulan), bayi anda mula menggabungkan bunyi yang dihasilkan seperti “mama” dan “papa” (walaupun masih belum benar-benar memahami perkataan yang dilafazkan itu).

Dalam usia ini juga si manja anda perlu peka kepada bunyi dan mula mengenali nama-nama objek yang biasa diperhatikannya seperti botol susu dan puting. Bayi yang bersungguh-sungguh memerhati tetapi tidak bertindak balas kepada bunyi yang terhasil menunjukkan tanda-tanda hilang pendengaran.

Dari 12 Hingga 15 Bulan

Dalam usia sebegini si manja perlu menghasilkan pelbagai bunyi pertuturan ketika diagah seperti p, b, m, d, atau n. Mereka mula meniru bunyi yang lebih kurang dengan perkataan yang diucapkan oleh ahli keluarganya. Biasanya satu atau lebih perkataan yang diucapkannya (tidak termasuk “mama” dan “papa”) secara spontan. Kata nama seperti “bayi” dan “bola” adalah perkataan awal si manja. Anak anda juga berupaya untuk memahami dan mengikut arahan mudah seperti “berikan mama bola itu.”

Dari 18 Hingga 24 Bulan

Keupayaan kanak-kanak adalah pelbagai. Lazimnya, kanak-kanak yang berusia 18 bulan mampu menyebut 20 perkataan. Apabila menginjak usia dua tahun pula mereka boleh menyebut 50 perkataan atau lebih.

Sewaktu di usia dua tahun si manja anda mula menggabungkan dua perkataan untuk membuat ayat-ayat yang mudah seperti “baby menangis“ atau “lori besar.”

Dari 3 Hingga 4 Tahun

Ibu bapa sering menjadi saksi kebijaksanaan anak-anak menggunakan perkataan dalam komunikasi mereka. Perbendaharaan kata kanak-kanak di usia ini perlu menunjukkan peningkatan seiring dengan kefahamannya .

Pada usia tiga tahun, anak anda perlu memahami maksud “letak cawan itu di atas meja” atau “simpan permainan itu di bawah katil.” Anak anda juga harus tahu mengenal pasti warna dan memahami konsep deskriptif seperti; banyak berbanding sedikit.

Perbezaan Pertuturan Dan Bahasa

Pertuturan: Ungkapan bahasa lisan yang jelas bunyinya di mana bunyi dan perkataan terbentuk. Bahasa: Lebih luas dan merujuk kepada seluruh sistem penyataan dan penerimaan maklumat dengan cara yang bermakna. Ia memahami dan difahami melalui komunikasi lisan, bukan lisan dan bertulis.

Si manja mungkin bermasalah jika...
  • Tidak menggunakan gerak isyarat, seperti menunjuk atau melambai selamat tinggal ketika usianya sudah menjangkau 12 bulan.
  • Lebih gemar membuat gerak isyarat berbanding lisan dalam komunikasi meskipun usianya telah menginjak 18 bulan.
  • Memiliki masalah untuk meniru bunyi sewaktu usianya menjangkau 18 bulan.
  • Mempunyai kesukaran memahami permintaan lisan yang mudah.
  • Hanya mampu meniru ucapan atau tindakan orang lain dan tidak mengeluarkan perkataan atau frasa secara spontan.
  • Hanya menghasilkan bunyi atau perkataan-perkataan tertentu secara berulang kali dan tidak boleh menggunakan bahasa lisan untuk berkomunikasi dengan serta-merta.
  • Tidak mampu mengikut arahan mudah.
  • Mengeluarkan nada yang luar biasa (seperti berbunyi parau atau dari hidung).
Punca Lambat Bercakap

Banyak faktor yang boleh menyebabkan si manja lambat bercakap dan lemah perkembangan bahasanya. Antaranya mungkin disebabkan oleh gangguan secara lisan, seperti masalah dengan lidah atau lelangit. ‘Frenulum’ (tali lidah) pendek juga boleh mengehadkan pergerakan lidah untuk bercakap.

Kebanyakan kanak-kanak lambat bercakap adalah disebabkan oleh masalah motor-oral, bermakna ada komunikasi di kawasan otak yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan percakapan mereka tidak cekap. Mereka menghadapi kesukaran menggunakan dan menyelaras bibir, lidah dan rahang untuk menghasilkan bunyi pertuturan. Ucapan mungkin satu-satunya masalah atau boleh diiringi dengan masalah motor-oral lain seperti kesukaran menyusu.

Masalah pendengaran juga biasanya berkaitan dengan percakapan yang lewat. Sebab itulah pendengaran kanak-kanak perlu diuji oleh seorang ahli audiologi apabila timbulnya masalah pertuturan. Di kalangan mereka. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran mungkin mempunyai masalah untuk menjelaskan, memahami, meniru dan menggunakan bahasa.

Jangkitan telinga (jangkitan kronik) boleh menjejaskan keupayaan pendengaran. Jangkitan telinga yang ringan perlu diberi rawatan segera. Jika tidak, masalah ini boleh meninggalkan kesan kepada pertuturannya.

Rawatan

Jika doktor anda merasakan bahawa si manja mempunyai masalah pertuturan, penilaian awal oleh seorang pakar patologi pertuturan bahasa adalah amat penting. Sekurang-kurangnya, menerusi pemeriksaan terperinci daripada seorang pakar ia boleh meredakan kebimbangan anda.

Jika anda tidak tahu untuk mencari ahli patologi pertuturan bahasa sendiri, sila bertanya kepada doktor yang biasa memeriksa kesihatan anak anda. Mereka boleh membantu mendapatkan seorang pakar bertauliah untuk rujukan anda.

Dalam menjalankan penilaian, patologi pertuturan bahasa ini akan meneliti pengucapan kanak-kanak yang bermasalah dan menilai kemahiran bahasa dalam konteks pembangunan jumlah. Patologi pertuturan bahasa juga akan menjalankan ujian dan skala yang seragam. Mereka akan berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah pertuturan dan perkembangan bahasa pesakit.

Pakar patologi pertuturan bahasa juga akan menilai :
  • Sejauh mana pemahaman si manja anda (Receptive Language)
  • Perkataan yang boleh dilafazkan oleh anak anda (Expressive Language)
  • Sama ada anak anda sedang cuba untuk berkomunikasi dengan cara lain seperti; menunjuk, menganggukkan kepala, isyarat dan sebagainya.
  • Perkembangan bunyi dan kejelasan pertuturannya.
  • Status motor-oralnya (sama ada mulut, lidah, lelangit dan sebagainya berfungsi seiring sewaktu bercakap, makan dan menelan)
  • Jika pakar patologi mendapati anak anda memerlukan terapi pertuturan, kerjasama anda adalah sangat penting. Anda perlu memerhatikan sewaktu sesi terapi dilakukan dan belajar untuk menyertai proses tersebut. Ahli terapi juga akan menunjukkan cara yang anda boleh lakukan dalam membantu perkembangan pertuturan anak anda di rumah.
Apa Yang Anda Boleh Lakukan?

Menghabiskan banyak masa berkomunikasi dengan anak anda seperti ceramah, menyanyi dan menggalakkannya meniru bunyi dan gaya badan.

Membaca untuk anak anda, bermula seawal 6 bulan. Anda tidak perlu menghabiskan seluruh buku, tetapi mencari buku lembut bergambar yang bersesuaian dengan umurnya bagi menggalakkan si manja untuk melihat semasa anda menamakan setiap gambar yang terdapat dalam buku tersebut. Cuba mulakannya dengan buku-buku klasik (seperti Pat the Bunny) di mana si manja boleh meniru pergerakan menepuk atau menyentuh buku yang mempunyai tekstur. Kemudian, biarkan anak anda biasa dengan gambar-gambar yang dilihatnya itu dan cuba untuk menamakannya. Si manja anda mungkin mula menghafal cerita kegemarannya.

Gunakan situasi harian untuk memperkukuhkan ucapan serta bahasa anak anda. Dalam erti kata lain, bercakap dengannya sepanjang hari. Contohnya; nama makanan, nama kedai runcit, terangkan apa yang anda lakukan apabila anda memasak makanan atau membersihkan bilik, titik objek di sekitar rumah dan kerap bertanyakan soalan kepada si manja. Bualkan perkara-perkara yang mudah dan jangan sesekali menggunakan ‘bahasa bayi.’

Oleh: Editorial PaMa
Tarikh: 28 Mac 2012
Sumber: http://pama.karangkraf.com/

Jangan Tidur Lepas Subuh


Kepada sahabat-sahabat yang disayangi mari kita muhasabah diri. Di sebalik diri kita ini, ada sifat pemalas yang perlu diubah. Jika kita tidak ubah tabiat pemalas kita ini, maka bermacam-macam impak negatif bakal menghanyutkan diri ke arah kemudharatan yang lebih besar.

Jika tidak sekarang, bila lagi bukan? Takkan mahu tunggu usia sudah senja baru kita terhegeh-hegeh mengubah diri. Ketika itu, tabiat pemalas kita sudah sebati dengan diri dan amat degil untuk disental segala kekotorannya yang sudah lama melekat dan merosakkan hati kita.

TABIAT PEMALAS YANG PERLU DIUBAH

Cuba cek diri kita, mana 1 menjadi amalan seharian :
  1. Bangun subuh lewat
  2. Tidur selepas subuh
  3. Melewatkan waktu subuh
  4. Ala kadar je bangun subuh
  5. Tak bangun pun solat subuh
Sahabat-sahabat, masih ingat lagikah? Di waktu zaman berhingus dulu? Ustaz yang mengajar subjek Pendidikan Islam selalu bertanya di dalam kelas,

“Siapa yang tak cukup solat 5 waktu semalam, sila berdiri”

Tanpa segan silu, secara berjemaahnya kita pun bangun sahabat. Dan bila ditanya, rata-rata yang tak cukup solat 5 waktu, adalah kerana tidak bangun subuh. Kenapa ya sahabat?

Dan kenapa dari kecil lagi, kita dididik sebegini? Diberi penekanan betapa pentingnya bangun subuh dan meraikan ke”subuh”an dengan cara tidak tidur semula seperti bebelan mak kita.

“Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti”
“Anak dara tak manis tidur banyak. Matahari terpacak atas kepala baru nak bangun”

JIKA MAHU BERMUHASABAH
Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, “Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.” Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Walaupun hakikatnya tiada dalil dan hadis-hadis soheh mengenai larangan tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat daripada para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi tiada larangan tidur selepas subuh.

Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar : “Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang BERAQAL”.

Tetapi, kita sedar tak wahai sahabat?

Kenapa seharian hidup kita tidak bermaya dan tidak bersemangat? Kadangkala kita pernah menangis kerana tiada duit untuk bayar sesuatu yang penting, malah setiap hari kita pohon kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tetapi seolah-olah tiada kesannya?

Kalau orang perempuan, bermacam-macam jenis pencuci muka dicubanya semata-mata nak “kulit bercahaya”. Kalau orang lelaki pula, kerisauan yang tak menentu, jadi bermacamlah “ubat kuat” yang dipakainya.

Kita nak ke isteri macam ini? Nak ke suami yang sebegini?Masing-masing menggeleng tersengih sendirian. Jika kita tak nak pasangan seperti sedemikan rupa, maka kitalah orang pertama dahulu yang kena berubah. Bukan nanti, tetapi sekarang.

MASA UNTUK BERUBAH

Maka untuk itu tidak ada alasan lagi untuk menyeru kepada PERUBAHAN.

Buat diri, pastikan masa yang terluang selepas subuh diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Jangan tidur terlalu lewat jika sayangkan waktu keemasan di kala subuh.

Buat ahli jemaah, sudahlah diri sibuk, hanya masa ini sahajalah waktu untuk belajar. Gunakan masa sebaiknya.

Buat suami, carilah rezeki. Jangan tidur.

“Kemudian setelah selesai solat, maka betebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). – Surah Al-Jumuah (Ayat 10)

Buat isteri, masaklah, kemas rumah dan sebagainya. Takkan hilang seri rumahtangga kalau kehidupan bermula sebelum terbit fajar. Mak mertua pun tak bising lagi.

“Pesanan terpenting untuk para imam dan bakal imam terutamanya untuk diri sendiri, biasakan diri jangan tidur lepas subuh dan jangan tinggal solat jemaah di masjid, nanti selepas kahwin boleh didik isteri, kalau tak dua-dua hanyut.”

Buat pelajar, kalau nak tips study smart ingat hadith ini “kalau tidur selepas subuh papa dan tidur selepas asar boleh jadi ‘gila’.” Jangan salah pilih waktu untuk belajar atau menghafal.”

Ibnul Qayyim pernah berkata, “Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.”

Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah bermalas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan bermalas-malasan pula.

Antara AKAL dan NAFSU. Pertarungan ini hanya dimenangi jika manusia bersandarkan IMAN. Jika tidak manusia sama sahaja seperti haiwan, tidak menggunakan akal dengan betul. Pembaziran masa adalah perkara yang sangat merugikan. Dan hanya syaitan yang suka pembaziran. Masa itu ibadah. Semoga Allah memberi kebijaksanaan dan kekuatan untuk kita sama-sama mengikut perintah-Nya.

Sedang Nabi melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda :

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Sumber: http://www.iluvislam.com/

Google+ Followers