Tuesday, March 30, 2010

Sebelas Ciri Sekolah Berkesan Yang Dirumuskan Oleh Mortimore (1995)


1. Kepemimpinan profesional

Ciri ini menekankan kepemimpinan sekolah yang tegas dan bertujuan. Sekolah-sekolah harus mempunyai pentadbir proaktif yang menekankan permuafakatan dan persamaan tujuan yang mengusaha dan mengekalkan proses memajukan sekolah. Seterusnya, ialah sama ada sekolah mengamalkan pendekatan musyawarah, berkongsi tanggungjawab serta melibatkan guru dalam membuat keputusan dan menekan(kan kepemimpinan ketua jabatan atau panitia. Ciri ini juga menekankan sama ada pengetua sekolah sebenarnya seorang profesional dan berilmu yang dapat menawarkan kepemimpinan kurikulum, merancang strategi kurikulum, memantau kemajuan pelajar, serta sedar dan tahu apa yang berlaku di dalam bilik darjah dan dapat membantu membaiki amalan dan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

2. Perkongsian wawasan dan tujuan

Ciri ini bermaksud warga anggota sekolah mempunyai persamaan nilai dan tujuan sekolah serta dapat berfungsi sebagai sebuah organisasi yang mantap. Ciri ini juga merujuk pada pentadbiran sekolah yang mengamal tindakan pengurusan secara konsisten, iaitu berdasarkan piawai disiplin yang ditentukan oleh sekolah, atau guru menjadi model contoh. Ciri ini juga bermaksud tentang kewujudan kesetiakawanan dan kerjasama antara warga sekolah serta penglibatan guru dalam proses membuat keputusan.

3. Persekitaran pembelajaran


Ciri ini bermaksud iklim sekolah ditentukan oleh wawasan, nilai dan tujuan. Iklim sekolah yang baik sebenarnya dipengaruhi oleh suasana pembelajaran dan keadaan sekolah yang tertib dan teratur dengan persekitaran kerja yang menarik, tenang dan harmonis dalam suasana berorientasikan tugas, di samping wujudnya disiplin kendiri dalam kalangan pelajar yang merupakan prasyarat bagi pembelajaran berkesan.

4. Tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran

Ciri ini menampakkan tujuan utama sekolah, iaitu pengajaran dan pembelajaran kerana keberkesanan sekolah bergantung kepada keberkesanan pengajaran di dalam bilik darjah. Kajian menunjukkan ada perkaitan yang rapat di antara tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran sekolah dengan keberkesanan guru. Kajian juga menekankan sekolah patut memfokus pada kuantiti dan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Rumusan pelbagai kajian oleh Mortimore menunjukkan bahawa sekolah harus memaksimumkan masa belajar, meningkatkan penggunaan masa belajar, mengagih masa untuk mata-mata pelajaran prioriti secara seimbang. Sebahagian besar masa guru ditumpukan pada pembelajaran murid dan guru sangat prihatin dengan pelajaran dan pembelajaran kognitif murid. Sekolah mengamalkan ketepatan masa belajar dan mengurangkan gangguan dari luar bilik darjah. Sekolah juga begitu menitikberatkan aspek-aspek ilmiah, mempunyai guru yang berpengetahuan mendalam dalam kurikulum, dan bertumpukan penguasaan kemahiran-kemahiran asas.

5. Pengajaran yang bertujuan

Mortimore mendapati kualiti pengajaran sebagai inti pati sekolah berkesan, di samping memiliki guru yang berkualiti. Ciri pengajaran bertujuan pula bermakna perlu mempunyai organisasi yang efisien, tujuan yang jelas, pengajaran yang berstruktur, dan amalan yang fleksibel.

6. Jangkaan kejayaan yang tinggi

Ciri ini bermaksud sekolah mempunyai jangkaan kejayaan yang tinggi dalam semua bidang terhadap murid-murid mereka kerana rumusan kajian Mortimore menunjukkan ada kaitan yang rapat di antara jangkaan kejayaan yang tinggi dan keberkesanan pelajar. Guru didapati sangat aktif dalam membantu pelajar dan yakin dengan pencapaian murid-murid. Guru juga sentiasa menzahirkan jangkaan mereka serta berkeyakinan terhadap pelajar yang merangsang mereka untuk berjaya. Rangsangan ini diberi melalui kata-kata pujian yang tekal.

7. Pengukuhan yang positif

Mortimore mendapati pengukuhan positif dalam bentuk hadiah dan insentif menjadi faktor penting bagi meningkatkan motivasi pelajar. Pentadbiran disiplin perlu bersih dan adil. Disiplin yang baik berpunca daripada iklim sekolah yang teratur, yakni yang berasaskan rasa kepunyaan dan keterlibatan. Disiplin yang berkesan dapat mengekalkan suasana damai di sekolah. Di samping itu, guru juga harus mendapat maklum balas segera tentang setiap tindakan yang dijalankan, sementara kepada pelajar pula ganjaran atau hukuman perlu disegerakan selepas setiap kebaikan atau kesalahan dilakukan.

8. Memantau kemajuan

Berdasarkan maklumat kajian yang dikumpul oleh Mortimore, sekolah berkesan sentiasa melakukan pemantauan terhadap kemajuan dan prestasi pelajar secara teratur. Guru dapat menentukan sejauh mana tujuan sekolah telah dicapai. Sekolah perlu memberi tumpuan kepada pelajar, ibu bapa dan tujuan persekolahan. Sekolah juga hendaklah sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam aspek-aspek penilaian dan kaedah mengajar yang terkini. Di samping itu, sekolah perlu menegaskan kepada pelajar dan guru supaya mengambil berat tentang kemajuan pelajaran.

9. Hak dan tanggungjawab pelajar

Rumusan kajian Mortimore turut mendapati sekolah berkesan menekankan usaha meningkatkan harga diri pelajar. Pelajar sepatutnya mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai kegiatan di sekolah. Sehubungan itu, sekolah harus merancang dan meletakkan tanggungjawab yang sesuai kepada mereka.

10. Hubungan rumah-sekolah

Mortimore seterusnya menekankan tentang pentingnya hubungan rumah-sekolah bagi meningkatkan keberkesanan sekolah. Kajian-kajian menunjukkan pentingnya penglibatan ibu bapa dalam membantu anak-anak untuk menyelesaikan kerja-kerja sekolah. Hubungan ini seterusnya dieratkan melalui lawatan ibu bapa ke sekolah untuk berbincang tentang kemajuan anak-anak dengan guru di dalam bilik khas yang disediakan, sementara pengetua pula mengukuhkan lagi hubungan ini melalui dasar-dasar yang terbuka.

11. Organisasi Pembelajaran

Rumusan kajian Mortimore seterusnya menunjukkan sekolah-sekolah berkesan mempunyai organisasi pembelajaran yang menggalakkan guru dan staf am terus meningkatkan ilmu profesional. Ke arah sekolah berkesan, pengurusan sekolah harus mengadakan program perkembangan staf pada peringkat sekolah untuk membantu guru dan staf meningkatkan mutu pengajaran di dalam bilik darjah.

Kesimpulan

Sebahagian besar rangka rujukan dengan sebelas ciri sekolah berkesan yang dikemukakan oleh Mortimore didapati sesuai dan relevan dengan struktur dan organisasi sekolah-sekolah formal di Malaysia. Walau bagaimanapun, Teddlie dan Reynolds (2000) dalam buku mereka, "The International Handbook of School Effectiveness Research" telah memberi peringatankepada penyelidik bahawa terdapat faktor-faktor penting lain yang perlu diambil kira dalam menafsir keberkesanan sekolah. Antaranya ialah faktor "konteks" yang harus diberi perhatian supaya penafsiran kita tentang keberkesanan sekolah dapat dibuat secara holistik dan adil.

Sepuluh daripada sebelas ciri sekolah berkesan yang dikemukakan oleh Mortimore ialah ciri dalaman sekolah (in-school factors) yang lebih bertumpukan proses daripada konteks. Cuma ciri penyelidikan hubungan sekolah-rumah merupakan ciri luaran sekolah. Jadi, penyelidikan keberkesanan sekolah menunjukkan lebih banyak varian keberkesanan dijelaskan oleh faktor dalaman sekolah. Justeru, bagi tujuan pembaikan sekolah kita harus menumpukan tindakan yang lebih ke atas faktor-faktor dalaman berbanding dengan faktor konteks.

Walau bagaimanapun, Ramaiah (1995) berpendapat dalam konteks Malaysia beberapa kriteria pengukuran keberkesanan sekolah harus dterapkan secara berhati-hati kerana ada ciri-ciri tertentu seperti faktor "tusyen persendirian" dan konteks "bandar" atau "luar bandar" yang sangat mempengaruhi kriteria keberkesanan, terutamanya jika prestasi peperiksaan awam dijadikan ukuran mutlak. Kita juga diingatkan oleh Mortimore (1991) yang memberi definisi sekolah berkesan sebagai "tempat pelajar menunjukkan kemajuan lebih besar daripada yang biasanya diharapkan pada tahap kemasukan awalnya ke sekolah". Justeru, perbezaan prestasi antara sekolah akibat defisit awal ketika kanak-kanak memasuki sekolah harus juga diambil kira.

Namun, sebelas ciri sekolah berkesan rumusan Mortimore yang berasaskan ratusan kajian keberkesanan sekolah dapat diguna sebagai rangka rujukan untuk kita bandingkan kedua-dua jenis sekolah dalam dua tahap persekolahan, iaitu SK / SMK dengan SRJK (C) / SMJK (C). Hasil perbandingan dapat menunjukkan persamaan dan perbezaan ciri utama untuk digunakan sebagai panduan dalam program memajukan sekolah di Malaysia.

Rujukan

Mortimore, P. (1995). "Key Characteristics of Effective Schools". Kertas kerja Seminar Sekolah Efektif, Institut Aminudin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ramaiah, A.L. (1995). "Penyelidikan Keberkesanan Sekolah: Masalah Konsepsi dan Metodologi". Kertas kerja Seminar Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Teddlie, C. and Reynolds, D. (2000). The International Handbook of School Effectiveness Research. London: Palmer Press.

Monday, March 29, 2010

KOMPETENSI BERASASKAN LATIHAN


Di beberapa negara maju seperti Australia tidak lagi mengamalkan Pentaksiran Berpusat sepenuhnya, tetapi pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) telah mendominasi sistem peperiksaannya. Perlaksanaan PBS membolehkan tugasan yang Lebih Autentik (Realistik, Benar dan Apa yang selalu diperkatakan) Diberikan kepada pelajar

CIRI-CIRI TUGASAN AUTENTIK
  1. Lebih bermatlamat (Purposeful)
  2. Mempunyai kaitan dengan situasi sebenar (contextualized)
  3. Bersifat individu (indidualized)
  4. Memberi ruang pelajar membuktikan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi
  5. Menyediakan maklum balas untuk meningkatkan pembelajaran
PENTAKSIRAN KOMPETENSI ALIRAN VOKASIONAL DI MALAYSIA
  1. Diperkenalkan oleh JPT pada tahun 2006
  2. Menggunakan pendekatan modular
  3. Setiap mata pelajaran aliran vokasional (MPAV) dibahagikan kepada beberapa modul
  4. Setiap pelajar secara individu mengikuti modul yang ditetapkan dan mempamerkan kompetensi bagi setiap kriteria yang terdapat pada modul
  5. Pensijilan modular memberi maksud pengiktirafan kompetensi pelajar dalam sesuatu modul
KONSEP KOMPETENSI
  1. Kompetensi adalah keupayaan seseorang melakukan sesuatu pekerjaan atau tugasan berdasarkan standard dan kriteria tertentu
  2. Kompetensi merupakan sesuatu yang boleh diperhatikan (observable), diukur/ditaksir (measureable) dan boleh dilaksana (pracctable)
  3. Pelajar mampu mencapai kompetensi jika diberi arahan, bimbingan, tunjuk ajar, peluang dan masa yang sesuai
  4. Aspek individu dan penggunaan kaedah yang lebih fleksibel diambil kira dalam melaksanakan pentaksiran kompetensi
DEMENSI CBT

  1. Task skill – melaksana tugas yang dikehendaki
  2. Task management skill – kemahiran dalam merancang dan menggabungkan perbezaan tugas dan mencapai hasil kerja
  3. Contingency management – berkebolehan bertindakbalas "irregularities", "breakdowns" dan peristiwa yang luar jangkaan
  4. 4.Job/role enviroment skills – kemahiran melayan orang dipertanggungjawab dan"expectations of the work environment"
PROSES PEMNGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN DALAM PENDIDIKAN DAN LATIHAN VOKASIONAL
  1. Mengenalpasti perkara yang hendak ditaksir (Fokus Pentaksiran)
  2. Menyediakan rancangan pentaksiran
  3. Mengikut konteks dan mengkaji/mengulas rancangan pentaksiran
  4. Mengurus penyusunan pentaksiran
GALAKKAN & PENGENALAN BUDAYA PEMBELAJARAN INKLUSIF
  1. Latihan inklusif
  2. Pelbagai galakkan dan tindakbalas
  3. Membina dan melaksanakan strategi tugas untuk menyokong P&P yang inklusif
  4. Menggalak budaya pembelajaran
  5. Mengawasi dan memperbaiki latihan kerja
MEMASTIKAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG SELAMAT
  1. Kenal pasti yang dipertanggungjawab
  2. Kenal pasti bahaya dalam persekitaran pembelajaran
  3. Menilai risiko dalam persekitaran pembelajaran
  4. Membina dan bertindak balas bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar
  5. Menyediakan keperluan OHS yang sesuai kepada pelajar
  6. Mengawal penyusunan OHS dalam pesekitaran pembelajaran
PAKEJ LATIHAN DAPAT MEMENUHI KEPERLUAN PELANGGAN
  1. Kenal pasti asas untuk kegunaan pakej latihan dan kursus diterima umum
  2. Analisis dan mentafsir 'standard' kompetensi dan modul yang diterima umum untuk kegunaan pelanggan
  3. Konteks kompetensi yang 'standard' dan diterima umum untuk kegunaan pelanggan
  4. Analisis dan menerangkan maksud penilaian untuk kegunaan pelanggan
  5. Menggunakan pakej latihan, alat ukur dan kursus yang bersesuaian
MERANGKA DAN MEMBINA PROGRAM PEMBELAJARAN
  1. Kenal pasti parameter program pembelajaran dalam rundingan dengan pelanggan
  2. Menjana pelbagai pilihan untuk mereka bentuk program pembelajaran
  3. Membina kandungan pembelajaran
  4. Mereka bentuk struktur program pembelajaran
  5. Mengkaji semula program pembelajaran
  6. Menyediakan latihan kemahiran melalui tunjuk ajar dan demontrasi
MERANCANG DAN MENGURUS PENYAMPAIAN P&P
  1. Kenal pasti pesekitaran pembelajaran dan keperluan penyampaian
  2. Menyediakan rancangan tahunan/mingguan/harian
  3. Menyediakan sumber untuk keperluan penyampaian
ALAT PENTAKSIRAN
  1. Menentukan fokus/tujuan alat penaksiran
  2. Menentukan keperluan alat penaksiran
  3. Mereka bentuk dan membina alat penaksiran
  4. Mengkaji dan menguji alat penaksiran
PENGESAHAN PETAKSIRAN
  1. Bersedia untuk pengesahan
  2. Menyumbang kepada proses pengesahan
  3. Menyumbang kepada hasil pengesahan

Sunday, March 28, 2010

Amalan Minum Air Selepas Bangun Tidur


Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
  • Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
  • Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
  • Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
  • Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
  • Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
  • Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.
  1. Tekanan darah tinggi – 30 hari
  2. Gastrik - 10 hari
  3. Diabetes – 30 hari
  4. Sembelit – 10 hari
  5. Kanser – 180 hari
  6. Tibi – 90 hari.
Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

Pentaksiran Psikometrik

Suatu instrumen pentaksiran yang direkabentuk untuk mendapatkan maklumat kuantitatif tentang atribut-atribut (kapasiti atau keupayaan untuk bertindak balas, menstruktur atau menyusun pemikiran atau tingkah laku dalam suatu cara tertentu) psikologi yang terdapat dalam diri seseorang
  • Ujian untuk mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran
  • Tidak berasaskan kurikulum dan pengajaran-pembelajaran
  • Kegunaan: Strategi Pengajaran-pembelajaran, Tujuan khusus / tertentu, Akauntabiliti dan Pengesanan
  • Dibangunkan atas nasihat pakar psikometrik dan ahli psikologi
  • Ditadbir mengikut keperluan, secara manual atau berkomputer oleh guru atau murid itu sendiri
  • Tidak melaporkan prestasi
  • Laporan dalam bentuk deskriptif
JENIS UJIAN
  • Ujian Aptitud Am
  • Ujian Aptitud Khusus
  • Inventori Personaliti
UJIAN APTITUD AM

Aptitud Am merupakan ukuran gabungan beberapa kebolehan

KONSTRUK APTITUD AM

  • Visual - Ruang – Bukan verbal (Pintar ruang)
  • Linguistik/Verbal (Pintar perkataan)
  • Logik-matematik/Numerikal (Pintar nombor/penakulan)
  • Minat dan Kecenderungan
TUJUAN AM
  • Mengenalpasti potensi murid dalam pembelajaran dan pekerjaan/karier
  • Memantau tahap kebolehan umum murid untuk menceburi pelbagai bidang pendidikan, latihan dan pekerjaan di peringkat lokal dan global dengan fasiliti dan frasarana yang ada di sekelilingnya
TUJUAN KHUSUS
  • Tahun 6: Mendapatkan maklumat am tentang kemahiran asas murid dalam literasi dan numerasi
  • Tingkatan 3: Mendapatkan maklumat am tentang pengetahuan dan kemahiran umum murid dalam berkomunikasi, berfikir, berinteraksi dengan persekitaran, manusia dan Penciptanya
  • Tingkatan 5: Mendapatkan maklumat am tentang kemahiran spesifik murid
PENGENDALIAN UJIAN APTITUD AM

Tahun 6
  • Wajib untuk semua murid di hujung tahun 6
  • Dikendalikan oleh LP sepenuhnya
  • Ujian tertutup
  • Ujian Kertas Pensel/Pen atau komputer
Tingkatan 3 dan Tingkatan 5
  • Tidak wajib kepada semua murid (secara sukarela)
  • Dikendalikan oleh sekolah
  • Ujian Kertas Pensel/Pen atau komputer
UJIAN APTITUD KHUSUS

Aptitud khusus merujuk kepada kebolehan khusus yang berkaitan dengan potensi seseorang dalam sesuatu pekerjaan atau bidang dan dinamakan dengan pekerjaan atau bidang berkenaan

BATERI UJIAN
  • Ujian Minat/Kecenderungan
  • Ujian Bakat
APTITUD SPESIFIK
  • Muzik (Pintar muzik)
  • Kinestatik - Jasmani (Pintar jasmani)
  • Naturalis (Pintar naturalisme)
  • Interpersonal (Pintar orang - pengalaman sosial)
  • Intrapersonal (Pintar diri - refleksi kendiri)
  • Kreativiti (Pintar minda)
TUJUAN UJIAN APTITUD KHUSUS
  • Membantu guru mengenal pasti kecenderungan, kekuatan/kelemahan, minat, bakat, kesediaan dan stail pembelajaran murid
  • Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran
  • Membantu guru memahami psikologi kanak-kanak
  • Membantu murid mengenal potensi diri
PENGENDALIAN UJIAN APTITUD KHUSUS
  • LP mengenalpasti konstruk, membina spesifikasi ujian, membina item dan menghasilkan manual penggunaan ujian
  • Sekolah menjalankan ujian, memeriksa dan menggunakan hasil ujian untuk tujuan tertentu
  • Manual ujian yang komprehensif dan mesra pengguna
  • Hasil ujian dilapor
  • Tahun 1 – Tingkatan 5 bagi mana-mana jenis ujian mengikut keperluan
  • Tidak diwajibkan kepada semua murid
  • Dijalankan pada awal tahun, pertengahan tahun dan akhir tahun
  • Guru perlu diberi kursus kaedah pengendalian dan penggunaan ujian
INVENTORI PERSONALITI
  • Ciri-ciri perilaku istimewa/unik dan stabil yang ada pada setiap individu serta berbezakannya dengan orang lain

TUJUAN INVENTORI PERSONALITI
  • Mendapatkan maklumat tentang ciri-ciri perilaku istimewa/unik dan stabil yang ada pada setiap individu yang berbeza dengan orang lain
  • Membantu guru mengenal pasti aspek-aspek sahsiah/personaliti individu murid supaya strategi pengajaran yang sesuai dapat digunakan
  • Membantu murid memahami personaliti diri sendiri dan orang lain untuk tujuan berinteraksi
  • Bukan untuk melabel murid tetapi untuk mempelajari stail pembelajaran
PENGENDALIAN INVENTORI PERSONALITI
  • Khidmat pakar psikologi diperlukan dalam pembinaan instrumen, pentadbiran ujian dan pentafsiran skor
  • Kepakaran luar (universiti, perubatan, kebajikan masyarakat, kaunselor) diperlukan
  • Berdasarkan manual yang komprehensif dan mesra pengguna
  • Tahun 1 – Tingkatan 5 bagi mana-mana instrumen mengikut keperluan dan tidak berjadual
  • Tidak diwajibkan kepada semua murid
  • Perlu dikendalikan dengan cermat dan beretika oleh guru terlatih
  • Secara manual atau berkomputer oleh guru atau murid itu sendiri

7 Panduan Agar Anak Menjadi Tekun


Anak yang pintar tidak semestinya akan mengulangi setiap kejayaannya. Yang penting ialah ia mempunyai motivasi dan ketekunan yang kuat untuk belajar perkara-perkara baru dan terus bersaing. Tidak terlalu awal untuk kita memberi perhatian tentang perkara ini kerana anak kita perlu dilentur dengan cara positif agar dia tidak membesar sebagai anak yang pasif dan kurang bersemangat. Tidak cukup dengan hanya memfberi nutrient berkhasiat untuk mendapat anak yang pintar. Ketekunan amat penting untk memastikan anak kita boleh bersaing dengan rakan-rakan lain. Berikut adalah 7 panduan agar anak kita menjadi tekun.

Mencipta lingkungan kondusif: Motivasi untuk prestasi sesungguhnya bermula sejak awal kehidupan anak. Kita boleh membantu anak kit dengan menyediakan mainan dan lingkungan mendorong perkembangan diri. Kenali keterampilan anak kita dan sediakan alat mainan sesuai dengan perkembangan anak kita.

Berkata positif: Kajian menunjukkan bahawa anak adalah figure optimis dalam belajar. Sayang sekali, keadaan sekelilingnya sering membuat ia kecewa kerana Ibubapa menegahnya melakukan perkara itu dan ini. Anak boleh berlajar satu persatu dengan bersabar dan bersungguh-sungguh. Jika sekarang dia belum boleh menggunting kertas dengan baik, tetapi ia tetap bersemangat melakukannya. Hingga tanpa kita sedari ia berjaya melakukannya sendiri.

Memberi pujian: Pada akhir usia dua tahun, anak kita mulai mengenali peranan orang lain dalam membentuk motivasnya. Oleh itu, tindak balas kita terhadap keberhasilan dan kegagalannya dalam melakukan sesuatu amat mempengaruhi cara menguasai keterampilan baru. Namun, kita perle berpijak di bumi nyata. Apakah harapan kita sesuai usia dan tahap perkembangan anak? Yang penting beri pujian. Hargai keupayaan.

Ikut tahap: Peranan yang terlalu rumit membuat anak kita cepat kecewa. Ajaklah anak kita membahagi tugasnya dalam urutan tahap. Misalnya ketika belajar untuk mengemas alat mainan, lakukan bersama anak. Kemudian kepada kerja hari lain, ajak dia menyusun mainan mengikut kategori jenis atau fungsi dalam kotak berbeza.

Melihat halangan sebagai tentangan: Jika anak menghadapi halangan dan dia tidak boleh mengatasi dengan baik, mungkin dia marah dan kecewa. Tidak perlu risau. Umumnya kemarahan atau rasa kecewa anak mudah reda. Namun, hati-hati menghadapi anak yang berumur yang berusia 4-5 tahun. Ia sudah bertemu banyak orang dengan beragam reaksi. Anak yang berusia empat tahun boleh mengalahkan kita, jika menghadapai tentangan. Misalnya, jika blok yang disusun jatuh, dia akan marah dan enggan susun semula. Sebagaimana anda marah kerana dia terjatuhkan cawan. Bukankah ambil sahaja cawan itu, habis cerita. Tiada siapa yang hysteria. Jadi, jangan tunjukkan contoh yang tidak baik.

Membangunkan motivasi dalaman: Dunia si kecil penuh dengan kegembiraan dan penuh acara bermain. Doronglah minat anak untuk mempelajari sesuatu dengan kegembiraannya bermain. Jika anak tidak gemar dengan buku, carilah buku cerita bergambar. Misalnya cerita binatang. Suruhlah dia lakunkan semula watak tersebut bersama-sama kita. Jadi, dia akan dapa dua dalam satu iaitu bermain dan bercerita. Dengan method yang kreatif ini, motivasi dalaman anak akan wujud.

Kepimpinan melalui tauladan: Tidak ada cara yang lebih efektif untuk mengajarkan ketekunan pada anak selain memberikan teladan yang baik. Jika ibubapanya gemar membaca, maka anak pun akan meniru tabiat yang sama. Ciptakan iklim keluarga yang menyenangkan dan mengembangkan motivasi dalaman dan harga diri anda yang kuat.

Saturday, March 27, 2010

Gelombang Otak dan Aktiviti Harian


Menurut kajian Dr. Ornstein otak manusia berfungsi mengikut gelombang yang diukur dalam bentuk beta (β), alpha (α), theta (θ) dan delta (δ) seperti berikut;

Gelombang Beta: Gelombang ini bergetar antara 13-29 Hz sesaat. Anda dikatakan berada dalam gelombang beta semasa anda sedang menyelesaikan sesuatu masalah yang mencabar atau berfikir dengan penuh konsentrasi. Anda berada dalam keadaan beta apabila terlalu menumpukan perhatian kepada sesuatu, Misalnya memandu kereta di jalan raya yang penuh sesak dengan orang dan kereta. Kadang kala gelombang otak ini boleh meningkat ke suatu tahap yang lebih tinggi apa bila anda dalam keadaan meledak atau anxiety hingga boleh menyebabkan stress. Anda dikatakan berada dalam keadaan minda sedar (conscious mind) apabila otak anda diperingkat beta.

Gelombang Alpha: Gelombang ini bergetar antara 8-12 Hz sesaat. Anda dikatakan berada dalam keadaan gelombang alpha apabila anda dalam keadaan istirehat atau sedang melaksanakan tugasan yang tidak memerlukan penuh konsentrasi. Mengikut kajian Dr. Barbara Brown, gelombang alpha ini berfungsi sebagai proses penyembuhan kepada badan sepuluh peratus lebih cepat daripada gelombang beta. Banyak kerja yang produktif dan kreatif yang tidak boleh dihasilkan diperingkat beta boleh dihasilkan diperingkat alpha. Albert Einstien, Misalnya, boleh menyelesaikan banyak masalah matematik diperingkat alpha. Demikian juga ada banyak perkara dalam ingatan seseorang tidak dikeluarkan semula diperingkat beta tetapi senang dikeluarkan diperingkat alpha.

Gelombang alpha boleh berfungsi dengan berkesan untuk meningkatkan kesedaran dalaman. Seseorang akan merasa seronok berzikir dan kusyuk dalam solat apabila ia berada dalam keadaan alpha. Anda dikatakan berada dalam keadaan minda terpendam atau minda separuh sedar (subconscious mind) apabila otak anda berada diperingkat alpha.

Gelombang theta: Gelombang theta ini bergetar antara 4-7 Hz sesaat. Anda dikatakan berada dalam gelambang theta bila anda dalam keadaan separuh jaga dan sangat penuh istirehat seperti melakukan yoga. Anda dikatakan berada dalam keadaan minda terpendam apabila gelombang otak anda berfungsi diperingkat theta.

Gelombang delta: Gelombang otak ini bergetar antara 1-3 Hz sesaat. Gelombang ini selalu dikaitkan kepada seseorang yang tidur dengan nyenyak diperingkat minda terpendam.

Friday, March 26, 2010

Ibubapa dan kecerdasan EQ


Konsep rumahku syurgaku dan sekolah yang penyayang amat penting untuk meningkatkan kecerdasan EQ anak-anak. "Melentur buluh biarlah dari rebung" hendaklah dijadikan pedoman oleh Ibubapa dan guru-guru. Semakin awal diberikan kemahiran EQ kepada anak-anak sebaik dan berkesan. Kanak-kanak yang diberikan kemahiran emosi kelihatan gembira, lebih yakin diri dan lebih berjaya di sekolah. Kemahiran EQ memerlukan latihan dan malan supaya menjadi tabiat dan kebiasaan kepada anak-anak.

Kehidupan dalam keluarga adalah sebagai sekolah awal untuk mempelajari emosi. Perkara-perkara seperti bagaimana anak-anak merasa tentang diri mereka, bagaimana orang lain memberi respon kepada aksi mereka, bagaimana mereka memikirkan perasaan itu, apakah pilihan-pilihan yang perlu dibuat, bagaimana mengeluarkan perasaan untuk mengharap sesuatu dan menghindari ketakutan, stress dan sebagainya.

Penyelidikan yang dijalankan oleh Robert Post, ketua Biological Psychiatry, mendapati stes, deraan dan dadah boleh menimbulkan sel Lembaga atau "gene" yang dipanggil "C-fos" ini akan mengempil sel otak DNA, dan merosakkan sel sesaraf dan rangkaian otak. Lembaga C-fos ini boleh menyebabkan "short-circuit" dalam rangkaian otak dan jiwa kanak-kanak akan tertekan yang boleh menyebabkan masalah mental.

Walau bagaimanapun, Ibubapa yang bersikap sederhana, tidak terlalu keras dan tidak pula terlalu lembut dan sentiasa mencari peluang membimbing anak-anak mereka memahami perasaan dan emosinya. Ibubapa seperti ini memiliki kecerdasan EQ yang tinggi. Dari segi mendidik anak-anak mereka cuba memahami apa yang dirasakan oleh anak-anaknya. Mereka membantunya dengan cara positif bagi mereda perasaan jika anak-anak mereka dalam keadaan emosi. Mereka membimbing anak-anaknya untuk memahami konsep penghargaan diri, motivasi kendiri, penglahiran hasrat diri dan keyakinan diri. Mereka membimbing anak-anaknya untuk menguasai kemahiran spesifik seperti kemahiran sosial, kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah, kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta komunikasi berkesan. Mereka membantu anak-anaknya supaya tahu mengawal fungsi otak dan cara mengubah biokimia emosi.

Dari aspek keagamaan pula, Ibubapa ini menekankan nilai islam dan akhlak mulia. Pengkajian akhlak dalam al-Quran mendapat perhatian istimewa untuk diamalkan. Antara ayat-ayat suci yang mengandungi keterangan akhlak termasuklah terjemahan ayat al-Quran di bawah seprti berikut:-

"Sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar memiliki akhlak yang besar" (68:4)

"Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara syaitan" (17:27)

Dalam islam, pendidikan akhlak merangkumi nilai-nilai meurni seperti moral, etika , adab, tingkahlaku, perangai, sifat-sifat luaran dan dalaman. Untuk ketahanan diri, Ibubapa ini menekankan ilmu tauhid kepada anak-anak mereka. Tanpa tauhid, ibadah dan akhlak mulia anak-anak tidaklah lengkap. Ibubapa ini juga mendidik anak-anak mereka melalui cerita-cerita yang boleh dijadikan contoh atau model kehidupan.

Banyak kajian telah menunjukkan bagaimana Ibubapa mendidik anak-anaknya boleh memberikan kesan yang dalam dan kekal dalam emosi kehidupan anak-anak. Dengan menyedari hakikat ini Ibubapa perlu memiliki kemahiran EQ yang tinggi dahulu supay boleh memberikan pendidikan emosi yang berkesan kepada anak-anak mereka.

Apa itu Biosteen



Biosteen merupakan produk terunggul dengan formulasi hebat gabungan dari bahan – bahan terpilih dan berkualiti tinggi disamping dapat membekalkan pelbagai nutrient penting yang diperlukan oleh tubuh badan. Biosteen gabungan daripada ekstrak Manggis, Habbatussauda', Goji, Madu Lebah, Roselle dan di perkaya dengan Air Zam Zam. Ia iadun di bawah standard pengilangan IMP (Islamic Manufacturing Practice ). Biosteen kaya dengan antioksidan yang terkandung di dalam ekstrak manggis terutama pada bahagian kulitnya dan goji. Selain itu, Biosteen juga kaya dengan omega 3 dan 6 yang dihasilkan oleh habbatussauda' ia merupakan nutrisi terbaik bagi sel otak untuk meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan. Biosteen juga mengandungi pelbagai vitamin yang dikehendaki oleh tubuh seperti vitamin B1, B2, B3, B5  dan Vitamin C di samping pelbagai zat logam seperti magnesium dan potassium. Pengambilan Biosteen secara berterusan dapat membantu menjalani kehidupan yang lebih sihat dan ceria

Untuk Tempahan: 0195777025 (Pn. Rahayu)
Keterangan lanjut: http://www.ccsb2u.com/rahayu

Khasiat Habbatussauda dan madu lebah



Habbatussauda' dapat meningkatkan jumlah sel-sel T yang baik untuk
meningkatkan sel-sel pembunuh alami. G Reitmuller, Direktur Institut Immonologi dari Universiti Munich, dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan/" dan dapat digunakan bioregulator. Dengan demikian, Habbatussauda' dapat dijadikan ubat untuk penyakit yang menyerang kekebalan tubuh, seperti kanser dan AIDS.

Dengan kandungan omega 6 dan omega 3, Habbatussauda merupakan nutrisi terbaik bagi sel otak untuk meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan. Habbatussauda' juga memperbaiki mikro (peredaran darah) ke otak dan sangat sesuai diberikan kepada anak di usia pertumbuhan.Hormon adalah zat aktif yang dihasilkan oleh kelenjar endokrin yang masuk dalam peredaran darah Racun dapat menganggu metabolisme dan menurunkan fungsi organ penting seperti hati, paru-paru dan otak. 

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: "Tetaplah kamu berubat dengan Habbatus Sawda' ini kerana sesungguhnya ia mengandungi bahan penyembuh (ubat) bagi setiap penyakit kecuali maut", (H/R: Bukhari).


Ibn Qayyum al-Jawziyah (691-751) menulis dalam kitabnya yang cukup terkenal "Zad al' Mi'ad fi Huda Khayri al Ibad": Jika Habbatus Sawda' dihancurkan dan dicampurkan dengan madu, kemudian diminum dengan air panas, ia dapat menghancurkan batu karang yang terdapat dalam buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing.  Melancarkan keluarnya air kencing, darah haid dan susu ibu. 


The Journal of America Scientists melaporkan, Habbatus Sawda' bermanfaat untuk banyak penyakit kerana ia mengandungi antihistamine (pencegah alahan), antioxidant (pencegah kerosakan sel), antibiotik (pembunuh kuman), antimycotic (antikulat) dan dilating effect (pengembang saluran pernafasan).
Dr. Micheal Tierre, penulis buku "Planetary Herbalogy" mendapati Habbatus Sawda' mengandungi METASITOSTEROL.  Ia adalah bahan ANTIKANSER yang sangat berkesan.


Keistimewaan madu lebah telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran yang bermaksud "Daripada perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya sebagai PENAWAR bagi manusia", (An-Nahl:69).


Madu lebah juga mengandungi Vitamin B1, B2, B3, B5  dan Vitamin C di samping pelbagai zat logam seperti magnesium, potasium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi.  Pakar dari Poland memberitahu persidangan bahawa madu lebah berkesan dalam merawat Penyakit Buasir, Penyakit Kulit dan Penyakit Puan.

Khasiat Goji


Goji telah digunakan dalam Perubatan Tradisional oleh rakyat China selama lebih 5000 tahun. Terdapat beberapa teks perubatan Cina purba yang menyanjung faedah kesihatan yang mengagumkan daripada buah Goji ini. Berikut adalah antara teks perubatan tersebut:

Ben Cao Hui Yan menyatakan: "Goji meningkatkan Qi atau daya kehidupan, menyokong darah, menyuburkan yin dan yang, membuang angin, merupakan herba yang sangat baik".

Dr. Earl Mindell, R.Ph.,Ph.D., dikenali sedunia sebagai seorang Pakar Herba dan Ahli Farmasi dalam tulisannya GOJI merupakan sejenis herba yang sangat hebat kerana ia mengandungi anti oksida dan imuniti yang tinggi untuk melawan daripada serangan pelbagai jenis penyakit selain dapat menghalang daripada peroses penuaan melalui rangsangan HGH (Hormon Pertumbuhan Manusia) antara lain GOJI dapat mengatasi masalah seperti tekanan darah tinggi, mengurangkan risiko kanser, kolestrol dalam darah, mengawal diabetis, meningkatkan fungsi seksual, memguatkan jantung, menyokong fungsi hati yang sihat, menguatkan otot dan tulang, memelihara buah pinggang, memulihkan daya ingatan, enziam penghadaman anti radang dan lain lain.

Khasiat Buah Manggis



Khasiat XANTHON iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu mencegah pelbagai jenis penyakit kerana ia mengandungi antioksidan yang sangat tinggi dimana ia dapat memberi perlindungan kepada tubuh manusia daripada serangan radikal bebas serta dapat mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kronik. Antara komponen yang terdapat didalam buah manggis terdiri daripada IRON, FIBER, CALCIUM, VITAMIN C, POTASSIUM, VITAMIN B2, PROTEIN, CATHECHINS, TANNINS, PHOSPHORUS, SODIUM, VITAMIN B1, dan NIACIN.

Khasiat Xanthon dalam kulit buah manggis dapat membantu mengatasi pelbagai jenis masalah masalah penyakit seperti berikut


-    KANSER/PERTUMBUHAN TUMOR
-    KENCING MANIS
-    DARAH TINGGI
-    JANTUNG/SALURAN DARAH
-    GOUT
-    ARTHRITIS
-    SAKIT SENDI
-    SENGAL BADAN
-    MIGRAINE/SAKIT KEPALA
-    STROK/PENYAKIT PARKINSON
-    MASALAH SARAF
-    PENYAKIT ALZHEIMER (NYANYUK)
-    GASTRIK/ULSER
-    SEMBELIT
-    CIRIT-BIRIT
-    MENURUNKAN KOLESTEROL
-    KEGEMUKAN
-    ASMA
-    LELAH/PENAT
-    STRESS/KEMURUNGAN
-    MENCANTIK & MELICINKAN KULIT
-    MENGAWAL HIV
-    MASALAH SENGGUGUT/PMS
-    MENOPAUSE
-    KULIT BERMASALAH
-    ALAHAN
-    BUAH PINGGANG
-    JANGKITAN PUNDI-PUNDI KENCING
-    PENYAKIT GUNSI
-    DEMAM
-    MASALAH TIDUR
-    KELESUAN
-    JANGKITAN VIRUS/BAKTERIA/PARASIT

Menurut kajian DR DAVID A. MORTON,Ph.D., Buah Manggis mempunyai bahan aktif biologi yang sangat kaya dengan ANTIOKSIDAN yang tinggi dan sangat berkesan, disamping vitamin, polysaccharides, stilbenes.Disamping itu buah manggis ini unik kerana mempunyai makanan tambahan bioaktif yang hebat iaitu " XANTHON".

"Kajian menunjukkan "XANTHON" mempunyai kesan positif kepada keseluruhan sistem badan,"menurut Penyelidik J.Frederick Templeman,M.D."Dari penambahan tenaga untuk melindungi sistem dalam tubuh dari radikal bebas,"XANTHON" menyampaikan faedah yang luas", XANTHON merupakan sebahagian daripada super anti-oksidan yang paling mujarab.

kajian sains terhadap buah MANGGIS telah dilakukan 150 tahun dahulu dimana lebih dari 110 kajian telah dikeluarkan didalam jurnal-jurnal sains.
Penemuan sains tentang FITONUTRIEN, juga dikenali sebagai fitokimia, adalah sebatian bioaktif semulajadi yang ditemui dalam makanan tumbuhan. Ianya menyediakan manfaat yang lengkap seperti kesan antioksida dan sistem imun bagi membantu menggalakkan fungsi badan yang sihat.
Fitonutrien yang berkuasa ditemui didalam kulit MANGGIS ialah "Xanthon".  Ianya wujud secara bioaktif semulajadi dan memiliki ciri-ciri ANTIOKSIDA yang hebat.

Thursday, March 25, 2010

Kompetensi Untuk Menjadi Guru Berkesan

Guru yang berkesan ialah guru yang sentiasa ingin membangunkan profesionalismen profesyen keguruannya. Untuk membangunkan profesionalisme guru ada empat domain yang perlu dititik berat oleh seseorang guru, iaitu; pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai. Empat domain ini merupakan ciri-ciri sama ada guru tersebut kompeten atau tidak sebagai guru yang berkesan.

 
Pembangunan profesionalisme yakni mepertingkatkan keberkesanan guru dengan melibatkankeempat-empat domain tersebut , memerlukan usaha dan komitmen yang berterusan.

Semasa memperbaiki keempat-empat domain, guru mestilah membangunkan beberapa perkara seperti berikut:
  • Pengetahuan umum pedagogi: yang terkandung di dalamnya strategi pengajaran, pengurusan kelas, pengetahuan tentang murid dan pembelajaran (learning)
  • Pengetahuan isi kandungan (subject matter): pengetahuan tentang isi kandungan sesuatu bidang yang hendak diajar.
  • Pengetahuan isi kandungan khusus pedagogi: kaedah mengajar sesuatu mata pelajaran, kurikulum dan bahan kuikulum.
  • Pengetahuan tentang pelajar dan konteks pelajar, famili serta sekolah.
  • Pengetahuan antara teori dan praktis.
  • Pengetahuan tentang strategi, teknik dan instrumen untuk mengekalkan suasana pembelajaran.
  • Pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk berinteraksi dengan pelajar dari pelbagai budaya dan agama.
  • Pembangunan dan kemahiran menggunakan taknologi dalam pengajaran dengan berkesan.

Kejayaan menjadi guru yang berkesan memberi impak yang ketara terhadap tugas guru, di dalam dan di luar bilik darjah. Guru yang berkesan akan berubah pandangan dan tingkahlaku kepada lebih baik terhadap praktis pengajaran. Seterusnya akan memberi kesan positif kepada pencapaian pelajar. Guru yang berkesan mengubah pengajaran untuk mempertingkatkan prestasi pembelajaran pelajar.

Wednesday, March 24, 2010

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN


MENENTUKAN MATLAMAT DALAM PEPERIKSAAN
Pelajar perlu menentukan
Keputusan yang hendak dicapai
Bagi setiap mata pelajaran

MATLAMAT DORONGAN
Mesti berhasrat mendapat keputusan yang terbaik
Bercita-cita hendak jadi mahasiswa Universiti
Menaikkan imej dan maruah diri dan keluarga

FAKTOR EMOSI PENTING UNTUK PERSEDIAAN PEPERIKSAAN
Membina sikap positif
Membina keyakinan diri
Yakin bahawa anda boleh
Yakin Allah akan memberi pertolongan
Bersiap daripada awal-awal lagi
Menerima hakikat bahawa peperiksaan adalah satu cabaran dan peluang
Hidup untuk berjuang

JADILAH PELAJAR YANG CERIA
Bijak dengan minda yang aktif dan segar
Sentiasa senyum dan berdoa
Berdaya saing dan bermotivasi
Suka berkawan
Luas Pemikiran
Menghargai masa
Suka kepada buku
Luas skop pembacaan
Tentukan bahawa pelajaran adalah keutamaan
Belajar di mana-mana dan bila-bila masa
Belajar cara belajar lebih berkesan
Patuh pada jadual dan peraturan

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN
Lihat semua soalan terlebih dahulu
Bijak membahagikan masa untuk menjawab semua soalan
Fahami kehendak soalan dengan membaca beberapa kali
Kumpulkan fakta atau isi berkaitan soalan
Draf rancangan jawapan dalam masa 2 minit
Jawab soalan yang mudah dahulu
Jawab soalan dengan yakin

Tuesday, March 23, 2010

Mengkaji Sikap Pembelajaran Pelajar


Penyelidik sosial telah mengkaji sikap semenjak tahun 1920an. Mereka mendifinasikan sikap sebagai a tendency , to evaluate dan an object (Eagly and Chaiken , 1993). Mereka juga mendapati sikap dan tingkahlaku pelajar terhadap pembelajaran dan kerja sekolah boleh diukur dengan kebolehpercayaan yang tinggi dan mempunyai kaitan yang kuat terhadap hubungan dengan guru. Alat ukur yang biasa digunakan untuk mengesan sikap adalah dengan menggunakan Survey of Study Habits and Attitudes (Brown Holtzman) dan ada juga menggunakan Minniesota Teacher Attitude Inventory (Walter W. Cook dan rakan). Alat ukur ini direka untuk mengukur sikap yang boleh meramalkan bagaimana hubungan individu terhadap pembelajaran dan pengajaran serta kepuasan diri terhadap kerja sekolah yang diterima.

Pendekatan untuk mengukur sikap banyak di perbincangkan tetapi terdapat 3 perdekatan yang utama adalah pendekatan Thurstone's (1928), Guttman's (1941) dan Likert's (1932). Pendekatan ini dapat mengukur dengan berbagai cara mengikut kesesuaian dan keputusan bergantung samada pada tahap individu ataupun kesesuaian apa yang hendak diukur.

Mengikut Richard W. School (2002), individu umumnya mempunyai sikap yang mengfokuskan kepada objek, manusia ataupun institusi. Sikap juga dikaitkan dengan kategori mental dan orientasi mental menuju kepada konsep yang menjurus kepada nilai.

Mengikut Model of Attitude Behavior Consistency (The ABC), menyatakan sikap terbahagi kepada dua faktor yang mendorong kepada tingkahlaku. Dua faktor tersebut adalah Attitude Availability dan Attitude Relevance. Attitude availabilility bermaksud kebolehan untuk menentukan sikap individu berpandukan kepada apa yang dimahukan . Manakala Attitude relevance pula bermaksud sikap yang munasabah terhadap situasi tertentu.

Daripada teori terhadap sikap yang telah diperbincangkan menunjukan bahawa sikap difaktorkan kepada dua sahaja. Namun apa yang penting pengukuran sikap pelajar terhadap pembelajaran dapat diukur dan menghasilkan kebolehpercayaan yang tinggi serta koleasi yang kuat diantaranya.

Pendekatan Kontekstual Dalam Pembelajaran dan Pengajaran

Menurut Kolb (1976) dan Mc Carthy (1980), pelajar mempunyai empat stail (kuadaran) pembelajaran yang utama iaitu feeling, watching, thingking dan doing. Kebanyakan individu mempunyai keupayaan untuk menggunakan kesemua cara pembelajaran ini, tetapi Kebiasaannya seseorang itu menunjukkan satu cara yang domain untuk dirinya. Namun dalam sistem pendidikan tradisional lebih sesuai untuk pelajar kuadran doing. Pembelajaran kontekstual memenuhi keperluan pelajar dalam semua stail pembelajaran. Berikut ada lima mod pembelajaran kontekstual yang menyokong stail pembelajaran yang pelbagai;
  1. RELATING: learning in the context of life experiences
  2. TRANSFERING: learning in the contex of existing knowledge, using and building on what student already know.
  3. APPLYING: learning in the context of knowledge and how information can be used.
  4. EXPERIENCING: learning in the context of exploration, discovery, and invention.
  5. COOPERATION: learninig in the context of sharing with, responding to and communicating with other.
Jika guru mengajar geometri tentang Teorem Phytagoras dengan pendekatan kontekstual, pelajar akan kelihatan bergerak dalam satu kelas secara kumpulan membuat ukuran bahagian-bahagian tertentu menggunakan pita dan sebagainya. Aktiviti hand-on ini melibatkan mod explorasi (experiencing) dalam kumpulan. Lebih jauh lagi pelajar mungkin boleh mengaitkan dan memindahkan (relate and transfer) teorem berkenaan dengan situasi di luar. Antara aktiviti yang boleh digunakan dalam pembelajaran kontekstual ialah;
  • Pembelajaran secara hand-on; Ini merujuk kepada pembelajaran secara aktif (active learning) selain dari aktiviti pensil dan kertas. Aktiviti hand-on mungkin melibatkan peralatan, penggunaan bahan, aktiviti penyenggaraan mesin dan sebagainya.
  • Pendekatan berasaskan projek; Ini melibatkan aktiviti yang memerlukan beberapa langkah tertentu serta jangka masa yang lebih panjang dan kerjasama kumpulan. Pelajar perlu membuat perancangan aktiviti, membuat penyelidikan, menyelesaikan masalah, mengumpul serta menganalisa maklumat.
  • Perkaitan kontekstual; Kaitan di antara konsep akademik dengan konteks di mana digunakan terutama dalam alam pekerjaan.
  • Aplikasi; Pelajar mengaplikasi sesuatu konsep seperti menjalankan ujian kualiti air, mereka bentuk dan sebagainya. Krieteria atau format persembahan yang digunakan mestilah sama seperti seperti yang digunakan industri.

Penilaian Item Pentaksiran


MENGAMALKAN PROSES PENGHAKIMAN YANG TIDAK ADIL ADALAH SATU KEZALIMAN YANG NYATA

Apa itu item?

Item adalah perkara atau alat yang digunakan untuk mendapat evidens yang boleh dipertimbangkan dalam pentaksiran sesuatu konstruk serta cara memberi skornya.

Apa itu penilaian item?

Proses membuat pengadilan/pertimbangan terhadap kualiti item yang dibina, berdasarkan prinsip pembinaan item dan ciri-ciri item yang baik.

Apakah hasil dari proses penilaian item?

Membuat keputusan sama ada item tersebut diterima atau ditolak atau dlam perhatian (KIV)

Siapa yang akan menilai item?

Pembina, Pengubal,. Guru....

Bila menilai item?

Sebelum dicetak dan sebelum peperiksaan

Mengapa kita menilai item?

Memastikan item yang mempunyai ciri-ciri berikut (item yang baik);
- keakuran
- ketepatan dan kejelasan
- kesesuaian

Keakuran

Keakuran dilihat dari tiga aspek;
Akur Kurikulum; Perkara yang ditaksir (konstruk) dan di mana pentaksiran itu dilakukan (tajuk/konteks) mestilah merupakan sebahagian daripada kurikulum. Aspek ini sangat penting sebab sekiranya perkara yang ditaksir itu di luar kurikulum maka kesahan kurikulum bagi item itu boleh dipertikaikan.
Akur Spesifikasi; Sfesifikasi diwujudkan untuk mengawal ujian dari segi idea dan kandungan. Adalah amat penting untuk seseorang atau kumpulan mengawal kandungan ujian supaya terdapat tingkatan pencapaian yang sama.
Akur Peluang; Pelajar mestilah diberi peluang mencukupi dalam mempelajari perkara yang ditaksir. Peluang boleh dirujuk kelengkapan, guru, kepakaran guru dalam menyampai ilmu yang ditaksir kepada pelajar.

Ketepatan dan Kejelasan

Ia merangkumi tepat dengan konstruk, tepat dengan tajuk/konteks dan jelas bahasa.
Tepat konstruk; Tugasan dalam item mesti mampu menghadiri evidens yang boleh digunakan untuk mentaksir konstruk yang diharapkan.
Tepat tajuk/konteks; Tajuk atau konteks merupakan tempat di mana pentaksiran sesuatu konstruk itu dilaksanakan. Oleh itu adalah amat penting untuk mempastikan pelajar familiar dengan perkara, idea yang diketengahkan. Jika tidak mereka mungkin tidak dapat memberi respons yang memuaskan bukan kerana konstruk tetapi kerana konteks yang asing bagi mereka.
Jelas (Tepat bahasa); pastikan susunan perkataan dan ayat atau gambarajah memberi isyarat yang jelas tentang apa yang harus dilakuakan oleh pelajar serta bagaimana harus perlakuan dipersembahkan. Adakah item yang dibina itu mempunyai darjah komunikasi yang tinggi dari segi stimulus, tugasan dan arahan.

Ciri-ciri item yang baik
1. Sesuai dengan aras kesukaran
2. Sesuai dengan kepentingan
3. Sesuai dengan keadilan (tidak bias)

Monday, March 22, 2010

Proses Berfikir

Beberapa orang pakar dalam bidang pendidikan memberi definisi seperti berikut:
  • Mayer (1977); melibatkan pengolahan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah.
  • Fraenkel (1980); merupakan pembentukan idea, pembentukan semula Pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu.
  • Bayer; kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan.
The Dictionary of Psychology (1991) mentakrifkan proses sebagai urutan peristiwa yang berperingkat dan pada setiap peringkat itu terdapat perubahan.

Berdasarkan beberapa takrifan ini, proses berfikir boleh dirumuskan sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002)

Apabila kita menghadapi masalah atau perlu membuat sesuatu keputusan mengenai sesuatu perkara, secara automatik kita akan bertanya diri kita perkara-perkara berikut:
  • Apakah perkara itu?
  • Bila ianya terjadi, atau bila perlu dilakukan?
  • Siapa yang terlibat?
  • Kenapa ianya terjadi?
  • Di mana ianya terjadi?
  • Bagaimana hendak dilakukan?
Proses berfikir memerlukan tiga jenis pemikiran mikro;
  1. Pemikiran strategik
  2. Pemikiran kritis
  3. Pemikiran konstruktif
Lazimnya penggunaan pemikiran kritis dan konstruktif sudah memadai untuk proses membuat keputusan atau penyelesaian masalah. Pemikiran strategik merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan melibatkan banyak langkah-langkah pemikiran kritis dan konstruktif.

Pemikiran kritis dan konstruktif adalah bersifat mikro. Ianya perlu diterjemahkan dalam bentuk lebih spesifik dan bersifat mikro iaitu; mencirikan, membandingkan, mensistesis, menilai dan sebagainaya.

Satu kaedah lain yang sering digunakan untuk membicarakan tentang kemahiran berfikir makro dan mikro ialah Taksonomi Bloom. Secara ringkasnya taksonomi ini membahagikan hieraki kemahiran berfikir makro sebagai pengetahuan, kefahaman, Aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Analisis, sistesis dan penilaian merupakan tahap pemikiran yang tinggi.

Kemahiran Berfikir

Orang yang kritis selalu digambarkan sebagai seorang yang suka mengkritik; mencari kelemahan, menyalah orang lain dan sebagainya. Ini adalah tidak benar kerana seorang yang kritis tidak mempunyai sifat sedemikian.

Individu yang kritis menyoal untuk mempertingkatkan kefahaman, bukan untuk mencari kelemahan atau kesalahan orang lain. Mereka yang berfikir secara mendalam serta memberikan pertimbangan yang serius terhadap sesuatu perkara atau masalah.

Seorang yang kritis Menganalisis maklumat, fakta, pernyataan dengan berhati-hati sebelum membuat sintesis dalam bentuk cadangan, saranan atau kesimpulan. Ia juga menilai sesuatu maklumat berdasarkan kriteria-kriteria tertentu bukannya melalui rasa hati.

Menurut Philip (1997), seorang pelajar yang mempunyai pemikiran tahap tinggi tidak hanya mahir menilai maklumat tetapi juga seorang yang;
  • Berfikiran rasional yang mampu menilai dan menimbang pelbagai pendapat dan idea sebelum membuat keputusan
  • Terbuka mindanya, dimana sanggup mendengar dan meneliti pandangan dan idea orang lain. Dia akan menangguh pengadilan sehingga segala maklumat diperlukan lengkap.
  • Mengutamakan objektiviti sesuatu tugas dan tidak emosional.
  • Sentiasa menjana idea untuk mencari alternative.
  • Sensitif terhadap perasaan orang lain dan tidak hanya mementingkan diri sendiri.

Kepentingan Kecerdasan Emosi (EQ)

Konsep Kecerdasan Emosi (EQ)

Kecerdasan emosi, atau EQ ini tidaklah diukur berdasarkan bagaimana pintarnya seseorang individu tetapi lebih menekankan apakah ciri sahsiah yang dimilikinya. Banyak kajian telah menunjukkan kemahiran sosial dan emosi lebih penting dalam kejayaan hidup seseorang, berbanding kebolehan intelektual semata-mata.
Menurut kajian Abdul Fatah Hasan di dalam buku "Pemikiran Keseluruhan Otak", kecerdasan EQ yang tinggi lebih penting dalam kejayaan hidup seseorang.

Manakala mengikut Salovey dan Mayer, Ned Herrmann, EQ ialah kebolehan seseorang individu untuk :-

  1. kebolehan mengawas dan mengawal diri sendiri dan orang lain dari segi perasaan dan emosi
  2. kebolehan dalam pengurusan emosi ( dapat ketenangan jiwa dan tangani stres @ masalah dengan bijak)
  3. kebolehan meningkatkan motivasi diri sendiri
  4. kebolehan mengenal emosi orang lain (mempunyai asas 'people skill' oleh itu, mudah merasakan perasaan orang lain)
  5. kebolehan menjalinkan persaudaraan antara manusia ( dapat melahirkan kepimpinan yang berkesan)
Kebanyakkan manusia adalah berbeza dari segi kebolehannya dalam setiap domain itu. Sesetengah individu boleh mengatasi masalahnya sendiri , contohnya
perasaan cemas ketika dalam kemalangan
  • perasaan cemas ketika menghadapi peperiksaan
  • rasa kecewa bila gagal dalam sesuatu ujian
  • rasa kecewa bila gagal dalam perkahwinan


Semakin awal didedahkan kemahiran EQ kepada anak-anak semakin baik dan berkesan. Kanak-kanak yang diberikan kemahiran emosi (EQ) akan kelihatan gembira, lebih yakin diri bergaul dan lebih berjaya di sekolah. Kemahiran EQ memerlukan latihan dan amalan supaya menjadi tabiat dan kebiasaan kepada anak-anak. Ada beberapa contoh gaya keibubapaan yang menggangu kecerdasan EQ kanak-kanak, iaitu:-

  1. Ibubapa tidak menghiraukan emosi anak-anak kerana beranggapan gangguan emosi anak-anak adalah perkara biasa. Mereka tidak mengambil sedikit masa atau peluang untuk membantu anak-anak mengatasi gangguan emosi.
  2. Ibubapa kadang-kala terlalu memberi kebebasan anak-anak kepada kegiatan-kegiatan sendiri tanpa kawalan. Contohnya, bermain 'game' komputer tanpa kawalan dan bergaul dengan kawan tanpa batasan.
  3. Ibubapa selalu merendahkan dan menghina perasaan anak-anak. Contohnya, ibubapa memberi kritikan, dendaan yang kejam hingga boleh menyebabkan anak-anak stres dan sakit jiwa yang tidak disedari.
Menurut Robert Post, gaya-gaya keibubapaan yang tersebut bukan sahaja boleh merendahkan kecerdasan EQ anak-anak tetapi juga boleh menyebabkan masalah mental kepada anak-anak. Dalam melahirkan anak-naka yang memiliki kecerdasan EQyang tinggi, ibubapa perlu ......

  • ibubapa perlu memahami apa yang sedang dirasakan oleh anak-anaknya dan bantu dengan cara positif bagi meredakan perasaan anak-anak tersebut
  • ibubapa perlu bimbing anak-anak untuk memahami konsep penghargaan diri, motivasi kendiri, penglahiran hasrat diri dan keyakinan diri
  • ibubapa bimbing anak-anak menyelesaikan masalah dengan cara yang berkesan
  • ibubapa bimbing anak-anaknya nilai-nilai Islam dan akhlak yang mulia
  • ibubapa bimbing anak-anaknya melalui kisah-kisah teladan yang boleh dijadikan model kehidupan contohnya; Kisah Pengderhakaan Si tanggang Terhadap Ibunya, Kisah Nabi Lud dan Pengderhakaan kaumnya Kepada Allah s.w.t,

Sunday, March 21, 2010

Kecermerlangan Bukanlah Suatu Tindakan, Tetapi Suatu Tabiat.


Menurut Aristotle, kita menjadi apa yang selalu kita lakukan. Maka kecermerlangan bukanlah suatu tindakan, tetapi suatu tabiat. Akhlak kita, pada asasnya, ialah gabungan semua tabiat kita. Tabiat merupakan faktor yang hebat dalam kehidupan kita. Oleh sebab tabiat adalah corak yang konsisten, dan sering tidak disedari, tabiat sentiasa, setiap hari, melahirakan akhlak kita kita dan menyebabkan keberkesanan kita tau tidak berkesannya kita.
Tabiat dapat dipelajari dan diubah. Namun ia bukan penyelesai yang mudah dan pantas, ia melibatkan proses dan komitmen yang tinggi.

Kita pernah mendengar, membaca dan menonton perjalan Apollo ke bulan, kita mendapat tahu Neil Amstrong manusia pertama menjejaki bulan. Sebelum itu fenomena tersebut adalah begitu mustahil dan aneh. Sekarang pekara seperti itu sudah menjadi mustahil lagi.  Untuk sampai ke bulan angkasawan perlu memisahkan diri dengan graviti bumi yang begitu kuat. Banyak tenaga yang perlu dihabiskan dalam hanya beberapa saat sahaja bagi mengangkat sebuah kapal angkasa, dalam beberapa kilometer awal perjalanan, jika dibandingkan dengan beberapa hari perjalanan seterusnya hingga ke bulan.

Tabiat juga seperti graviti bumi yang kuat, yang lebih kuat dari yang disangkakan. Untuk meruntuhkan kecenderungan dan kebiasaan kita yang begitu mendalam seperti berlengah-lengah, malas, tidak sabar, suka berungut, suka mengkritik, kedekut, melanggar prinsip memerlukan lebih dari keazaman dalam permulaan perubahan kecil dalam kehidupan kita. Menganggkat kapal angkasa memerlukan usaha yang tidak terhingga, tetapi apabila ia berjaya memisahkan diri dari tarikan graviti, kebebasan kita akan kelihatan pada demensi baru. Kita perlu usaha dan keazaman yang kuat bagi memisahkan tabiat negatif dan buruk bagi membina tabiat yang baik dan berkesan.

Sebagai daya semulajadi, tarikan graviti boleh bekerja sama dengan kita dan ia juga boleh bertentangan dengan kita. Begitu juga tabiat ia juga boleh menghalang kita daripada menuju matlamat kehidupan kita. Tarikan graviti juga yang menyebabkan dunia ini tidak musnah dan bumi boleh berputar mengelilingi matahari melalui orbitnya. Kita juga boleh menggunakan tabiat kita untuk membina kesepaduan dan susunan yang diperlukan bagi melahirkan kecermrlangan dalam hidup.

7 Tip Bertemu Bahagia

Kita sering dinasihat untuk memperolehi kebahagian kita mesti mengubah sikap kita. Di bawah ini ada 7 tip atau cara kita mendapat kebahagian diri. Jangan sekadar membaca sahaja, cuba amalkan.

1. Ucapkan terima kasih:

Terima kasih adalah kunci menuju hidup bahagia kerana jika tidak berterima kasih, seberapa banyak pun yang kita miliki, kita tidak akan bahagia. Sebab itulah, kita sentiasa ingin sesuatu yang lain - David Steindl Rast.

Satu kajian mengatakan bahawa seseorang yang hidupnya dipenuhi rasa terima kasih tidak mengalami gangguan kesihatan dan merasakan kehidupannya jauh lebih baik. Bahkan akan memberi perkembangan positif di atas pencapaian dalam hidupnya.

2. Lepaskan perasaan yang membelenggu diri:

Kebahagiaan terlalu kecil jika anda hanya memegangnya di tangan anda. Tetapi, jika anda lepaskan anda akan belajar dan rasai betapa besar dan berharga kebahagiaan itu. - Maxim Gorky

3. Tarik nafas yang dalam:

Tarik nafas. Tuhan akan mendekati anda. Tahan nafas dan Tuhan tetap bersama anda. Hembuslah nafas dan anda akan mendekat pada Tuhan. Teruslah berhembus dan pasrah pada Tuhan. - Krishnamacharya

4. Regangkan otot-otot anda:

Bergerak adalah ubat untuk membuat perubahan terhadap fizikal, emosi dan mental seseorang. - Carol Welch.

Aktiviti senaman telah membuktikan mereka memiliki perasaan dan tubuh yang lebih baik walaupun senaman dalam waktu yang singkat.

5. Rasai denyutan jantung;

Kebahagiaan bergetar dengan setiap denyut jantungku. - Emily Logan Decens

Cara terbaik untuk menyedari bahawa anda hidup adalah merasai aliran darah melalui urat nadi anda.

6. Ingat kembali perjalanan hidup:


Kajian menunjukkan bahawa apabila anda berusaha untuk mengingatkan kembali kejadian dalam hidup, maka ingatan itu akan bekerja untuk anda dan akan menemukan kebahagiaan dalam kejadian tersebut.

7. Ketenangan dalam kesunyian:


Kebahagiaan umpama rama-rama, di mana anda berusaha untuk mendapatkan sesuatu semakin jauh dari jangkauan anda. Tetapi, jika anda bersabar dan tenang, ia akan menghampiri anda. - Nathaniel Hawthorne

Kesunyian adalah harta yang tersembunyi, yang mana hanya orang tertentu sahaja mampu mendapatinya.

Rahsia Kecermerlangan Di Lima Jari Anda

Kita sering dipesan! sekiranya hendak melihat Allah, lihatlah kebesaran ciptaanNya. Allah telah mencipta lima jari untuk kita, bagi memudahkan kerja harian. Lihatlah bagaimana kelima-lima jari ini berkerjasama, ia telah membina sebuah ikatan yang kuat, boleh menampung beban kita bila kita bergayut, membantu Muhammad Ali memenangi Juara Tinju, mengangkat Lee Chong Wei sebagai pemain nombor satu dunia dalam arena badminton. Ini disebabkan ada lima jari pada satu tapak tangan saling membantu menggenggam kejayaan.

Dengan itu kita boleh gunakan lima jari tangan kita sebagai panduan untuk membina kecermerlangan diri kita. Kelima-lima jari ini mempunyai sifat yang berbeza dan mempunyai peranan yang berbeza. Akan tetapi kelima-lima jari di tangan kita ini menggambar bagaimana ia dapat membantu kita mencapai kecermerlangan.

Jari Ibu: Jari ini mempunyai kekuatan melebihi dari jari-jari lain. Keberkesan genggaman tangan bergantung kepada jari ibu. Tanpa ibu jari, tangan tidak berguna. setiap kali kita memegang alat-alat, pensel atau benda-banda lain, jari ibu memainkan peranan yang amat penting. Jari ibu adalah simbol keazaman. Tanpa keazaman segala-galanya sukar berhasil. Keazaman adalah satu tabiat yang perlu dipupuk dan perlu dipraktikan. Jari ibu sentiasa mengingatkan kita betapa perlu keazaman yang tinggi, sekiranya ingat mengapai sesuatu hasrat. Keazaman memerlukan tiga perkara;
  1. Kawalan. Kita perlu mengawal setiap tindakan kita dan tahu apa yang kita inginkan.
  2. Keyakinan: Kita perlu yakin dengan keazaman kita
  3. Displin: Displin ini akan membentuk kita menjadi orang sabar, gigih dan membantu penumpuan kita.
Jari Telunjuk: Jari telunjuk sering digunakan bagi menunjukkan arah tujuan. Untuk memastikan arah tujuan atau matlamat kita tercapai kita memerluka ilmu pengetahuan. Jadi jari telunjuk melambangkan ilmu pengetahuan. Semakin tinggi ilmu kita semakin berkesan tindakan kita, ini adalah kerana ilmu telah menunjuk cara bagaimana untuk mecapai arah tujuan kita. Ilmu yang paling baik di dunia dan akhirat ialah daripada petunjuk dari Al-Quran dan Hadis. Kita akan selamat dengan merujuk Al-Quran dan Hadis. Dengan jari telunjukkan kita akan diingatkan betapa pentingnya kita menuntut ilmu dari masa ke semasa hingga ke hujung hayat.

Jari Tengah: Sekiranya kita meneliti jari ini, didapati jari ini yang paling tinggi sekali dari pada jari-jari lain. Hormat dilambangkan untuk jari ini. Ini adalah sebagai ingatan bahawa rasa hormat kepada orang lain merupakan aspek yang paling penting dalam kehidupan. Kita mesti menghormati hak keperibadian orang lain. Tidak ada definisi yang lebih baik dalam suatu tamadun selain menghormati orang lain. Hormat adalah lebih prktikal daripada cinta dan berkasih pada seseorang. Hormat ialah melayan orang lain sebagai manusia yang mempunyai maruah dan harga diri. Hormat ialah melayan orang lain sebagaimana kita mahu orang lain melayan kita. Cara kita melahirkan rasa hormat adalah senjata yang paling berkuasa yang boleh digunakan untuk mempengaruhi orang lain. Hormat boleh berlaku tiga peringkat:
  1. Hormat adalah perlindungan bagi hak asasi setiap individu.
  2. Menghormati orang lain adalah prinsip utama dalam sesebuah tamadun dan mengingatkan kita bahawa akhirnya menghormati sesama manusia yang paling penting.
  3. Hormat adalah cara kita menunjukkan kepada orang lain, nilai mereka dalam masyarakat. Menghormati atau hormat adalah satu anugerah dan pengiktirafan kita terhadap sumbangan mereka.
Jari Manis: Kita menyarung cincin pada hari pertunangan atau perkahwinan pada jari ini. Cincin yang dipakai kelihatan terserlah dan cantik apabila disarung pada jari ini. Jari ini boleh dilambangkan sebagai keimanan kita. Tahap keimanan kita perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa. Kita selalu diperingatakan bahawa Allah tidak melihat rupa, pangkat dean harta kita, akan tetapi Allah hanya melihat tahap keimanan kita terhadapNya. Peningkatan tahap keimanan adalah proses yang perlu dilakukan dari hari ke hari. Kecantikan peribadi seseorang itu bergantung tahap keimanan sesseorang itu. Jari manis akan mengingatkan kita pentingnya mempertingkatan keimanan kita

Jari Kelingking: Sumbangan adalah asas membina kecermerlangan diri. Sumbangan satu tabiat yang boleh dipaksa, ia memerlukan keiklasan. Lebih tinggi nilai keiklasan, lebih tinggilah nilai sumbangan. Persoalannya sekiranya sumbangan itu penting mengapa ia diwakili oleh jari yang paling kecil. Sebenarnya ia untuk memberitahu kita bahawa, kita boleh menyumbang walaupun sumbang itu kecil. Sumbang kecil kalau dihimpun ia boleh menjadi besar juga. Prinsip asas memberi sumbangan diwakili jari kelingking untuk mengingatkan kita walaupun kecil, ia tetap sumbangan.

Pencapaian kecermerlangan dalam hidup sebenar baoleh dijadikan sebagai satu kerjaya diri. Merancang untuk melakukan sesuatu dan kemudian melakukannya, boleh menghasilkan satu kejayaan dalam hidup. Lima jari pada tangan melambangkan lima prinsip asas mencapai kecermerlangan. jari ibu untuk keazaman yang kuat, jari telunjuk untuk menggambarkan ilmu pengetahuan sebagai petunjuk arah tujuan, jari tengah untuk rasa hormat, jari manis untuk keimanan dan akahir sekali jari kelingking mengingatkan kita bahawa walaupun sumbangan adalah kecil tetapi ia lebih baik daripada sering membuat kriktikan.

Saturday, March 20, 2010

Pembinaan Item MPAV

Pengenalan

Sebelum seseorang guru ingin membina item, guru perlu memahami maksud item dan instrumen. Item bermaksud alat yang digunakan untuk mendapat respons  yang merupakan evidens yang boleh dipertimbangkan dalam pentaksiran sesuatu konstruk (pekara yang ditaksir) serta pemberian skornya. Manakala instrumen pula merujuk kepada alat, kaedah, pendekatan atau mekanisma untuk mendapatkan maklumat (evidens tentang prestasi pelajar: skor, markah) dan seterusnya membuat penghakiman (proses pertimbangan) tentang produk (kompetensi yang diperolehi pelajar) sesuatu proses pendidikan.

Jenis-jenis Item
  1. Item Objektif: hanya satu bentuk jawapan sahaja yang boleh diterima sebagai respons bagi sesuatu item.
  2. Item Subjektif: Item yang memberi pilihandalam respons yang diberikan (ada lebih dari satu jawapan yang boleh diterima sebagai respons sesuatu item).
*Pentaksiran MPAV menggunakan item subjektif

Jenis-jenis Instrumen
  1. Berpusat
  2. Berasaskan sekolah
Item Subjektif

Terdapat tiga ciri item subjektif iaitu:
  1. Item berstruktur: Mengandungi satu siri tugasan item yang dikemukakan dengan keadaan, situasi serta kemahiran. Terdapat perkaitan antara setiap tugasan dengan stimulus dan antara setiap tugasan dengan item.
  2. Item respon terhad: Berkecenderungan menghadkan pelajar melalui skop yang disoal.
  3. Item respons terbuka: Bersifat polikotomus dan mengundang pelbagai kemungkinan jawapan dari pelajar serta menyatu dan menggabungkan pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat daripada pelabagai sumber pembelajaran.
Panduan Membina Item
  1. Kenal pasti jenis item
  2. Kenal pasti konstuk
  3. Kenal pasti konteks
  4. Kenal pasti aras kesukaran
  5. Kenal pasti klasifikasi item
  6. Akur kurikulum
  7. Akur peluang
  8. Akur spesifikasi
  9. Sesuai penting
  10. Sesuai adil
Piawai Penulis Item
  1. Tahu konstruk
  2. Tahu konteks
  3. Kreatif
  4. Mahir komunikasi verbal
  5. Mahir dalam Pengajaran

Tuesday, March 16, 2010

Kepimpinan dan Pemimpin

Kepimpinan adalah satu proses intraksi sosial yang kita alami setiap hari. . Nabi Muhammad S.A.W. pernah besabda bahawa setiap orang adalah pemimpin dan setiap pemimpin betanggungjawab terhadap orang yang dipimpin. Kepimpinan mula berlaku dalam keluarga, dalam kumpulan ini sudah tentu memerlukan pemimpin yang dapat membuat keputusan dan tindakan.

Kepimpinan merupakan satu konsep yang mengandungi banyak makna yang berbeza-beza. Benard Urwick berpendapat bahawa kepimpinan adalah kualiti tingkah laku individu ketika dia mengetuai aktiviti kumpulan untuk mencapai objektif organisasi. Gelaran pemimpin merupakan status diperolehi daripada masyarakat, kelompok sosial ataupun dari rakan-rakan secara dipilih atau dilintik oleh ahli disekulilingnya.

Pemimpin dipilih berdasarkan banyak faktor. Antaranya faktor tingkah laku dan peribadi pemimpin yang mempunyai sifat kepimpinan yang unik. Dengan sifat-sifat kepimpinan yang menonjol, dirinya dengan mudah dapat dibezakan daripada khalayak ramai, khususnya dalam aspek kebolehan pencapaian, tanggungjawab, penglibatan, dan status.

Ada juga pemimpin dipilih kerana dia menjadi sumber ilham dalam kumpulan. Biasanya pemimpin jenis ini muncul pada masa-masa tertentu bagi menyelamat maruah pengikutnya. Pemimpin jenis ini amat disanjungi oelh pengikutnya.

Ciri-ciri Pemimpin Yang Berkesan
  1. Inisiatif: Pemimpin yang dapat mengeluarkan idea-idea baru yang boleh diterima orang yang dipimpinnya.
  2. Representatif: Pemimpin dapat bertindak sebagai wakil kumpulannya dan bertanggungjawab terhadap ahli-ahlinya dalam kumpulan.
  3. Keanggotaan: Pemimpin yang bergaul dan mewujudkan informal dengan kumpulannya. Dia merasakan dirinya adalah salah seorang anggota kumpulan.
  4. Komunikasi: Prmimpin dapat memberi maklumat yang diperlukan oleh orang di bawahnya. Dia juga dapat menimbulkan isu-isu semasa tentang tugas ahli-ahlinya.
  5. Integrasi: Pemimpin dapat mengurangkan konflik di kalangan anggotanya dan dapat menyesuaikan individu di dalam kumpulan.
  6. Pencapaian: Pemimpin sentiasa merancang untuk meningkatkan pencapaian ahli-ahlinya.
  7. Kuasa: Pemimpin dapat menggunakan kuasa membuat keputusan terutama dalam membuat keputusan, bertindak, dan memberi pendapat.
  8. Pengagihan tugas: Pemimpin dapat bertindak menentukan tugas ahli-ahlinya dengan cara yang adil.
  9. Penghargaan: Pemimpin dapat memberi penghargaan dan teguran usaha yang dilakukan ahli-ahli dalam kumpulan.
Namun begitu untuk menjadi pemimpin yang berkesan, terdapat beberapa keperluan terhadap pembinaan sikap tertentu sebagai unsur untuk mempercepat pembinaan ciri kepimpinan yang berkesan berdasarkan al-Quran.

Saturday, March 13, 2010

Atasi Tekanan dan Nikmatilah Kebahagiaan

Tekanan menimbulkan ketegangan. Semakin moden masyarakat kita, semakin sukar untuk mengelak penyakit ini. Setiap hari kita menghadapi cabaran, tidak kira masyarakat bawahan, pertengahan atau atasan. Justeru itu tidak hairan kita terdengar pelbagai kisah pelik di kalangan masyarakat kesan dari tekanan. Kadang kala kita tidak menyedari diri kita dilanda tekanan, kerana ia sudah sebati dengan kehidupan kita.

Ada beberapa sintom apabila kita menghadapi tekanan. Antaranya;
  1. Lebih kerap berpeluh, penafasan lebih laju dan dengupan jantung lebih kencang.
  2. Pening, sakit belakang, sakit leher dan perut meragam.
  3. Perubahan emosi mendadak (cepat merajuk, mudah marah, cepat penat, pelupa dan tidak ghairah).
  4. Sentiasa terburu-buru.
  5. Perasaan tertekan.
  6. Tidak berminat melakukan sebarang perkara.
  7. Sentiasa negatif.
  8. Sentiasa resah.
  9. Sukar tidur.

Lima Langkah Mudah Melegakan Tekanan

  1. Regangan - Berdiri tegak, tarik nafas dalam-dalam melalui hidung sambil meregangkan kedua-dua tangan di atas kepala sambil berjingkit. Kemudian lepaskan nafas melalui mulut sambil menurunkan tangan ke sisi perlahan-lahan. Ulang langkah ini berkali-kali hingga lega.
  2. Ubah titik tumpuan - Hentikan semua tugas sementara, sebaliknya lakukan perkara mudah yang anda suka atau minumlah secawan kopi panas.
  3. Meditasi - Tutup mata dan pastikan anda menghayati gerakan pernafasan, seimbangkan dengan tumpuan minda dan cuba bayangkan suasana nyaman, tenang serta membahagiakan.
  4. Ketawa - Ia adalah percuma! Menonton cerita komidi, membaca komik atau bayangkan peristiwa-peristiwa lucu. Sekiranya ada kelapangan, ajaklah teman bercerita perkara-perkara yang tidak masuk akal tetapi melucukan.
  5. Kekang diri daripada ketegangan - Senaraikan perkara-perkara yang menekan perasaan. Utama perkara-perkara paling berat hingga lebih ringan. Selesaikan perkara yang lebih utama dulu, jika masalah utama dapat diselesaikan, soalan lain menjadi lebih ringan atau tidak lagi membebankan fikiran.

Thursday, March 11, 2010

Masalah Autisme Terhadap Kanak-kanak



Autisme adalah gangguan proses perkembangan yang terjadi dalam 3 tahun pertama usia anak. Gangguan tersebut termasuk gangguan pada bahasa, kognitif, sosial dan beberapa gangguan lain. Akibatnya, anak autisme akan ketinggalan berbanding kanak-kanak seusianya.

Tanda-tanda autisme hampir sama dengan masalah hiperaktif. Ia dapat dikesan anak memasukik usia 3 tahun. Misalnya anda mendapati anak anda tidak boleh duduk diam dan gagal memberi perhatian pada satu-satu perkara. Pemerhatian anak juga mudah beralih dan bila diajak berbual mereka seakan tidak mendengar.

Masalah ini terjadi akibat daripada gangguan neurobiologi anak. Sejak dari dalam kandungan lagi, sel-sel otak anak mengalami gangguan perkembangan. Biasanya gangguan tersebut disebabkan oleh jangkitan virus seperti rubella, harpes dan CMV. Jangkitan toksoplasma, kuman, pendarahan ataupun keracunan menjadi salah satu faktor penyumbang.



Dengan adanya jangkitan-jangkitan ini, pertumbuhan sel otak anak di beberapa tempat tidak sempurna. Biasanya, ia melibatkan bahagian otak yang mengawal keseimbangan berfikir, daya ingat, belajar bahasa, pemerhatian dan perilaku. Walau bagaimanapun peratusan bahagian tersebut yang terkena adalah kecil iaitu 15 peratus.

Competency Based Training and Instruction (CBT-I)

Sebelum seseorang individu memulakan kehidupan mereka sebagai seorang profesional, mereka telah menjalani pelbagai pengalaman, latihan dan pengetahuan. Bermula dari pra-sekolah dan berterusan hingga ke tahap akademik atau vokasional yang tinggi, kita telah dididik pelbagai guru dan jurulatih dengan bermacam-macam teknik dan pendekatan. Semua pakar di dalam sistem pendidikan juga telah pun pernah melalui proses ini sebagai pelajar.

Menurut pakar dalam membina modul pambelajaran dan latihan telah mengenalpasti terdapat tiga teknik dan pendekatan yang digunakan dalam proses pembelajaran pelajar, iaitu

1. Education

Satu kaedah am untuk mendapatkan ilmu yang akan mempersiapkan pelajar untuk sesuatu tugas atau keinginan mereka di masa hadapan. Ia selalu dikaitkan dengan persekolahan formal atau akademik.

2. Trainning
 
Merupakan satu kaedah mendapatkan ilmu dan kemahiran yang hasilnya ialah sesuatu prestasi yang khusus. Trainning biasanya akan membantu para pelajar melakukan sesuatu tugas yang baru dalam tugas semasa mereka atau membantu melaksanakan tugas sedia ada dengan cara yang berbeza dan lebih baik.

3. Instruction

Mengembelengkan kedua-dua education dan trainning untuk membantu pelajar memperolehi ilmu dan kemahiran yang baru untuk digunakan masa kini dan hadapan.
Bagaimana CBT-I dikatakan berbeza dengan pembelajar konvensional.
Perkataan Competency Based Trainning and Instruction bermakna pada akhir sessi para pelajar mampu meleksanakan tugas, atau menggunakan sesuatu set maklumat dengan cekap sekali. CBT-I direka dan disampaikan dalam satu kaedah yang membolehkan pelajar mengaplikasikan apa yang mereka pelajari dengan cekap dan berkesan.
Oleh itu, melalui kaedah CBT-I ia dapat membantu guru merancang dan mereka bentuk trainning dan instruction memadankan beberapa keperluan, bagi menghasilkan P&P yang lebih berkesan dan bermakna.

Wednesday, March 10, 2010

Tenaga Kerja Abad ke 21

 
Malaysia dijangka menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Sehubungan dengan itu negara akan mengalami modeninsasi dan perkembangan teknologi yang akan membawa bersamanya cabaran yang sudah pasti memerlukan tenaga manusia yang cekap, berkesan dan paling utama boleh berfikir.

Seseorang pekerja mungkin akan menukar jenis pekerjaannya sebanyak beberapa kali sepanjang hayatnya oleh kerana perubahan dan perkembangan teknologi. Ini hanya boleh berlaku kepada lulusan yang telah dilengkapkan dengan kemahiran-kemahiran berffikir yang membolehkan mereka menguasai teknologi baru dengan mudah dan dalam masa singkat.

 
Antara kemahiran yang diperlukan ialah kemahiran menggunakan peralatan ICT, kecekapan mengendalikan maklumat, menyelesaikan masalah, bekerjasama, berkomunikasi, berfikir dengan kritis dan konstruktif (Perkins, 1986).

Para majikan kerapkali menyarankan pentingnya pelajar yang keluar dari sistem pendidikan formal dilengkapi dengan kemahiran membuat keputusan dan berfikir secara kritis dan konstruktif. Berdasarkan pengalaman mereka, ramai pelajar yang diambil bekerja kurang berinisiatif, tidak disemaikan dengan budaya ilmu untuk pembelajaran swepanjang hayat (life-long learning), dan bergantung kepada orang lain untuk membuat keputusan mereka.

Keupayaan Teras

Keupayaan teras (core abilities) adalah merupakan kemahiran yang diperlukan yang merentasi alam akademik dan alam pekerjaan. Kebolehan teras ini adalah luas, dan perlu dimiliki oleh seseorang lulusan.


Neil (1989) menyatakan bahawa walaupun sesebuah intitusi pendidikan memasukkan keupayaan teras ini ke dalam penyataan misinya, dan walaupun sesorang guru yang baik menghargai betgapa pentingnya aspek komunikasi, pengurusan maklumat, interpesonal dan penyelesaian masalah; keupayaan teras tidak dinyatakan pada peringkat pelaksanaan kursusu dan seterusnya tidak diterapkan ke dalam kurikulum. Hasilnya, kemahiran ini yang dikenal pasti sebagai penting, telah ditenggelami oleh objektif-objektif isi kandungan spesifik (content-specific competencies)

Mielke (1989) menyenaraikan tujuh keupayaan teras iaitu;
  1. bekerja dengan produktif
  2. belajar dengan efektif
  3. berkomunikasi dengan jelas
  4. bekerja dalam pasukan
  5. bertindak dengan penuh tanggungjawab
  6. menghargai diri dengan positif
  7. berfikir secara kritis dan kreatif

Google+ Followers