Friday, April 30, 2010

Salasilah Rasul

Thursday, April 29, 2010

Enam Cara Akrab Dengan Anak


Zaman sudah berubah. Dahulu ibu bapa mempunyai banyak waktu senggang bersama anak. Namun hari ini lain pula ceritanya lantaran ibu bapa lebih terikat dengan waktu pejabat. Meskipun begitu, ia tidak bermakna anda bakal berenggang dengan buah hati anda. Anda masih boleh menjalin kemesraan dan keakraban seisi keluarga melalui aktiviti bersiar-siar, membeli belah dan juga berkelahi. Enam cara berikut boleh membantu anda meningkatkan kasih sayang dan keakraban anda dengan si kecil secara berterusan.
  1. Membaca bersama: Sekiranya ada kelapangan sebelum tidur, ajaklah si kecil bersama. Pilih buku dengan tema dan jalan cerita yang bersesuaian. Lakukan pembacaan secara santai berserta gerak tubuh dan mimik muka supaya sesi tersebut menjadi lebih menarik dan menyeronokkkan.
  2. Dakap, belai dan bermain: Pada usia kanak-kanak, si kecil memang suka bermain. Namun , pada masa yang sama dia juga ingin dibelai, didakap dan dimanja. Anda boleh membina keakraban sama ada dengan melakukannya secara berasingan ataupun serentak. Walau bagaimanapun, melakukannya secara pakej pasti lebih istimewa. Misalnya, anda boleh mengusik, memeluk dan menggomolnya dalam satu masa sambil menonton tv di Rumah. Meskipun begitu, pilihlah masa yang sesuai supaya anak anda tahu bukan semua waktu dia boleh dilayan begitu oelh anda.
  3. Usah terus menolak: Buah hati anda masih terlalu mentah untuk memahami banyak perkara. Namun, pada masa yang sama, terlalu banyak pula dia mahukan daripada anda selain daripada kasih sayang yang diperolehi. Lazimnya si kecil gemar menuntut sesuatu seperti mainan. Tetapi bukan semua permintaannya boleh dipenuhi. Meskipun begitu, usah sesekali menolak mentah-mentah. Berikan dia penjelasan yang sesuai dengan peringkat usianya supaya dia lebih memahami dan menghormati anda. Selain itu, anda juga boleh memberikan dia pilihan lain sebagai ganti.
  4. Adil: Walau beberapa ramai pun bilangan cahaya mata anda, usah sesekali lupa untuk bersikap adil. Anda perlu bijak membahagikan kasih sayang yang sama rata kepada anak-anak agar mereka dapat merasai kehadiran mereka diperlukan dalam keluarga.
  5. Bercuti sekeluarga: Bercuti bukan sahaja untuk merehatkan akal, minda dan tubuh. Lebih penting, ia memberikan anda sekeluarga peluang untuk bersama-sama melakukan banyak perkara. Walau bagaimanapun, percutian menjadi lebih berkualiti sekaligus mendapat mengeratkan hubungan semua anggota jika ia melibatkan semua pihak termasuk anak anda sama ada dari segi pemilihan destinasi mahupun aktiviti.
  6. Nikamati hidangan bersama: Binalah kasih sayang dan keakraban dengan menikmati sarapan, makan tengahari, minum petang mahupun makan malam bersama-sama. Gunakan ruang ketika menikmati hidangan mahupun minuman dengan berbual-bual sambil bertukar-tuakr pendapat. Anda boleh menjadi pendengar yang setia kepada anak-anak.

Definisi Keusahawanan


Keusahawanan adalah di antara perkara yang terpenting kepada individu, keluarga, pembangunan masyarakat, pembangunan negara serta agama. Ianya merupakan satu bidang ilmu yang rangkumi unsur-ussur sikap, kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan perniagaan dan perusahaan.

Menurut Yap Putih (1989), keusahawanan dikatakan sebagai satu kebolehan, kemampuan, dan kecenderungan untuk melakukan perkara-perkara berikut:

  • Mengenalpasti peluang perniagaan.
  • Mengendalikan usaha perniagaan yang menguntungkan dirinya sendiri dan orang ramai
  • Mendapatkan kekayaan dengan cara berusaha memenuhi keperluan masyarakat.
  • Mengambil risiko yang telah diperhintungkan.
  • Mentadbir dan menggunakan faktor-faktor pengeluaran bagi menghasilkan pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial.
  • Sentiasa berusaha dan bersedia untuk membuat pembaharuan yang boleh meningkatkan daya pengeluaran dari masa ke semasa.
Secara ringkasnya boleh dinyatakan bahawa keusahawanan sebagai kualiti manusia yang bukan sahaja mendatangkan faedah kepada dirinya sendiri tetapi ia dapat membangunkan ekonomi dengan pesat serta memberi sumbangan kepada orang lain. Ia merupakan proses mewujudkan dan mengurus perniagaan untuk mencapai objektif yang dihajati.

Wednesday, April 28, 2010

Ciri-ciri Pentaksiran

Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah mempunyai darjah kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi untuk memastikan keadilan kepada pelajar dan 'stakeholders' serta mengekalkan kewibawaan guru pentaksir.

Kebolehpercayaan pula merujuk kepada ciri skor yang menggambarkan prestasi pelajar dalam perkara yang ditaksir. Ciri-ciri pentaksiran yang lain ialah keobjektifan, kebolehtadbiran, kemudahtafsiran dan kekomprehensifan. Ciri-ciri ini perlu dipertimbangkan bagi memastikan sesuatu instrumen pentaksiran baik dan berkualiti.

Keobjektifan sesuatu ujian atau pentaksiran merujuk kepada ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan atau ketepatan seseorang pentaksir memberi skor calon. Ciri keobjektifan pemberian markah/skor ini boleh dipertimbangkan dengan menyediakan skema penskoran yang objektif dan markah atau skor diselaraskan. Mekanisme ini bertujuan untuk memastikan pemeriksaan mempunyai kefahaman dan kemahiran yang terselaras antara satu sama lain. Cara ini mengurangkan perselisihan pemberian markah/skor di kalangan pemeriksa atau pentaksir.

Kebolehtadbiran sesuatu ujian dan pentaksiran, ialah ciri praktik dengan merujuk kepada sejauhmana kelicinan dan kerja-kerja susulan dapat dijalankan dengan mudah dalam proses pengujian dan pentaksiran, yang dilaksanakan sama ada secara berpusat atau pentaksiran berdasarkan sekolah.

Kemudahtafsiran sesuatu ujian dan pentaksiran, merujuk kepada sejauhmana ianya dapat memberi maklumat tentang calon berdasarakan skor yang diperolehi, sejauhmana ianya boleh mendiskriminasikan calon dan dapat menepati tujuan sesuatu ujian itu ditadbirkan.

Kekomprehensifan sesuatu ujian dan pentaksiran merujuk kepada sejauhmana sesuatu ujian itu mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting. Oleh kerana itu semakin banyak bilangan item, semakin lebih baik taburan perwakilan adalah lebih menyeluruh.

Perjalanan Jasad dan Roh


Kembar bagi jasad adalah roh, tanpa roh jasad tidak berfungsi. Berakhirnya tempoh kontrak hidup bererti berpisahlah roh dari jasad menuju haluan masing-masing. Jasad kembali ke tanah, roh kembali sama ada ke tempat perhimpunan roh yang baik dan redhai Allah, atau ke tempat perhimpunan roh yang jahat dan dimurkai Allah.

Perjalanan JasadJasad atau mayat akan dikembalikan ke tanah melalui proses pengkebumian. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud:

    "Dari tanah kamu dijadikan, kepada tanah kami kembalikan kamu dan daripada tanah kami keluarkan kamu."
Hakikat bahawa setiap mayat akan kembali menjadi tanah kecuali para Rasul, para syuhada dan para penghafal Al-Quran yang beriman dan mayat orang yang derhaka terhadap Allah iaitu mayat yang diawet seperti Firaun dan lain-lain.

Tempat diturunkan dan wafatnya Nabi Adam a.s.


Menurut riwayat yang masyur dari Ibnu Abbas, dikeluarkan oleh Imam-Imam; Ibnu Jarir, Ibnu Abi Hatim, Al Hakim, Ibnu Saad dan Ibnu A'Sakir: Nabi Adam mula-mula diturunkan di Tanah Hindustan dan Siti Hawa di Jedah. Keduanya bertemu kembali di Muzdalifah. Sesudah tua usianya ia meninggal di Tanah Hindustan dan dikubur di sana. Sesudah satu tahun maka wafatlah Siti Hawa di Jeddah dan dikuburkan di sana pula.

Menurut hadis-hadis yang soheh, Nabi Adam dijadikan pada hari Jumaat dan diwafatkan pada hari Jumaat pula seperti diturunkannya di muka bumi. Menurut riwayat mengatakan bahawa Nabi Adam a.s. wafat pada usia seribu tahun dan setahun kemudian meninggal pula Siti Hawa.

Sebahagian riwayat mengatakan bahawa Nabi Adam dikuburkan di Tanah Hisdustan, dan sebahagian riwayat lagi mengatakan bahawa Nabi Adam dikuburkan di Negeri Makkah atau Jeddah, berdekatan dengan Siti Hawa.    Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari bermaksud:

"Sesungguhnya Allah menjadikan a.s. pada hari Jumaat, diturunkan ke bumi pada hari Jumaat, beliau bertaubat kepada Allah atas dosanya memakan buah khuldi itu pada hari Jumaat dan wafat pada hari Jumaat."Sesetengah riwayat menyatakan Tarikh Nabi Adam wafat pada 10 Muharam.

IBU


video

Ya Allah! Ampunilah dosa kedua-dua ibubapa kami, dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami semenjak kami dari kecil lagi,

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Sasiah Kanak-kanak


Pengaruh Keluarga
Keluarga merupakan pengasuh yang paling penting dan mempunyai pengaruh yang besar terhadap perkembangan sahsiah kanak-kanak. Ini disebabkan keluarga boleh dianggap sebagai kumpulan sosial yang pertama melingkungi kanak-kanak. Kanak-kanak banyak menghabiskan masa bersama keluarganya daripada kumpulan sosial luar yang lain. Kuat atau lemahnya pengaruh keluarga terhadap perkembangan sahsiah kanak-kanak dapat digambarkan seperti berikut;
  • Jika kanak-kanak hidup dengan kritik, dia belajar membenci.
  • Jika kanak-kanak hidup dalam perseteruan, ia belajar berkelahi.
  • Jika kanak-kanak hidup dalam ketakutan, dia belajar jadi cemas atau bimbang.
  • Jika kanak-kanak selalu diperli, dia belajar menjadi malu.
  • Jika kanak-kanak hidup dalam suasana tolak ansur, dia belajar jadi sabar.
  • Jika kanak-kanak selalu diberi galakkan, dia belajar yakin akan dirinya.
  • Jika kanak-kanak selalu dipuji, dia belajar untuk menghargai.
  • Jika kanak-kanak merasakan dirinya diterima dia belajar berkasih sayang.
  • Jika kanak-kanak mendapat layanan sama rata, dia dapat menghargai keadilan.
  • Jika kanak-kanak hidup dalam kejujuran, dia belajar menghargai kebenaran.
  • Jika kanak-kanak hidup dengan berasa selamat, dia belajar mempercayai dirinya dan orang lain.
  • Jika kanak-kanak dikenali dan dihargai, dia akan mempunyai tujuan hidup.
Pengaruh keluarga terhadap perkembangan sahsiah kanak-kanak banyak bergantung kepada sifat kanak-kanak itu. Kanak-kanak yang selalu gelisah dan selalu dalam keadaan tegang, misalnya cepat berasa kecewa apabila ahli keluarga memberi perhatian yang lebih kepada adiknya yang baru lahir dibandingkan dengan kanak-kanak yang bersifat tenang. Begitu juga kanak-kanak yang sihat akan memberi reaksi yang berlainan terhadap ibu bapanya yang selalu melindungi dan memanjakannya dibandingkan dengan kanak-kanak yang lemah lembut tetapi selalu sakit.

Pengaruh Tadika/Sekolah

Bilik darjah – Kanak-kanak akan berasa gembira selesa, suka berkerjasama dan bersemangat untuk belajar di dalam bilik darjah yang kemas, teratur dan dapat menimbulkan suasana belajar. Keadaan bilik darjah yang tidak kemas membuatkan kanak-kanak sentiasa berasa tegang, gelisah, suka bergaduh, nakal dan tidak berminat untuk belajar. Keadaan bilik darjah banyak bergantung terhadap sikap guru terhadap kerja dan murid-murid.
Guru – Guru boleh mempengaruhi perkembangan sahsiah kanak-kanak dengan menunjukkan teladan yang boleh diikuti mereka. Murid-murid lazimnya akan meniru tingkah langkah guru, mengikut nasihat dan bimbingannya.
Displin – Displin yang dikenakan di sekolah juga mempengaruhi sikap dan tingkah laku kanak-kanak. Displin yang ketat akan membuat kanak-kanak selalu berasa tegang, gelisah, timbul rasa benci dan suka bermusuh. Displin yang permisif akan membuat kanak-kanak tidak bertanggungjawab dan tidak mematuhi peraturan. Sementara displin yang demokratik akan membuat kanak-kanak berasa dirinya penting, riang, suka bekerjasama dan percaya pada orang lain.

Pengaruh Fizikal
Keletihan – Keletihan menyebabkan kanak-kanak mudah tersinggung dan suka membantah dalam hubungannya dengan kanak-kanak lain ataupun orang dewasa.
Kekurangan makanan – Kanak-kanak yang kurang makan khususnya makanan yang berzat selalunya tidak aktif dan kurang bertenaga untuk bermain dengan rakan-rakannya. Kanak-kanak yang kurang aktif lazimnya pemalu, mudah tersinggung dan selau berduka.
Penyakit – Kanak-kanak yang selalu sakit mempunyai emosi yang tidak stabil, selalu berduka dan bersifat terlalu bergantung kepada orang lain.

Bahaya Penghawa Dingin Kereta


Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Di samping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar

KEUSAHAWANAN – Definisi Usahawan

Perkataan usahawan mula diperkenalkan dalam tahun 1970 iaitu semasa pelancaran Dasar Ekonomi Baru. Ianya bukanlah suatu perkara yang baru kepada kita. Pada masa zaman melayu Melaka, mereka melibatkan diri dalam bidang perniagaan dipanggil sebagai pedagang manakala pada tahun 1900an mereka dikenali sebagai peniaga.


Perkataan usahawan mempunyai erti yang sama dengan perkataan Inggeris 'entreprende' yang bererti memikul tugas atau Perkataan Perancis, 'entrepreneur' telah digunakan semenjak tahun 1775 oleh Richard Cantillon yang merujuk kepada kegiatan dalam keusahawanan.


Banyak kajian telah dilakukan oleh pelbagai pihak dan beberapa pengertian kepada Perkataan usahawan telah diberikan seperti berikut;

  1. Kamus Dewan Edisi Baru mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan secara besar-besaran.
  2. The Encyclopaedia American International Edition memberi maksud usahawan sebagai ahli perniagaan yang mengambil risiko menggabungkan faktor pengeluaran termasuk modal, buruh, bahan dan menerima ganjaran melalui keuntungan daripada nilai pasaran barangannya.
  3. Joseph A. Schumpeter, seorang ahli ekonomi menyatakan usahawan adalah seorang innovator yang boleh mengakibatkan kepada suatu pembaharuan.
  4. Webter's Third New International Dictionary pula mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengurus suatu kegiatan ekonomi terutamanya mengelola, memiliki, mengurus dan menanggung risiko sesuatu perniagaan.
  5. Carland (1984) mendefinisikan usahawan sebagai individu yang menubuhkan perniagaan dan menguruskan untuk mendapatkan untung dan terus berkembang.
Secara kesimpulannya, boleh kita nyatakan bahawa usahawan adalah seorang yang mengambil risiko memulakan atau menubuhkan sesuatu perniagaan atau perusahaan dan mengusahakannya. Seseorang yang telah memulakan perniagaan atau telah membeli perniagaan yang dimulakan oleh orang lain juga dikenali sebagai usahawan. Usahawan juga adalah seorang pengurus yang menerajui perniagaannya dan dapat menuntut hak keempunyaan ke atas perniagaan tersebut. Oleh itu ia menanggung risiko perniagaan. Usahawan mempunyai wawasan dan mengembangkan perniagaan untuk kemakmuran masyarakat. Ia adalah seseorang yang inginkan kebebasan dalam perniagaan, membuat keputusan sendiri dan seterusnya ingin berjaya atas usaha sendiri.

Tuesday, April 27, 2010

Adab-adab Menghadapi Orang Yang Sedang Sakaratulmaut

Apa yang perlu dilakukan oleh orang yang menunggu atau menziarahi orang yang hampir mati ialah membisikkankalimah tauhid ke telinga orang sedang nazak dan membaca surah Yasin.

Sekiranya kita menziarahi orang sakit dan ia sedang menghadapi sakaratulmaut, selain daripada membaca Yasin, wajarlah kita mendoakan Keselamatan dan kesejahteraan keatasnya. Kita dilarang sama sekali menyebut-nyebut keburukannya dan juga berteriak atau menangis sehingga melewati batas. Ummu Salamah telah meriwayatkan satu hadis yang bermaksud:

    "Rasulullah s.a.w. telah masuk menziarahi Abu Salamah, sedangkan mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah s.a.w. menutupnya kemudian Baginda bersabda: Sesungguhnya roh apabila diambil oleh malaikat akan dituruti oleh pandangan mata si mati itu."Mendengar hal demikian sebahagian dari keluarganya riuh rendah menangis dan menyebut-nyebut nasib malang yang menimpa mereka dari bencana kematian itu. Lalu Baginda s.a.w. bersabda lagi bermaksud:

    "Janganlah kamu menyebut-nyebut perkara-perkara yang buruk yang merosakkan kamu, tetapi sebutlah perkara-perkara yang baik kerana Malaikat memohon supaya Allah mengabulkan apa yang kamu katakana sama ada baik atau buruk."
Kemudian Baginda s.a.w. berdoa dengan katanya yang bermaksud:

    "Ya Tuhanku, ampunilah dosa Abu Salamah dan tinggikanlah darjatnya bersama orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk dan jadilah sebagai ganti untuk mengurus dan melindungi keluarganya yang ditinggalkan dan ampunilah bagi kami dan baginya wahan Tuhan sekalian Alam, dan lapangkanlah kuburnya serta berikan kepadanya cahaya menerangi kuburnya." (Muslim)
Itulah sebaik-baik doa apabila kita menziarahi orang mati sepertimana yang disunnahkan.

Pentaksiran 1

Konsep Pentaksiran

Pentaksiran adalah suatu proses untuk mendapatkan maklumat atau eviden bagi tujuan membuat keputusan dan penghakiman terhadap produk dalam sesuatu proses pendidikan. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu aktiviti merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterprestasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Pentaksiran haruslah dilihat sebagai;
  1. Proses mendapat maklumat tentang prestasi seseorang pada akhir unit pembelajaran (sumatif).
  2. Aktiviti dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran untuk membaiki P&P tersebut (formatif).
  3. Aktiviti yang dijalankan secara berterusan.
Rukun Pentaksiran
  1. Instrumen – Alat pentaksiran
  2. Kumpulan yang ditaksir – Calon, pelajar
  3. Respons – Tindakbalas
  4. Kumpulan mentaksir – Guru
  5. Skor - Markah

Nabi Syis Anak Bongsu Nabi Adam

Sebagaimana diketahui bahawa dosa Nabi Adam telah diampuni, iaitu sebagaimana terdapat dalam surah Al-Baqarah ayat 37. Kemudian anak cucunya diberi ajaran-ajaran Agama oleh Allah s.w.t. untuk menyelamatkan hidupnya. Barang sesiapa mengikuti agama Allah akan mendapat syurga, dan barang sesiapa yang mengingkarinya akan mendapat neraka.

Adam dan Hawa sebagai suami isteri, dan sebagai Manusia pertama dan nenek moyang kita. Tiap-tiap kali melahirkan dua orang putera, seorang Lelaki dan seorang Perempuan, kecuali kelahiran penghabisan, hanya seorang anak Lelaki iaitu Nabi Syis. Nabi Syis diperisterikan dengan anak perempuan yang lahirnya tidak bersamaan dengan kelahirannya. Begitulah ketentuan Allah pada masa itu. Dari perkahwinan-perkahwinan inilah lahirlah anak cucu Nabi Adam yang tersebar hingga sekarang.

Iblis yang telah berhasil menggoda Nabi Adam nenek moyang Manusia, sampai sekarang selalu berikthiar menggoda manusia. Iblis sangat pandai dan licik menggoda manusia. Sebab itu kita harus berhati-hati dan berpegang teguh dengan ajaran-ajaran Islam, agar kita selamat dari godaan-godaan Iblis dan syaitan-syaitan yang terkutuk.

Monday, April 26, 2010

Godaan Iblis Ketika Sakaratulmaut


Satu peristiwa besar dan saat paling penting bagi orang yang hampir mati iaitu peristiwa godaan iblis yang kali terakhir bai iblis untuk menyesatkan anak Adam. Dendam iblis terhadap anak Adam yang tidak pernah kunjung pada. Ia akan terus wujud selama mana ada iblis dan selama ada anak Adam. Ini adalah ikrar iblis bagi meramaikan kawan dan pengikutnya ialaj ketika seseorang itu hampir mati. Rasulullah ada bersabda yang bermaksud:

    "Sesungguhnya seseorang hamba itu ketika hampir mati, dua syaitan akan duduk disisinya, satu di sebelah kanan dan yang satu lagi di sebelah kiri. Syaitan yang disebelah kanan akan menjelma dalam rupa bentuk bapanya yang telah pergi sambil berkata: 'Wahai anakku yang ku sayangi, aku telah mencurahkan Penuh kasih saying kepadamu sesungguhnya aku telah mati mengikut agama Nasrani iaitu sebaik-baik agama.' Manakala syaitan berada di sebelah kiri akan menjelma dalam rupa bentuk ibunya sambil berkata: 'Wahai anakku yang ku kasihi, engkau telah ku kandung dalam perutku dan menyusui tetekku, kau berada di atas pangkuanku. Tetapi sesungguhnya aku mati dalam menganut agama Yahudi itu sebaik-baik agama."Semasa mengoda anak nabi Adam yang telah tenat menghadapi kematian itu iblis boleh menjelma dengan membawa minuman dab menjanjikan minuman kepada orang yang sedang kehausan kerana kematian itu dan menjanjikan minuman jika permintaannya diterima.

Itulah saat yang paling kritis dan amat genting jika tidak kerana amalan yang mendapat rahmat Allah nescaya ramailah orang yang tertipu dengan janji-janji dan pujuk rayu iblis di saat=saat akhir itu.

Saat kematian juga adalah saat akhir dan peluang terakhir bagi hamba mengemukakan rayuan kepada Allah agar diberi pengampunan atas kesalahan dan dosa yang dilakukan sejak sekian lama ia hidup di atas muka bumi ini.

Namun begitu rayuan hanya boleh dibuat selama mana roh belum sampai ke kerongkong. Apabila roh sudah ditarik keluar melepasi kerongkong, tempoh membuat rayuan sudah tamat. Allah s.w.t. berfirman maksudnya:

    "Dan tidaklah taubat itu diterima Allah daripada orang yang mengerjakan kejahatan sehingga datang ajal kepada seseorang di antara mereka barulah ia berkata: 'Sesungguhnya aku berbertaubat sekarang." (An-Nisa: 18)
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

    "Taubat hamba akan diterima selama mana belum dengkur kerongkongnya iaitu roh keluar melepasi kerongkong."
Proses taubat adalah proses rayuan hamba kepada Allah atas segala salah silapnya mudah-mudahan semuanya diampuni dan diperkenankan oleh Allah agar ianya tidak menjadi satu pembalasan yang buruk buatnya. Allah jualah yang berkuasa mutlak sama ada menerima rayuan atau tidak menerima rayuan yang dipinta, tetapi masa yang diperuntukkan untuk membuat rayuan tidaklah melebihi tempoh roh ditarik keluar sehingga melepasi kerongkong. Justeru itu kita hendaklah sentiasa membuat rayuan kepada Allah agar diampunkan segala dosa-dosa kita.

Janganlah kita memandang mudah proses sakaratulmaut kerana ia sungguh berat kecuali bagi orang yang mendapat rahmat Allah.

Nabi Adam a.s. Dijadikan Khalifah Di Bumi


Pada waktu Allah akan menciptakan Nabi Adam, beliau memberitahukan kepada Malaikat. Sebagaimana tersebut dalam Al-Quran bermaksud:

    "Dan (ingatlah) takkala Tahunmu berkata kepada malaikat:'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.' Mereka berkata: Apakah Engkau mahu menjadikan makhluk yang akan membuat bencana padanya dan akan mengadakan pertumpahan darah, padahal kami berbakti dengan memuji Mu dan memuliakan Mu. Ia (Allah) berkata: 'Sesungguhnya Aku amat mengetahui apa yang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 30)

Segala sesuatunya memang sudah menjadi rencana Allah, demikian pula tentang dikeluarkannya Nabi Adam dari syurga juga telah ditentukan oleh Allah untuk dijadikan khalifah di bumi ini. Seorang yang akan menjadi khalifah atau pemimpin, tentulah harus mempunyai ilmu yang banyak. Maka kepada Adam, Allah memberikan beberapa pelajaran dan pentunjuk, sehingga Nabi Adam menjadi orang pandai, Namun demikian yang diberikan Allah kepada Adam sudah tentu terbatas, sebagaimana firman Allah bermaksud:

    'Tidaklah Aku berikan ilmu kepada kamu (Manusia)kecuali sangat sedikit sekali." (Al-isra:85)
Selain Nabi Adam a.s. mengetahui nama-nama segala benda yang ada disekitarnya, maka Allah mengumpulkan malaikat, dan bertanya kepada merekan tentang nama benda-benda itu, tetapi malaikat-malaikat itu tidak mengetahuinya, sebagaimana diterangkan dalam Al-Quran sebagai bermaksud:

    "Dan Ia (Allah) telah mengajarkan kepada Adam keterangan-keterangan itu semuanya, kemudian Ia (Allah) tunjukkan benda-benda itu kepada malaikat seraya berkata: 'Beritahukanlah kepada Ku keterangan-keterangan (bagi benda-benda) ini, jika memang kamu mekhluk yang benar,"
    "Mereka menjawab: 'Maha suci Engkau! kami tidak mempunyai pengetahuan melainkan apa yang Engkau telah ajarkan kepada kami, kerana sesungguhnya Engkaulah yang Maha mengetahui lagi Bijaksana."(Al-Baqarah: 31-32)

Pembinaan Item subjektif

Item subjektif ialah item yang membolehkan pelajar mempamerkan keupayaan mengemukakan pandangan, hujah dan lain-lain kemahiran berfikir. Item subjektif ini diuji di mana konstruknya bersifat kemahiran, yang menguji meliputi tahap kognitif yang lebih tinggi dari tahap pengetahuan seperti aplikasi, analisis, sentisis dan penilaian. Item subjektif dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu;
  1. Item Respons Terbuka.
  2. Item Respons Terhad.
  3. Item Berstruktur.
Item Respons Terbuka

Item respons terbuka memberi ruang kepada pelajar untuk memilih cara menjawab dengan lebih bebas, pelajar sendiri yang menentukan panjang atau pendek jawapannya serta gaya penulisan atau pendekatan yang pelajar fikirkan sesuai asalkan tidak terkeluar dari konteks jawapan yang dikehendaki. Item jenis ini amat sesuai untuk menguji pemikiran tahap tinggi seperti analisis, sintesis dan penilaian.

Kebaikan item respons terbuka ialah kemampuannya mentaksir kebolehan pelajar seperti mengenal pasti, memilih, menyusun dan mempersembahahkan sesuatu idea atau perkara. Pelajar berpeluang untuk mengaitkan beberapa idea, maklumat dan lain-lain perkara untuk membentuk suatu set komunikasi. Persembahan jawapan adalah lebih asli kerana pelajar dapat menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan dengan gaya bahasa yang tersendiri. Keupayaan pelajar dalam penggunaan bahasa akan lebih terserlah.

Item Respons TerhadItem jenis ini berkecenderungan menghadkan bentuk respons pelajar. Bentuk respons biasanya dihadkan melalui skop yang disoal dan markah diperuntukkan. Biasanya pelajar hanya perlu memberi respons dalam satu fraasa, atau satu perenggan sahaj bergantung kepada ruang jawapan yang disediakan.

Kebolehpercayaan item respons terhad lebih tinggi dari item respons terbuka kerana subjektiviti respons telah dihadkan. Pelajar akan memberi tumpuan kepada arahan item berkenaan. Item jenis ini kurang sesuai untuk kemahairan berfikir tahap tinggi.

Item BerstrukturItem berstruktur mempunyai satu siri soalan yang dikemukakan secara berperingkat dan terdapat perkaitan antara satu sama lain. Item berstruktur adalah sebenarnya item respons terhad. Perbezaan antara kedua-duanya terletak kepada wujudnya satu situasi atau keadaan dimana pelajar dikehendaki menjawab beberapa siri soalan yang berkaitan dengan situasi berkenaan. Jenis item ini mengandungi stimulus, stem soalan dan set soalan.

Abah Hebat


Untuk menjadi abah yang hebat caranya agak sukar, tetapi tidak mustahil jika kena caranya. Secara fitrahnya seseorang anak akan menyanjungi abahnya selain dari ibunya, kerana kedua-dua insan ini adalah orang yang paling rapat dengan mereka sejak dari lahir lagi. Jadi sebagai abah anda perlu menyambut sanjungan anak. Supaya sanjungan anak terhadap abahnya tidak diganggu oleh anasir luar.

Hebatnya seorang abah bagi seorang anak adalah subjektif. Abah tidak semestinya mempunyai Rumah yang besar, berpangkat besar, ada kereta basar atau mengurus syarikat besar untuk menjadi insan yang dikagumi anak.

Walaupun anda menjadi seorang petani yang kais pagi makan pagi, seorang nelayan atau penoreh getah, anda masih boleh lagi mendapat hak untuk disanjungi serta dikagumi oleh anak. Semua ini asalkan anda mampu menyambut fitrah sebagai seorang bapa yang berupaya menjalankan tanggungjawab sepatutnya.

Tidak gunanya anda seorang abah yang kaya raya sehingga mampu menabur duit pada anak sewenang wenangnya, tetapi dibelakang anda, anak mengutuk serta membenci anda. Dengan ini jelas menunjukkan hebatnya seorang abah itu terletak bukan pada wang ringgit, tetapi keupayaan untuk menyambut fitrah itu.

Untuk menyambut fitrah sebagai abah yang disanjungi dan dikagumi anda perlu menganggap gelaran abah sebagai karier professional. Anggap tugas sebagai abah lebih hebat lagi dari tugas anda ditempat kerja. Seorang abah harus tahu tugas yang perlu dipikul sebaliknya dan mereka komited untuk melakukanya dengan kejayaan sebagai ABAH YANG HEBAT.

Ingatlah anak berada di dalam tanggungjawab anda yang diberikan oleh Allah, pikullah amanah ini sebaik mungkin. Paling penting didiklah anda untuk menjadi Manusia yang berguna.

Sunday, April 25, 2010

Jadual Penentuan Ujian

Judual Pentuan Ujian digunakan bertujuan mempertingkatkan kualiti ujian dengan membolehkan ujian yang dibina mencapai kesahan kandungan yang tinggi. Ia berfungsi sebagai dokumen yang merakamkan buah fikiran dan keputusan yang dibuat oleh pembina ujian tentang perkara-perkara berikut:
  1. Isi kandungan yang akan diuji
  2. Kemahiran yang harus dipelajari oleh pelajar
  3. Pemberatan relatif isi kandungan dan kemahiran yang akan diuji.
  4. Format item dan ujian yang akan digunakan. Bilengan soalan yang bersesuaian dengan masa yang diperuntukan untuk ujian.
Merekod Isi Kandungan (Paksi Tegak)
  1. Bilangan tajuk dan perincian tajuk ditentukan berasaskan skop isi kandungan.
  2. Bilangan tajuk hendaklah mencukupi supaya ia dapat merangkumi isi kandungan yang hendak diuji.
Merekod Kemahiran (Paksi Ufuk)
  1. Kemahiran boleh dikategorikan dengan frasa tertentu seperti meramal kejadian daripada tindakan membezakan Huraian dengan penghakiman.
  2. Kemahiran kognitif juga boleh dikategorikan dengan Istilah am seperti pengetahuan, pemahaman, aplikasi dan lain2.
Beberapa skema yang boleh digunakan untuk mengkategorikan kemahiran pelajar adalah seperti berikut;
  1. Skima Ebel (1965)
  • Pemahaman Istilah
  • Pemahaman fakta, prinsip, kesimpulan
  • Kebolehan menerang dan mendemontrasi
  • Kebolehan mengira
  • Kebolehan meramal dalam keadaan tertentu
  • Kebolehan untuk mencadang tindakan yang sesuai
  • Kebolehan membuat penilaian
  1. Walbesser (1965)
  • Mengenalpasti
  • Membezakan
  • Menamakan
  • Menyusun
  • Menghurai
  • Menggunakan peraturan
  • Menyatakan peraturan
  • Medemontrasi
  • Menginterprestasi
  1. Taksonomi Bloom (1956)
  • Pengetahuan
  • Kefahaman
  • Aplikasi/Penggunaan
  • Analisis
  • Sintesis
  • Penilaian
Kategori yang digunakan hendaklah menggambarkan dengan tepat aspek-aspek yang ditekankan dalam pelajaran. Perkara menentukan pemberatan relatif untuk aspek isi kandungan dan kemahiran adalah seperti berikut;
  1. Tentukan bilangan item yang akan digubalkan bagi setiap tajuk isi kandungan, rekod dan pastikan bilangan ini sama dengan bilangan item yang akan digubal pada setiap kategori kemahiran.
  2. Bagi setiap tajuk kandungan tentukan bilangan item yang akan digubal pada setiap kategori kemahiran.
  3. Jumlahkan bilangan item bagi setiap kategori kemahiran, pastikan bilangan ini sama dengan bilangan item dan ujian

Saturday, April 24, 2010

Mengenali Personaliti Melalui Rahsia Tulisan

Oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Pertama: Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat.
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan :

Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup

Ubat Pelali Sakaratulmaut


Sungguhpun kesakitan hampir mati (sakaratulmaut) amat dahsyat tetapi orang yang dikehendaki Allah mati dalam keadaan baik (husnul khatimah), maka proses sakaratulmaut boleh berjalan dengan senang dan ringkas. Hamba Allah yang menghadapinya itu, dihadapi dengan sabar dan mengharap rahmat dan kasih saying Allah. Kalau di dalam bidang perubatan mungkin boleh diibaratkan sebagai pembedahan yang menggunakan ubat pelali. Ubat pelali bagi sakaratulmaut ialah doa;

    "Ya Allah, ringankanlah bagiku akan sakaratulmaut." (Imam Bukhari dan Muslim)

Oleh itu untuk meringan azab ketika sakaratulmaut, maka semasa masih hidup, kita perlu memperbanyakkan memakan ubat pelali atau "pain killer" yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. itu. Iaitu sentiasa berdoa dengan doa tersebut di atas.

Mudah-mudahan dengan kasih sayang dan rahmat Allah dan berkat mentaati anjuran Rasulullah s.a.w. (berdoa dengan doa di atas) itu, kita semua akan dapat menghadapi sakaratulmaut dengan rasa mudah dan ringan.

Janganlah kita menghadapi mati seperti mana mati orang-orang derhaka kepada Allah, seperti mana yang dicerita di dalam Al-Quran sural Al-Anfaal ayat 50, firman Allah bermaksud:

    "Kalau kamu melihat ketika para malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir sambil memukul muka dan belakang mereka dan berkata: 'Rasakanlah olehmu seksa neraka yang membakar' tentulah kamu akan merasa amat gerun dan ngeri sekali."

Itulah kenyataannya, sungguhpun kita tidak dapat melihat apa yang tersirat di dalam proses kematian orang-orang yang kafir. Tetapi semua yang berupa keseksaan ketika menghadapi sakaratulmaut, yang Allah gambarkan itu dapat dirasa dan dihadapi mereka. Moga-moga Allah jauhi atau ringankan daripada kita.

Tanda Mati Derita dan Bahagia

Antara tanda seseorang itu mati dalam keadaan terseksa, dinyatakan dalam riwayat oleh Syaidina Uthman r.a.

    "Perhatikanlah orang yang hampir mati. Apabila dia berdengkur seperti orang yang tercekik, pucat dan mulut bertambah lebar, bererti dia mendapat seksa dari Allah."

Sementara orang yang hampir mati mendapat rahmat Allah, menurat Syaidina Uthman r.a.

    "Perhatikanlah orang yang hampir mati. Apabila kedua-dua matanya terbeliak, dahinya berpeluh dan lubang hidungnya membesar bererti rahmat Allah telah turun kepadanya."

Kursus Membina Item Berkualiti Anjuran ULKS SMV Balik Pulau kerjasam Panitia Elektronik & Elektrik pada 24 April 2010


Guru-guru Vokasional dan Kemahiran di SMVBP sentiasa memberi komitmen untuk mempertingkatkan kualiti pengajaran mereka. Sentiasa berkerjasama bagi memastikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat realisasikan. Ini juga hasil didikkan dari mantan Pengetua SMVBP En. Wan Aziz b. Megat Zainon serta juga dorongan dari Pemangku Pengetua SMVBP En. Ilyas b. Che Ali.

Barisan guru yang pernah mendapat APC

Guru Elektrik dan kemahiran memang diakui sentiasa memberi kerjasa setiap aktiviti sekolah melebihi 100%

Guru Vokasional, Ketua Unit Elektronik dan Salah seorang guru berpengalaman sentiasa duduk di barisan hadapan setiap kursus dijalankan. Mereka juga sangat aktif dalam sesi soal jawab.

Guru Elektronik yang datang awal sebelum kursus dijalankan. Sungguh bersemangat.

Guru pelapis dari Unit Elektronik akan meneruskan kecermerlangan sekolah

Guru Pelatih tidak ketinggalan untuk mengikuti kursus yang dijalankan. Semoga ilmu yang diperolehi dapat digunakan apabila 'Posting' di sekolah baru nanti.


Penceramah sedang memberi taklimat bagaimana hendak membina item yang lebih berkualiti untuk membantu guru apabila melakukan proses Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas/bengkel

Bahaya Asid Borik Dalam Makanan


Kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendapati, penggunaan bahan terlarang yang menjadi agen penyebab kanser dan merosakkan anggota dalaman badan itu semakin meluas dalam bahan makanan yang diminati ramai.

Melalui ujian terbaru CAP, pelbagai jenis makanan seperti bak chang (ladu Cina), mi kuning, kuew teow dan kuih nyonya didapati mempunyai kandungan asid borik yang tinggi.

Pengerusi CAP, S.M. Mohamed Idris berkata, pihaknya telah membuat aduan rasmi terhadap Kementerian Kesihatan berhubung perkara itu sejak 1984 tetapi sehingga kini tiada langkah drastik yang diambil.

"Satu sampel bak chang mengandungi 569 bps (bahagian per sejuta) asid borik, mi kuning pula antara 6.51 hingga 296 bps dan kuih nyonya antara 0.78 hingga 13.5 bps.

"Ia memudaratkan tubuh jika diambil secara rutin dan kebanyakannya terkandung dalam makanan yang kerap dimakan seperti mi dan kuih-muih," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini semalam.

Asid borik adalah toksik yang boleh membawa kepada keracunan, penyakit gastrousus, kerosakan buah pinggang dan hilang selera makan.

Friday, April 23, 2010

Sakaratulmaut


Satu-satu episode paling utama dalam kehidupan manusia yang setiap orang tidak boleh abaikan ialah episod "mabuk" atau sakar kerana perpisahannya roh dari jasad atau disebut juga dengan Istilah sakaratulmaut. Sakarah ertinya mabuk manakala maut ertinya mati atau proses perpisahan antara jasad dengan roh.
Setiap manusia yang hidup, mahu atau tidak mahu, cinta atau benci, ia terpaksa berdepan dengan sakaratulmaut. Kerana sakaraulmaut ialah sempadan di antara hidup dan mati. Firman Allah s.w.t bermaksud:

"Setiap yang hidup pasti merasai mati"

Pernahkah kita melihat orang yang mabuk arak, mabuk todi, mabuk betina, mabuk judi atau mabuk laut dan pelbagai keadaan mabuk lagi? Bagi orang yang pernah melihatnya tentu mendapati orang yang mabuk tidak lagi sedar dan memperdulikan keadaan sekelilingnya. Hilang malu, takut dan sebagainya, kerana kesan mabuk tadi.

Tetapi, mabuk mati tidaklah dapat dibandingkan dengan keadaan mabuk-mabuk tersebut kerana mabuk mati bererti setiap sentimeter daging yang ada dalam tubuh akan mengalami rasa sakit kerana ditinggalkan roh.
Cuba bayangkan, bagaimana rasanya sakit jika kita terkena tusukan duri? Bagaimana rasa sakit jika sedikit jari kita dihiris? Cuba bayangkan bagaimana rasa sakit jika mata kita dicungkil keluar?

Rasa sakit menghadapi kematian itu menyebabkab seseorang itu tidak mempedulikan keadaan sekelilingnya. Seluruh perasaan dan tumpuanya ialah kepada kematian. Syadina Umar r.a. berpesan:

"Kamu hadirlah kepada orang yang hampir mati. Peringatilah kepadanya kerana mereka melihat apa yang tidak dapat kamu melihat. Talqinkanlah ke telinganya dengan Kalimah Syahadah."

Thursday, April 22, 2010

Keboleh Percayaan Ujian

Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor dari segi ketepatan dan ketekalan skor itu bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang ditaksir. (LPM, 2003).

Ciri-ciri kebolehpercayaan terdiri daripada boleh diharap, stabil, tekal, boleh ditelah dengan tepat dan jitu. Dalam bidang psikologi dan pendidikan kebolehpercayaan sesuatu alat pengukuran merujuk kepada sejauhmana skor yang dihasilkan oleh alat pengukuran itu adalah tekal. Ini bermakna, bila alat berkenaan digunakan untuk mengukur pencapaian seseorang skor yang didapati harus sentiasa sama, walaupun pada masa yang berlainan. Kebolehpercayaan juga boleh dilihat dari pelbagai perspektif iaitu kestabilan, kesetaraan dan ketekalan. Seseorang yang boleh dipercayai seharusnya memiliki kesemua sifat itu.

Terdapat 5 faktor mempengaruhi kebolehpercayaan; 1. faktor keadaan tempat atau Lokasi ujian itu di ambil, 2. Faktor kejelasan arahan dan item-item yang diuji, 3. Panjangnya ujian, 4. Tempat masa ujian dan 5. Faktor pemeriksaan dan pemarkahan. (Abu Bakar Nordin)

Jika sesuatu skor ujian itu tidak boleh dipercayai atau tidak stabil, ia akan meninggalkan kesan buruk. Selain daripada tidak berfaedah, ianya akan menyebabkan berlakunya ketidakadilan. (Harlen. W, 1994)
Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan alat pengukuran itu mengukur apa yang hendak diukur (Bhasah, 2006)

Asal Usul Keturanan Yakjuj dan Makjuj


Yakjuj dan Makjuj ialah nama samaran bagi satu bangsa manusia yang berasal dari keturunan Nabi Nuh, iaitu anaknya yang bernama Yafis. Dari segi fizikalnya, mereka mempunyai hidung kemek, mata sepet seperti orang Asia dan makan apa saja binatang boleh dimakan. Zulkarnain telah membina tembok bagi mengepung mereka.

    Al-Kahfi [94] Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?

Yakjuj dan Makjuj tidak dapat keluar dari tembok itu:

    Al-Kahfi [97] Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

Tembok itu tidak dapat di tebuk sehinggalah tiba perintah Allah:

    Al-kahfi [98] (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar.

Daripada Nawas bin Sam'an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;-

Kemudian Allah SWT wahyukan kepada Nabi Isa a.s., "Aku telah lepaskan makhlukKu (Yakjuj dan Makjuj) yang tidak terlawan oleh sesiapa pun. Oleh itu bawalah hamba-hamba Ku yang bersamamu itu berlindung di Bukit Thursina."

Lalu Allah SWT mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj, dan mereka akan menggelongsor dari tiap-tiap tempat yang tinggi."

Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya terkepung di bukit itu , sehingga seekor kepala lembu menjadi lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu (sehingga kekurangan makanan).

Maka berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Yakjuj Makjuj binasa). Lalu Allah mengirim ulat menyerang leher Yakjuj Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya bergelimpangan mati sekaligus.

Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya turun dari bukit dan didapatinya tidak ada tempat terluang walaupun sejengkal, melainkan telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah Nabi Isa dan rakan-rakannya kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang), lalu dikirim oleh Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-bangkai itu dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah,

Kemudian Allah menurunkan hujan lebat, yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta, lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti cermin (kaca).

Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; "Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!" Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya.

Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa setiap orang beriman dan setiap orang Islam. Maka tinggallah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat;- (Riwayat Muslim)

Penemuan Bangsa Yakjuj dan Makjuj oleh Nasa - Benarkah?


WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam ..

Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum 'orang gua' ini. "Cerita ini harus diberitahu," kata sumber itu. "Ia terlalu besar untuk disorok". Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. "Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah", beliau berkata, "Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English".

"Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)", kata sumber itu. "Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. "Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. "Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi".

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga sedikit perbezaan. "Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole" "Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi".

"Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu – mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.
Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. "Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang belia u". "Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu".

Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar. "Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpestadan bersukaria", mengikut kata sumber.

"Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi". NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. "Kami mahu tahu    segala-galanya mengenai mereka – apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia".

"Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?" Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. "Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita?

Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari warta wan , jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran "mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat".

Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole – satu inisiatif dimana warta wan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan "teknologi bawah tanah".

Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State's Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.

Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.

DARI SURAH AL KAHFI:

Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu: "Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: 'Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya'. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.

"Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: 'Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka'. Berkata Zulkarnain: 'Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya'." (ayat 83 hingga 87)

"Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu," (ayat 89 dan 90).

"Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: 'Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?'.

Zulkarnain berkata: 'Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi'.

"Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: 'Tiuplah (api itu)'. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: 'Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu'.

"Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: 'Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar'," (ayat 92 hingga 98).

Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat..

Sumber : http://keindahansemalam.blogspot.com

26 Orang Gila


Ada 26 orang gila Singapura, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Hospital Tanjung Rambutan. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Mac yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapalterbang!!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?"

"Habis... tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la."
"HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?"

"Kan kami nie pemain simpanan...".

Kaedah dan Pelaksanaan Kompetensi Berasaskan Sekolah

Secara keseluruhannya, skop konsep kemahiran kompetensi industri adalah berkaitan dengan kebolehan seseorang individu melakukan sesuatu tugasan (tasks) dan tanggungjawab (duties) mengikut prestasi (performance) yang dihasratkan di tempat kerja. Kompetensi memerlukan pengaplikasian beberapa kemahiran tertentu, pengetahuan dan sikap yang relevan terhadap penglibatan secara berkesan dalam industri, sektor industri atau enterprise. Kompetensi ini dikatakan sebagai standad kompetensi.

Standad Kompetensi sesuatu pakej pendidikan dan latihan yang berasaskan kompetensi ditentukan oleh industri bagi memenuhi keperluan kemahiran yang telah dikenal pasti dan ditetapkan. Standad kompetensi ini dibina daripada beberapa unit kompetensi yang menerangkan fungsi utama atau peranan dalam sesuatu fungsi kerja atau pekerjaan. Setiap unit kompetensi dalam pakej pendidikan dan latihan ini dikait dan dihubungkan kepada beberapa unit kompetensi lain yang disahkan oleh suatu kerangka kelayakan (qualification framework) tertentu. Unit kompetensi kemudiannya dikontekstualkan untuk memberi refleksi kepada hasil pembelajaran. Proses kontekstual kompetensi melibatkan penambahan dan perubahan kepada unit kompetensi untuk disesuaikan dengan kaedah pembelajaran, profil individu/pelajar, keperluan peralatan, keperluan industri ataupun tempatan tertentu. Ringkasnya kaedah dan pelaksanaan pendidikan berasaskan kompetensi atau proses mengkontekstual unit kompetensi boleh:
  • Mengekal bilangan dan kandungan elemen kompetensi dan kriteria prestasi (elements of competensi and performance criteria);
  • Menambah penggunaan terminologi industri kepada kriteria prestasi tetapi tidak mengecilkan kompetensi yang dihasilkan;
  • Membuat pindaan dan tambahan kepada julat penyataan (range of statement) tetapi tidak mengecilkan perluasan dan kemudah alihan (portability) aplikasi kompetensi;
  • Menambah butiran garis panduan eviden pentaksiran seperti aspek butiran ktitikal, sumber dan infrastuktur yang diperlukan di mana perluasan kompetensi tidak menghadkan penggunaannya.
Komponen Unit Kompetensi

Setiap unit kompetensi disampaikan melalui satu unit kompetesi yang lengkap terdiri daripada beberapa komponen seperti yang disenaraikan di bawah. Komponen ini disusun mengikut aturan bagi setiap unit kompetensi iaitu:
  • Tajuk unit (unit title)
  • Penerang unit (unit descriptor)
  • Unit prasyarat (prerequisite unit)
  • Penggunaan unit (application of the unit)
  • Bidang kompetensi (competency field)
  • Sektor (sector)
  • Elemen kompetensi (elements of competency)
  • Kriteria prestasi (performance criteria)
  • Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan (required skills and knowledge)
  • Kompetensi utama (key competency)
  • Julat penyataan (range statement)
  • Garis panduan eviden (evidents guide)
Tajuk Unit (Unit Title): Tajuk unit menerangkan dengan jelas penyataan hasil pembelajaran bagi unit kompetensi. Setiap tajuk unit kompetensi adalah unik sama ada dalam lingkungan ataupun merentasi pekej latihan.

Penerang Unit (Unit Descriptor): Penerang unit menghubungkan isi kandungan unit kompetensi dengan bidang kemahiran yang berkaitan. Ringkasan maklumat disediakan apabila unit kompetensi dikontekstualkan dengan unit kompetensi lain yang disahkan dalam pakej latihan berkaitan.

Unit Prasyarat – Pilihan (Prerequisite Unit - Optional): Unit kompetensi yang menjadi syarat dan bersandar kepada kompetensi unit yang lain. Unit prasyarat perlu dilengkapkan sebelum unit kompetensi berikutnya. Senarai unit prasyarat disediakan.

Aplikasi Unit (Application of Unit): Sub-seksyen yang menerangkan skop kompetensi unit, tujuan dan operasi unit dalam konteks yang lain. Sebagai contoh dengan melihat bagaimana kompetensi unit diaplikasikan di tempat kerja.

Bidang Kompetensi – Pilihan (Competency Field – Optional): Bidang mencerminkan cara atau kaedah unit kompetensi dikategorikan dalam pakej latihan atau melambangkan sector industri, pengkhususan ataupun fungsi. Ia merupakan satu pilihan kepada unit kompetensi.

Sektor – Pilihan (Sector – Optional): Sektor industri mengkategorikan bidang kompetnsi dan mengenal pasti kelasifikasi seterusnya, sebagai contoh: bidang pilihan atau bidang pengawasan.

Elemen kompetensi (Elements of Competency): Pembentukan asas dalam unit kompetensi. Elemen kompetensi menerangkan hasil pembelajaran, signifikan fungsi dan tugas yang membentuk kompetensi.

Kriteria Prestasi (Performance Criteria): Kriteria prestasi menetapkan prestasi yang diperludiperoleh bagi setiap unit kompetensi dan berkaitan dengan tugas, peranan, kemahiran dan pengetahuan gunaan yang membolehkan pencapaian prestasi kekompetenan. Perenggan atau terma kritikal dihitamkan kemudian didefinisikan dalam julat penyataan mengikut susunan dalam kriteria prestasi.

Pengetahuan dan Kemahiran Yang Diperlukan (Required Skills and Knowledge): Pengetahuan dan kemahiran penting yang dikenal pasti secara berasingan atau bergabung. Pengetahuan mengenal pasti apa yang perlu diketahui oleh seseorang individu untuk melaksanakan tugasan setelah dimaklumkan dalam keadaan yang berkesan. Kemahiran menerangkan aplikasi pengetahuan terhadap situasi di mana pemahaman ditukarkan kepada hasilan di tempat kerja.

Kompetensi Utama (Key Competency): Kaedah atau cara bagaimana kompetensi utama dikaitkan dengan unit.

Julat Penyataan (Range Statement): Julat penyataan menyediakan konteks bagi setiap unit kompetensi. Ia menerangkan kondisi operasi utama yang mungkin terdapat dalam pakej latihan dan pentaksiran bergantung kepada situasi kerja, keperluan individu, kemudahan laluan yang berkaitan industri tempatan dan konteks daerah.

Garis Panduan Eviden (Evidents Guide): Panduan eviden sangat kritikal dalam proses pentaksiran. Ia menyediakan maklumat kepada organisasi latihan yang berdftar dan kepada pentaksir tentang kompetensi yang diterangkan dapat ditunjukkan. Panduan eviden memberikan julat eviden untuk pentaksir membuat penentuan. Panduan eviden menerangkan:

Kondisi atau situasi di mana kompetensi perlu ditaksir termasuklah pembolehubah seperti persekitaran pentaksiran dan keperluan peralatan

Hubungan di antara pentaksiran unit komptensi lain

Kaedah yang sesuai untuk melaksanakan pentaksiran termasuk kemungkinan simulasi di tempat kerja

Implikasi sumber sebagai contoh kemudahan peralatan, infrastruktur dan situasi.

Bagaimana konsistensi prestasi dapat ditaksir dalam suatu tempoh masa, pelbagai konteks dan dalam satu julat eviden

Pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan.

Setiap unit kompetensi ini perlu disampaikan dalam satu kaedah yang menyeluruh (explicit) merangkumi rekabentuk pendidikan dan latihan teknik vokasional, penyesuaian pelaksanaan (P&;P) dan pentaksiran seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah:


Penutup

Dalam melaksanakan program pendidikan berasakan kompetensi, aktiviti utamanya adalah berkisar dengan aktiviti mereka bentuk (design), pelaksanaan (delivery) dan pentaksiran (assessment). Pertimbangan perlu dibuat semasa menjalankan aktiviti mereka bentuk pendidikan dan latihan teknik vokasional berasaskan kompetensi. Antaranya ialah:
  • Mengenal pasti kemahiran spesifik yang menjadi asas kepada pendekatan pendidikan berasaskan kompetensi
  • Mengenal pasti keadaan, persekitaran dan situasi di mana kemahiran akan digunakan
  • Membina kriteria atau standad untuk melaksanakan kemahiran
  • Membangunkan panduan pembelajaran (learning guide) berasaskan kompetensi serta senarai semak untuk melaksanakan setiap kemahiran dan akiviti
  • Membangunakan manual rujukan yang mengandungi keperluan, maklumat berkaitan dengan kemahiran yang hendak dicapai
  • Membina model untuk sesi latihan
  • Membina objektif pembelajaran yang dipamerkan menjadi hasil pembelajaran untuk dicapai oleh individu/pelajar
  • Membangunkan garis kursus (course outline) yang selari dengan pelbagai kaedah dan media latihan untuk objektif kursus
  • Membangunkan kurikulum tentang kursus dan latihan berasaskan kompetensi
Dari itu, seperti yang dinyatakan oleh Watson (1990), pelaksanaan pendidikan dan latihan berasaskan kompetensi memberikan implikasi yang besar kepada organisasi yang ingin melaksanakannya. Selain pencapaian prestasi individu yang kompeten seperti yang diperlukan oleh industri, organisasi terlibat perlu komited dalam menyediakan sumber dan bahan latihan yang mencukupi. Pendidikan dan latihan berasaskan kompetensi sangat berkesan dilaksanakan melalui pelbagai media yang secara langsung berkaitan dengan bahan dan sumebr pembelajaran. Organisasi juga perlu melaksanakan aktiviti pendidikan dan latihan yang selari dengan objektif pembelajaran yang dijana melalui interaksi berterusan antara individu pelatihan dan jurulatih yang telah diberikan kemahiran untuk melaksanakan pendidikan dan latihan berasaskan kompetensi.

Adalah diharapkan pelaksanaan pendidikan dan latihan teknik vokasional berasaskan kompetensi dapat melahirkan generasi individu/pelajar yang mempunyai modal insan yang tinggi, berdaya saing dan kompeten dari aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai seperti mana yang diperlukan oleh industri tempatan dan antabangsa. Modal ini seterusnya berupaya melonjakkan kecermelangan pendidikan dalam menjana masyarakat boleh kerja yang dapat memenuhi pasaran perkerjaan.

Wednesday, April 21, 2010

Anak Kembar


Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, "Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua."
"Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas," kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, "Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!"
"Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, "Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat" kata jururawat itu dengan tenang.
"Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel," kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, "Apakah yang merunsingkan awak?"

Dengan perasaan gelisah dia menjawab "Saya bekerja di Seven Eleven."

Dengkinya Iblis Terhadap Nabi Adam


Bekas Tapak Kaki Nabi Adam

Allah telah mencipta nabi ADAM sebagai manusia yang pertama, untuk menghuni di bumi luas yang sudah terbentang, beranak dan berketurunan menjadi manusia banyak, berpuak-puak dan berbilang bangsa, berselerak ke seluruh pelosok bumi. Manusia itu diciptak Allah, agar manusia itu menyembah dan sentiasa mentaati segala perintahNya serta juga menjadi pengatur bumi yang tidak teratur; bercucuk tanam, mendirikan rumah, memelihara ternakan, dan sebagainya.

Allah memberitahu maksudNya kepada para Malaikat,"Aku ingin mencipta manusia untuk menguruskan muka bumi". Para Malaikat lalu menjawab, "Apakah manusia yang Engkau ciptakan itu untuk mengurus bumi, ya Tuhan kami? Tidakkah manusia itu nanti akan merosakkan bumi dan akan menumpahkan darah berbunuhan? Berbanding dengan kami yang sentiasa patuh dan memuliakan Engkau". Lalu Allah menjawab. "Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak mengetahui".

Ya, Tuhanlah yang lebih tahu rahsia apa yang terkandung dari kejadian manusia ini. Tuhanlah yang lebih tahu kenapa kita manusia yang diciptakan Tuhan untuk mengatur bumi, sekalipun Tuhan tentu sudah tahu pula, bawah manusia di permukaan bumi ini akan berbuat kerosakan, akan bersilang sengketa, akan berbunuh bunuhan menumpahkan darah. Tetapi janganlah sampai kita lupakan, bahawa Tuhan juga tahu, bahawa tidak semuanya manusia itu perosak, tidak semua manusia suka bersengketa dan berbunuh bunuhan. Di antara manusia yang banyak itu, ada banyak pula yang baik, yang selalu berbuat kebajikan terhadap sesama manusia, selalu berusaha dan berjuang untuk keselamatan dan kebahagiaan hidup manusia.

Setelah mendengar jawapan Allah yang pendek, tetapi mempunyai erti dan maksud yang amat dalam itu, semua Malaikat menjadi diam, tidak menjawab lagi. Hanya berkata dengan berbisik antara sesama mereka: "Memang benar! Tuhan kita Maha Mengetahui segala sesuatu, dari perkara yang sekecil-kecilnya sampai kepada perkara yang sebesar besarnya. Ia mengetahui segala yang zahir dan yang batin, yang kelihatan oleh mata dan yang tidak kelihatan. Tidak ada satu perkara dan kejadian yang bagaimana juga kecilnya yang terjadi di langit dan di bumi atau antara keduanya yang tak diketahui oleh Tuhan."

Apa saja yang Allah ciptakan, tentu ada guna dan faedahnya, tentu ada maksud dan tujuannya. Tidak satu benda pun yang diciptakan Allah akan sia sia. Hanya kita sendiri yang tidak atau belum mengetahuinya. Allah meneruskan firmanNya terhadap para Malaikat itu: "Manusia itu, iaitu Adam, akan Aku ciptakan dari tanah. Apabila sudah terbentuk dan selesai, akan Aku hembuskan kepadanya rohKu, agar dia menjadi hidup, dapat bergerak, berperasaan, berpengertian dan berkesedaran. Bila Adam sudah menjadi hidup dengan pengertian dan kesedaran, hendaknya kamu sekalian sujud memberi hormat kepadanya."

Malaikat adalah suatu makhluk Allah yang mempunyai kesedaran yang amat tinggi. Dengan kesedaran yang amat tinggi itu, mereka menjadi makhluk yang mulia, selalu bertasbih dan beribadat mensucikan, membesarkan dan memuji muji Allah, selalu taat menjalankan apa saja yang diperintahkan Allah kepada mereka. Mereka tak pernah derhaka atau melanggar perintah Allah, tanpa makan dan minum, tanpa rehat atau tidur, mereka selalu melaksanakan segala macam tugas yang di bebankan Allah atas mereka masing masing sampai hari kiamat. Bila mereka itu makhluk yang tinggi dan mulia, mengapa Allah memerintahkan mereka untuk sujud atau menghormati Adam? Apakah Adam atau manusia lebih tinggi dan lebih mulia daripada Malaikat?

Pertama kita harus ingat, bahawa Allah memerintahkan Malaikat sujud kepada Adam, bukanlah dalam erti menyembah, melainkan dengan erti menghormati. Menghormati Adam tidak dapat diertikan menghormati manusia anak cucu Adam. Jadi penghormatan ini khusus terhadap peribadi Adam. Mengapa peribadi Adam harus dihormati oleh para Malaikat? Hal ini disebabkan oleh kerana peribadi Adam mempunyai keistimewaan yang banyak sekali dan luar biasa, yang tidak dipunyai oleh manusia manusia lain atau makhluk yang mana pun juga. Keistimewaan keistimewaan yang luar biasa itu adalah sebagai berikut:

Adam adalah manusia pertama. Sebelum Adam, belum ada manusia. Seluruh manusia selain Adam, semuanya adalah keturunan Adam. Di antara manusia keturunan Adam itu, ada yang menjadi Nabi dan Rasul, menjadi orang orang suci. Di antaranya ada orang pandai dalam berbagai bidang, yang menyebabkan kemajuan hebat bagi manusia dari abad ke abad. Lihatlah kemajuan anak cucu Adam yang hidup di dalam abad kedua puluh sekarang ini. Sekalipun ada pula di antara anak cucu Adam sendiri yang menjadi perosak dan penjahat. Sebab itu, memang sudah sepatutnya kalau para Malaikat memberikan penghormatan atau sujud kepada Adam sebagai manusia pertama dan mempunyai turunan yang hebat itu.

Adam diciptakan Allah dengan tangaNya sendiri. Sedangkan makhluk lain, seluruhnya diciptakan Allah dengan perkataanNya: "Bila Allah menghendaki sesuatu, Ia hanya berfirman: Jadilah! Maka jadilah apa yang dikehendaki Allah itu." Hanya Adam, yang Allah ciptakan dengan kedua tanganNya. Demikianlah menurut al-Quran. Sedang menurut Hadis, selain Adam, juga 'Arasy dan Syurga yang diciptakan Allah dengan tanganNya. Maka sudah sepatutnya kalau para Malaikat diperintahkan Allah untuk menghormati Adam. kerana ia diciptakan Allah dengan tanganNya, Adam sungguh suatu makhluk yang terhormat tiada taranya di alam ini.

Selain manusia pertama yang diciptakan Allah dengan tanganNya, Adam adalah pula seorang Nabi, seorang yang mendapat wahyu dari Allah. Menurut sebahagian Ulama, para Nabi dan Rasul memang sama darjat kemuliaannya dengan para Malaikat. Bahkan ada di antara Ulama yang berpendapat bahawa Nabi dan Rasul itu darjat kemuliaannya melebihi para Malaikat, sebab Jibrail sebagai Malaikat tertinggi, ditugaskan pula menjadi perantara antara Allah dengan para Nabi dan Rasul itu.
Seperti halnya dengan para Malaikat, maka Adam pun mempunyai kesedaran dan pengertian (akal), sehingga Adam dan keturunannya dapat menyedari dan mengerti akan kebesaran Allah yang menciptakan dirinya dan seluruh alam, dapat menyedari dan mengerti akan perintah perintah dan larangan Allah.

Adam dan manusia diciptakan Allah dalam sebaik baiknya kejadian, kerana dia terdiri dari jasmani dan rohani (roh, akal, hati dan nafsu), sehingga ia menjadi suatu makhluk yang beradab dan berkebudayaan, terus maju tidak beku.

Adam dan keturunannya diciptakan Allah untuk menjadi Khalifah (penguasa atau pengatur) di bumi, sebagaimana Allah menciptakan Malaikat sebagai Khalifah di langit.

kerana menyedari akan kedudukan dan kemuliaan Adam, para Malaikat dapat mengerti akan perintah Allah untuk menghormati Adam. Mereka lalu menjawab: "Baiklah, ya Tuhan kami. Kami dengar dan kami taati segala perintahMu." Allah lalu menciptakan Adam dari tanah dengan tanganNya sendiri. Berbentuk seperti bentuk kita manusia sekarang ini. Iaitu berkepala, berbadan, bertangan dan berkaki. Lalu Allah hembuskan roh kepadanya, sehingga Adam menjadi hidup.

Adam menggerakkan kedua tangan dan kakinya, lalu ia bersin (batuk), sehingga bergerak sekujur badannya, terbuka kedua matanya, bergerak jantung dan paru parunya. Sekaligus ketika Adam membuka kedua matanya, melihat seluruh alam di sekitarnya, timbullah pengertian dan kesedaran, dan dengan pengertian dan kesedaran itu, dia mengucap: Alhamdulillahi Rabbil Alamin (Segala pujian bagi Allah yang mengatur seluruh alam). Para Malaikat kagum sekagum kagumnya melihat dan mendengar ucapan pertama yang keluar dari mulut Adam. Satu ucapan yang berisi pengertian dan kesedaran tertinggi. Pengertian dan kesedaran bahawa alam ini seluruhnya diciptakan dan diatur oleh Allah, sebab itu Allah selamanya harus selalu disanjung dan dipuji.

Para Malaikat serentak menjawab ucapan Adam: "Yarhamukallahu, ya Adam." Ertinya: Allah selalu menumpahkan rahmatNya kepada engkau, ya Adam, dan selamatlah. Para Malaikat lalu beratur mengelilingi Adam, lalu sujud dan menghormati kepada Adam, sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah kepada mereka. Hanya Iblis yang tak mahu sujud dan tidak mahu menghormati Adam. Dia tetap berdiri dan membangkang dengan sombongnya, tidak mahu menjalankan apa yang diperintahkan Allah.
Allah lalu berkata kepada Iblis itu: "Bukankah engkau juga makhluk ciptaanKu, yang juga harus tunduk dan menjalankan perintahKu? Tetapi kenapa engkau tidak sujud dan tidak memberi hormat terhadap Adam sebagaimana Aku perintahkan?"

Iblis menjawab: "Engkau ciptakan aku dari api dan Adam dari tanah. Api lebih mulia dari tanah. Itu bererti yang aku lebih mulia dari Adam. Maka tidak sepatutnyalah aku sujud dan hormat terhadap Adam itu."
Mendengar bantahan Iblis itu, Tuhan menjadi marah, lalu berkata kepada Iblis: "Tempat ini (Syurga) bukan tempat orang yang menyanggah terhadap Aku. Sekarang juga, engkau harus keluar dari sini."
Sesudah keluar dan terusir dari Syurga, Iblis kembali menyanggah dan berkata kepada Allah: "Ya, Tuhan! Engkau usir aku dari Syurga ini kerana Adam. Aku bersumpah, bahawa aku dengan semuaanak keturunanku akan memusuhi Adam dan semua anak dan keturunannya buat selama lamanya. Mereka akan aku sesatkan. Mereka akan aku celakakan. Aku akan ajak dan anjurkan kepada mereka untuk berbuat keburukan dan kerosakan di dalam dunia ini nanti, agar kehidupan mereka selamanya susah dan kacau bilau belaka."

Mendengar ancaman Iblis itu, Allah lalu berkata: "Untuk menghindarkan tipu daya mu itu, kepada manusia akan Aku beri suatu senjata yang ampuh, ialah akal. Akal itu akan Aku bimbing dengan petunjuk petunjuk (agama), Manusia yang tetap mempergunakan akal dan menurut petunjuk petunjukKu tidak akan dapat engkau sesatkan dan perdayakan. Dengan akal itu, mereka akan dapat membezakan yang baik dan yang buruk. Dengan tuntunan petunjukKu, akal mereka akan mempunyai daya berfikir yang benar. Sesiapa yang tak menggunakan akal dan tidak menurut petunjukKu, tentu dapat engkau goda dan sesatkan. Ini akan dipertanggung jawabkan di hadapanKu nanti dihari kemudian (Akhirat). Mendengar keterangan Allah itu, Iblis terdiam. Tetapi hatinya makin mendongkol, irihati dan dengkinya terhadap manusia bertambah memuncak.
Dia berpaling kepada Adam. Mata dan seluruh perhatiannya sekarang ini ditujukannya kepada Adam. Dia ingin tahu di mana letak kelemahan kelemahan jasmani dan rohani manusia. Adam dipelajarinya dari segala segi. Akhirnya Iblis berkesimpulan bahawa manusia itu selain mempunyai kekuatan berfikir, iaitu akal yang amat hebat itu, juga mempunyai banyak kelemahan kelemahannya. Di samping akal itu, manusia mempunyai nafsu. Dan nafsu itu banyak sekali macam ragamnya. Ada nafsu terhadap makanan dan minuman, ada nafsu kelamin atau syahwat, ada nafsu terhadap harta benda dan kekayaan, terhadap rumah tempat tinggal dan kenderaan dan ada pula nafsu terhadap pangkat dan kedudukan yang tinggi di tengah tengah sesama manusia. Di tiap tiap macam nafsu, tabiat dan karakter, terdapat banyak sekali pintu pintu atau lubang lubang kelemahan dan setiap waktu dapat dimasuki oleh Iblis untuk memperdayakan dan mengacaukan kehidupan manusia

Setelah melihat semua kelemahan itu, Iblis ketawa kecut. Dia ketawa dan gembira, kerana berhasil melihat kelemahan manusia. Tetapi hatinya menjadi kecut dan takut, bahawa manusia di samping mempunyai kekuatan yang hebat, iaitu akal, juga dengan akal itu dapat menerima petunjuk petunjuk Tuhan. Petunjuk Allah itu adalah merupakan satu benteng berlapis waja yang tidak mungkin dapat ditembus oleh Setan dan Iblis.
Iblis dari semula mengakui akan kelemahan dirinya menghadapi manusia yang sedar dan iman yang berbentengkan petunjuk Allah dalam hidupnya. Bahkan kalau kita manusia mengerti dan sedar pula akan kelemahan Iblis dan kekuatan rahsia dari keimanan yang penuh terhadap Allah dan petunjuk petunjuk Allah, manusia akan selamat dalam kehidupan dunia dan akhiratnya dan akan terhindar dari tipu muslihat Iblis atau kesesatan dalam hidup.

Iblis adalah satu kekuatan ghaib yang dapat disamakan dengan gelap. Sedang keimanan terhadap Allah dan petunjuk petunjuk Ilahi adalah pula satu kekuatan ghaib yang dapat disamakan dengan terang atau cahaya. Bila suatu tempat tidak dimasuki oleh cahaya, pasti tempat itu diisi oleh gelap. Bila tempat yang gelap itu dimasuki cahaya, pasti gelapnya lenyap. Begitu pulalah manusia sebagai tempat. Bila dia kosong dari keimanan dan petunjuk Ilahi, akan bermaharajalelalah Setan dan Iblis atas dirinya. Tetapi bila manusia mempunyai keimanan di dada dan selalu disiram dengan petunjuk petunjuk Ilahi, segala daya Iblis tak mampu memperdayakan.

Kepada Adam diajarkan Tuhan pengetahuan pokok untuk dapat hidup di permukaan bumi. Allah mengajarkan kepada Adam nama dari tiap sesuatu.
Untuk sekadar membuktikan kepada para Malaikat, bahawa manusia layak menjadi Khalifah dibumi, dan patut mendapat penghormatan dari Malaikat, Allah lalu memanggil Adam dan Malaikat supaya berkumpul.
Kepada Malaikat Allah lalu berfirman: "Cuba kamu sebutkan nama dari tiap tiap sesuatu yang terdapat di permukaan bumi itu, sekiranya kamu mengetahuinya."

Dengan merendahkan diri serendah rendahnya, Malaikat menjawab: "Maha Suci Engkau, ya Tuhan kami! Kami tidak mengetahui nama nama dari semua itu. Pengetahuan kami hanya sekadar apa yang Engkau ajarkan kepada kami. Hanya Engkau saja, ya Allah, yang mengetahui segala galanya."
Allah lalu berkata kepada Adam: "Hai, Adam! Sekarang cuba engkau sebutkan nama dari benda benda itu semuanya!"

Dengan segera Adam menyebutkan nama dari tiap tiap benda yang dihadapkan Allah kepadanya, di hadapan kesemua Malaikat.
Kemudian itu Allah lalu berfirman kepada Malaikat: "Bukankah Aku sudah katakan kepada kamu sekalian, bahawa Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahui, tentang rahsia rahsia langit dan bumi, Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan."

Buat Adam diberi Allah tempat di dalam Syurga. Makanan dan minuman tersedia serba cukup. Begitu juga apa saja yang ia inginkan. Tetapi sayang, Adam tinggal di Syurga itu seorang diri, sebatang kara. Tempat yang sebagaimana bagusnya, makanan dan minuman yang bagaimana juga lazatnya tidaklah memberikan kepuasan dan kebahagiaan yang sempurna.
Manusia memerlukan teman, sekalipun hanya seorang, dengan siapa dia dapat mengemukakan suka dan dukanya, atau kasih dan sayangnya. Teman inilah yang tak dipunyai oleh Adam, sekalipun dia sudah mempunyai Syurga dengan segala kesenangannya. Sebab itu hidupnya selalu dalam kesepian.

Allah tahu akan penderitaan yang berupa kesepian yang di derita oleh Adam di dalam Syurga itu. Dan Allah kasihan melihatnya. Oleh kerana itu Allah akan menciptakan makhluk baru yang sama dengan Adam, tetapi jenis wanita, untuk menyempurnakan segala kekurangan dan kesepian dalam hidup Adam, untuk menjadi isterinya. Dengan tujuan yang lebih tinggi, ialah untuk meramaikan permukaan bumi, untuk membuat sejarah kebudayaan yang lebih menarik.

Sejurus kemudian, Adam mengantuk, lalu tertidur. Di kala dia tertidur itulah, Allah s.w.t. menciptakan manusia kedua, jenis wanita, isteri Adam yang bernama Hawa. Setelah Adam terbangun dan membuka kedua matanya, dia melihat seseorang berdiri di samping, orang yang belum pernah dilihat Adam sebelumnya. Orang itu dipersilakan Adam duduk di sampingnya, dan kepadanya Adam lalu bertanya: "Siapakah engkau, dan siapa namamu?" Hawa menjawab: "Saya adalah wanita, dan aku belum tahu akan namaku sendiri."


Bukan main senang dan gembiranya Adam melihat wanita itu berkata dan menggerak gerakkan badannya. "Engkau aku beri nama Hawa ertinya: Orang yang aku rindukan," kata Adam kepadanya. Para Malaikat datang dan bertanya kepada Adam: "Siapakah nama temanmu itu, ya Adam?" "Namanya Hawa," sahut Adam.

Dengan isterinya yang bernama Hawa ini hilanglah kesepian dalam hidup Adam. Keduanya hidup berbahagia di dalam Syurga, aman dan tenteram, tak kenal takut dan lelah, makan-minum sepuas puasnya, kerana segala galanya tersedia serba cukup.

Allah lalu berfirman kepada Adam: "Hai, Adam! Tinggallah engkau dengan isterimu di dalam Syurga ini. Makan dan minumlah sepuas puasnya. Tetapi awas, janganlah engkau berdua memakan buah dari pohon ini. Bila engkau berdua memakannya, bererti engkau berdua melanggar perintahKu, dan engkau berdua akan mengalami kerugian besar, dan bererti aniaya terhadap dirimu sendiri."

Selain buah Khuldi itu, di dalam Syurga terdapat banyak dan bermacam ragam buah buahan. Semuanya boleh dimakan oleh Adam dan Hawa. Hanya buah Khuldi itu saja yang dilarang oleh Allah memakannya, agar dengan larangan itu, dapatlah Adam dan Hawa menahan hawa nafsunya, dan dengan adanya larangan itu Adam dan Hawa diuji tentang ingatan dan ketaatannya terhadap Allah. Kerana hanya dengan ketaatan inilah Allah dapat memberikan kesempatan bagi manusia untuk tetap tinggal di dalam Syurga bersenang senang dan berbahagia.

Allah memberikan peringatan kepada Adam dan Hawa agar keduanya menjauhkan diri dari Iblis, jangan sampai menurutkan anjuran dan ajakan Iblis, kerana Iblis sudah terang terang menyatakan dirinya sebagai musuh Adam dan anak cucunya buat selama lamanya, dan akan selalu sedaya upaya siang dan malam dengan tidak rasa letih dan tidak bosan bosan, untuk menjauhkan Adam dan semua anak cucunya dari kebahagiaan hidup.

Allah berfirman kepada Adam: "Hai, Adam! Iblis itu adalah musuhmu dan musuh isterimu. Dia akan selalu menggoda engkau berdua agar engkau berdua terusir pula dari Syurga ini, sehingga engkau berdua hidup sengsara. Di Syurga ini engkau berdua dapat hidup bahagia, tidak akan menderita lapar dan susah."

Begitulah Adam dan Hawa tinggal di dalam Syurga. Hidup senang dan bahagia, riang dan gembira. Sedang Iblis yang sudah diusir dari Syurga, selalu berikhtiar untuk dapat masuk Syurga kembali, guna menipu dan memperdayakan Adam dan isterinya.

Pada suatu kali, Iblis berhasil dapat masuk ke dalam Syurga, bertemu dengan Adam dan isterinya. Iblis segera membujuk dengan berkata: "Hai, Adam! Aku datang untuk memberi nasihat yang baik kepadamu. Mahukah kamu aku tunjuk, bahawa di sana itu ada satu pohon yang amat lazat cita rasa buahnya. Bila buah yang lazat itu engkau makan, maka engkau dapat tinggal tetap di dalam Syurga ini buat selama lamanya, dan Syurga ini dapat engkau miliki sebagai satu kerajaan yang tak akan rosak buat selama lamanya bagi engkau berdua."

"Buah apakah gerangan yang engkau maksudkan itu?" tanya Adam kepada Iblis. Iblis menunjuk ke arah pohon Khuldi yang sudah dilarang oleh Allah memakannya. Melihat isyarat Iblis itu, tahulah Adam bahawa Iblis sudah mulai menggoda dan menyesatkannya. Adam lalu berpaling menjauhkan diri dari Iblis.

Tetapi Iblis tak lekas putus asa. Dia mendapat kesempatan yang kedua bertemu dengan Adam dan Hawa. Segera pula dia membujuk bujuk: "Larangan Tuhan kepada engkau berdua memakan buah Khuldi itu, dimaksudkan jika engkau berdua adalah Malaikat. Sedang engkau berdua bukan Malaikat. Jadi engkau berdua tidak terlarang memakannya." Adam dan Hawa tidak mengacuhkan pujukan halus itu. Keduanya berpaling dan menjauhkan diri dari Iblis itu.

Sebagai telah diterangkan, ketika Iblis terusir dari Syurga, ia bersumpah di hadapan Allah bahawa ia dan anak keturunannya sampai hari kiamat akan berusaha menyesatkan Adam dan anak keturunannya. Bila ia gagal dalam usahanya yang pertama dan kedua, ia tidak akan berputus asa, pasti ia akan berusaha untuk ketiga, keempat sampai ke sekian juta kalinya dalam menyesatkan dan menggoda manusia Ia tahu betul, bahawa salah satu kelemahan manusia itu, ialah sering lupa. Iblis menunggu satu waktu, di mana Adam dan Hawa sudah lupa akan perintah Allah yang melarangnya memakan buah terlarang itu.

Pada suatu ketika, setelah diselidikinya, Iblis tahu betul bahawa Adam dan Hawa dalam berlengah lengah kerana kesenangan di Syurga itu. Dan Iblis tahu betul bahawa Adam dan Hawa di saat itu sudah merasakan agak lapar atau dahaga. Ia masuk mendapatkan Adam dan Hawa setelah ia memetik sendiri akan buah yang terlarang itu. Langsung dia berkata kepada Adam dan Hawa: "Makanlah buah ini, demi Allah, aku ini bukan membujuk dan menyesatkan kamu, melainkan semata mata memberi nasihat yang baik, agar kamu berdua dapat menetap di Syurga ini untuk selama lamanya. Makanlah buah ini, makanlah!"

Mendengar Iblis bersumpah dengan menyebut nama Allah, Adam dan Hawa mulai berfikir: "Tentu seorang tak akan berani bersumpah dengan menyebut nama Allah dengan sumpah yang bohong. Iblis itu tentu berkata benar." Di saat Adam dan Hawa mulai ragu ragu terhadap kebenaran perkataan Iblis itu, Iblis menyogokkan buah Khuldi itu kepada Adam dan Hawa. Melihat buah yang ranum dan harum semerbak itu, selera Adam dan Hawa mulai tertarik kepadanya. Adam dan Hawa lalu lupa akan larangan Allah yang melarangnya memakan buah itu. Buah itu diambilnya lalu dimakannya.

Baru saja buah Khuldi itu masuk ke dalam rongga perut Adam dan Hawa, maka lenyaplah pakaian yang menutup aurat keduanya, sehingga kedua suami isteri itu menjadi telanjang. Kedua duanya pandang memandang dengan perasaan malu yang tak terhingga. Keduanya segera menyembunyikan diri agar tidak dilihat Allah. Keduanya memetik dua helai daun kayu yang terdapat di dalam Syurga, untuk menutup aurat masing masing.

Allah lalu berfirman kepada Adam: "Hai, Adam! Apakah engkau lari dari Aku?" Jawab Adam: "Bukan aku lari dari Engkau, ya Allah, tetapi aku malu dan takut kepada Engkau." Berkata Allah: "Bukankah Aku sudah melarang kamu berdua memakan buah itu! Dan Aku katakan pula, bahawa Iblis itu adalah musuhmu yang nyata? Tetapi kenapa engkau berdua masih memakan buah yang Aku larang itu?"

Dengan menundukkan kepala serendah rendahnya, Adam dan Hawa minta ampun dan taubat kepada Allah: "Ya Allah Tuhan kami! Kami sudah aniaya terhadap diri kami. Kalau Engkau tidak sudi kiranya mengampuni dan mengasihani kami, sungguh kami akan merugi dan sengsara berpanjangan."
"Ya, Aku perintah, tapi engkau berdua melanggar perintahku," kata Allah pula.
"Maafkan dan ampunilah kiranya kami ini, ya Tuhan," kata Adam dan Hawa serentak.

Kembali Tuhan berfirman dengan marah: "Aku telah beri tempat engkau berdua di SyurgaKu ini, dan Aku sediakan segala apa yang engkau inginkan. Hanya Aku larang engkau berdua memakan buah Khuldi itu. Apakah buah Khuldi itu lebih berharga bagi engkau berdua daripada Syurga dengan segala isinya ini?"
Sahut Adam: "Sungguh tak aku kira Tuhan, Iblis berani berkata bohong kepadaku dengan menyebut namaMu."
Allah lalu memutuskan dengan firmanNya: "Demi kemuliaanKu. Engkau berdua harus meninggalkan Syurga ini, turun ke bumi yang sudah lama terbentang, di mana engkau berdua juga dapat hidup, tetapi harus dengan bersusah payah, dan dengan mencucurkan keringat, kadang-kadang juga airmata."

Dengan mata berlinang, sedih dan takut, Adam bersimpuh menundukkan kepala di hadapan Tuhan minta ampun: "Tuhanku! Tuhanku! Ampunilah aku, ampuni aku."

Terhadap Adam, Hawa dan Iblis, Allah menetapkan putusan yang tak dapat diubah lagi dengan berfirman: "Kamu semua harus turun ke bumi. Di sanalah tempatnya bagi kamu untuk hidup bermusuh musuhan, tipu menipu, perdaya memperdayakan, berhasad dan dengki. Aku beri kesempatan kepada masing masing kamu untuk hidup di bumi ini di dalam waktu yang terbatas, juga dengan segala macam kesenangan dan kesusahan yang terbatas pula. Nanti akan datang ajal kepada masing masing kamu, lalu masing masing kamu akan Aku panggil kembali kepadaKu, untuk mempertanggung jawabkan apa yang kamu sudah lakukan selama hidup di muka bumi itu."

Airmata semakin banyak jatuh bercucuran dari mata Adam dan Hawa. Keduanya menangis tersedu sedu, sambil menanggungkan sesal yang tak terkira hebatnya atas kesalahan, lantaran godaan Iblis. Kepada Adam dan Hawa kembali Allah berfirman: "Di bumi, kamu akan selalu didatangi dan di goda oleh Iblis dan semua anak cucu dan kakitangannya. Di bumi, kamu akan menghadapi penjuangan yang berat menghadapi mereka. Tetapi kamu jangan takut. Kepadamu dan anak cucumu akan Aku turunkan petunjuk petunjuk (ajaran-ajaran agama). Siapa di antara kamu dan anak cucumu itu yang senantiasa mengikuti petunjukKu itu, dia tidak akan tersesat dan tidak akan sengsara."

Tak lama kemudian, tibalah Adam dan Hawa di permukaan bumi yang fana. Diterimanyalah wahyu Ilahi yang pertama yang menyatakan, bahawa Allah sudah berkenan mengampuni dosa dan menerima taubat Adam dan Hawa. Sungguh Allah suka memberi ampunan dan taubat bagi siapa saja di antara hambaNya yang merasa dirinya bersalah dan suka minta ampun dan taubat

Cerita Adam yang memakan buah terlarang, lalu dikeluarkan dari Syurga dan ditempatkan di bumi ini, sudah menyesatkan banyak manusia dari dahulu sampai sekarang. Mereka katakan bahawa dengan perbuatan Adam itu maka dia sudah berdosa sebesar besar dosa,sehingga Adam diusir Allah ke bumi ini. Bahkan bukan hanya Adam dan Hawa saja yang berdosa besar, melainkan juga seluruh anak keturunannya sampai hari kiamat. Demikian hebat dan besarnya dosa Adam dan keturunannya dengan kesalahan tersebut, tidak dapat diampuni begitu saja, sehingga Allah kerana kasihNya, menjelma menjadi anak manusia melalui perut seorang wanita, lalu mati di tiang salib untuk menebus dosa tersebut.

Untuk menghindarkan manusia dari kesesatan yang nyata ini, Allah telah mengutus RasulNya yang terakhir, iaitu Muhammad s.a.w., untuk menyampaikan wahyu wahyu dari Allah, iaitu al-Quran. Berulang kali dalam al-Quran, Allah menyatakan bahawa Adam melanggar perintah Allah itu, adalah semata mata kerana terlupa sama sekali bukan kerana sengaja. Sebab itu, Adam dianggap Allah hanya tersalah, dan bukan berdosa yang tidak terampun. Semua kesalahan yang dilakukan manusia kerana lupa, tidaklah dianggap Allah sebagai dosa. Apalagi kesalahan Adam ini hanya sekadar memakan sebiji buah, tidaklah dapat dianggap sebagai kesalahan besar, melainkan hanya suatu kesalahan yang amat kecil dan kecil sekali.

Tetapi bagaimanapun kecilnya kesalahan ini, kerana kesucian dan kesedarannya yang amat tinggi itu, Adam sangat menyesal, Adam mengeluh, Adam minta ampun dan taubat. Seorang yang dapat menyedari akan kesalahannya, bukanlah orang yang berdosa, melainkan seorang yang amat mulia, seorang yang amat suci.

Berulang ulang pula di dalam al-Quran diterangkan, bahawa Allah sudah berkenan mengampuni kesalahan Adam yang kecil itu. Bahkan bukan hanya diampuni dan diberi taubat saja oleh Allah, melainkan kerana kesedarannya dan penyesalannya itu, Adam menjadi manusia yang terpilih, diberi petunjuk dan diangkat Allah menjadi Nabi. Adalah suatu kesesatan yang nyata, menganggap seorang Nabi orang berdosa.

Begitu pun tentang dikeluarkannya Adam dan Hawa dari Syurga, lalu dipindahkan dan ditempatkan di bumi ini, bukanlah menunjukkan bahawa Adam berdosa. Kerana bukankah telah diterangkan bahawa sebelum Adam melakukan pelanggaran tersebut, Allah sudah menyatakan kepada seluruh Malaikat, bahawa Adam itu diciptakan Allah untuk menjadi Khalifah di bumi ini. Ertinya bahawa Adam dan anak cucunya, diciptakan Allah untuk menghuni bumi yang sudah terbentang luas. Adalah suatu kesesatan yang nyata pula, kalau di katakan bahawa manusia ditempatkan di bumi ini, kerana dosa dan kesalahan yang telah diperbuat Adam dan Hawa. Umat Islam harus membersihkan diri dari kesesatan yang nyata ini.

Adam menurut ajaran agama kita Islam, selain manusia pertama, juga seorang Nabi dan Rasul. Kita umat Islam diwajibkan beriman kepada semua Nabi dan Rasul, serta mempercayai bahawa setiap Nabi dan Rasul itu harus bersih dari segala dosa, sekalipun sebagai manusia mungkin saja tersalah, iaitu kerana lupa dan lain lain. Kesalahan bukan dosa. Nabi nabi dan Rasul rasul yang lain pun pernah pula tersalah kerana lupa. Nabi Muhammad s.a.w. pernah tersalah, iaitu mengakhiri sembahyang asar yang seharusnya empat rakaat, sesudah beliau baru saja melakukannya dua rakaat. Setelah diperingatkan oleh para Sahabat yang menjadi makmumnya, barulah beliau sedar, dan beliau langsung meneruskan sembahyang tersebut sampai empat rakaat.

Lebih hebat lagi kesesatan sebahagian manusia yang mengatakan bahawa: kesalahan Adam itu menjadi dosa pula bagi semua anak cucunya sampai hari kiamat, yang mereka katakan dosa asal. Padahal semua manusia yang baru lahir, bersih dari segala dosa, sekalipun ibu bapanya berdosa atau bersalah. Tidaklah adil dan patut kalau seorang ibu atau bapa berdosa, lalu anaknya dianggap berdosa pula kerana dosa ibu dan bapanya itu. Dosa itu baru timbul sesudah seorang anak menjadi baligh dan berakal (aqil baligh), kerana perbuatannya sendiri.

Alangkah hebatnya dosa orang yang membawa manusia kepada agama kepercayaannya yang setiap waktu secara berulang ulang mengatakan bahawa Nabi Adam berdosa. Mengambinghitamkan seorang manusia suci, Nabi dan Rasul, iaitu Adam, untuk mendapatkan pengikut, bukanlah suatu perbuatan yang suci, melainkan sebaliknya, suatu perbuatan yang tercela dan berdosa pula.

Kisah Adam yang demikian itu disampaikan Allah kepada manusia dengan perantaraan Kitab SuciNya al-Quran, adalah sebagai pelajaran dan peringatan bahawa kita manusia sekalipun makhluk terbaik dan mulia tetapi tetap mempunyai kelemahan. Di antara kelemahan manusia itu ialah sifat pelupa. Dan di saat kita lupa itu, kita dapat diperdayakan dan disesatkan oleh Iblis. Hendaknya berhati hati sekali jangan sampai dapat disesatkan oleh Iblis itu.


Oleh: mshalim

Google+ Followers