Tuesday, November 30, 2010

Menubuhkan Perniagaan Yang Baru

Seseorang boleh memulakan perniagaannya sendiri dengan mengenalpasti peluang perniagaan yang terdapat disekelilingnya. Untuk memulakan perniagaan sendiri, seseorang itu harus mempunyai minat, kebolehan, modal, pengalaman dan pengetahuan. Ini adalah penting kerana dia akan membuat semua tugas sendiri. Semua perkara bermula dari mencari modal, Lokasi, pelanggan, pembekal, bangunan, barangan dan lain-lain lagi perlulah dilakukan oleh usahawan tersebut.

Kebaikan menubuhkan perniagaan yang baru
  1. Bebas membuat keputusan sendiri iaitu dari segi memilih Lokasi, jenis produk atau perkhidmatan yang akan dopasarkan, mengupah pekerja, memilih pembekal dan lain-lain dan lain-lain lagi.
  2. Mempunyai peluang untuk membuat pilihan kemudahan fizikal iaitu sama ada mencari dan memilih kemudahan fizikal yang memenuhi cita rasa atau membina bangunan sendiri.
  3. Mempunyai kebebasan untuk memilih Lokasi yang strategik untuk memulakan perniagaan
  4. Mempunyai peluang untuk membangunkan imej perniagaan kerana dapat mengetahui perasaan dan citarasa pelanggan apabila berurusniaga secara bersemuka dengan mereka.
Kelemahan menubuhkan perniagaan yang baru
  1. Usahawan perlu berusaha lebih untuk mencari dan menarik pelanggan untuk berurusniaga dengan mereka.
  2. Suatu usaha yang mengambil masa yang lama. Ini adalah kerana banyak aktiviti dan perkara yang perlu dilakukan oleh usahawan dari peringkat awal seperti mencari lokasi yang strategik, Memasang mesin, mencari pembekal, mengupah dan melatih pekerja dan sebagainya.
  3. Perniagaan baru tidak mempunyai sebarang rekod perniagaan. Usahawan hanya boleh membuat andaian mengenai jualan, perbelanjaan dan keuntungan.

Sejarah Perigi Zam-Zam

Sepeninggalan Nabi Ibrahim, berdiamlah Hajar dan puteranya Ismail berduaan di tempat terpencil dan sunyi itu. Ia harus menerima nasib yang telah ditakdirkan oleh Allah atas dirinya dengan kesabaran dan keyakinan penuh akan perlindunganNya. Sebakul bahan makanan dan minuman yang dibawanya dalam perjalanan pada akhirnya habis dimakan selama beberapa hari sepeninggalan Nabi Ibrahim.

Ketika Siti Hajar telah kehabisan air, iapun merasa haus, kerana itu air susunya merasa berkurangan dan bayinya Ismail pun menderita pula kekurangan air susu. Si ibu menjadi panic, binggung dan cemas mendengar tangisan anaknya yang sangat menyayat hati. Ia menoleh ke kanan dan ke kiri serta ke sana ke mari mencari sesuap makanan dan seteguk air untuk mengurang kelaparan serta mereda tangisan anaknya, Namun usahanya sia-sia sahaja.

Demikianlah, kerana dorongan hajat hidupnya dan hidup anaknya yang disayangi, Hajar mundar-mandir berlari sehingga tujuh kali antara bukti Shafa dan Marwah yang pada akhirnya ia duduk termenung merasa penat dan hampir putus asa.

Diriwayatkan bahawa setelah Hajar berada dalam keadaan tidak berdaya dan hampir putus asa, Allah telah memberi rahmat dan pertolongan. Maka datanglah malaikat Jibril lalu bertanya kepada Hajar: “Siapakah sebenarnya engkau ini?” Jawab Hajar: “Aku adalah hamba sahaya Ibrahim.” Jibril bertanya lagi: “Kepada siapa engkau diamanahkan di sini”. Hajar menjawab: “Hanya kepada Allah”. Lalu Jibril berkata: “Jika demikian, maka engkau telah diamanahkjan kepada Zat Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, yang melindungimu, mencukupi keperluanmu dan tidak akan menyia-nyiakan kepercayaan ayah puteramu kepadaNya.” Kemudian diajak Hajar mengikutinya pergi ke suatu tempat, di mana Jibril menginjak telapak kakinya keras-keras di atas tanah dan segeralah mancur dari bekas telapak kaki itu air yang jernih dengan kuasa Allah. Itulah dia air Zam-zam yang masih wujud hingga ke hari ini.

Alangkah gembiranya dan lega hati Hajar melihat air yang memancur itu. Segera ia membasahi bibir puteranya dengan air Zam-zam, dan dengan segera wajah puteranya segar kembali. Hajar berasa amat bersyukur dab berbahagia dengan datangnya mukjizat dari Allah. Kemudian Malaikat Jibril berkata: “Hai Siti Hajar janganlah engkau takut akan kehausan di sini, kerana sesungguhnya Allah menjadikan air ini untuk menuman orang-orang yang berada di sini. Dan air inilah terus akan mengalir dan tidak akan henti-hentinya, dan nanti Ibrahim akan kembali pula ke sini untuk mendirikan Kaabah.

Monday, November 29, 2010

Detik Baginda Terima Wahyu Pertama

Al-HARIS bin Hisyam telah bertanya kepada Rasulullah: "Ya Rasulullah, bagaimana wahyu itu mendatangi kamu"? Maka berkata Rasulullah: "Kadangkala wahyu itu mendatangi saya seperti dengungan loceng, dan ia adalah yang paling berat ke atas saya, maka apabila wahyu itu putus daripada saya, dan saya telah ingat daripadanya apa yang dia katakan. Dan kadangkala malaikat hadir menyerupakan dirinya sebagai seorang lelaki, maka dia berkata-kata kepada saya, dan saya ingat apa yang dia katakan."

"Berkata Siti Aishah r.a: "Dan sesungguhnya saya telah melihat, turun ke atas Rasulullah akan wahyu, pada suatu hari yang sangat sejuk, maka ia pun putus daripadanya, dan sesungguhnya dahi baginda benar-benar mengalirkan peluh. (riwayat al-Bukhari)

Hadis-hadis di atas adalah sebagaimana yang disebutkan pada keluaran lalu bagaimana Rasulullah SAW menerima wahyu. Wahyu, perkataan bahasa Arab yang berasal daripada perkataan awha bermaksud inspirasi daripada orang lain atau arahan seseorang.

Sebagai umat Islam kita memahami dengan jelas bahawa wahyu itu merupakan ayat-ayat al-Quran yang diturunkan (Nuzul al-Quran), iaitu kata-kata perintah Allah kepada Nabi Muhammad sebagai Rasul-Nya.

Terkeliru

Tetapi kita jangan sama sekali terkeliru apabila dalam ajaran Nasrani yang kononnya hendak mengangkat martabat wahyu itu dengan hujah bahawa tidak dinamakan wahyu itu dengan Allah hanya berkata-kata atau dengan lain perkataan; that God must speaks for Himself!

Seperti yang diambil dari Laman Web; answering.islam. org. Mereka berhujah; "Kita mesti sedar bahawa Allah tidak boleh mewahyukan Dirimya hanya dengan perkataan-perkataan sahaja. Di sini Dia mewahyukan keterangan berkenaan Dirinya maka Dia mestilah mempunyai keperibadian dan kehendak. Mewahyukan Dirinya secara "terbuka" dan "pendedahan" dan ini hanya akan berlaku apabila tubuh disediakan untuk Dia".
Lantaran itu Nabi Isa kononnya dikatakan berkata; "Barang siapa telah melihat Aku, telah melihat Bapa" (Johanes 14:9) Ini menjadikan wahyu itu dikatakan sempurna kerana ia tidak sekadar kata-kata kecuali wahyu itu adalah secara terus menerus langsung daripada Tuhan.

Tidak mustahil hujah seperti ini dikatakan logik dan akan 'termakan' oleh kalangan umat Islam itu sendiri, tetapi kita perlu menyedari al-Quran bukannya seperti kitab Injil yang boleh didapati dalam versi Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Namun, apa yang kita miliki hari ini merupakan al-Quran yang menempuh satu perjalanan yang sangat panjang dan ajaibnya, seluruh kandungan kitab itu tetap bersih daripada sebarang penyelewengan. Tidak ada tokok tambah, jauh sekali daripada kata-kata manusia di dalamnya!

Ini terjadi kerana Rasulullah sendiri tidak membenarkan hadis itu ditulis ketika baginda masih hidup kerana khuatir terkeliru atau bercampur gaul dengan ayat-ayat al-Quran yang masih diturunkan kepada baginda.

Wahyu merupakan satu sumber daripada pelbagai sumber bagi mendapatkan ilmu dan kedudukannya sebenarnya adalah paling teratas kerana ia sangat bersifat ketuhanan (divine). Lantas bagi seorang manusia biasa seperti Nabi Muhammad menerima wahyu itu, pada asalnya adalah tidak mudah.

Malah untuk berhadapan dengan malaikat Jibrail itu sendiri dan seluruh proses penurunan wahyu pertama ini telah menyebabkan baginda menganggap dirinya gila! Ini apabila kita tidak mempunyai jiwa yang besar dan kuat, tidak akan ada sanggup memikul beban kenabian itu dengan syarat pertamanya, diaturkan pertemuan dengan 'seorang' malaikat!

Terbangun dengan ketakutan

Penulis sejarah Islam terkenal, Hussein Haekal menulis selepas Jibrail menyampaikan surah pertama, al-Alaq itu baginda Nabi Muhammad terus terbangun dengan ketakutan dan kebingungan. Baginda dikatakan benar-benar tidak dapat menafsirkan apa yang telah berlaku kepada dirinya.

"Adakah ini semua khayalan sebagaimana kebanyakan penyair yang berkhayal dan bercakap seorang diri yang sering ku sifatkan sebagai orang gila?," ujar baginda.

Sebenarnya tidak wajar untuk baginda berasa takut kerana sebagaimana yang diceritakan oleh Ibnu Ishaq bahawa wahyu pertama itu datangnya dalam keadaan baginda berjaga dan di waktu siang.

Walau dalam banyak kisah yang kita dengar sebelum ini Rasulullah dikatakan segera keluar dari Gua Hira' dan untuk terus pulang ke rumah.

Tetapi Haekal dan Al Mubarakfuri mencatatkan sebaik sahaja baginda keluar dari Gua Hira' itu, satu sinar terang menderang memancar di hadapan baginda. Ini diikuti satu suara memanggil baginda; "Hai Muhammad! hai Muhammad! Kamulah Rasulullah dan aku adalah Jibrail!," berulang kali.

Baginda yang mendongakkan kepala ke langit iaitu arah datangnya suara itu dan baginda dapat melihat dengan jelas malaikat Jibrail dalam rupa seorang lelaki dengan kedudukan kedua-dua kakinya berada di ufuk langit.

Jika pada gambaran pada mata kasarnya bagi menunjukkan betapa 'luar biasa' malaikat Jibrail yang merupakan hamba Allah yang paling setia pernah tercipta oleh-Nya.

Namun baginda yang masih ketakutan itu memalingkan mukanya ke arah lain bagi tidak mahu berhadapan dengan Jibrail namun demikianlah hebatnya ciptaan Allah ini, Jibrail tetap kelihatan di mana-mana arah yang cuba baginda berpaling darinya itu. Ke kiri atau ke kanan, Jibrail tetap dalam keadaan berdiri di hadapan baginda.

Haekal menyebut; "tetapi rupa malaikat yang sangat indah itu tidak juga lalu dari depannya".

Lalu baginda tidak dapat berundur atau maju ke hadapan kecuali terpaksa berhadapan dengan malaikat itu malah dikatakan baginda terdiam kaku dengan agak lama di luar Gua Hira' itu.

Sehinggalah malaikat Jibrail menghilang lalu Nabi Muhammad tersedar dan menyambung semula langkah untuk segera pulang ke rumah.

Jika kita berada dalam keadaan yang seperti dilalui oleh baginda, maka jawapannya tentu sama, jantung berdegup dengan kenyang dan seluruh badan menggeletar!

Sebaik sahaja tiba di rumah, baginda disambut oleh Siti Khadijah yang sebelum ini begitu bimbang dengan keselamatan suaminya itu sehingga menyebabkan beliau menghantar orang untuk mencari di Gua Hira'.

"Wahai Abu Qasim, ke mana engkau pergi? Demi Allah aku telah menghantar orang untuk mencari engkau sehinggalah mereka mencari mu ke Mekah dan pulang ke rumah dan memberitahu tidak menemui mu di mana-mana," kata Siti Khadijah.

Tetapi baginda terus mendakap paha isterinya dan meminta supaya dirinya diselimutkan. Siti Khadijah segera menyelimutkan baginda kerana mendapati tubuh suaminya itu menggigil seperti seseorang yang sedang demam kuat.

Setelah ketakutan baginda beransur reda lalu baginda menceritakan kepada Siti Khadijah apa yang telah dialami dan dilihatnya sebentar tadi. Namun baginda lebih menyatakan kebimbangannya, semua yang berlaku di Gua Hira' itu tidak lebih terpedaya oleh hatinya sendiri atau akan tidak lebih dianggap seperti ahli nujum pada pandangan orang lain.

Sebagai isteri, Siti Khadijah tidak sedikit pun curiga dengan kata-kata suaminya itu. Lalu beliau meminta supaya baginda berehat untuk melelapkan mata dan Siti Khadijah sendiri kemudiannya bangun meninggalkan Rasulullah menuju untuk menemui seseorang. 

Susunan SITI AINIZA KAMSARI
Di pos oleh Arbain Muhayat pada 14 July 2009
Sumber: http://www.ipislam.edu.my/

Riak Syirik Paling Halus Musnahkan Amal Ibadat

AMALAN bersedekah adalah jalan bagi mukmin mendekatkan diri serta meningkatkan keimanan kepada Allah. Amalan sedekah membawa kepada keredaan Allah dan menghapuskan dosa.

Firman Allah bermaksud:

“Dan apa juga harta yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa juga yang kamu dermakan daripada harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.” (Surah al-Baqarah: 271)

Perlu ditekankan, amalan sedekah yang dilakukan jangan sampai menimbulkan riak kerana perbuatan menunjuk-nunjuk sedekah melambangkan hati yang tidak ikhlas kepada Allah. Ingatlah Allah Maha Mengetahui gerak hati kita.

Islam menegah umatnya berpeluk tubuh dan menjadi penonton terhadap penderitaan orang lain. Menjadi kewajipan orang kaya, pemimpin masyarakat dan negara atau sesiapa saja yang berkemampuan untuk membantu sesama mukmin yang dalam kesusahan.

Jangan sekali-kali mempertikaikan sedekah atau bantuan yang diberikan orang lain kerana sikap membandingkan sedekah yang banyak dengan sedikit adalah bertentangan sama sekali dengan kehendak agama.

Perbuatan sebegini secara tidak langsung akan menghapuskan pahala sedekah, malah membawa kepada kemurkaan Allah.

Sepatutnya, kita bangga melihat ada saudara kita yang mampu bersedekah dan menjadikan sikap murah hati itu sebagai motivasi untuk kita mengikuti jejak mereka.

Riak adalah pemusnah amal ibadah dan Rasulullah menyamakan riak sebagai syirik paling halus seperti sabda Baginda yang bermaksud:

“Yang amat aku takuti ke atas kamu ialah syirik yang paling kecil. Kemudian Baginda ditanya mengenainya dan Baginda mengatakan, itulah riak.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Oleh itu, usahlah kita berkembang dada penuh bangga kerana paling banyak bersedekah dan membuat kebaikan.

Rasulullah ada berwasiat yang antara lain katanya:

“Benarlah khabar gembira kepada umat ini dengan kemuliaan, ketinggian, kemenangan dan darjat di bumi. Maka sesiapa melakukan pekerjaan akhirat demi dunia, dia tidak akan mendapat apa-apa di akhirat.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Buatlah amal kebaikan dan bersama berlumba melakukannya serta menjaga keikhlasan hati supaya perasaan riak tidak dapat menyelinap masuk ke dalam hati.

Oleh: Wan Mohd Ruzlan Wan Omar
Sumber: http://www.bharian.com.my/

Kemerosotan Mitokondria

MITOKONDRIA ialah sebuah “kilang tenaga” sel badan. Lebih daripada 200 jenis penyakit yang diwarisi telah dikaitkan dengan gangguan fungsi mitokondria termasuk kebanyakan penyakit tua yang paling biasa seperti penyakit Alzheimer, diabetes, kanser, penyakit jantung, penyakit Parkinson dan angin ahmar.

Mitokondria dikenali sebagai “kilang tenaga” bagi sel kerana ia menghasilkan adenosina trifosfat (ATP), yang merupakan bekalan tenaga biologi yang mengawal kegiatan badan. Semasa muda, mitokondria menghasilkan ATP yang cukup untuk kita kekal aktif. Kebanyakan sel mengandungi 200 - 5,000 mitokondria. Sel yang mempunyai lebih banyak bilangan mitokondria, maka lebih banyak tenaga yang boleh dihasilkan. Sel badan kita mempunyai lebih kurang sebanyak 10 juta billion, dan membentuk 10 peratus daripada berat badan anda.
Mitokondria tidak berfungsi

Sejak ketidakfungsian mitokondria diterangkan pada tahun 1960-an, bidang perubatan telah mempertingkatkan pemahaman tentang peranan mitokondria dalam kesihatan, penyakit dan penuaan. Berbagai jenis gangguan kesihatan telah akhirnya dihubungkaitkan dengan kelemahan fungsi mitokondria. Kerosakan mitokondria juga telah disabitkan sebagai suatu penyumbang utama kepada proses penuaan.

Pemeliharaan Mitokondria

Satu penyelidikan yang diterbitkan dalam “Journal of Clinical Nutrition” mendapati gabungan Asid Alfa Lipoik dan Acetyl L-Carnitine mengurangkan radikal bebas dengan lebih baik berbanding dengan penggunaan mana-mana bahan itu secara berasingan. Gabungan berfungsi secara bersinergi untuk membantu mengelakkan kerosakan Mitokondria dan mengembalikan fungsinya semasa proses penuaan.

Sokongan Jantung

Jantung berdegup sepanjang hayat dan memerlukan jumlah tenaga yang banyak. Oleh kerana Mitokondria menghasilkan tenaga, maka tidak hairanlah yang lebih kurang 50% daripada isipadu jantung adalah Mitokondria! Lebih banyak bilangan Mitokondria yang dipunyai oleh sel jantung, lebih banyak tenaga yang boleh dihasilkan. Jika bilangan Mitokondria kurang atau berfungsi dengan lemah, ia akan memberi kesan buruk kepada jantung. Kajian mendapati penggunaan Asid Alfa Lipoik akan menurunkan tekanan oksidatif (kerosakan akibat radikal bebas) secara mendadak dalam jantung. Jika tekanan oksidatif berkurangan, kerosakan Mitokondria juga berkurangan. Oleh itu, mitokondria berfungsi dengan lebih baik dengan kehadiran Asid Alfa Lipoik.

Melalui proses penuaan, anda cenderung untuk hilang upaya membakar asid lemak (lemak) untuk mendapatkan tenaga. Acetyl L-Carnitine terlibat dalam pengangkutan asid lemak ke dalam Mitokondria untuk menukarkannya kepada tenaga. (Nota: Koenzim Q10 adalah diperlukan untuk menukar asid lemak dan glukosa kepada tenaga). Takat Acetyl L-Carnitine menurun mengikut peningkatan usia dan pengangkutan asid lemak menjadi tidak berfungsi dengan baik. Jantung menjadi kebuluran sumber bekalan tenaga utama iaitu lemak. Jika anda mengambil Acetyl L-Carnitine, anda mempertingkatkan pengangkutan dan lebih asid lemak boleh dibawa masuk ke dalam Mitokondria agar dipergunakan dengan lebih cekap untuk menyokong fungsi jantung.

Sokongan Daya Ingatan

Gabungan Asid Alfa Lipoik dan Acetyl L-Carnitine membantu mempertingkatkan prestasi ingatan dan pemikiran di kalangan golongan dewasa. Terdapat bukti bahawa Mitokondria dalam otak adalah amat penting dalam fungsi daya ingatan dan pemikiran kerana penghasilan tenaganya dan kesannya ke atas kerosakan akibat radikal bebas. Ketidakfungsian Mitokondria adalah berkaitan dengan banyak jenis demensia senil seperti Alzheimer dan Parkinson. Asid Alfa Lipoik and Acetyl L-Carnitine melintasi rintangan darah-otak dan dengan itu akan memanfaatkan otak.

Anti Penuaan

Banyak teori mengenai penuaan telah diketengahkan, teori paling menarik perhatian adalah teori penuaan mitokondria. Teori ini mencadangkan radikal bebas terjadi sebagai hasil sampingan daripada penghasilan tenaga dalam mitokondria yang seterusnya mengakibatkan kerosakan ke atas DNA dan membran Mitokondria.

Koenzim Q10 (CoQ10)

Co Q10 memainkan peranannya dalam fungsi mitokondria, amat melengkapi tindakan Asid Alfa Lipoik dan Acetyl L-Carnitine:
  • Peranan Co Q10 dalam penghasilan ATP telah dibuktikan dengan baik. Tanpa Co Q10 Mitokondria tidak boleh menjana tenaga.
  • Hanya Asid Alfa Lipoik boleh mengangkut asid lemak ke dalam mitokondria untuk dibakar menjadi tenaga oleh Co Q10 dan kedua-duanya berfungsi secara bersinergi untuk mempertingkatkan fungsi mitokondria.
  • Co Q10 adalah antioksidan berkuasa. Terletak di Mitokondria, tempat di mana radikal bebas terjadi adalah terbukti berfaedah dalam mengelak kerosakan kepada membran Mitokondria dan mtDNA yang boleh menurunkan penghasilan tenaga secara langsung. Dalam konteks ini, Co Q10 melengkapi tindakan Asid Alfa Lipoik yang juga merupakan antioksidan berkuasa.
Penjagaan Mitokondria

Mengambil suplemen yang menggabungkan Asid Alfa Lipoik dan Acetyl L-Carnitine ditambah dengan Co Q10 larut-air akan membantu mencegah kerosakan mitokondria dan menambah penghasilan tenaga. Penjagaan mitokondria adalah peluang paling baik untuk memelihara kesihatan sel, organ dan badan anda apabila anda meningkat usia.
Setiap orang boleh memperolehi faedah daripada pengambilan makanan tambahan kombinasi Asid Alfa Lipoik dan Acetyl L-Carnitine bersama-sama dengan tambahan Co Q10 larut air. Golongan berusia dalam tahun 40an atau yang lebih muda boleh mengalami kesan berfaedah yang ketara. Faedah yang paling biasa dilaporkan adalah pertambahan tenaga sepanjang hari dan kecerdasan mental lebih tinggi.

Sumber: http://www.utusan.com.my/

Konsep Ilmu

Dalam Sejarah perkembangan pendidikan, sering wujud pelbagai konsep mengenai ilmu. Ilmu mengikut pentaksiran Confucius (551-475 S.M.), seorang tokoh pendidik terkenal di negeri China, ialah memperolehi kefahaman dan pengetahuan sesuatu perkara atau hakikat yang sebenar.

Imam Ghazali pula berpendapat ilmu tidak dapat dipisahkan daripada hakikat dan kebenaran. Mengikut beliau, ilmu adalah sama dengan kefahaman agama dan kemahiran-kemahiran untuk kehidupan.

Profesor Syed Muhammad al-Altas mengatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia. Hal ini menunjukkan ilmu tidak hanya terhad kepada kebenaran kebenaran yang bersifat objektif dan emprikal, tetapi juga merangkumi kebenaran-kebanaran yang berkaitan dengan jiwa manusia. Seseorang yang berilmu bikan sahaja memiliki kebenaran, malahan keyakinan serta kesedaran bahawa ilmu boleh memberi kepuasan kepada jiwa manusia dan menimbulkan keinginan untuk mengejar kebahagiaan yang bermakna dalam kehidupannya.

Mengikut Sharifah Alwiah Alsagoff, dalam bukunya Falsafah Pendidikan, berpendapat ilmu merangkumi beberapa aspek seperti berikut:
  1. Ilmu sebagai kepercayaan, pendapat dan kebenaran umum, misalnya agama, adat, nilai dan sikap asas terhadap hidup.
  2. Ilmu, sebagai kecekapan diri, misalnya kemahiran-kemahiran dalam bidang jasmani, sosial dan intelek.
  3. Ilmu yang dilahir daripada kontemplasi, penikmatan dan kajian kendiri, seperti ilmu-ilmu yang bercorak kreativiti dan penuntutan intelek, iaitu mencari ilmu-ilmu kebaikan fikiran dan seni halus, iaitu seni lukis, seni ukir, seni bina, muzik, tarian dan lakonan.
Di bawah konteks masa kini, ilmu merupakan kefahaman yang sebenar dan diperolehi daripada hasil pendapat manusia, melalui pengalaman atau kajian secara sistematik mengikut kaedah sains.

Sumber ilmu adalah amalan hidup manusia dan dalam proses amalan itu, ilmu terus berkembang. Amalan atau mengaplikasikan ilmu menjadi pengukur piawai untuk membuktikan kesahihannya.

Secara am, ilmu boleh diklasifikasikan kepada empat kategori yang utama, iaiktu ilmu sains tulen, ilmu sains kemasyarakatan, ilmu kemanusiaan dan ilmu teknologi.

Ilmu merupakan alat yang utama dan mengandungi nilai yang berharga kepada manusia, kerana ilmu dapat mengubah diri manusia daripada jahil kepada pengetahuan, bebal kepada cerdik, mundur kepada maju dan derita kepada bahagian.

Seorang yang berilmu pengetahuan bukan sahaja memperolehi pengetahuan, kebenaran dan keyakinan, tetapi juga kesanggupan mengguna ilmunya untuk menegakkan kebenaran dan keadilan serta memberi sumbangan yang bermakna kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Sejarah Perkembangan Pendidikan Tahun 1400 Hingga 1941

Sebelum kedatangan Inggeris ke Malaya, sistem pendidikan vernakular Melayu menitikberatkan pengajaran agama dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Murid belajar di bawah bimbingan guru agama di pondok, surau dan masjid. Sekolah vernakular Melayu hanya dibentuk pada pertengahan abad ke-19. Pada mulanya, pembentukan sekolah-sekolah ini dibantah oleh masyarakat tempatan dan guru agama. Dengan adanya pembelajaran yang normal pada sesi pagi dan kelas Al-Quran pada sebelah petang, ramai lagi murid Melayu mula berdaftar untuk masuk sekolah vernakular. Apabila bilangan murid bertambah, masalah kekurangan guru yang berkelayakan mulai dirasai.

Keadaan ini menimbulkan keperluan bagi Inggeris untuk menubuhkan pusat-pusat latihan perguruan. Misalnya, pada tahun 1922, Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) ditubuhkan untuk mengatasi kekurangan guru pada masa itu. Maktab ini dapat melahirkan ramai guru Melayu yang berdedikasi dan pada masa yang sama menerbitkan buku-buku teks yang berkualiti untuk sekolah dan maktab.

Dalam masa yang sama, Kerajaan Inggeris berpegang pada dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal sekolah-sekolah Cina dan Tamil. Walau bagaimanapun, bantuan kewangan untuk sekolah Tamil diberi pada tahun 1902. Kerajaan Inggeris juga menguatkuasakan Kod Buruh yang memerlukan majikan menubuhkan sekolah Tamil untuk anak-anak pekerja di ladang. Dasar ini adalah untuk menggalakkan pekerja buruh India datang ke Tanah Melayu.

Walau bagaimanapun, orang-orang Cina perlu mengambil inisiatif sendiri untuk mendirikan sekolah berdasarkan sistem pendidikan di negeri China. Kemudian disedari bahawa kandungan kurikulum di sekolah vernakular Cina menjadi ancaman kepada Tanah Melayu. Ekoran itu Enakmen Pendaftaran Sekolah dikuatkuasakan pada tahun 1920 untuk menyekat perkembangan tersebut.

Secara perbandingan, sekolah Inggeris dapat layanan yang berbeza. Pada tahun 1816, Penang Free School ditubuhkan oleh mubaligh untuk anak-anak kelas masyarakat atasan. Mereka yang belajar di sekolah vernakular Cina dan sekolah Inggeris dapat melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah menengah. Walau bagaimanapun, hanya pendidikan peringkat sekolah rendah disediakan bagi sekolah Melayu dan Tamil.

Sunday, November 28, 2010

Faedah Waktu Fajar

Surah ini termasuk dalam surah Makkiyyah. Ia terdiri daripada 30 ayat dan diturunkan selepas surah al-Ghashiyah.

Hubungan surah ini dengan surah al-Ghashiyah adalah:
  1. Dalam surah al-Ghashiyah, Allah SWT menerangkan keadaan orang yang berwajah berseri-seri. Dalam surah ini pula, Allah SWT menerangkan sekelompok kaum pendusta lagi derhaka yang berwajah hina dan sekelompok orang yang berwajah cemerlang lagi berseri-seri.
  2. Sumpah yang mengawal surah ini bagaikan dalil bagi kebenaran apa yang terkandung dalam penutup surah yang lalu iaitu janji ancaman dan seksa.
Firman Allah SWT:

"Demi waktu fajar, dan malam yang 10 (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).
Ibn Kathir berkata: Perkataan al-Fajr telah diketahui maknanya iaitu waktu Subuh. Demikian yang dikemukakan oleh Ali, Ibn Abbas, dari Masruq dan Muhammad bin Ka'ab
."

Maksud dalam ayat ini adalah waktu fajar pada Hari Raya Korban khususnya yang merupakan penutup malam yang ke-10. Iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Abbas, Ibn Zubair, Mujahid dan lain-lain di kalangan kaum Salaf dan Khalaf.

Antara tafsiran lain berkenaan fajar adalah fajar subuh setiap hari seperti kata Ikrimah, Zaid bin Aslam dan al-Qurazi, dan juga siang hari keseluruhannya seperti kata Abu Nadrah.

Berkenaan dengan malah 10, ada pendapat menyatakan 10 akhir Ramadan, 10 awal Ramadan dan 10 awal Muharam seperti dinukilkan daripada Ibn Jauzi dalam Zad al-Masir.

Firman Allah SWT:
 
"dan bilangan yang genap serta yang ganjil, dan malam, apabila ia berlalu."

Al-Magahri berkata:
 
"Kenikmatan Allah SWT yang dikurniakan kepada hamba-Nya kerana penggantian siang dan malam serta keadaannya yang berbeza-beza."

Ini kerana perbezaan waktu dan musim adalah termasuk kurnia yang tidak dapat diingkari kecuali oleh orang yang bongkak.

Sudah tentu Tuhan kita bersumpah dengan siang dan malam ini untuk menjadi peringatan bahawa penggantian siang dan malam adalah berkat pengaturan Zat Yang Maha Pengatur, Yang Bijaksana dan Yang Mengetahui bahawa yang demikian itu berguna bagi hamba-Nya.

Cuba perhatikan faedah yang terdapat pada waktu fajar, nescaya kamu mengetahui bahawa ia akan menghilangkan kesedihan yang terjadi pada malam hari dan mengingatkan datangnya saat mula kerja.

Oleh yang demikian kamu akan memperoleh faedah yang ada pada malam purnama yang membawa jiwa kepada berjaga dan memudahkan manusia dapat bekerja secara baik khususnya pada musim-musim panas di negeri-negeri seperti Arab.

Firman Allah SWT:

"Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna?"

Ibn Kathir berkata:

Iaitu orang yang mempunyai akal. Akal disebut dengan sebutan al-Hijr kerana dapat mencegah manusia melakukan hal-hal yang tidak wajar untuk dilakukan."

Sumpah ini berkaitan dengan waktu-waktu ibadah dan ibadah itu sendiri yang terdiri daripada haji, solat dan berbagai macam ibadah lainnya daripada saranan yang dipergunakan oleh hamba-hamba yang bertakwa, tawaduk serta khusyuk di hadapan wajah-Nya yang mulia untuk mendekatkan diri kepada-Nya.

Firman Allah SWT:

"(Kami tetap akan membinasakan orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka), iaitu penduduk 'Iram' yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya), yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)? Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)?"

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBALRI
Sumber: http://www.utusan.com.my/

Konsep Digital

Kuantiti Analog dan Digital

Litar elektronik boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu digital dan analog. Litar digital menggunakan kuantiti digital manakala litar analog menggunakan kuantiti analog. Apakah pula yang dimaksudkan dengan kuantiti digital dan analog?

Kuantiti analog mempunyai nilai yang berterusan (continuous). Sebagai contoh, katakan suhu bilik sedang meningkat dari 25 ke 26 darjah Celsius. Peningkatan suhu ini tidak berlaku dengan serta merta, sebaliknya meningkat secara berterusan mengikut masa. Oleh itu, suhu tersebut boleh mengambil sebarang nilai di antara 25 dan 26 darjah. Nilai yang diambil adalah tidak terhad (infinite). Selain daripada suhu, kuantiti analog yang lain adalah seperti masa, tekanan, jisim, jarak dan lain-lain. Boleh dikatakan hampir kesemua kuantiti dalam dunia yang nyata ini adalah dalam bentuk analog.

Kuantiti digital mempunyai nilai yang diskrit. ‘Diskrit’ merujuk kepada satu urutan atau siri nombor berangka yang terhad (finite). Contohnya, masa yang dipaparkan pada jam digital adalah dalam bentuk digit, biasanya dua digit untuk jam, dua digit minit dan dua digit saat. Maka, masa yang dicatatkan akan diwakili oleh enam digit ini sahaja. Justeru itu, nilai ini adalah terbatas kerana masa yang lebih kecil daripada sesaat tidak boleh diwakilkan. Walaupun masa sebenarnya adalah kuantiti analog tetapi telah menjadi kuantiti digital apabila dihasilkan oleh jam digital. Kejituan nilai digital boleh ditingkatkan dengan menambah bilangan digit untuk mewakili sesuatu  kuantiti.

Sistem Digital dan Analog

Sistem yang memproses atau memanipulasi data dalam bentuk analog disebut sebagai sistem analog. Contoh sistem analog adalah penguat audio dan perakam pita magnetik.

Suara manusia yang ditujukan ke arah mikrofon ditukarkan ke isyarat voltan melalui ‘transducer’ yang terdapat pada mikrofon. Voltan ini berubah mengikut amplitud dan frekuensi suara. Isyarat berterusan yang lemah ini kemudiannya dikuatkan secara linear menggunakan penguat sebelum disalirkan ke pembesar suara. Isyarat voltan akhirnya ditukar semula kepada suara yang lebih kuat amplitudnya.

Sistem yang memproses atau memanipulasi data dalam bentuk digital disebut sebagai sistem digital. Antara sistem digital yang utama adalah komputer digital dan kalkulator. Ada sesetengah sistem mempunyai kedua-dua litar analog dan digital. Dalam sistem seperti ini, penukar (converter) diperlukan. Terdapat dua jenis penukar iaitu penukar analog-ke-digital (ADC) dan penukar digital-ke-analog (DAC).

Sistem digital mempunyai banyak kelebihan berbanding sistem analog. Antaranya ialah;
  • lebih mudah untuk direkabentuk,
  • penyimpanan data boleh dibuat dengan mudah,
  • data yang dihasilkan lebih jitu dan tepat,
  • operasi boleh diprogram,
  • kurang dipengaruhi oleh hingar.
Namun, sistem ini juga mempunyai beberapa kelemahan. Contohnya:
  • tidak menggambarkan keadaan sebenar kerana hampir kesemua kuantiti adalah dalam bentuk analog,
  • memerlukan satu dan adakalanya kedua-dua penukar untuk memproses isyarat dalam bentuk analog dan digital. Ini akan merumitkan rekabentuk litar dan menambahkan kos pembuatan.
Aplikasi Sistem Digital

Sistem digital adalah cabang amat penting dalam elektronik. Kegunaannya merangkumi pelbagai bidang seperti:
  • Pengiraan (Computing) - Dua mesin pengiraan utama adalah komputer digital dan kalkulator. Secara ringkasnya, komputer menerima data dan arahan (instructions) dalam bentuk nombor. Untuk memudahkan pertukaran nombor kepada isyarat yang difahami oleh litar elektronik, maka sistem nombor asas dua digunakan.
  • Komunikasi - Litar elektronik dalam mesin faksimile, telefon mudah alih, sistem radar dan antena, serta penggunaan satelit di angkasa lepas adalah beberapa contoh penggunaan sistem digital dalam bidang komunikasi.
  • Instrumentasi - Kesemua jenis alat pengukuran dan pengawasan digital adalah di bawah bidang ini. Sebagai contoh, oskiloskop digital, penganalisa spektrum, dan pengukur voltan digital.
  • Kawalan Automasi - Kawalan ke atas peluru berpandu ‘pintar’, mesin dan robot dalam pembuatan sesuatu produk, dan lif, kesemuanya memerlukan sistem digital.

Sejarah Negeri Perak

Ada berbagai-bagai pendapat mengenai asal usul nama Negeri Perak. Setengah pendapat mengatakan bahawa nama itu diambil bersempena dengan Bendahara Tun Perak dari Melaka dan setengahnya pula mengatakan ia diambil dari ‘kilatan ikan dalam air’ yang berkilau seperti perak. Justeru dari pengenalan nama negeri ini sendiri telah membayangkan tentang khazanah yang terkandung di buminya.

Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke masa. Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama Perak Man.

Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan tertentu.

Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu.

Selepas zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah maju setapak lagi dengan wujudnya kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di Daerah Dinding dan Beruas (wujud setelah Manjung luput). Begitu juga beberapa kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban dan Raja Roman. Serentak dengan itu Islam mula bertapak kukuh di negeri ini.

Titik sejarah Negeri Perak sebenarnya bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang berketurunan dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528. Walaupun zaman Kesultanan Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan masih diakui berkuasa. Corak pemerintahan yang dijalankan adalah urutan dari sistem feudal di Melaka yang berdemokrasi.

Negeri Perak lebih dikenali setelah kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran dari penemuan bijih timah di Larut pada tahun l848 oleh Cik Long Jaafar. Dengan kejumpaan ini ekonomi Negeri Perak berkembang dengan pesat dan lebih banyak kawasan perlombongan dibuka. Selain bijih timah, getah juga memainkan peranan yang penting dan ditanam setelah 34 orang Sultan memerintah turun temurun.
Implikasi dari perkembangan ekonomi ini telah mengwujudkan masyarakat majmuk terutama kaum Cina yang bekerja di lombong-lombong di negeri ini.

Inggeris yang telah lama menaruh hati terhadap Negeri Perak telah campur tangan melalui Perjanjian Pangkor l874 setelah wujudnya kacau bilau di Larut. Dari campur tangan ini sistem pentadbiran Residen telah diperkenalkan dengan J.W.W.Birch sebagai Residen pertamanya.

Pada mulanya sistem Residen dijangkakan mendatangkan implikasi yang baik, tetapi kerana pelaksanaannya yang menyeleweng dan ditambah dengan sikap masyarakat pribumi yang tidak mahu dijajah, telah berlaku penentangan yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela. Akibatnya J.W.W.Birch dibunuh pada tahun 1875.

Sistem Residen masih juga diteruskan sehinggalah kedatangan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 194l. Negeri Perak turut mengalami kepahitan semasa pendudukan Jepun hingga tahun l945.

Babak penjajahan Inggeris selepas Jepun menyerah diri belum berakhir, malah diteruskan sehingga darurat berlaku pada tahun 1948. Keganasan banyak berlaku di Negeri Perak yang mana Parti Komunis Malaya bertanggung jawab mengenainya.

Selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu kedudukan Negeri-negeri Melayu adalah tidak stabil. Ditambah dengan kemunculan semangat kebangsaan untuk menuntut kemerdekaan di kalangan rakyat jelata. Inggeris sedaya upaya mengekalkan kedudukannya dengan memperkenalkan beberapa sistem pentadbiran seperti Malayan Union pada tahun l946.

Rakyat jelata mengembeling tenaga bersama-sama dengan pembesar-pembesar negeri telah menentang habis-habisan semua sistem Inggeris. Sehinggalah Inggeris mengisytiharkan kemerdekaan ke atas Tanah Melayu pada tahun l957.

Kemerdekaan Tanah Melayu, bererti kebebasan negeri-negeri gabungannya dan Negeri Perak adalah salah satu dari negeri-negeri tersebut. Perkembangan pesat di semua bidang terus berjalan sehingga sekarang setelah 34 orang Sultan memerintah turun temurun.

Demi mengenang jasa pejuang-pejuang kebangsaan Negeri Perak samada baginda Sultan sendiri mahu pun pengikut-pengikutnya, maka makam-makamnya telah dipulih dan diabadikan serta diisytiharkan sebagai pahlawan tanah air.

Zaman Pra Sejarah

Negeri Perak mengalami zaman pra sejarahnya yang terbahagi kepada empat bahagian pada keseluruhannya iaitu Zaman Batu Lama (Palaeolithic), Zaman Hoabinhian, Zaman batu Baru (Neolithic) dan Zaman Logam (Metal Age).

Zaman Batu Lama (Paleolitik)

Zaman ini dianggarkan berlaku antara 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi. Satu-satunya kesan peninggalan ini di Tanah Melayu ialah tapak yang dijumpai di Kota Tampan, Lenggong. Peninggalan zaman ini juga dikenali dengan kebudayaan Tampan di mana peninggalannya merupakan alat-alat batu yang belum sempurna buatannya.

Zaman Hoabinhian

Zaman ini dianggarkan berlaku antara 8,000 hingga 2,000 tahun sebelum masihi. Kesan peninggalannya dijumpai di Gua Badak, Lenggong, Gunung Pondok, Padang Rengas dan beberapa buah gua lagi di Negeri Perak; berupa alat-alat batu yang lebih elok buatannya termasuk lesung batu untuk membuat pencelup merah (haematite).

Zaman Batu Baru (Neolitik)

Zaman ini wujud antara 2,000 hingga 300 tahun sebelum masihi. Kesan-kesan daripada alat-alat peninggalan yang dijumpai di Gua badak, Lenggong dan persekitarannya, Gua Tambun, Ipoh dan lain-lain lagi berkeadaan lebih sempurna dan licin serta dapat dikenali jenisnya. Mereka juga telah pandai menggunakan tembikar untuk memasak makanan dan membuat pondok tempat tinggal. Disamping itu mereka juga telah pandai bercucuk tanam.

Zaman Logam (Metal Age)

Zaman ini ujud antara 500 hingga 200 tahun sebelum masihi. Tempat-tempat yang pernah dijumpai seperti di Changkat Menteri, Sungkai dan Slim River menunjukkan bahawa masyarakatnya telah menggunakan logam seperti gangsa dan besi untuk membuat mata lembing, mata kail dan mata anak panah. Terdapat juga sejenis alat besi yang anih bentuknya yang dikenali sebagai ‘Tulang Mawas’ yang dijumpai tertanam di dalam kubur Batu Ubin.

Zaman Hindu/Buddha

Jumpaan di Kuala Selensing, Perak dianggap sebagai zaman peralihan sebelum Hindu/Buddha, manakala zaman Hindu/Buddha pula merupakan zaman pembukaan lembaran Sejarah Negeri Perak Pengaruh kebudayaan orang-orang India dan kepercayaan Hindu di rantau ini sejak awal kurun masihi lagi telah mengubah sama sekali sistem nilai masyarakat di Tanah Melayu. Jumpaan patung-patung Hindu/Buddha dan beberapa alat pemujaan seperti di Bidor, Jalong dan Pengkalan Pegoh membuktikan wujudnya pengaruh ini.

Zaman Kedatangan Islam dan sebelum kesultanan

Kerajaan Manjung di Beruas dianggap sebagai Kerajaan tertua di Perak. Selepas lenyapnya Manjung, kira-kira pada awal kurun ke l5 telah wujud Kerajaan Melayu Beruas. Dari bukti-bukti yang terpahat di batu nisan yang ada menunjukkan bahawa sebuah Kerajaan Islam. Adalah dipercayai bahawa Islam datang ke Perak melalui negeri seperti Melaka dan negeri-negeri di Pantai Timur.

Disamping itu Islam telah berkembang hingga ke pendalaman Negeri Perak melalui jalan Sungai Perak. Selain Kerajaan Beruas terdapat kuasa-kuasa pembesar tempatan di Ulu Perak seperti Kerajaan Roman, Tun Saban, To’ Temong dan lain-lain kerajaan yang belum dapat dikesan.

Zaman Kesultanan


Titik kegemilangan sejarah Negeri Perak ialah setelah wujudkan sistem kesultanan yang merangkumi kawasan seluas 8,ll0 batu persegi. Pertabalan Sultan Mudzaffar Shah l pada tahun l528 telah membuka lembaran baru ke arah pemodenan.

Kejumpaan bijih timah oleh Cik Long Jaafar di Larut pada tahun l824 telah mencepatkan lagi kemajuan Negeri Perak. Ditambah dengan kemasukan Inggeris pada tahun l874 telah memperkenalkan getah sebagai sumber ekonomi yang baharu. Akibat dari ini banyak imigran terutama kaum Cina dan India datang ke negeri ini.

Dari dua sumber ekonomi di atas di samping sumber ekonomi tradisionalnya, Negeri Perak Darul Ridzuan telah berkembang pesat di bawah naungan 34 orang sultannya hingga sekarang ini.
Penjajahan Inggeris yang berlaku bermula dari tahun l874 telah memperkenalkan beberapa sistem pentadbirannya yang mana akhirnya wujud penentangan terhadap sistem tersebut.

Campur Tangan Inggeris


Termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari l874 antara Inggeris dan pembesar-pembesar Melayu Perak telah mengesahkan kekuasaan Inggeris di Perak khasnya dan Negeri-Negeri Melayu amnya. Beberapa faktor mempengaruhi campur tangan ini diantaranya ialah kekayaan bumi Perak sendiri, pergeseran pembesar-pembesar untuk berkuasa dan kacau bilau yang berlaku di Larut antara puak-puak Cina.

Melalui campur tangan ini Inggeris memperkenalkan sistem Residen yang dianggap dapat membaiki sistem pemerintahan tradisional. TEKS PERJANJIAN PANGKOR PADA 20 JANUARI l874 Raja Abdullah diakui sebagai Sultan yang sah menggantikan Sultan Ismail yang akan diberi gelaran serta pencen sebanyak $l,000/- sebulan.

Sultan akan menerima seorang Residen Inggeris yang nasihatnya mesti diminta dan diikuti dalam segala hal kecuali yang menyentuh agama dan adat istiadat orang-orang Melayu.
Semua pungutan dan kawalan cukai serta pentadbiran negeri mestilah dijalankan atas nama sultan tetapi disusun menurut nasihat Residen.

Menteri Larut akan terus berkuasa, tetapi tidak lagi diakui sebagai pemerintah yang merdeka. Sebaliknya seorang Pegawai Inggeris akan dilantik di Larut yang mempunyai bidang kuasa yang luas untuk mentadbirkan daerah tersebut.

Gaji Residen akan dibayar oleh Sultan, bukan dibayar oleh Kerajaan Inggeris. Penentangan terhadap sistem Pentadbiran Inggeris

Sistem Residen bukanlah sebagai pembaikan kepada sistem pemerintah tradisional, tetapi dianggap sebagai sistem penindas. Ini disebabkan Inggeris lebih mendapat manafaatnya. Dalam pelaksanaannya pula penyelewengan kuasa telah dilakukan oleh Residen pertamanya J.W.W.Birch. Implikasinya masyarakat pribumi tidak puas hati dan berlakulah penentangan. Di akhirnya J.W.W. Birch dibunuh pada tahun 1875. Walaupun begitu sistem ini diteruskan hingga Jepun bertapak di Tanah Melayu.

Sistem Pemerintahan Residen

Kuasa Residen yang diperkenalkan menerusi sistem pemerintahan ala Barat yang dikatakan lebih moden itu didapati serba bertentangan dengan pola pemerintahan tradisional Melayu. Sultan dan Pembesar-pembesar tidak lagi berfungsi sebagai pemerintah mutlak kecuali hal-hal yang bersangkutan dengan ugama dan adat istiadat Orang Melayu sahaja. Justru itu telah berlaku penentangan demi penentangan tetapi sistem ini terus berlanjutan sehingga pendudukan Jepun.

Perang Dunia Pertama – ‘Zaman Meleset’

Walaupun Perang Dunia Pertama yang meletus pada tahun l914 itu berlaku di Eropah, tetapi bahangnya turut dirasai oleh seluruh dunia.

Negeri Perak terlibat secara tidak langsung menerusi hubungan perdagangan antarabangsa dengan ekspot utama bijih timah dan getah aslinya, telah mengalami kemerosotan pendapatan. Implikasinya, seluruh pembangunan terpaksa dibekukan sehingga dunia kembali aman.

Perang Dunia Kedua


Bahana Perang Dunia Kedua turut dirasai di Persekutuan Tanah Melayu pada 8 Disember l94l dengan pendaratan tentera-tentera Jepun di Kota Bharu.

Negeri Perak telah jatuh ke tangan Jepun pada l Januari l942 . Pahit getir zaman pendudukan Jepun ini ditanggung oleh rakyat sehingga tahun l945.

Sumber: http://www.cutimalaysia.my/

Saturday, November 27, 2010

Apam Balik

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar

Cara-cara
  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!

Pencetus Strok

Penghidap degupan jantung tak sekata lima kali beririko alami serangan otak

PERNAHKAH anda berdepan situasi jantung tiba-tiba berdegup kencang, berpeluh, dada merasa seperti dihimpit, pening, loya, hendak pitam, sukar bernafas dan letih tidak semena-mena. Jika ini terjadi anda mungkin mengalami masalah Fribilasi Atrial (Atrial Fribillation) atau keadaan di mana jantung berdegup secara tidak sekata iaitu terlalu pantas atau terlalu perlahan.

Apa yang menakutkan, tiada tanda-tanda jelas yang boleh mengesan awal masalah Aritmia atau rentak jantung tidak sekata ini. Malah orang yang mengalaminya punya lima kali ganda kemungkinan diserang angin ahmar berbanding mereka yang tidak mengalaminya. Angin ahmar atau istilahnya serangan otak, yang dikaitkan dengan masalah FA adalah lebih serius dan dikaitkan dengan lebih banyak kehilangan upaya diri berbanding angin ahmar yang bukan disebabkan FA.

Menurut Pakar Runding Kardiologi dan Presiden Majlis Stroke Malaysia, Dr Razali Omar FA berlaku apabila isyarat elektrik gagal diterima menyebabkan ruang atas jantung (Atria) berdenyut pantas dan tidak sekata. Ini menyebabkan darah memenuhi ruang ini. Memandangkan degup yang tidak sekata tadi ia gagal mengepam semua darah ke bahagian bawah jantung (Ventrikel), menyebabkan jantung gagal berdegup dengan efektif.

“Orang yang mengalami FA, punya lima kali ganda lebih mungkin menghidap angin ahmar berbanding mereka tanpa FA,” katanya ketika pembentangan kertas kerja mengenai Angin Ahmar yang dikaitkan Fribilasi Atrial sempena kempen mencegah 1 Misi 1 Juta - Mendalami Punca Strok.

Mengikut kajian, 15 juta kalangan dewasa Amerika Syarikat menderita serangan angin ahmar setiap tahun, 5 juta mati akibatnya manakala 5 juta lagi hilang upaya diri secara kekal. Keadaan ini bukan saja memberikan kesan buruk kepada keadaan kewangan negara tetapi juga membabitkan hal penjagaan.

Menurut Pakar Runding Neurologi dan Presiden Majlis Neurosains Malaysia, Dr Hamidon Basri, kajian terbaru juga menunjukkan sejumlah 5.7 juta kes angin ahmar berlaku di negara membangun seperti Malaysia disebabkan meningkatnya beban akibat kerancakan perkembangan ekonomi dan transisi epidimiologi.

“Di Malaysia, 10,000 kes baru dikesan setiap tahun di mana 50 peratus daripadanya memerlukan penjagaan sepenuh masa akibat hilang upaya diri kekal,” katanya pada majlis anjuran bersama Boehringer Ingelheim, Majlis Strok Malaysia dan Majlis Neurosains Malaysia baru-baru ini.

Jenis angin ahmar terbahagi kepada dua kategori utama iaitu Iskemia dan pendarahan. Iskemia biasanya diakibatkan oleh bekuan darah yang melekat pada salur darah (trombosis), atau oleh bekuan darah yang bebas (embolisme). Pendarahan pula boleh berbentuk pendarahan dalam otak atau di bawah membran tengah antara tiga membran di dalam otak. Hampir 80 peratus daripada semua angin ahmar diakibatkan oleh Iskemia.

Beza usia bagi mereka yang mengalami serangan otak di rantau Asia dengan bangsa kulit putih juga mengejutkan iaitu mengikut kajian, orang Asia mengalami masalah ini 10 tahun lebih awal berbanding orang kulit putih.

“Keadaan ini amat membimbangkan, ketika ia melanda populasi kulit putih pada usia lanjut, sebaliknya di Asia ia dialami peringkat umur yang masih muda dan produktif serta punya tanggungan keluarga,” katanya menambah satu lagi faktor meningkatnya jumlah angin ahmar akibat tabiat melengah-lengahkan rawatan kerana serangan tidak serius dan lebih selesa berjumpa bomoh mahupun berubat sendiri.

Bila serangan lebih serius berlaku, semuanya sudah terlambat kerana pesakit hanya punya masa tiga hingga empat jam untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Selain itu faktor tidak tahu tanda awal, tinggal sendirian, jauh dari hospital, kesesakan lalu lintas dan hospital tanpa kemudahan yang lengkap menjadi antara penghalang.

75 peratus pesakit datang lewat ke hospital, 65 peratus tidak tahu mengenai tanda awal, 78 peratus bergantung pada keluarga seperti tunggu anak balik, dapatkan pendapat lain dan sebagainya. Angin ahmar mengambil masa yang lama untuk menyerang untuk itu, pencegahan harus bermula dari peringkat awal seperti melakukan aktiviti fizikal, selain mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Info: Kenali angin ahmar dengan F.A.S.T
  • Face - cuba senyum, jika sebelah muka seakan bengkok atau jatuh individu ini mungkin mengalami angin ahmar
  • Arms - angkat kedua belah tangan, jika ada kesukaran dengan salah satu, ia mungkin satu petanda.
  • Speech - cuba bercakap. Jika sebutannya tidak jelas atau tidak boleh bercakap, ia juga satu tanda
  • Time - sekiranya mana-mana satu simptom ini muncul, hubungi 911 segera bagi memastikan pesakit tiba di hospital dengan pantas.

Cegah Angin Ahmar dengan:
  • Kawal kencing manis
  • Kawal tekanan darah
  • Kawal tahap kolesterol
  • Berhenti merokok
  • Bersenam.
Oleh: Suzan Ahmad - suzan@bharian.com.my
Sumber: http://www.bharian.com.my/

Perang Hamra'ul Asad

SELEPAS pulang dari Perang Uhud, Rasulullah SAW tidak tenang dan tenteram kerana selalu terbayang dalam fikiran baginda tentang gerak geri pihak Quraisy.

Dalam diam-diam, baginda selalu memerhatikan segala pergerakan pihak Quraisy yang baru sahaja kembali dari Uhud. Baginda risau sekiranya pihak Quraisy akan berpatah balik menyerang Madinah buat kali yang kedua dalam tempoh yang sama.

Oleh yang demikian, baginda terfikir untuk membuat operasi memburu pihak Quraisy. Pada masa yang sama, baginda dan pengikut-pengikutnya sedang menderita dalam kesakitan disebabkan oleh luka-luka parah akibat daripada Perang Uhud yang baru berlaku.

Dalam pada itu, baginda mendengar khabar bahawa tentera Quraisy dalam perjalanan menuju ke ar-Rauha dan dalam perundingan hendak menuju ke Madinah untuk menghancurkan kaum Muslimin terutamanya baginda sendiri.

Tentera Quraisy pada masa itu di bawah pimpinan Abu Sufyan. Beliau berpendapat bahawa lebih baik mereka kembali menyerbu dan menyerang kota Madinah serta menghancurkan kaum Muslimin.

Jika tidak, Rasulullah dan para pengikutnya yang mempunyai kekuatan yang lebih besar akan membinasakan mereka. Pendapat Abu Sufyan itu pada mulanya cukup mempengaruhi orang-orang kafir Quraisy. Walaupun ada yang tidak bersetuju, mereka tidak berani bersuara.

Pada keesokan harinya iaitu pada hari Ahad 16 Syawal, selepas selesai mengerjakan solat subuh, Rasulullah telah memerintahkan sahabatnya Bilal supaya memanggil kaum-kaumnya yang baru pulang dari Perang Uhud supaya bersiap sedia untuk mengejar tentera Quraisy.

Rasulullah sendiri bersiap sedia dengan pakaian perang seperti biasa, dan bendera Muslimin diserahkan kepada Ali bin Abi Talib untuk dibawa bersama.

Angkatan tentera Muslimin mula berjalan kaki keluar dari Madinah walaupun sebahagian di antara mereka masih menderita akibat luka semasa dalam Perang Uhud.

Akhirnya sampailah tentera Muslimin ke Hamra'ul-Asad yang jauhnya kira-kira 12 kilometer dari kota Madinah.

Tentera Muslimin sangat patuh kepada seruan Rasulullah meskipun pada masa itu mereka masih dalam keadaan sangat lelah dan keletihan, bahkan ada pula yang menderita akibat luka-luka.

Sebelum baginda berangkat menentang tentera Quraisy, terlebih dahulu baginda mengutuskan tiga orang sahabat daripada kabilah Islam ke tempat yang akan dituju oleh baginda untuk menyelidiki keadaan yang sebenar.

Ali bin Abi Talib pun kembali, dengan melaporkan bahawa tentera Musyrikin hanya menaiki unta manakala kuda-kuda perang hanya sebagai pengiring sahaja.

Tahulah Rasulullah bahawa tentera musuh sudah kembali pulang ke Mekah. Walau bagaimanapun, Rasulullah tetap menyuruh para sahabat supaya berjaga-jaga.

Mereka mengawasi musuh dengan membakar unggun-unggun api yang banyak. Mereka menunggu selama tiga hari.

Pada hari ketiga, barulah mereka yakin bahawa tentera musuh telah bergerak pulang ke Mekah. Kemudian Rasulullah dan para sahabat pun pulang ke Madinah dengan rasa lega dan penuh kesyukuran.

Kemudian turunlah ayat 172-173 surah ali-'Imran yang memuji tindakan dan kesabaran tentera Muslimin.

PETIKAN daripada buku 366 Kisah daripada Al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd.
Sumber: http://www.utusan.com.my/

Dahsyatnya Hari Kiamat Dan Padang Mahsyar

Gambaran Hari Qiamat

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
  1. Pemimpin yang adil.
  2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
  3. Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
  4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
  5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
  6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
  7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
  1. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
  2. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
  3. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004

Oleh : suhaimi mohidin
Sumber: http://idhamlim.blogspot.com/

Memahami Get Logik Berkeoperasi

Get logik merupakan litar elektronik yang dibina terdiri daripada transistor, diod dan perintang. Proses kendalian get logik menggunakan satu atau lebih isyarat masukan.  Bergantung kepada isyarat masukan nilai input atan voltej, keluaran get logik yang diperolehi adalah sama ada nilai ‘1’ untuk ON atau nilai ‘0’ untuk OFF. Logik get juga dikenali operasi litar yang amat mudah

Terdapat lima peranti asas get logik yang sering digunakan, iaitu; DAN, ATAU, TAK, TAKDAN dan TAKATAU

Litar Digital

Logik get adalah litar digital. Semua litar digital beroperasi  dalam ON atau OFF. Contoh yang terbaik untuk memahami bagai mana litar digital beroperasi, anda boleh melihat lampu dinyalakan atau dipadam oleh suis dalam rumah anda. Apabila lampu ON (menyala) keluarannya adalah ‘1’ dan sekiranya lampu OFF, keluarannya adalah ‘0’. Suis lampu merupakan posisi input. Suis digunakan untuk ON atau OFF untuk mengawal lampu menyala atau tidak.


Kod  Binari

Logik get merupakan litar digital yang menggunakan sistem nombor  kod binari. Bahasa kod binari sama dengan bahasa operasi komputer, iaitu hanya menggunakan nombor ‘1’ atau .0’.

Contoh Kod Binari

Lima Simbol Asas Get Logik

Get DAN
Simbol logik get DAN


Bagaimana Logik get DAN berkerja


Get ‘DAN’ seperti dua lebih suis yang disambung secara siri. Kedua-dua suis mesti ditutup (ON) supaya lampu akan menyala. Ini bermakna sekiranya salah satu suis (masukan) tidak diONkan lampu (keluaran) tidak akan menyala.


Jadual Kebenaran

Jadual Kebenaran get ‘DAN’

Semua nilai masukan mesti ‘1’ supaya nilai keluar ‘1’. Sekiranya salah satu masukan ‘0’ nilai keluaran akan menjadi ‘0’. Keputusan keluaran get DAN dapat dilihat melalui jadual kebenaran di atas.

Contoh operasi get DAN

1.   

2.   

Hanya satu sahaja masukan ‘0’ maka lampu tidak akan menyala.

Get ATAU

Simbol logik untuk get ATAU


Bagaimana get ‘OR’ berkerja


Get ‘OR’ seperti dua lebih suis yang disambung secara selari. Salah satu atau lebih suis ditutup (ON) lampu akan menyala. Ini bermakna sekiranya salah satu suis (masukan) diONkan lampu (keluaran) akan menyala.

Jadual Kebenaran

Salah satu atau lebih masukan bernilai ‘1’ pada get OR, keputusan keluaran pada jadual kebenaran adalah ‘1’

Contoh ger OR beroperasi

1.   


2.   

Salah satu masukan nilainya ‘1’, lampu akan menyala.

Get NOT
Simbol get NOT

Jadual Kebenaran Get NOT



Get NOT akan menyosangkan nilai masukan padan keluaran. Sekiranya isyarat masukan ‘0’, maka nilai keluaran menjadi ,1’. Begitu juga sebaliknya, sekiranya nilai masukan ‘1’, maka nilai keluarnya menjadi ‘0’.

Contoh Operasi get NOT.


Lampu akan menyala sekiranya isyarai masukan adalah ‘0’. Dan lampu akan padam sekiranya nilai masukan adalah ‘1’

Get TAKDAN
Simbol ger TAKDAN




Jadual Kebenaran get TAKDAN


Get TAKDAN adalah kombinasi get DAN dengan get TAK. Operasinya adalah sama dengan get DAN, Cuma keluarannya akan diterbalikkan(songsang).

Contoh Operasi Get TAKDAN

1.   


Sekiranya kesemua isyarat masukan adalah ‘1’ keputusan keluaranya adalah ‘0’

2.   

Sekiranya salah satu isyarat masukan adalah ‘0’ keputusan keluaranya adalah ‘1’

Bagaimana get TAKDAN berkerja

1.   

Apabila kesemua isyarat masukan adalah ‘1’, lampu akan menyala.


2.   


Apabila salah satu isyarat masukan adalah ‘0’, lampu tidak menyala.

Get TAKATAU
Simbol Logik get TAKATAU


Get TAKATAU merupakan kombina get ATAU dan TAK. Kendalian get TAKATAU  adalah sama dengan ger ATAU, Cuma nilai keluarannya akan diterbalikan (songsang)

Jadual Kebenaran get TAKATAU


Contoh Operasi Get TAKATAU

1.

Sekiranya salah satu isyarat masukan atau kedua-duanya adalah ‘1’ nilai keluarannya menjadi ‘0’



2.   
Sekiranya kedua-dua isyarat masukan adalah ‘0’ nilai keluarannya menjadi ‘1’

Bagaimana get TAKATAU berkerja

1



Apabila salah satu isyarat atau kudua-duanya masukan adalah ‘1’, lampu tidak menyala.

2.

Untuk menyalakan lampu kesemua isyarat masukan mestilah ‘0.

Friday, November 26, 2010

Jamuan Perpisahan Dengan Penduduk Kampung Paya Kongsi, Balik Pulau, Penang














Rahsia Syaitan Kepada Nabi Nuh

Menurut Riwayat dari Salim bin Abdullah r.a. dari yang didapati bapanya bahawa tatkala Nabi Nuh a.s. menaiki kapal, dilihatnya ada seorang tua di dalamnya yang tidak dikenalinya, maka Nabi Nuh bertanya kepadanya: “Apakah yang menyebabkan engkau naik?” Ia menjawab: “Aku masuk untuk menganggu sahabat-sahabatmu untuk supaya hati mereka ada padaku dan badan mereka ada padamu.”

Maka Nabi Nuh berkata kepadanya: “Keluarlah engkau Wahai musuh Allah” Maka iblis berkata: “Ada lima perkara yang dapat aku binasakan manusia dengannya. Tetapi aku hendak menceritakan kepadamu tiga perkara, sedang yang dua perkara itu aku tidak menceritakannya kepadamu.”

Maka Allah segera memberi wahyu kepada Nabi Nuh a.s., bahawa tidak perlu bagimu yang tiga perkara itu. Suruh saja iblis itu menceritakan kepadamu yang dua perkara.

Nabi Nuh a.s. menyuruh iblis mencerita dua perkara seperti yang diwahyukan Allah kepadanya. Berkata iblis: “Dengan yang dua perkara itu aku dapat membinasakab manusia iaitu Al-hasad (dengki) dan Al-hirsh (serakah). Maka dengan hasad aku dilaknat, dan aku dijadikan syaitan yang direjam. Dan dengan hirsh, dibolehkan bagi Adam a.s. syurga itu semuanya, lalu aku mendapati keperluanku daripadanya, maka dikeluarkan dia dari syurga.”

Thursday, November 25, 2010

Sori Salah Nombor

Seorang suami telefon ke rumahnya ketika oustation,dan
kebetulan yang menjawab panggilan telefon adalah seorang orang gaji..


Suami : Hello, selamat petang. Puan ada?
Orang Gaji : Selamat petang.Ya, encik boleh saya tolong?
Suami : Siapa ni?
Orang Gaji : Saya orang gaji kat sini.
Suami : Baru, ke? Sebelum ni saya tak pernah guna orang gaji!
Orang Gaji : Saya baru je kerja hari ni.

Suami : Oh, yeke. Puan ada kat rumah tak?
Orang Gaji : Ada, encik, puan tengah tidur. Encik ni siapa?
Suami : Saya suaminya.
Orang Gaji : Ya ka?.. sekarang puan tidur dengan siapa pulak ni?
Suami : Apa? Ada lelaki lain yang tidur dengan puan ke?
Orang Gaji : Ya, encik
Suami : Tak guna!!! (dll. sumpah seranah) Eh, engkau boleh tolong tak? Nanti saya bagi upah RM1 juta .
Orang Gaji : Boleh.. apa yang boleh saya tolong?
Suami : Masuk ke bilik kerja saya, ambil pistol dalam laci, lepas tu tembak mereka berdua.
Orang Gaji : Saya tembak puan dengan lelaki tu ke encik?
Suami : Ya.
Orang Gaji : (termenung)
Suami : Macamana? Boleh tak? Kalau tidak saya tambahkan RM1juta lagi.
Orang Gaji: Baik encik... saya lakukan sekarang
Suami : Cepat!!! Saya tunggu!

Orang gaji itu kemudian mengambil pistol dan, bang..bang.. bang..


Orang Gaji : Sudah, encik
Suami : Bagus, sekarang tutup hal ni, engkau buang pistol dalam kolam renang belakang rumah.
Orang Gaji : Kolam renang yang mana?
Suami : Yang di belakang rumah!
Orang Gaji : Tak ada, encik. Di belakang rumah ni tak ada kolam renang!
Suami : Yeke ni?
Orang Gaji : Iya!
Suami : Ni kan nombor 03444700?
Orang Gaji : Bukan, encik. Sini 05444700.
Suami : Oh, sori. Salah nombor

Wednesday, November 24, 2010

Usamah Menentang Musuh Islam

SEBELUM Nabi uhammad meninggal dunia, beliau membentuk satu angkatan tentera yang diketuai oleh Usamah bin Zaid. Angkatan tentera itu dibentuk bagi menentang penduduk Ghassan. Ghassan adalah sebuah daerah jajahan Rom Timur. Permusuhan Rom disebabkan oleh tindakan mereka membunuh utusan Nabi Muhammad.

Permusuhan itu membawa kepada Perang Mu'tah. Dalam peperangan itu, beberapa panglima Islam terkorban termasuk Zaida bin Harisah. Penduduk Rom juga mempergunakan orang Arab yang tinggal di sempadan Syiria dan Palestin bagi menentang orang Islam.

Atas alasan itu, Nabi Muhammad mengarahkan satu angkatan perang yang diketuai oleh Usamah binZaid dibentuk. Nabi Muhammad mempersiapkan 700 tentera. Namun, takdir penentu segalanya. Sebelum angkatan tentera itu bergerak ke medan perang di Ghassan, Nabi Muhammad wafat.

Selepas Nabi Muhammad wafat, Khalifah Abu Bakar as-Siddiq diberi tanggungjawab meneruskan cita-cita Nabi Muhammad itu.

Pada masa itu, Usamah bin Zaid baru berusia 18 tahun. Usianya yang masih muda tidak menghalang dirinya bagi memikul amanah itu. Usamah taat dan patuh kepada perintah Allah dan Nabi Muhammad . Beliau juga adalah pahlawan yang gagah perkasa. Sebelum peperangan bermula, timbul satu masalah.

"Saya rasa gerakan tentera Usamah ini patut dihentikan serta-merta," kata salah seorang sahabat Nabi Muhammad yang berada di situ.

"Lagi pula, kita lihat pelbagai ancaman yang berlaku di kota Mekah dan Madinah pada masa sekarang," kata sahabat yang lain pula.

Sebahagian sahabat Nabi Muhammad berpendapat, gerakan tentera Usamah itu patut dibatalkan. Hal ini kerana ancaman dan pemberontakan berlaku di kota Mekah dan Madinah. Kaum Zubiyan dan kaum yang lain mengancam mahu menyerang kota Madinah.

Abu Bakar as-Siddiq tetap dengan pendiriannya meneruskan cita-cita Nabi Muhammad.

Katanya dengan tegas, "Demi Allah, saya akan meneruskan perjalanan tentera Usamah. Saya bertekad melaksanakan cita-cita Nabi Muhammad."

Sebahagian daripada sahabat yang lain tidak dapat menghalang keputusan yang dibuat oleh Abu Bakar as-Siddiq. Mereka terpaksa akur dengan arahannya untuk berangkat ke Rom.

Sebelum tentera Usamah bin Zaid berangkat ke medan perang, Abu Bakar sempat mengucapkan selamat jalan kepada Usamah.

"Selamat jalan. Semoga kamu membawa berita kemenangan kepada orang Islam yang lain," kata Abu Bakar kepada Usamah.

Pada masa itu, Abu Bakar mengiringi Usamah sehingga keluar kota Madinah. Pada ketika itu, Abu Bakar hanya berjalan kaki sementara Usamah menunggang kuda.

Melihat keadaan itu, Usamah berasa kurang selesa. Usamah berkata kepada Abu Bakar as-Siddiq, "Wahai Khalifah Abu Bakar, sepatutnya saya berjalan kaki dan tuan menunggang kuda ini sehingga ke pintu keluar kota".

Abu Bakar as-Siddiq membisu seribu bahasa dan hanya tersenyum mendengar pelawaan Usamah itu.
Bagi Usamah, beliau sepatutnya menghormati Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Beliau berasa tidak selesa dalam situasi itu.

"Marilah tuan, naik kuda ini. Tidak elok rasanya saya menunggang kuda seorang diri, sedangkan tuan berjalan kaki. Biarlah saya yang berjalan kaki," kata Usamah lagi.

Abu Bakar tersenyum dan berkata, "Tidak mengapa. Kamu sahaja yang menunggang kuda itu. Sekarang kamu berjihad ke jalan Allah demi menegakkan Islam. Saya berharap saya juga mendapat ganjaran pahala seperti mana kamu berada di medan perang."

"Sekiranya Khalifah berkata begitu, tidak mengapa. Tidak saya berasa malu pada khalifah," jawab Usamah pula.

"Berjuanglah habis-habisan. Bawa berita kemenangan kepada saya nanti," pesan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq kepada Usamah.

"Baiklah, saya pasti berusaha sedaya upaya demi menegakkan agama Islam ini," balas Usamah pula.

Usamah meneruskan perjalanannya ke Ghassan bersama angkatan tenteranya. Selepas tentera Usamah bin Zaid berperang selama 40 hari, mereka berjaya mencapai kemenangan yang cemerlang. Usamah membawa berita gembira kepada umat Islam.

Kemenangan itu memberi kesedaran kepada kaum-kaum lain yang mahu menyerang Madinah. Kemenangan itu mengukuhkan lagi kedudukan politik dan keselamatan masyarakat Islam do kota Madinah dan kota Mekah. Akhirnya, tentera Usamah ditugaskan menjaga keselamatan kota Madinah.

lPetikan daripada buku Sayap dari Syurga terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd.
Sumber: http://www.utusan.com.my/

Monday, November 22, 2010

Syarikat Awam Berhad

Ciri-ciri Syarikat Awam Berhad adalah agak sama dengan ciri-ciri Syarikat Sendirian Berhad. Perbezaannya ialah dari segi pemilikan perniagaan. Tidak ada hadnya bagi mereka yang ingin menjadi ahli atau pemegang saham bagi syarikat jenis ini. Menurut peruntukan undang-undang, dihujung setiap nama Syarikat Awam Berhad mesti ditulis nama “Berhad”. Pemegang saham bebas menjual dan membeli saham di pasaran saham tanpa memerlukan persetujuan dari sesiapa. Perkara-perkara lain seperti Penubuhan, pendaftaran syarikat, agihan keuntungan dan jangka hayat perniagaan adalah sama seperti Syarikat Sendirian Berhad.

Kelebihan Syarikat Awam Berhad
  1. Mudah mengumpul modal yang banyak menerusi penerbitan saham kepada orang ramai.
  2. Kewujudan perniagaan adalah lebih kekal.
  3. Saham-saham syarikat mudah dipindah milik.
  4. Aktiviti perniagaan boleh dijalankan secara besar-besaran (ekonomi bidangan).
  5. Liabiliti yang ditanggung oleh ahli adalah terhad.
Kekurangan Syarikat Awam Berhad
  1. Penubuhan syarikat awam berhad adalah lebih rumit dan mahal
  2. Pengurusan perniagaannya adalah lebih rumit. Ini adalah kerana ianya dikawal ketat oleh undang-undang.
  3. Milikan dan pengurusan adalah terpisah.
  4. Hal Ehwal syarikat terdedah kepada pengetahuan umum
  5. Menanggung cukai yang tinggi

Syarikat Sendirian Berhad

Syarikat Berhad yang hendak dibincangkan ialah ialah Syarikat Berhad menurut saham. Ianya terdiri daripada dua jenis iaitu Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat Awam Berhad.

Syarikat Sendiri Berhad
  1. Milikan – Syarikat ini boleh dibentuk oleh 2 orang dan maksimum Seramai 50 orang sahaja.
  2. Penubuhan – Penubuhan perniagaan ini mesti mematuhi perkara-perkara yang tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965. Syarikat mesti menggunakan perkataan ‘Sdn Bhd’ atau ‘Sendirian Berhad” di penghung namanya.
  3. Pendaftaran – Penubuhan perniagaan adalah lebih sukar jika dibandingkan dengan perniagaan lain. Prosedur Penubuhan mestilah mematuhi perkara-perkara yang tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965. Ia mempunyai nama asing di atas namanya sendiri.
  4. Modal – Modal yang terkumpul bagi Syarikat Sdn.Bhd adalah lebih besar jika dibandingkan dengan jenis perniagaan lain. Modal dikumpul menerusi pernerbitan saham. Syarikat dilarang membuat pelawaan kepada orang ramai untuk mohon beli sebarang saham.
  5. Agihan keuntungan dan kerugian – Segala keuntungan syarikat adalahg hak milik syarikat. Pemegang saham akan memperolehi agihan keuntungan syarikat menerusi pembayaran dividen
  6. Hayat perniagaan – Jangka hayat perniagaan ini lebih terjamin. Ianya tidak bergantung kepada ahli-ahli di mana perniagaan akan tetap wujud walaupun berlaku perubahan atau kematian ahli.
Kelebihan Syarikat Sendirian Berhad
  1. Mudah mendapatkan sumber kewangan melalui pertukaran hak milik saham atau dari institusi kewangan.
  2. Semua Pemegang saham dilindungi undang-undang
  3. Pemegang saham tidak dibebankan dengan pengurusan perniagaan. Tanggungan ahli-ahli syarikat adalah terhad kepada modal syarikat yang disumbangkan.
  4. Jangka hayat perniagaan tidak bergantung kepada usia ahli-ahlinya.
  5. Mempunyai potensi yang lebih luas untuk berkembang.
  6. Syarikat boleh mendeakwa dan didakwa atas namanya kerana ianya merupakan entity yang berasingan.

Kekurangan Syarikat Sendirian Berhad
  1. Saham syarikat tidak boleh dijual beli di pasaran saham
  2. Syarikat tertakluk kepada cukai perniagaan syarikat
  3. Penyata Kewangan syarikat perlu audit oleh juruaudit bertauliah yang dilantik dan dokumen-dokumen mestilah lengkap dan dikemaskinikan.
  4. Orang ramai boleh mengetahui hal ehwal kewangan syarikat.
  5. Kos penubuhan yang tinggi.
  6. Syarikat ini perlu mematuhi semua  peruntuk dalam Akta Syarikat 1965.

Rahsia Syaitan Kepada Nabi Musa

Buat menunjukkan kebencian iblis atau syaitan kepada Adam dan anak cucunya, antara buktinya ialah ketika pertemuan dan dialog iblis dengan Nabi Musa as.

Iblis: Hai Musa! Engkaulah yang telah dipilih Allah untuk mebawa risalahNya dan engkaulah yang diajaknya berkata-kata dengan sebenar-benarnya. Dan aku salah satu makhluk Allah Taala yang telah berdosa dan aku ingin bertaubat. Maka mohonkanlah kepada Tuhan supaya Ia memberikan taubat kepadaku

Maka Nabi Musa as memohon kepada Allah swt, lantas mendapat jawapan: Hai Musa! Telah Aku perkenankan permintaanmu!

Nabi Musa as: Engkau telah diperintah sujud hormat kepada kubur Adam dan akan diberi taubat atasmu!

Mendengar nama Adam, iblis tiba-tiba menjadi marah dan takabbur.

Iblis: Aku tidak sujud ketika hidupnya, apakah patut aku sujud sesudah ia mati?

Nabi Musa as yang telah begitu bermurah hati kepada iblis iaitu ia mahu memohonkan taubat kepada Allah swt untuk iblis, tetapi iblis tetap takkabur dan tidak mahu menurut perintah Allah swt. Rupanya kebaikan Nabi Musa itu menjadi perhatiannya dan ingin membalasnya. Bukan ia membalasnya dengan kebaikan, tetapi ia Terangkan beberapa rahsia godaannya yang amat penting diketahui oleh setiap manusia supaya berhati-hati.

Iblis: Hai Musa! Sesungguhnya engkau berhak menerima balasan daripadaku kerana engkau telah memohon syafaat kepada Allah buat keampunanku. Maka ingatlah kepadaku dalam tiga perkara, nescaya aku tidak membuat kebinasaan kepadanya. Pertama – Ingatlah di waktu engkau tengah marah kerana aku akan membawa bisikan ke dalam hatimu dan mataku berada di dalam matamu dan aku berjalan dalam tubuhmu menurut perjalanan darah; Kedua – Ingatlah kepadaku di waktu engkau bertempur di medan perang menghadapi musuh kerana aku akan datang kepada manusia di waktu bertempur dengan musuh itu dan aku ingatkan kepadanya akan anaknya, isterinya dan keluarganya supaya lari mundur teratur; Ketiga – Berhati-hati duduk dengan Perempuan yang bukan muhrim kerana aku akan menjadi utusannya kepadamu dan menjadi utusanmu kepadanya.

TANDA-TANDA DAN SIFAT MATI HUSNUL KHATIMAH – Mati Akibat Kecederaan Dalam Peperrang Fisabilillah

Orang yang mati bukan kerana dibunuh oleh musuh atau ia tidak mati di medan perang, tetapi akibat dari kecederaannya dalam peperangan lalu ia mati di rumah atau di perkhemahan atau sebagainya, maka kematiannya juga dikira syahid dan tergolong dalam golongan husnul khatimah.

Terdapat sebuah hadis bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Barang siapa yang terluka kerana berperang di medan perang fisabilillah (ia bukan mati dibunuh secara langsung oleh musuh), setelah itu ia mati, maka matinya dikira syahid. Atau barang siapa yang mati di medan perang terpijak oleh kuda atau unta atau disengat oleh ular atau binatang berbisa (ketika berada di dalam perkhemahan atau persembunyian untuk menyerang musuh) atau mati di tempat tidur (semasa ia berkeluar untuk berjihad) Walau apa pun jenis kesakitannya, maka semuanya dikira mati syahid dan akan dimasukkan ke dalam syurga.” (Abu Daud, Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Google+ Followers