Thursday, May 17, 2012

Pelajar Yaman Lari Melalui Tingkap Tak Mahu Berzina..


Seorang pelajar Yaman yang tinggal di Arizona dipaksa untuk melakukan perzinaan oleh 5 pelajar Amerika Syarikat di apartmennya yang berdekatan dengan kampus tempat ia belajar.

Sebagaimana dilaporkan oleh Al Arabiya 13 Mei 12, lima perempuan itu merupakan teman satu fakulti memasuki apartemen tempat tinggal Isham As Syar’abi. Mereka berbogel setelah mengunci pintu apartmen untuk menghalangi pelajar Yaman tersebut melarikan diri.

Namun pemuda itu berjaya keluar dari apartmen setelah melompat melalui tingkap biliknya. Setelah keluar Isham segera melapor ke pos keselamatan terdekat hingga pengawal keselamatan itu menangkap 5 pelajar tersebut.

Menurut hasil penyidikan, diketahui bahawa pelajar wanita itu telah berkali-kali mengajak Isham melakukan perzinaan. Namun pemuda Yaman itu menolaknya kerana menurutnya hal itu dilarang oleh agama jika tidak didasari oleh pernikahan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah sikap seorang pemuda Islam tulin, ia tetap mengikuti peraturan yang diperintahkan kepadanya. Ia tetap patuh kepada resepi atau menu oleh pencipta agama yang dianut itu.

Kerana Muhammad SAW, wakil pemberi peringatan penguatkuasaan itu, pernah mengingatkan mengenai 7 Golongan Yang Mendapat Perlindungan ArashNya (hadiah istimewa dari Allah) di Akhirat, seperti yang dirawikan oleh Abu Hurairah. Rasul SAW itu berkata;"Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya.
  1. Pemimpin yang adil;
  2. Pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT;
  3. Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid;
  4. Lelaki yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah SWT;
  5. Lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah;
  6. Seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya;
  7. Seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.”(Riwayat Muslim)
ibnuhasyim
Sumber: http://biaqpila.blogspot.com/

Wednesday, May 16, 2012

Pelajar Melayu makin kurang


KUALA LUMPUR 30 Sept. – Negara akan berdepan dengan dilema ketandusan profesional Melayu terutama dalam bidang perubatan dan kejuruteraan jika tindakan tidak diambil bagi menyediakan pelapis dalam bidang tersebut untuk tempoh jangka panjang.

Senario itu tidak mustahil berlaku ekoran kemasukan pelajar Melayu dalam bidang kritikal di kebanyakan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini sejak 10 tahun lalu sangat rendah berbanding kaum lain.

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah mendedahkan, sejak sistem meritokrasi diperkenalkan pada awal tahun 1999, jumlah pelajar Melayu yang memasuki bidang kritikal tidak sampai 30 peratus berbanding pelajar bukan Melayu.

Menurutnya, sangat menyedihkan melihat ketandusan pelajar Melayu dalam jurusan farmasi, kejuruteraan, sains, perundangan, perubatan, pergigian serta perakaunan.

‘‘Contohnya sebelum meritokrasi diperkenalkan terdapat 70 peratus pelajar Melayu dalam bidang farmasi tetapi kini fenomena itu sudah terbalik.

‘‘Sedangkan pelajar Melayu sangat diperlukan untuk memasuki bidang-bidang kritikal demi memastikan usaha membangunkan bangsa Melayu dan negara dapat diteruskan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyebut jumlah kemasukan pelajar Melayu ke institusi pengajian tinggi (IPT) yang semakin berkurangan berbanding kaum lain.

Semalam, Dr. Mahathir menyuarakan kebimbangannya terhadap keadaan tersebut dan mengaitkan fenomena itu dengan perpecahan orang Melayu yang akan mengakibatkan kerajaan menjadi lemah sehingga terpaksa akur pada pelbagai tuntutan.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, perpecahan Melayu yang semakin parah sejak tahun 1999 turut menjadi faktor kepada kekurangan pelajar Melayu di IPTA.

‘‘Kaum lain mengambil peluang untuk membuat pelbagai tuntutan apabila mendapati Melayu semakin lemah dan berpecah. Keadaan ini turut memberi kesan kepada pelajar Melayu di IPTA,’’ jelasnya.

Serentak dengan itu, beliau menyarankan agar UiTM yang merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi yang menerima kemasukan 100 peratus pelajar Melayu diperkukuhkan bagi mengimbangi pelajar kaum lain dalam bidang kritikal.

‘‘Buat masa ini pelajar UiTM berjumlah 140,000. Jika mahu mengimbangi cerdik pandai kaum lain bagi jangka panjang, jumlah pelajar UiTM mesti ditingkatkan sehingga 400,000,’’ jelasnya.

Beliau berkata, UiTM juga mestilah dibenarkan memulakan kursus asasi dalam semua bidang kritikal bagi membekalkan pelajar Melayu ke IPTA lain yang mempunyai masalah kekurangan pelajar Melayu dalam bidang tersebut.

Katanya, IPTA yang lain juga diwajibkan menerima pelajar diploma daripada UiTM untuk melanjutkan pelajaran mereka di universiti tersebut tanpa sebarang alasan.

Oleh NORAINI NORDIN
pengarang@utusan.com.my

Sumber: http://www.utusan.com.my/

Alat Berfikir


Pengakuan Kelemahan Iblis


Allah SWT telah memerintahkan seorang Malaikat menemui Iblis supaya dia menghadap Rasulullah saw untuk memberitahu segala rahasianya, baik yang disukai maupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan derajat Nabi Muhammad SAW dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.

Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, "Hai Iblis! Bahwa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar memberi perintah kepadamu untuk menghadap Rasullullah saw. Hendaklah engkau buka segala rahasiamu dan apapun yang ditanya Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, niscaya akan terputus semua anggota badanmu, uratmu, serta disiksa dengan azab yang amat keras."

Mendengar ucapan Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah SAW dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai, panjangnya seperti ekor lembu.

Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah saw. Maka sambut Iblis (alaihi laknat), "Ya Rasulullah! Mengapa engkau tidak mejawab salamku? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?"

Maka jawab Nabi dengan marah, "Hai Aduwullah seteru Allah! Kepadaku engkau menunjukkan kebaikanmu? Janganlah mencoba menipuku sebagaimana kau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari surga, Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutanmu, Nabi Ayyub engkau tiup dengan asap beracun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya karena engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa 'Anbiya dan pendeta yang telah menanggung sengsara akibat hasutanmu.

Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah Azza Wajalla, cuma salammu saja aku tidak hendak menjawabnya karena diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendakmu datang menemuiku?".

Taklimat Iblis, "Ya Nabi Allah! Janganlah engkau marah. Karena engkau adalah Khatamul 'Anbiya maka dapat mengenaliku. Kedatanganku adalah diperintah Allah untuk memberitahu segala tipu dayaku terhadap umatmu dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang engkau tanya, aku bersedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah aku berani menyembunyikannya."

Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata, "Ya Rasulullah! Sekiranya aku berdusta barang sepatah pun niscaya hancur leburlah badanku menjadi abu."Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluangku untuk menyiasati segala perbuatannya agar didengar oleh sekalian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada seluruh umatku.

Pertanyaan Nabi (1) :
"Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuhmu dan bagaimana aku terhadapmu?"

Jawab Iblis :

"Ya Nabi Allah! Engkaulah musuhku yang paling besar di antara segala musuhku di muka bumi ini."
Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun menggeletar karena ketakutan. Sambung Iblis, "Ya Khatamul Anbiya! Ada pun aku dapat merubah diriku seperti sekalian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak berbeda, kecuali dirimu saja yang tidak dapat aku tiru karena dicegah oleh Allah.
Kiranya aku menyerupai dirimu, maka terbakarlah diriku menjadi abu. Aku cabut iktikad/niat anak Adam supaya menjadi kafir karena engkau berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam, begitu jugalah aku berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Aku akan menarik seluruh umat Islam dari jalan benar menuju jalan yang sesat supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersamaku."

Pertanyaan Nabi (2) :
"Hai Iblis! Bagaimana perbuatanmu kepada makhluk Allah?"

Jawab Iblis :

"Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Aku goda semua manusia supaya meninggalkan sholat, terbuai dengan makan minum, berbuat durhaka, aku lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan haram.

Demikian juga ketika pesta yang bercampur antara lelaki dan perempuan. disana aku lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang peraturan dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu aku ulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari uang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri.

Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau berbuat amal ibadat, aku akan rayu mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras aku goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglah rasa ria, takabur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. demikianlah aku goda mereka setiap saat."

Pertanyaan Nabi (3) :
"Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai yang dikutuk Allah! Siapa yang menjadikanmu? Siapa yang melanjutkan usiamu? Siapa yang menerangkan matamu? Siapa yang memberi pendengaranmu? Siapa yang memberi kekuatan anggota badanmu?"

Jawab Iblis:
"Semuanya itu adalah anugerah daripada Allah Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takabur membuatku menjadi jahat sebesar-besarnya. Engkau lebih tahu bahwa diriku telah beribu-ribu tahun menjadi ketua seluruh Malaikat dan pangkatku telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian Aku tinggal di dunia ini beribadat bersama sekalian Malaikat beberapa waktu lamanya.

Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka akupun membantah. Lalu Allah menciptakan lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan seluruh Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali aku yang ingkar. Oleh karena itu Allah murka kepadaku dan wajahku yang tampan rupawan dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan kelam. Aku merasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah seluruh bidadari. Aku bertambah dengki dan dendam kepada mereka.

Akhirnya aku berhasil menipu mereka melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya diusir dari syurga ke dunia. Keduanya berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun aku masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya aku lakukan hingga Hari Kiamat.

Sebelum Engkau lahir ke dunia, aku beserta bala tentaraku dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahasia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian aku turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain aripada apa yang sebenarnya aku dapatkan, dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bid'ah dan carut-marut.
Tetapi ketika engkau lahir ke dunia ini, maka aku tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahasia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika aku berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontarkan anak panah dari api yang menyala. Sudah banyak bala tenteraku yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahanku dan bala tentaraku untuk menjalankan tugas menghasut."

Pertanyaan Nabi (4) :
"Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu dari manusia?"

Jawab Iblis:
"Pertama sekali aku palingkan iktikad / niatnya, imannya kepada kafir juga ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berhasil juga, aku akan tarik dengan cara mengurangi pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemauan jalanku"

Pertanyaan Nabi (5) :
"Hai Iblis! Jika umatku sholat karena Allah, bagaimana keadaanmu?"

Jawab Iblis :
"Sebesar-besarnya kesusahanku. Gementarlah badanku dan lemah tulang sendiku. Maka aku kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya.
Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sholat, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis sholatnya, hilang khusyuknya – matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya senantiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud berlama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya senantiasa hendak cepat habis sholatnya, itu semua membawa kepada kurangnya pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka aku sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman."

Pertanyaan Nabi (6) :
"Jika umatku membaca Al-Quran karena Allah, bagaimana perasaanmu?"

Jawab Iblis :
"Jika mereka membaca Al-Quran karena Allah, maka rasa terbakarlah tubuhku, putus-putus segala uratku lalu aku lari daripadanya."

Pertanyaan Nabi (7) :
"Jika umatku mengerjakan haji karena Allah, bagaimana perasaanmu?"

Jawab Iblis :
"Binasalah diriku, gugurlah daging dan tulangku karena mereka telah mencukupkan rukun Islamnya."

Pertanyaan Nabi (8) :
"Jika umatku berpuasa karena Allah, bagaimana keadaanmu?"

Jawab Iblis :
"Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepadaku. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan seluruh Malaikat menyambut dengan suka cita. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hatiku ialah segala isi langit dan bumi, yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan ampunan bagi orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umatmu mulai berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekalian Malaikat dengan garangnya menangkapku dan tentaraku, jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umatmu berpuasa barulah aku dilepaskan dengan perintah agar tidak mengganggu umatmu. Umatmu sendiri telah merasa ketenangan berpuasa sebagaimana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut dibandingkan bulan biasa."

Pertanyaan Nabi (9) :
"Hai Iblis! Bagaimana seluruh sahabatku menurutmu?"

Jawab Iblis :
"Seluruh sahabatmu juga adalah sebesar – besar seteruku. Tiada upayaku melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Karena engkau sendiri telah berkata: "Seluruh sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikuti mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk."

Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersamamu, aku tidak dapat mendekatinya, apalagi setelah berdampingan denganmu. dia begitu percaya atas kebenaranmu hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan engkau sendiri telah mengatakan jika ditimbang seluruh isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertuamu karena engkau menikah dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafadz Hadits-haditsmu.

Sayyidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani aku pandang wajahnya karena dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan seksama. Jika aku pandang wajahnya, maka gemetarlah segala tulang sendiku karena sangat takut. Hal ini karena imannya sangat kuat apalagi engkau telah mengatakan, "Jikalau adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku", karena dia adalah orang harapanmu serta pandai membedakan antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'.

Sayyidina Usman Al-Affan lagi, aku tidak bisa bertemu, karena lidahnya senantiasa bergerak membaca Al-Quran. dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantumu sebanyak dua kali. Karena taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya karena Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga engkau mengatakan, "Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid."

Sayyidina Ali Abi Talib pun itu aku sangat takut karena hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat sopan santun, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka karena dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah golongan orang pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menundukkan kepalanya kepada sebarang berhala. Bergelar 'Ali Karamullahu Wajhahu' – dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan engkau sendiri berkata, "Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya." Tambahan pula dia menjadi menantumu, semakin aku ngeri kepadanya."

Pertanyaan Nabi (10) :
"Bagaimana tipu daya engkau kepada umatku?

Jawab Iblis :
"Umatmu itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan yaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibril a.s, "Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat." Yang kedua umat tuan seperti tanah yaitu orang yang sabar, syukur dan ridha dengan karunia Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umatmu seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka akupun bersukacita lalu masuk ke dalam badannya, aku putarkan hatinya ke lautan durhaka dan aku hela ke mana saja mengikuti kehendakku. Jadi dia senantiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat.

Lalu aku goda agar minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umatmu terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia senantiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, bercakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur."

Pertanyaan Nabi (11) :
"Siapa yang serupa dengan engkau?"

Jawab Iblis :
"Orang yang meringankan syariatmu dan membenci orang belajar agama Islam."

Pertanyaan Nabi (12) :
"Siapa yang mencahayakan muka engkau?"

Jawab Iblis :
"Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."

Pertanyaan Nabi (13) :
"Apakah rahasia engkau kepada umatku?"

Jawab Iblis :
"Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka aku gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sadari."

Pertanyaan Nabi (14) :
"Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis :
"Jika umatmu hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah aku dari mereka. Jika tidak, aku akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benihku dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapaknya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, aku yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah merasa kenyang."

Pertanyaan Nabi (15) :
"Dengan jalan apa dapat menolak tipu daya engkau?"

Jawab Iblis :
"Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis menyesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air wudhu', maka padamlah marahnya."

Pertanyaan Nabi (16) :
"Siapakah orang yang paling engkau lebih sukai?"

Jawab Iblis :
Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."

Pertanyaan Nabi (17) :
"Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?"

Jawab Iblis :
"Orang yang tidur meniarap / telungkup, orang yang matanya terbuka (mendusin) di waktu subuh tetapi menyambung tidur lagi. Lalu aku lenakan dia hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zuhur, asar, maghrib dan isya', aku beratkan hatinya untuk sholat."

Pertanyaan Nabi (18) :
"Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?"

Jawab Iblis :
"Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan sholat tengah malam."

Pertanyaan Nabi (19) :
"Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?"

Jawab Iblis :
"Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya"

Pertanyaan Nabi (20) :
"Apa lagi yang memecahkan mata engkau?"

Jawab Iblis :
"Orang yang taat kepada kedua ibu bapanya, mendengar kata mereka, membantu makan pakaian mereka selama mereka hidup, karena engkau telah bersabda, 'Syurga itu di bawah telapak kaki ibu'"

Sumber: http://nhud-nhod.blogspot.com/

6 Musuh Iblis Dan 5 Kelemahannya


Diriwayatkan oleh Muadz bin Jabal r.a. dari Ibn Abbas r.a., ia berkata : ” Kami bersama Rasululah SAW berada di rumah seorang sahabat dari golongan Anshar dalam sebuah jamaah. Tiba-tiba, ada yang memanggil dari luar : “ Wahai para penghuni rumah, apakah kalian mengizinkanku masuk, kerana kalian memerlukanku ”.

Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat :” Apakah anda tahu siapa yang menyeru itu ?”. Para sahabat menjawab , ” Tentu Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui ”. Rasulullah berkata: “ Dia adalah Iblis yang terkutuk – semoga Allah senantiasa melaknatnya”. Umar bin Khattab r.a. berkata :” Ya, Rasulullah, apakah engkau mengizinkanku untuk membunuhnya?”. Nabi SAW berkata:” Bersabarlah wahai Umar, apakah engkau tidak tahu bahwa dia termasuk mereka yang tertunda kematiannya sampai waktu yang ditentukan ?. Sekarang silak bukakan pintu untuknya, kerana ia sedang diperintahkan Allah SWT. Fahamilah apa yang dia ucapkan dan dengarkan apa yang akan dia sampaikan kepada kita! ”.

Ibnu Abbas berkata : “ Maka dibukalah pintu, kemudian Iblis masuk ke tengah-tengah kami. Ternyata dia adalah seorang yang sudah tua bangka dan buta sebelah mata. Dagunya berjanggut sebanyak tujuh helai rambut yang panjangnya seperti rambut kuda, kedua kelopak matanya memanjang , kepalanya seperti kepala gajah yang sangat besar, gigi taringnya memanjang keluar seperti taring babi, kedua bibirnya seperti bibir kerbau . Dia berkata, “ Assalamu ‘alaika ya Muhammad, assalamu ‘alaikum ya jamaa’atal-muslimin ”. Nabi SAW menjawab :” Assamu lillah ya la’iin AKU telah mengetahui, engkau punya keperluan kepada kami. Apa keperluanmu wahai Iblis”.

Iblis berkata :” Wahai Muhammad, aku datang bukan kerana keinginanku sendiri, tetapi aku datang kerana terpaksa .”

Nabi SAW berkata :” Apa yang membuatmu terpaksa harus datang kesini, wahai terlaknat?”.

Iblis berkata,” Aku didatangi oleh seorang malaikat utusan Tuhan Yang Maha Agung, ia berkata kepada-ku ‘Sesungguhnya Allah SWT menyuruhmu untuk datang kepada Muhammad SAW dalam keadaan hina dan bersahaja. Engkau harus memberitahu kepadanya bagaimana tipu muslihat, godaanmu dan rekayasamu terhadap Bani Adam, bagaimana engkau memmujuk dan merayu mereka. Engkau harus menjawab dengan jujur apa saja yang ditanyakan kepa-damu’. Allah SWT berfirman,” Demi kemulia-an dan keagungan-Ku, jika engkau berbohong sekali saja dan tidak berkata benar, niscaya Aku jadikan kamu debu yang dihempas oleh angin dan Aku puaskan musuhmu kerana bencana yang menimpamu”. Wahai Muhammad, sekarang aku datang kepadamu sebagaimana aku diperintah. Tanyakanlah kepadaku apa yang kau inginkan. Jika aku tidak memuaskanmu tentang apa yang kamu tanyakan kepadaku, niscaya musuhku akan puas atas musibah yang terjadi padaku. Tiada beban yang lebih berat bagiku daripada leganya musuh-musuhku yang menimpa diriku”.

Rasulullah kemudian mulai bertanya :” Jika kamu jujur, beritahukanlah kepada-ku, siapakah orang yang paling kamu benci ?”.

Iblis menjawab :” Engkau, wahai Muhammad, engkau adalah makhluq Allah yang paling aku benci, dan kemudian orang-orang yang mengikuti agamamu”.

Rasulullah SAW :” Siapa lagi yang kamu benci?”.

Iblis :” Anak muda yang taqwa, yang menyerahkan jiwanya kepada Allah SWT”.

Rasulullah :” Lalu siapa lagi ?”.

Iblis :” Orang Alim dan Wara yang saya tahu, lagi penyabar”.

Rasulullah :” Lalu, siapa lagi ?”.

Iblis :” Orang yang terus menerus menjaga diri dalam keadaan suci dari kotoran”.

Rasulullah:” Lalu, siapa lagi ?”.

Iblis :” Orang miskin yang sabar, yang tidak menceritakan kefakirannya kepada orang lain dan tidak mengadukan keluh-kesahnya “.

Rasulullah :” Bagaimana kamu tahu bahwa ia itu penyabar ?”.

Iblis :” Wahai Muhammad, jika ia mengadukan keluh kesahnya kepada makhluq sesamanya selama tiga hari, Tuhan tidak memasukkan dirinya ke dalam golongan orang-orang yang sabar “.

Rasulullah :” Lalu, siapa lagi ?”.

Iblis :” Orang kaya yang bersyukur “.

Rasulullah bertanya :” Bagaimana kamu tahu bahwa ia bersyukur ?”.

Iblis :” Jika aku melihatnya meng-ambil dari dan meletakkannya pada tempat yang halal”.

Rassulullah :”Bagaimana keadaanmu jika umatku mengerjakan shalat ?”.

Iblis :”Aku merasa panas dan gemetar”.

Rasulullah :”Kenapa, wahai terlaknat?”.

Iblis :” Sesungguhnya, jika seorang hamba bersujud kepada Allah sekali sujud saja, maka Allah mengangkat derajatnya satu tingkat”.

Rassulullah :”Jika mereka shaum ?”.

Iblis : ” Saya terbelenggu sampai mereka berbuka puasa”.

Rasulullah:” Jika mereka menunaikan haji ?”.

Iblis :” Saya menjadi gila”.

Rasulullah :”Jika mereka membaca Al Qur’an ?’.

Iblis :’ Aku meleleh seperti timah meleleh di atas api”.

Rasulullah :” Jika mereka berzakat ?”.

Iblis :” Seakan-akan orang yang berzakat itu mengambil gergaji / kapak dan memotongku menjadi dua”.

Rasulullah :” Mengapa begitu, wahai Abu Murrah ?”.

Iblis :” Sesungguhnya ada empat manfaat dalam zakat itu. Pertama, Tuhan menurunkan berkah atas hartanya. Kedua, menjadikan orang yang bezakat disenangi makhluq-Nya yang lain. Ketiga, menjadikan zakatnya sebagai penghalang antara dirinya dengan api neraka. Ke-empat, dengan zakat, Tuhan mencegah bencana dan malapetaka agar tidak menimpanya”.

Rasulullah:”Apa pendapatmu tentang Abu Bakar?”.

Iblis :” Wahai Muhammad, pada zaman jahiliyah, dia tidak taat kepadaku, bagaimana mungkin dia akan mentaatiku pada masa Islam”.

Rasulullah :” Apa pendapatmu tentang Umar ?”.

Iblis :” Demi Tuhan, tiada aku ketemu dengannya kecuali aku lari darinya”.

Rasulullah :”Apa pendapatmu tentang Utsman ?”.

Iblis :” Aku malu dengan orang yang para malaikat saja malu padanya”.

INTISARI HR Muadz bin Jabal r.a. dari Ibn Abbas r.a

6 MUSUH IBLIS
  1. Nabi Muhammad SAW
  2. Anak muda yang taqwa, yang menyerahkan jiwanya kepada Allah SWT
  3. Orang Alim dan Wara yang saya tahu, lagi penyabar
  4. Orang yang terus menerus menjaga diri dalam keadaan suci dari kotoran
  5. Orang miskin yang sabar, yang tidak menceritakan kefakirannya kepada orang lain dan tidak mengadukan keluh-kesahnya “.Iblis berkata :” Wahai Muhammad, jika ia mengadukan keluh kesahnya kepada makhluq sesamanya selama tiga hari, Tuhan tidak memasukkan dirinya ke dalam golongan orang-orang yang sabar
  6. Orang kaya yang bersyukur. Bagaimana iblis tahu orang bersyukur. Iblis berkata :” Jika aku melihatnya meng-ambil dari dan meletakkannya pada tempat yang halal”.
5 KELEMAHAN IBLIS
  1. Rasulullah bertanya, bagaimana jika umatku mengerjakan shalat, Iblis berkata :”Aku merasa panas dan gemetar”. Kenapa? Ibli sberkata :” Sesungguhnya, jika seorang hamba bersujud kepada Allah sekali sujud saja, maka Allah mengangkat derajatnya satu tingkat”.
  2. Rasulullah bertanya, bagaimana jika umatku shaum?”. Iblis berkata : ” Saya terbelenggu sampai mereka berbuka puasa”.
  3. Rasulullah bertanya, bagaimana jika umatku menunaikan haji. Iblis berkata :” Saya menjadi gila”.
  4. Rasulullah bertanya, bagaimana jika umatku membaca Al-Qur’an. Iblis berkata :” Aku meleleh seperti timah meleleh di atas api”.
  5. Rasulullah bertanya, bagaimana jika umatku membayar zakat. Iblis berkata :” Seakan-akan orang yang berzakat itu mengambil gergaji / kapak dan memotongku menjadi dua”. Rosul bertanya” Mengapa begitu, wahai Abu Murrah ?”. Iblis menjawab :” Sesungguhnya ada empat manfaat dalam zakat itu. Pertama, Tuhan menurunkan berkah atas hartanya. Kedua, menjadikan orang yang bezakat disenangi makhluq-Nya yang lain. Ketiga, menjadikan zakatnya sebagai penghalang antara dirinya dengan api neraka. Ke-empat, dengan zakat, Tuhan mencegah bencana dan malapetaka agar tidak menimpanya”.
Sumber: https://www.metafisis.wordpress.com

Ayat-Ayat Pelindung Daripada Sihir Jin & Manusia:


  1. Al-A'Araf (Surah 7 : Ayat 117-122)
  2. Yunus (Surah 10 : Ayat 81-82)
  3. Thoha (Surah 20 : Ayat 69)
  •  Dibacakan pada mangsa sihir
  •  Di tulis dengan dakwat bersih dan suci kemudian dilarutkan pada air dan di minum
  •  Dibaca pada air yang bercampurkan dengan daun bidara lalu dibuat mandi
  •  Dirakamkan ayat-ayat ini lalu didengarkan pagi dan petang hingga sembuh. InsyaAllah.
 Ayat-Ayat Hifzu ( Pelindung)

Ayat-Ayat Hifzu yang tercatit bi bawah ini, hendaklah dibaca pada air dengan Ayat-Ayat Azab, Ayat-Ayat Doa dan Ayat-Ayat Sihir kemudian disiramkan / direnjis di semua sudut rumah, kedai, pejabat atau mana-mana tempat yang dirasakan ada gangguan jin atau syaitan dengan penuh harapan kepada Allah SWT. InsyaAllah berkesan.
  1. Al-An'am (Surah 6 : Ayat 61)
  2. Yusof (Surah 12 : Ayat 64)
  3. Ar Ra'd (Surah 13 : Ayat 1)
  4. Al-Hijr (Surah 15 : Ayat 9)
  5. As Shoffat (Surah 37 : Ayat 17)
  6. Al Infithar (Surah 82 : Ayat 9-12)
  7. Al Buruj (Surah 85 : Ayat 17-22)
  8. Al Tariq (Surah 86 : Ayat 4
 Sumber: http://www.rawatanislam.com/

Strategi Untuk Menggalakan Pemikiran Kreatif Dalam Kalangan Pelajar

Sebagai seorang guru, guru boleh menggalakkan pemikiran kreatif secara individu dan kumpulan. Guru mewujudkan situasi yang membolehkan pelajar menyatakan idea-idea yang kreatif terlintas dalam fikiran yang relevan kepada sesuatu isu khusus. Teknik sumbangsaran boleh digunakan untuk mendapatkan pandangan dan pendapat yang bernas tanpa mengkritik idea-idea daripada rakan sebaya di dalam perbincangan dan pembelajaran itu.

Teknik sumbangsaran didapati berkesan kepada kebanyakan pelajar yang bertugas bersendirian di mana mereka boleh menjana lebih idea daripada bertugas bersama ahli-ahli kumpulan (Rickards dan deCock, 2003). Satu daripada sebab kepada kewujudan situasi ini ialah beberapa individu hanya menumpang dalam kumpulan dan pemikiran kreatif yang dilakukan oleh ahli-ahli lainyang membuat tugas yang disarankan guru.

Selain itu, aktiviti sumbangsaran dilihat dapat membina semngat berpasukan yang kuat. Strategi kreatif yang baik adalah dengan menghasilkan idea-idea yang baru, jika boleh. Unsur kekreatifan dapat dihasilkan melalui kewujudan idea-idea yang banyak dan mungkin tidak menggambarkan sesuatu yang unik. Tetapi, dalam kebanyakan idea tersebut pasti dikenal pasti idea-idea kreatif yang baik.

Pada kebiasaannya, pelajar kreatif tidak gentar menghadapi sesuatu yang salah. Mereka bersedia meneroka sesuatu sehingga hujung jalan untuk menghasilkan idea inovatif. Mereka ini sedar bahawa dalam misi menghasilkan sesuatu tugas pasti ada yang perlu dikorbankan sebelum mencapai kejayaan. Golongan pelajar yang kreatif rela menghadapi risiko dalam tindak-tanduknya. Seterusnya guru harus mneyediakan persekitaran yang dapat membantu melahirkan keinginan secara semulajadi. Guru menyediakan aktiviti-aktiviti dan latihan-latihan yang dapt merangsang pelajar untuk meneliti segala sudut kearah menyelesaikan maslah-masalah kreatif.

Selain itu, guru harus menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam lawatan-lawatan sambil belajar untuk memberi pendedahan terhadap kreativiti. Menurut Gardner (1993), sains, penerokaan dan muzium-muzium kanak-kanak menawarkan peluang-peluang untuk merangsang kreativiti. Guru harus memberi ruang kepada pelajar untuk sentiasa cuba menyokong terhadp aktiviti-aktiviti berisiko yang dilakukannya. Pelajar akan melibatkan diri dalam aktiviti yang digemari oleh mereka. Jika guru tidak memberi galakan terhadap kreativiti pelajar, minat mereka untuk melakukannya secara terus-menerus terbantut dan mengalami kegagalan. Guru harus memberi peluang kepada pelajar meneroka aktiviti-aktiviti yang baru sejajar dengan cetusan idea asal pelajar.

Guru hendaklah memberi insentif kepada pelajar yang sentiasa bereksperimen terhadap aktiviti-aktiviti yang baru supaya daya kreativiti pelajar dipelihara dan dikekalkan. Pihak guru tidak boleh mengkritik terhadap aktiviti-aktiviti yang menemui kegagalan. Dalam kes seperti ini, guru hendaklah membina keyakinan pelajar dengan berbincang dan memperbetulkan aktiviti atau sebahagian aktiviti yang telah menemui jalan kebuntuan. Dengan cara ini, daya kreativiti pelajar akan dipupuk dan prestasi aktiviti tersebut akan mancapai kejayaan yang diharapkan.

Sejajar dengan daya dan tahap kreativiti, guru hendaklah menggalakkan daya motivasi dalaman pelajar dengan memberi hadiah atau sijil-sijil terhadap usaha-usaha dan kreativiti yang dtunjukkan oleh pelajar. Dengan pemberian ganjaran seperti ini, pelajar akan berasa keseronokan secara intrinsik hasil kreativiti yang ditunjukkan melalui aktiviti yang dilakukan. Motivasi yang tinggi sangat berkaitan dengan kreativiti terhadap sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh pelajar. Jika pelajar dipupuk minat terhadap aktiviti, maka kreativiti juga akan terserlah. Ini kerana pelajar sedar bahawa guru sentiasa memberi motivasi ekstrinsik untuk pelajar membina motivasi intrinsik untuk menghasilkan kerja penuh kreativiti.

Suatu unsur penting ialah pelajar yang berkreatif sentisa berusaha kearah menghasilkan sesuatu yang terbaik. Pelajar yang berasa gembira dan mengambil sesuatu perkara secara mudah dalam berdepan dengan sesuatu akitiviti, maka jangkaan daripadanya adalah sesuatu yang maksimum. Keadaan ini menyediakan peluang keapda pelajar untuk mengembangkan potensi pemikiran atau penglahiran idea-idea dinamik.

Peluang yang harus diberikan kepada pelajar untuk bertemu dengan orang-orang kreatif seperti penyajak, ahli kraftangan, pakar sains, dan ahli muzik. Pengalaman ini akan membantu pelajar mengembangkan bakat secara intrinsik dengan menguasai kemahiran-kemahiran kreatif. Hasil-hasil daripada ahli kreatif dapat memberi keyakinan dan motivasi yang tinggi dikalangan pelajar untuk sentiasa berusaha memperoleh kejayaan sebagai pelajar yang mempunyai daya kreatif dan rekacipta yang tinggi.

Monday, May 14, 2012

Neraka sebagai peringatan kepada manusia


SYED Qutub berkata: "Orang mukmin menerima penjelasan mengenai bilangan pengawal neraka Allah dengan penuh yakin tanpa mempertikaikannya. Tetapi orang musyrikin menerima penjelasan bilangan pengawal tersebut dengan hati yang sunyi daripada iman, sunyi daripada rasa hormat kepada Allah dan sunyi daripada sikap yang serius dalam menerima penjelasan mengenai perkara yang besar ini."

Mereka mempermainkan dan mengejek dan berkata: "Tidakkah setiap 10 orang daripada kamu sanggup membunuh seorang pengawal daripada 19 pengawal neraka itu? Ada pula yang berkata: Kamu boleh membunuh dua orang daripada pengawal itu dan bakinya serahkan kepadaku untuk menguruskannya. Mereka menerima perkara yang amat besar ini dengan jiwa dan hati yang tertutup."

Firman Allah SWT: Dan tiada kami jadikan penjaga neraka itu melainkan daripada malaikat: dan tidaklah kami menjadikan bilangan mereka itu melainkan untuk jadi cubaan bagi orang-orang kafir, supaya orang-orang yang diberi al-Kitab menjadi yakin dan supaya orang yang beriman bertambah imannya dan supaya orang-orang yang diberi al-Kitab dan orang-orang mukmin itu tidak ragu-ragu dan supaya orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan orang-orang kafir (mengatakan): Apakah yang dikehendaki Allah dengan bilangan ini sebagai suatu perumpamaan? Demikianlah Allah membiarkan sesat orang-orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri. Dan Saqar itu tiada lain hanyalah peringatan bagi manusia. (al-Mudassir: 31)

Ibnu Kathir berkata: "Iaitu malaikat Zabaniah yang tampak bengis lagi kasar. Ini kerana Abu Jahal pernah berkata: Hai orang Quraisy! Tidak mampukah kamu 10 orang di kalangan kamu melawan satu malaikat?"

Bahaya besar

Ada pendapat menyatakan yang berkata itu adalah Kildah bin Khalaf.

Al-Maraghi berkata: "Penjaga neraka adalah malaikat kerana malaikat adalah makhluk terkuat dan terhebat serta makhluk yang amat patuh dalam menunaikan hak Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT menjadikan penjaga Neraka Jahannam itu dalam bilangan sebanyak itu, adalah untuk menimbulkan keyakinan kepada orang Yahudi dan Nasrani terhadap kenabian Muhammad SAW. Ini disebabkan persamaan yang terdapat di antara al-Quran dengan kitab-kitab mereka."

Sesungguhnya penjaga neraka itu walaupun bilangan hanya 19 malaikat, tetapi mereka ini mempunyai pembantu-pembantu yang tidak diketahui jumlahnya kecuali Allah SWT yang mengetahuinya dan neraka Saqar yang digambarkan oleh Allah SWT hanyalah sebagai peringatan kepada manusia.

Firman Allah SWT: Sekali-kali tidak, demi bulan. Dan malam ketika telah berlalu. Dan Subuh apabila mulai terang. Sesungguhnya Saqar itu adalah salah satu bencana yang amat besar. Sebagai ancaman bagi manusia. (al-Mudassir: 32-36)

Ibnu Kathir berkata: "Iaitu sangat besar neraka Saqar tersebut seperti yang dinyatakan oleh Ibnu Abbas dan ramai ulama salaf."

Al-Maraghi berkata: "Allah SWT bersumpah dengan bulan yang bersinar, malam yang bertukar ganti dan Subuh yang terang bahawa neraka Jahannam itu adalah salah satu bencana dan bahaya besar sebagai peringatan kepada manusia."

Syed Qutub berkata: "Jarang hati manusia yang segar kerana melihat bulan yang sedang naik atau sedang turun, menghilang kemudian tidak teringat kepada rahsia alam yang dibisikkan oleh bulan. Kadang-kadang berdiri di bawah cahaya bulan boleh menyucikan hati seseorang."

Jarang hati manusia segar melihat malam berlalu dalam saat yang tenang menjelang naiknya matahari dan ketika alam mula sedar dan membuka matanya kemudian tidak terlekat kesan pemandangan dalam hatinya serta tidak berdenyut dalam lubuk jiwanya.

Jarang hati manusia segar kerana melihat waktu pagi yang terserlah dengan sinarnya yang terang kemudian tiada perasaan gembira dan riang menghasilkan fikiran terbuka dan perasaan yang berubah untuk bersedia menerima hidayah yang memancar dalam hati nurani bersama cahaya pagi.

Allah telah menciptakan hati manusia itu tahu pemandangan alam kadang-kadang boleh membawa kepada perubahan yang menakjubkan dengan penghasilan insan yang baru.

Terserlahnya pancaran dan sambutan yang wujud pada bulan, malam dan waktu pagi, terdapat hakikat besar yang menarik yang dijadikan objek oleh al-Quran supaya difikir oleh akal. Ia juga terdapat bukti yang menunjukkan kudrat Allah SWT yang amat kreatif dan pentadbiran-Nya yang bijaksana dalam mengaturkan alam buana dengan cara yang begitu rapi dan halus yang mengkagumkan akal kita.

Semoga kita sentiasa mendapat petunjuk daripada-Nya dan seterusnya melayakkan kita mencapai mardhatillah yang dapat menghuni syurga-Nya.

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
Sumber: http://www.utusan.com.my/

Google+ Followers