Friday, September 30, 2011
Thursday, September 29, 2011
Pengorbanan Seorang Ibu
Ini adalah kisah benar pengorbanan seorang ibu semasa Gempa Bumi di China.
Selepas gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di runtuhan rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah. Tetapi entah bagaimana ia kelihatan agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan, dan dua tangannya menyokong sesuatu objek. Rumah runtuh itu telah menghempas belakang dan kepalanya.
Dengan usaha yang sukar, ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia.
Dia dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari mangsa pada bangunan runtuh yang seterusnya. Tanpa sebarang alasan, ketua pasukan ini didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh itu. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu.
Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, “Seorang kanak-kanak! Ada kanak-kanak! ”
Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati mereka memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati. Terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat ibunya.
Jelas sekali, wanita itu telah berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya. Apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya. Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan penyelamat itu menemuinya.
Doktor bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas beliau membuka selimut, terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu. Tertera teks mesej pada skrin telefon bimbit itu, “Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu.” mesej ini telah dihantar dari satu tangan ke tangan yang lain. Setiap individu yang membaca mesej pasti menangis. “Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu.” Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya!!
Sumber: http://www.isuhangat.net/
Wednesday, September 14, 2011
Dua Pelajar Antara Lapan Suspek Samun Restoran Mamak Ditahan
SHAH ALAM, 14 SEPTEMBER— Polis Selangor menahan lapan lelaki termasuk dua pelajar tingkatan lima dan dua pengawal keselamatan sebagai suspek rompakan bersenjata secara berkumpulan di dua buah restoran mamak pada 28 Ogos dan 8 September lalu.
Suspek pertama ditangkap di Pangsapuri Rimba Jaya, Klang pada 8 September pukul 11 malam selepas rompakan ke atas restoran mamak dilakukan pada pagi hari yang sama.
Penangkapan suspek pertama membawa kepada penahanan tujuh lagi suspek sehingga Ahad lepas (11 September) dan kesemua suspek yang berumur antara 17 dan 27 tahun itu ditahan reman sehingga Khamis ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dipetik Bernama Online.
Bagaimanapun, beliau berkata polis masih mencari seorang lelaki dikenali sebagai S Veeramuthu, 19, dari Kapar bagi membantu siasatan berhubung kes itu.
Katanya seorang daripada suspek yang ditahan adalah antara mereka yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes samun sebuah rumah di Gombak.
Beliau berkata kejayaan pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes samun restoran mamak ini berjaya menahan suspek walaupun mereka cuba menyembunyikan identiti mereka dengan memakai topi keledar dan jaket semasa merompak adalah hasil intipan yang berkesan.
Polis juga merampas sebuah motosikal jenis Yamaha yang dilaporkan dicuri di Shah Alam, sebuah beg laptop, topi keledar dan jaket yang dipakai mereka semasa melakukan rompakan.
Sumber: http://www.selangorkini.com.my/
Tuesday, September 13, 2011
DURIAN BELANDA BOLEH MERAWAT PERBAGAI PENYAKIT
RAMAI yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.
Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.
Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.
Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis.
Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati. Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.
Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit. Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.
Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyanadigalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.
Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf. Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline dan tannin.
http://www.uitm.edu.my/
PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA – KERAJAAN KHULAFA AL-RASYIDDIN
Pengenalan:
Khutbah terakhir Nabi Muhamad menjelaskan aspek berikut:
- umat islam mesti bersatu padu
- mencintai perdamaian
- berpegang teguh jepada agama islam
- mendapatkan calon pengganti nabi muhamad.
- munculnya individu yangf mengaku nabi
- golongan yang tidak membayar zakat
- murtad – golongan al riddah.
Selepas wafat 632M – sistem pemerintahan islam dikenali sebagai khalifah. – dikenali dengan khulafa al rasyidDin. Antara khalifahnya:
- Abu Bakar Assiddiq – Bani Tamim – 632 M – 634 M
- Umar Al Khattab – bani Adi – 634M – 644M
- Uthman bin Affan – Bani Umaiyah – 644M – 656M
- Ali bin Abu Talib – Bani Hasyim – 5656M – 661M
- Arab – pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.
- Agama – tanggungjawab memelihara kemurnian agama islam yang disampaikan Nabi saw, dan tanggungjawab kekalkan kehormonian serta kestabilan Islam.
- lelaki yang merdeka
- beragama islam
- memiliki pengetahuan islam
- mematuhi perintah allah
- sanggup melaksanakan hukum islam
- bersifat adil dan akhlak yang mulia
- tubuh badan yang sihat dan sempurna
- berfikiran cerdas, warak
- pandai mentadbir.
- musyarawarah atau syura ( Syura bermaksud – Permuafakatan atau konsesnsus)
- cadangan satu nama sahaja
- pemilihan beberapa calon
- pencalonan sekelompok masyarakat.
- Baiah atau lafaz taat setia selepas dilantik jadi khalifah.
- Jamin bakal pentadbir yang tepat berkelayakan dan berhemah tinggi.
- Pentadbiran kerajaan lancar.
Aspek Agama
- memelihara kedudukan agama serta
- mentadbir mengikut hukum syariah.
- menitikberatkan sistem politik, ekonomi, sosial supaya berlaku keseimbangan antara keperluan rohani dan jasmani.
- memastikan kelicinan pentadbiran negara.
- mempertahankan negara islam daripada musuh
- bertanggungjawab melantik dan melucutkan jawatan pegawai.
- ketua negara
- menjaga kebajian rakyat supaya nikmati hidup sejahtera di dunia dan akhirat
- menjaga dan meneruskan ajaran Allah swt.
- mengekalkan perpaduan melalui konsep musyawarah dan syura
- memantapkan sistem perundangan Islam.
- menguruskan hal ehwal kewangan dan perbendaharaan negara-baitulmal
- mengatur pungutan kharaj, jizyah, dan zakat.
Lahir 573M – nama sebenar Abdullah bin Abu Quhafah. As Siddiq bermaksud yang membenarkan kerana sentiasa meyakini kebenaran nabi saw. Ikhlas, jujur dan setia. Juga digelar penyelamat umat islam.
Sumbangan
- Berjaya mengatasi masalah perpecahan masyarakat Islam. Berpunca daripada orang islam yang murtad dan gerakan golongan al Riddah yang menyalahtafsirkan ayat al Quran sehingga tidak mahu bayar zakat.
- Mempertahan Madinah daripada ancaman kuasa luar spt Parsi, Rom Timur dengan menghantar Khalid Al Walid menentang Parsi di Iraq dan Usamah bin Zaid ke Ghassan.
- Melicinkan pentadbiran dengan pembahaian 10 wilayah (Makkah, Taif, Yaman, Al Jund, Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadrahmaut, dan Nijran)
- Memperkenalkan bayaran bergaji untuk tentera melalui hasil rampasan perang
- Perkenalkan undang-undang tanah dan hak rakyat terutama golongan Mawali - orang bukan arab yang peluk Islam – hanya perlu bayar cukai tambahan.
- Mengumpulkan kitab al Quran kerana ramai hafiz al-Quran gugur syahid dalam peperangan. (sebelum ini ayat al-Quran disalin pada batu, kulit binatang, kayu dan tulang). Zaid bin Thabit dipertanggungjawabkan menjalankan tugas tersebut. Sebab kumpul:
- Berasal daripada Bani Adi , Lahir pada 583M. Nama sebenar Umar bin Al Khattab bin Naufal – Keturunan Quraish. Terkenal dengan sifat berani, tegas dan berterus terang. Dikenali dengan Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin.
- Pelantikan dicadang oleh Abu Bakar As Siddiq dan dipersetujui para sahabat.
- Jangka masa pemerintahan beliau dianggap zaman keemasan sebab: Banyak perubahan dan pembaharuan dilakukan.
- Perkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikan pegawai
- Tubuhkan Majlis Syura dianggotai Muhajirin dan Ansar
- Bahagikan jajahan takluk kepada beberapa wilayah
- Melantik wali atau gabenor sebagai ketua – bertindak sebagai ketua pentadbir dan tentera.
- Tubuhkan beberapa jabatan seperti Jabatan Tentera, Polis, Percukaian, dan Perbendaharaan. Negara. Diketuai Khatib atau setiausaha.
- Jabatan kehakiman dipisahkan daripada jabatan lain untuk elak salah laku oleh hakim dan dibayar gaji bulanan – 500 dirham.
- Pendidikan – sediakan guru dan tempat belajar serta kembangkan pembelajaran al quran. Sebagai contoh ; Abu Sufyan dihantar ke kawasan orang badwi
- Perkenalkan kalendar Islam dan Tahun Hijrah.
- Susun semula sistem ketenteraan bentuk tentera tetap dan sukarela.
- Markas tentera dibina dibandar utama.
- Kubu Pertahanan di sempadan yang menghadap musuh seperti Di Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah.
- Bina terusan dan tali air – tambah hasil pertanian seperti empanagan Abu Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin – 111km di Mesir. Rakyat digalak teroka tanah baru dan usaha tanah terbiar.
- Perkenal pelbagai cukai spt:
- Kharaj – berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah
- Jizyah – dikenakan terhadao golongan zimmni – orang bukan Islam yang duduk dalam wilayah Islam dan kekal dengan tradisinya. Mereka bebas daripada perkhidmatan tentera dan pembayaran zakat.
- Baitul diperkenalkan bagi kawal aliran zakat
- Nama sebenar Uthman bin Affan Bin Abil As bin Umaiyah. Lahir pada 576M.
- Hartawan yang dermawan, lemah lembut, bertolak ansur, sikap simpati,
- Digelar Zun Nurain – mempunyai dua cahaya kerana pernah kahwini dua orang puteri Nabi saw.
- Pelantikan melalui majlis syura. Enam calon dicadangkan :
- Ali Abu Talib dan Uthman bin Affan mendapat undi sama banyak. Abd Rahman bin Auf mendapatkan pendapat orang ramai dan bersetuju yang Uthman layak menjadi khalifah yang ketiga.
- Berjaya meluaskan wilayah Islam hingga ke Afganistan, Smarkand, Cyprus,dan Tripoli.
- Memperkukuhkan pertahanan dan membina tentera Islam .
- Menjadi satu nashkah Al Quran sebagai bacaan yang rasmi – Mushaf Uthmaniah.
- Membina jalan raya, jambatan, rumah rehat.
- Mengukuhkan peranan baitulmal untuk biayai pembangunan negaa dan perkuat tentera islam spt pembelian senjata dan kapal.
- Jizyah dikekalkan.
- Lahir 602 M. Bani Hasyim.
- Terkenal dengan sifat keberanian dan kepahlawanannya.. Tegas serta berpengetahuan luas dalam Islam.
- Pelantikan mendapat sokongan terbanyak.
- Kepakaran dalam perundangan Islam.
- Berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara. Cth dalam Perang Siffin . Sanggup berdamai dan berunding.
- Membina markas tentera di Parsi dan Sempada Syria.
- Ekonomi :Kutipan Jizyah diteruskan. Spt dalam surat kepada al-Asytar.
- Sistem pemerintahan Khulafa Ar Rasyidin menitikberatkan :Kesejahteraan agama, rakyat dan negara.
- Kerajaan Islam Madinah dapat berkembang dengan kukuh dan berkembang menjadi negara yang kuat.
- Kerajaan Islam dapat bersaing dengan Rom dan Parsi. Khalifah tidak mementingkan diri dan tidak mengamalkan kehidupan mewah.
- Berjuang mengekalkan pembangunan,kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat jelata.
- Rakyat dapat menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hidup.
- Pada akhir pemerintahan Khulafa ArRasyidin digantikan dengan pemerintahan sistem warisan iaitu pemerintahan dibuat secara turun temurun atau monarki.
- Sebelumnya sistem syura. Sistem syura bermaksud pelantikan dibuat secara musyawarah dan dipersetujui sama ada sebulat suara ataupun secara demokrasi. Pandangan para sahabat dan umat Islam dilakukan bagi mendapatkan pengganti yang baik.
Sunday, September 11, 2011
Ikhtibar Dari Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah
Pengenalan
Pembentukan kerajaan Turki merupakan proses sejarah yang panjang dan tidak terjadi dengan tiba-tiba. Dalam sejarahnya selama lima abad iaitu bermula pada akhir abad ke-13 hingga awal abad ke-19 kerajaan Turki Uthmaniyah telah mengalami pasang surut. Pada satu sudut, dapat dilihat sebuah sistem politik yang diwarisi dari Kerajaan Turki Saljuk dan mengalami perkembangan yang gemilang dan akhirnya mengalami kemerosotan.
Empayar Turki Uthmaniyah telah diasaskan oleh Uthman 1 yang mengistiharkan kemerdekaan wilayah Uthmaniyah pada tahun 1299. Wilayah ini mula berkembang melalui penaklukan Constatinople oleh Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453 dan terus gemilang semasa pemerintahan Sulaiman Al-Qanuni. Namun selepas kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni pada tahun 1566 berlaku kemerosotan dalam empayar Turki Uthmaniyah. Malang yang menimpa ini adalah lantaran kelemahan-kelemahan yang wujud dalam kerajaan Turki Uthmaniyah yang telah membawa kepada kejatuhan empayar yang telah mencapai zaman kegemilangan.
Keruntuhan empayar yang telah mencapai kegemilangan ini merupakan peristiwa yang kompleks bagi sebuah masyarakat Islam dari sebuah kerajaan menuju negara moden. Pada proses keruntuhannya, Turki Uthmaniyah merupakan wilayah yang besar meliputi semenanjung Balkan, Asia Kecil, Arab Timur Tengah, Mesir dan Afrika. Namun, akibat daripada pelbagai faktor yang akhirnya membawa kepada kejatuhan Empayar Uthmaniyah sehingga memberi kesan kepada negara-negara Islam di sekitarnya yang turut terkena tempias akibat kemerosotan Turki Uthmaniyah.
Faktor-Faktor Kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyah
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Antara faktor yang membawa kejatuhan empayar ini adalah disebabkan beberapa aspek iaitu politik, ekonomi, sosial dan pengaruh luar yang meresap masuk dalam kerajaan. Justeru kelemahan-kelemahan ini telah mendorong kepada keruntuhan empayar Turki Uthmaniyah.
1. Politik
Faktor politik merupakan perkara pokok yang menyebabkan empayar Turki Uthmaniyah mengalami kemerosotan. Faktor politik ini termasuk kelemahan kepimpinan, pentadbiran dan pemerintahan yang tidak teratur serta ketenteraan yang lemah. Hal ini merupakan pendorong ke arah kehancuran empayar Turki Uthmaniyah.
Setelah kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni empayar Turki mula memperlihatkan kejatuhan dan kemunduran. Hal ini adalah lantaran daripada kelemahan sultan, baik dalam keperibadian serta yang paling utama dalam kepimpinannya. Kelemahan ini dapat dibuktikan dengan sikap sultan itu sendiri yang mementingkan hiburan dan kesenian sehingga menyebabkan kerosakkan moral. Contohnya, Sultan Murad III telah dikuasai oleh nafsu sepanjang pemerintahan sehingga mempunyai 118 orang anak. Di samping itu, Sultan Ibrahim membunuh 100 000 orang dan menyaksikan sendiri pembunuhan 25 000 orang daripadanya. Kehidupan sultan yang hidup bermewah-mewah akhirnya mendorong perlakuan tidak bermoral yang telah membawa kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah.
Umum mengetahui bahawa Turki Uthmaniyah mempunyai pemimpin silih berganti. Namun, tidak dinafikan bahawa keadaan ini telah menyumbang kepada kejatuhan Turki Uthmaniyah kerana masalah perebutan takhta dalam kalangan pembesar dan pemerintah. Sistem syura tidak diamalkan dan pemilihan pemimpin kebiasaannya adalah berdasarkan kekuatan. Keadaan ini telah mendorong ke arah peperangan antara putera-putera raja yang menyebabkan ketidakstabilan politik dan kepimpinan yang menurun. Kelemahan kepimpinan ini menyebabkan kerajaan dikuasai oleh anggota-anggota harem atau kelompok tertentu dalam istana. Kelemahan dalam pentadbiran dan pemerintahan ini telah ditunjukkan dalam pemerintahan selepas kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni dan mengakibatkan keruntuhan empayar Turki Uthmaniyah. Hal ini dapat dilihat semasa pemerintahan Ibrahim dipengaruhi oleh Bonda dan tiga orang isterinya yang masuk campur dalam pemerintahan untuk menyingkirkan Wazir Agung Kara Mustafa. Keadaan ini membawa kepada kejatuhan Turki Uthmaniyah.
Pertahanan merupakan aspek terpenting dalam politik sesebuah negara. Oleh itu, kelemahan dalam sistem ketenteraan merupakan penyumbang kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah. Kemerosotan ini bermula dengan kelemahan disiplin ketenteraan dalam kalangan pegawai atasan. Hal ini disebabkan oleh pertandingan ketenteraan yang sebenarnya telah ditinggalkan yang menyebabkan putera-putera raja yang berpontensi telah disisihkan dan memilih putera sulung kerana perkara ini memberi kebebasan kepada para pegawai. Hal ini dapat dibuktikan dengan perlantikan Bayezid 1 dan Salim II dipilh bukan berdasarkan kemampuan yang unggul. Di samping itu kelemahan ketenteraan juga dapat dilihat melalui penghapusan aristokrasi tentera lama yang menjadi saingan kepada kuasa kerajaan. Penghapusan ini menyebabkan sistem tentera hamba mejadi terbatas kerana seksyen ketenteraan yang dominan dalam angkatan tentera telah membenarkan anak-anak pegawai mendapat pangkat, lantas menghapuskan asas disiplin dalam tentera. Jelaslah bahawa faktor politik yang akhirnya telah membawa kepada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah.
2. Ekonomi
Kelemahan dalam tadbir urus ekonomi merupakan punca kepada tercetusnya kemerosotan dalam kerajaan Turki Uthmaniyah. Kelemahan adalah disebabkan perlantikan jawatan yang bukan didasari oleh kebolehan. Hal ini dibuktikan melalui jawatan memungut cukai diberikan kepada sesiapa sahaja yang berikrar untuk memberi sumbangan kutipan yang besar kepada perbendaharaan negara. Keadaan ini bertambah buruk apabila kadar cukai yang tinggi dikenakan membebankan rakyat. Kelemahan ini mendorong kepada kemerosotan Turki Uthmaniyah.
Perdagangan yang lembab menyebabkan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Kegiatan perdagangan merupakan suntikan dalam membangunkan ekonomi Turki Uthmaniyah. Kelemahan ini disebabkan oleh saingan dengan negara Eropah yang semakin maju dalam bidang perdagangan. Hal ini dapat dibuktikan pada abad ke-16, Turki Uthmaniyah bersaing dengan Portugis untuk menguasai jalan perdagangan di perairan India. Dalam pada itu, sistem kapitalisme yang diperkenalkan di Eropah menyebabkan revolusi perindustrian muncul dan menenggelamkan industri tradisional masyarakat Turki. Selain itu, kemunduran dalam ekonomi Tuki adalah akibat berlaku peperangan yang tidak pernah berhenti. Pendapatan yang semakin berkurang dan dibebankan dengan belanja negara yang semakin besar termasuk perbelanjaan perang mendorong kepada kemelesetan ekonomi Turki Uthmaniyah. Kesannya, kegemilangan Turki dari aspek ekonomi semakin suram dan menuju kejatuhan.
3. Sosial
Masalah sosial seperti pemberontakan, ajaran Islam telah diselewengkan dan rasuah telah menyebabkan berlakunya kejatuhan Turki Uthmaniyah. Pemberontakan merupakan faktor terpenting dalam kejatuhan empayar yang terbilang ini kerana tiada lagi penyatuan antara golongan pemerintah dan rakyat jelata. Keadaan dapat dilihat apabila berlaku pemberontakan dalam kalangan puak Kurdish, puak Druze di Syiria, tuan-tuan tanah tentera di Anatolia dan Janissari di ibu kota yang ingkar dan suka memberontak telah mengganggu tumpuan tentera empayar menentang Austria, Poland dan Safavi. Pemberontakan ini mencetuskan masalah dalaman yang teruk sehingga membawa kepad kejatuhan Turki Uthmaniyah.
Gejala rasuah yang semakin berleluasa merupakan faktor kritikal yang menyumbang kepada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Rasuah telah menyerap dalam kalangan pegawai atasan menyebabkan pentadbiran menjadi lumpuh disebabkan pemimpin yang tamak haloba. Hal ini dapat dibuktikan apabila Sulaiman sendiri meminta hadiah daripada orang yang hendak dilantiknya pada waktu perlantikan dan mereka perlu juga berbuat demikian pada peringkat bawahan untuk menampung kos tersebut. Gejala rasuah ini telah menimbulkan kekacauan dalam pemerintahan dan melemahkan kedudukan kerajaan khususnya semasa pemerintahan Sultan Mustafa IV kerana bebanan cukai yang tinggi untuk memperkayakan individu yang dilantik untuk mengutip cukai dan memberi hadiah kepada pembesar yang membantunya memperoleh jawatan berkenaan. Oleh itu, rasuah merupakan faktor yang mendorong kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah.
Keruntuhan akhlak dan kurang penghayatan Islam sedikit sebanyak mempengaruhi kejatuhan empayar agung ini. Ajaran Islam telah dicemari dengan ajaran khurafat, tahayyul, amalan tasawuf yang melampaui batas tanpa menghiraukan tugas wajib iaitu untuk berjihad dan menegakkan amar makruf serta mencegah yang mungkar. Di samping itu, golongan istana juga terlibat dalam krisis moral dengan adanya pesta yang dilengkapi dengan minuman keras, dendangan musik dan para dayang yang menghiburkan para pembesar negara. Jelaslah bahawa permasalahan sosial yang berlaku telah menyebabkan kejatuhan emapayar Turki Uthmaniyah.
4. Pengaruh Luar
Kebangkitan kekuatan Eropah telah menjadi faktor kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Kemajuan dari aspek ilmu pengetahuan yang telah dicapai oleh Eropah telah mendorong perluasaan kuasa atau imperialisme Barat berlaku. Gerakan-gerakan renaisans melahirkan perubahan-perubahan yang besar dalam sejarah dunia iaitu kebangkitan Eropah dan kemunduran kerajaan Islam di empayar Turki Uthmaniyah. Hal ini telah melumpuhkan Turki Uthmaniyah akibat daripada saingan kuasa-kuasa Eropah.
Peperangan demi peperangan dengan kekuasaan Eropah telah memperlihatkan kekalahan kerajaan Turki Uthmaniyah. Hal ini dapat dilihat melalui peperangan dengan Austria sekitar tahun 1682-1689 yang menyebabkan kerugian yang besar bagi Turki Uthmaniyah. Penyatuan bangsa Eropah untuk menentang Turki telah menawan Hungary, kota Budapest, wilayah Transilvania dan beberapa wilayah yang melemahkan pertahanan Turki Uthmaniyah. Kejatuhan Turki Uthamniyah semakin terserlah akibat kekalahan dalam peperangan. Penyatuan Prince Eugene of Savoy dengan tentera Austria telah mengalahkan Turki dalam Peperangan Petewarden pada tahun 1716. Kekalahan ini merupakan faktor kejatuhan Turki Uthmaniyah.
Selain itu, siri perjanjian dengan negara Eropah yang akhirnya membawa kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah. Perdamaian melalui perjanjian menyebabkan Turki semakin lemah yang akhirnya membawa kemerosotan. Hal ini dapat dibuktikan melalui Perdamaian Passarowit yang ditandatangani pada Julai 1718 menyebabkan Turki kehilangan Timsuar, Belgrad, sebahagian besar negeri Serbia dan negeri Rumania. Perjanjian Radsin telah ditandatangani selepas kekalahan Turki kepada Russia dan menyebabkan sultan Turki terpaksa menyerahkan Ukraine kepada Russia dan membuka perniagaan kepada bangsa Cossack di Laut Hitam setelah mengusainya selama beberapa abad. Jelaslah pengaruh luaran merupakan punca kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah terutamanya kebangkitan semula Eropah selepas berlakunya zaman gelap.
Kesan Terhadap Negara-Negara Islam
Kejatuhan Turki Uthmaniyah secara tidak langsung telah memberi kesan kepada negara-negara Islam dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Hal ini merupakan petunjuk kepada pengakhiran kegemilangan kerajaan Islam yang dahulunya telah berkembang pesat. Rentetan kejatuhan ini menyerlah ketika Mustafa Kamal Antartuk mengisytiharkan Turki sebagai negara republik.
1. Politik
Kejatuhan Turki Uthamniyah telah memberi kesan kepada negara Islam yang lain dari aspek politik. Antaranya ialah kehilangan institusi khilafah dalam kerajaan Islam dan perpecahan negara-negara Islam di bawah satu pemerintahan. Hal ini telah memberi kesan yang buruk dalam politik negara Islam. Apabila kejatuhan Turki Uthmaniyah, setelah bertukar menjadi negara republik menyebabkan institusi khalifah telah hilang dan membawa kesan yang buruk kepada suasana politik negara Islam. Hal ini bermula selepas Mustafa Kamal menggantikan Kesultanan Uthmaniyah dan menjadi Pemoden Turki muda dan membawa perubahan dalam sistem politik Turki. Negara Islam turut mendapat kesannya kepada negara Iran di bawah pemerintahan Reza Shah yang memperkenalkan sebuah parti sahaja, sama dengan Parti Republikan Rakyat Antartuk. Pembaharuan ini telah melenyapkan sistem pemerintahan Khalifah di negara-negara Islam.
Kesan yang jelas kelihatan adalah perpecahan wilayah umat Islam yang dulunya di bawah pemerintahan Turki Uthamaniyah. Kelemahan Turki menyebabkan negara di bawah naungannya telah membebaskan diri dan di takluk oleh pihak Eropah. Pemberontakan oleh negara seperti Montenegro, Bosnia, Balkan, Prins Milaan, Serbia, Herzegovina dan di tempat-tempat lain membebaskan diri menyebabkan perpecahan negara umat Islam. Hal ini dibuktikan lagi dengan perpecahan wilayah Turki Uthamaniyah. Raja Husein hanya dapat menguasai tidak lebih dari bumi Hijaz. Raja Faizal pula yang telah berusaha memerdekakan bumi Syam dari kuasa Turki. Jelaslah bahawa kejatuhan Turki memberi implikasi kepada negara-negara Islam yang lain.
2. Ekonomi
Ekonomi negara-negara Islam turut mendapat kesan akibat daripada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Kemerosotan ekonomi Turki akibat perang kerana negara terpaksa membuat perbelanjaan yang besar untuk biaya perang. Hal ini telah menyebabkan negara Islam yang dahulunya di bawah pengaruh seperti Timur Tengah dan Afrika Utara mengalami kemerosotan ekonomi. Negara Islam semakin teruk terjejas ekonominya apabila selepas tamat Perang Dunia 1 kerana dengan persetujuan Sykes-Picot 1916 wilayah Turki Uthmaniyah telah dibahagikan kepada Perancis, Inggeris, Russia dan Itali. Hal ini menyebabkan ekonomi negara Islam yang dibahagikan telah terjejas akibat daripada penguasaan orang Eropah.
Perdagangan negara Islam semakin merosot kerana masyarakat Eropah telah menguasai perdagangan di Laut Hindi, Laut Mediternean, Terusan Suez dan jalan perdagangan yang lain. Hal ini telah menyebabkan Eropah semakin mengusai ekonomi negara Islam. Contohnya, Perancis dan Inggeris telah mengawal syarikat Terusan Suez dan orang Yahudi di Mesir memiliki hampir seluruh gedung besar perniagaan dan banyak melibatkan diri dalam pasaran saham. Selain itu, penguasaan Soviet Union yang menguasai sekitar satu pertiga daripada jumlah perniagaan asing Iran. Penguasaan ekonomi oleh masyarakat Eropah di negara Islam telah melemahkan ekonomi negara Islam.
3. Sosial
Kesan yang paling ketara yang menimpa negara Islam adalah aspek sosial akibat kejatuhan Turki Uthmaniyah. Kemerosotan tindak tanduk sosial hasil daripada kejatuhan Turki telah mempengaruhi negara Islam yang lain. Permodenan Turki telah menjadi ikutan negara Islam yang lain. Hal ini dapat dibuktikan kepercayaan sosialis Fabian Qibti Salama Musa di Iran yang berpendapat bahawa kebudayaan Barat menjadi kunci kepada reformasi sosial. Kebudayaan Barat ini telah menyebabkan keruntuhan akhlak masyarakat di negara-negara Islam. Kejatuhan Turki Uthmaniyah telah memberi kesan terhadap negara Islam dan rakyatnya yang membawa kepada perpecahan umat Islam. Contohnya, Inggeris menggalakkan pemisahan kaum Assyria dengan menubuhkan tentera khas untuk menindas kaum Kurdi dan Turki yang tinggal di utara Iraq. Jelaslah bahawa perpaduan umat Islam mula retak selepas kejatuhan Turki Uthmaniyah.
Penutup
Turki Uthmaniyah mempunyai sorotan sejarahnya yang tersendiri yang telah melalui era kegemilangan, kemerosotan yang akhirnya membawa kepada kejatuhan. Kedudukan kuasa Turki Uthmaniyah yang besar dan luas pada suatu ketika dahulu telah hilang sama sekali pada penghujung abad ke-18 dan yang tinggal hanya beberapa daerah kecil yang masih berada di bawah taklukan Sultan Turki. Pengakhiran kerajaan Turki Uthmaniyah bermula selepas Mustafa Kamal Antartuk mengisytiharkan Turki sebagai kerajaan Republik.
Sejarah telah memperlihatkan kejatuhan Turki akibat masalah dalaman dan luaran yang tidak dapat diselesaikan secara sistematik. Antara masalah tersebut adalah kelemahan Sultan Turki, pemberontakan, penyelewengan seperti rasuah, ekonomi yang tidak teratur, tentera yang lemah dan pengaruh luaran akibat daripada kebangkitan Eropah. Masalah ini telah menyebabkan kejatuhan Turki Uthmaniyah dan memberi tempias kepada negara Islam yang lain sama ada dari aspek ekonomi, sosial dan politik. Di samping itu, kejatuhan Turki sering dikaitkan dengan permasalahan pemimpinnya yang mementingkan hiburan dan keseniaan. Hal ini dibuktikan dengan kenyataan orientalis barat yang mengatakan bahawa salah satu faktor kejatuhan Turki Uthmaniyah adalah disebabkan oleh pemimpin dan sehingga rakyat golongan yang mementingkan hiburan dan keseronakkan. Oleh itu, sewajarnya keadaan ini dijadikan iktibar dan sehingga kebangkitan semula institusi Khilafah seterusnya Islam kembali terbilang.
Bibliografi
- Badri Yatim, 2005, Sejarah Peradaban Islam, Jakarta, PT Rajagrafindo Persada.
- Dusuk Ahmad, 1978, Ikhtisas Perkembangan Islam, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Fadhlullah Jamil, 2007, Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan Pergolakkkan, Shah Alam, Karisma Publications Sdn. Bhd.
- Hamka, 1977, Sejarah Umat Islam, Kuala Lumpur, Penerbit Pustaka Antara.
- Lois A. Aroian dan Richard P. Mitchell, 1991, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Mariana Adnan dan J.U Bracus, 2002, Ensiklopedi Ternatis Dunia Islam Khilafah (2), Jakarta, PT Ichtiar Baru Van Hoeve.
- Marshall G.S Hodgson, 2004, Kebangkitan Islam, Gambaran & Sejarah Dalam Tamadun Dunia Edisi Empayar Sebuk Letupan dan Zaman Moden, Jilid III, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Muhd. Jamil Mukmin, 1992, Sejarah Perkembangan Islam, Kuala Lumpur, Nurin Enterprise.
- Syafiq A. Mughni, 1996, Sejarah Kebudayaan Islam di Kawasan Turki, Surabaya, Fakulti Arab Ain Sunan Ampel.
Saturday, September 10, 2011
HILANG SIFAT AMANAH MELEMAHKAN PERJUANGAN ISLAM
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”(an-nisaa,58)
Ayat tersebut berkait dengan penyerahan kunci kaabah kepada Othman Bin Tolhah di mana ketika pembukaan Mekah, Saidina Ali datang membawa kunci kaabah dan meminta izin daripada Rasulullah untuk menjaga kunci kaabah berserta urusan melayan tetamu. Sebelum itu urusan melayan tetamu diserahkan kepada keluarga Nabi dan memegang kunci kaabah menjadi hak keluarga Abdil Dar. Setelah turunnya ayat di atas, Nabi s.a.w terus mengambil kunci dan menyerahkan kepada Othman Bin Tolhah seraya bersabda : “ambillah kunci kaabah ini dan tidak ada yang boleh merampasnya selama-lamanya melainkan orang yang zalim”. Ini menunjukkan amanah perlu diserahkan kepada ahlinya atau yang berhak menerimanya.
Suatu ketika, pernah sahabat Nabi s.a.w yang bernama Abu Dzar datang kepada Nabi dengan meminta jawatan. Lalu Nabi menyatakan “jawatan ini terlalu berat dan kamu tidak layak untuk memikulnya” menunjukkan amanah mesti diserahkan kepada individu atau mereka yang sepatutnya. Ianya suatu tanggungjawab yang berat menyebabkan Allah melakarkan di dalam al-Quran melalui Firmannya yang bermaksud :
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh, (al-ahzab, 72)
Di sana menunjukkan bahawa amanah terlalu berat untuk dipikul dan ayat itu memberi amaran kepada manusia agar tidak sesekali meminta amanah kemudian tidak dapat melaksanakannya dengan baik. Bahkan nabi mengingatkan kita bahawa sekiranya kamu meminta amanah atau jawatan nescaya kamu tidak akan ditolong oleh Allah. Sekiranya jawatan itu diberikan kepada kamu dan kamu melaksanakannya nescaya Allah menolong kamu.
Setelah mendapat jawatan, taklifan atau tanggungjawab samada diperingkat kerajaan mahupun organisasi perlu melaksanakannnya sebaik mungkin. Ini kerana setiap amanah yang diberikan kepada kita akan dipersoalkan di akhirat kelak lebih-lebih lagi tanggungjawab untuk meninggikan kalimah Allah di muka bumi. Al-Quran memberi amaran khusus kepada orang yang beriman di dalam surah al-anfaal yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui. (al-anfaal,27)
Jelas kepada kita bahawa tidak boleh kita mengkhianati amanah yang diberikan kepada kita bahkan kita wajib melaksanakannya mengikut kemampuan masing-masing yang diketahui oleh Allah. Justeru, kita perlu berusaha untuk melaksnakan amanah yang diberi sebaik mungkin. Sifat amanah yang kian hilang menunggu saat kehancuran dan menunjukkan kiamat hampir tiba.
Bagi mereka yang memperjuangkan islam tidak boleh mensia-siakan amanah yang diberikan. Tetap perlu melaksanakannya walaupun dalam keadaan bersusah payah dan sememangnya perjuangan islam tidak dihamparkan dengan permaidani merah. Cuba lihat apa yang dilaksanakan oleh baginda: Nabi S.A.W menghantar utusan-utusan seperti menghantar Muaz Bin Jabal dan Abu Musa al-asya’ri ke yaman bagi melaksanakan dakwah dan mereka melaksanakan dakwah dengan baik. Mereka hanya menerima sedikit pesanan daripada Nabi di antaranya kata Nabi “ Wahai Muaz, permudahkan dan jangan memayahkan”. Mereka tidak diberi kertas kerja yang rapi oleh baginda bagi melaksanakan tanggungjawab dakwah kerana ianya bergantung kepada mereka yang telah ditugaskan. Apa yang penting, mereka diberi kefahaman Islam dan matlamat perjuangan sehingga utusan-utusan itu memahami apa yang perlu dilaksanakan.
Begitu juga jika dilihat siri-siri peperangan yang berlaku di zaman Rasulullah S.A.W. Peperangan mu’tah sebagai contoh; Nabi menyerahkan bendera kepada Zaid Bin Harithah untuk menyerang Kuasa besar dunia ketika itu dan nabi menyatakan sekiranya Zaid gugur, serahkan bendera kepada Jaafar Bin Abi Talib dan sekiranya Jaafar gugur, bendera mesti diserahkan kepada Abdullah bin Rawahah. Kemudian Rasulullah tidak menyebut kepada siapa bendera mesti diserahkan sekiranya Abdullah gugur. Akhirnya di dalam peperangan itu, ketiga-tiga sahabat tadi gugur syahid dan nabi menitiskan air mata ketika menceritakan perjalanan peperangan secara langsung kepada para sahabat di Madinah. Lalu mereka membuat keputusan sendiri melalui persepakatan untuk menyerahkan bendera kerana Nabi menyatakan serahkan bendera kepada yang layak di antara kamu sekiranya Abdullah Bin Rawahah gugur.
Di sana menunjukkan kebijaksanaan pejuang islam mesti mengatur strategi setelah menerima tugas dan arahan. Khalid Bin Al- Walid telah dilantik untuk memimpin dengan diserahkan bendera kepadanya dan Khalid merancang dengan teliti. Khalid membahagikan tugas dengan sebaiknya untuk memastikan mereka berjaya menyerang musuh. Khalid mengatur strategi ketenteraan sehingga mengelirukan musuh dan musuh menyangka Khalid mendapat tentera bantuan. Semua gerak kerja itu tidak diajar oleh Rasulullah s.a.w tetapi langkah-langkah itu diambil oleh Khalid untuk menyelamatkan tentera Islam. Ini menunjukkan cukup sekiranya pimpinan memberikan tugas dan arahan secara umum dan kita sendiri memastikan matlamatnya tercapai. Wallahua’alam...
Oleh: maududi
Sumber: http://ppdcgroup.
Subscribe to:
Posts (Atom)