Thursday, May 20, 2010

Definisi Industri Kecil dan Sederhana (IKS)



Terdapat pelbagai definisi yang diberikan mengikut aspek-aspek tertentu sesuatu jenis perniagaan seperti nilai output, jumlah kerja yang diupah, saiz asset tetap, modal, jualan dan sebagainya. Sebuah negara menggunakan saiz piawai dan kriteria yang berbeza sebagai pengukuran dan pentaksiran IKS. Mengikut Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura telah mendifenisikan IKS sebagai sebiah syarikat yang mempunyai sekurang-kurangnya 30% melebihi S$8 juta (bagi sektot pengeluaran) dan mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 50 orang pekerja (bagi sektor industri perniagaan atau perkhidmatan).
Di Malaysia, sebuah agensi telah ditubuhkan dengan objektif untuk membangunkan dan mengkordinasikan program-program IKS iaitu Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana. IKS dalam sektor perkilangan didefinisikan sebagai syarikat yang mempunyai nilai jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta dan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.

Jadual 1: Bilangan pekerja dan nilai jualan IKS
Industri
Bil. Pekerja Tetap
Nilai jualan Tahunan
IKS
150
RM25 juta
Sederhana
51-150
RM10-RM25 juta
Kecil
50
RM10 juta
Sumber: SMDEC

Manakala menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di dalam laporannya pada tahun 1994 telah mendefinisikan IKS dari sudut jumlah modal seperti berikut:-
Jadual 2: Jumlah modal IKS
IndustriJumlah Modal (RM)
KecilKurang daripada RM500,000
SederhanaRM500,000 hingga RM2.5 juta
Sumber: MITI
Peranan dan sumbangan IKS penting kepada negara. Di antara peranan IKS adalah:-
  • Menjadi teras proses perindustrian negara.
  • Menjadi penyokong serta pelengkap kepada pembangunan sektor perindustri.
  • Meningkat daya saing negara.
Pada keseluruhannya, IKS memainkan peranan yang penting dan mencapai Wawasan 2020.

8 comments:

  1. aslmkm~
    bleh saya tau apa kesan pelancongan kepada iks??

    ReplyDelete
  2. Industri pelancongan merupakan satu daripada beberapa agen yang mampu membawa kepada perubahan pembangunan di sesuatu kawasan. Melalui aktiviti-aktiviti pelancongan yang di bawa oleh industri ini, penduduk tempatan dapat memperolehi pelbagai faedah terutamanya dari aspek ekonomi, fizikal dan juga sosial. Secara tidak langsung, penduduk dapat meningkatkan lagi taraf hidup mereka.

    Penglibatan penduduk tempatan dalam aktiviti pelancongan dapat dilihat dari dua sudut iaitu yang pertama penglibatan penduduk tempatan dalam membuat keputusan dan kedua penglibatan penduduk tempatan dalam mendapat keuntungan atau faedah hasil dari aktiviti pelancongan. Melalui jenis penglibatan yang pertama, penduduk tempatan berpeluang untuk menyuarakan harapan dan keinginan mereka kepada pihak yang akan membangunkan kawasan berkenaan. Lazimnya, ia berkait rapat dengan perubahan fizikal persekitaran yang merangkumi aspek semulajadi dan juga buatan. Aspek yang kedua pula memberi peluang kepada mereka untuk meningkatkan ekonomi dan taraf hidup. Ia diperolehi melalui peluang-peluang yang wujud hasil dari pembangunan aktiviti pelancongan seperti mengusahakan perkhidmatan pengangkutan, penginapan, kraftangan dan lain-lain lagi.

    ReplyDelete
  3. aslammualaikum....

    boleh tahu apa ciri yang boleh dikategorikan sebagai iks?

    takkan kedai jual telefon pun dipanggil iks...
    pasaraya pun adakah dikategorikan sebagi iks?

    ReplyDelete
  4. Definisi IKS ialah dengan melihat ciri-ciri modal berbayar serta tenaga kerja. Bagi Industri Kecil, modal berbayarnya adalah kurang dari RM 500 000 dan memiliki tenaga kerja tetap diantara 5 hingga 50 orang. Manakala Industri Sederhana pula memiliki modal berbayar diantara RM 500 001 hingga RM 2.5 juta dan mempunyai tenaga kerja tetap diantara 51 hingga 75 orang. IKS juga dapat dikenalpasti melalui pembahagian tugas dalam operasinya. Kebanyakan pembahagian tugas yang terdapat dalam IKS adalah tidak jelas. Sudah menjadi kelaziman dalam sektor IKS, seorang pekerja itu dapat melakukan beberapa fungsi atau tugas operasi seperti operator pengeluaran, juruteknik, kerana, pegawai pemasaran, pegawai akaun dan sebagainya dalam waktu atau masa yang sama. Sumber: Pembangunan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

    ReplyDelete
  5. Select an organisation in a small and medium industry and evaluate how the surrounding macro environment factors affect the organisation’s business activities.

    soalan assignment..adeii pening..agak2 buleh tolong bg bahan x?

    ReplyDelete
  6. terima kasih , nak ulangkaji bagi peperiksaan perdagangan

    ReplyDelete
  7. bagaimana iks berperanan dalam meningkatkan pendapatan rakyat malaysia seperti yang ingin dijayakan dalam RMK 10 iaitu sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi?

    ReplyDelete
  8. Bagaimn nak join iks dr segi pelancongan.... apa kursus yg perlu di ikuti dr peringkat awal hingga peringkat seterunya? Krn sy sudah x mh krja mkn gj lg. Dan mcmn kita nak tahu bidang apa yg ok srang utk kita ceburi

    ReplyDelete