Thursday, May 10, 2012

Kriteria KREATIVITI

Kriteria KREATIVITI terdiri daripada tujuh (7) aspek yang merangkumi empat (4) aspek utama dan tiga (3) aspek sokongan/tambahan. Kriteria-kriteria ini secara keseluruhan akan memberi penekanan kepada keberhasilan atau outcome dan impak sesuatu KREATIVITI. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut:

Inovatif
  1. Hendaklah bersifat unik, tersendiri, asli (originality) dan berbeza dengan yang sedia ada;
  2. Kaedah pelaksanaan  hendaklah bercirikan leading edge;dan
  3. Mempunyai nilai ciptaan ataupun value creation
Relevan
  1. Pelaksanaan  hendaklah selaras dengan agenda nasional;
  2. Mempunyai kolaborasi (kerjasama) yang khusus dengan rakyat/kumpulan sasar;
  3. Berupaya untuk memberi keberuntungan kepada Kerajaan dan rakyat/kumpulan sasar;
  4. Berupaya untuk menjimatkan kos atau menjana hasil kepada Kerajaan dengan ketara;dan
  5. Projek tersebut dapat memenuhi keperluan dan permintaan semasa
Signifikan
  1. Dapat menunjukkan keberhasilan yang signifikan atau bermakna;
  2. Memberi kesan atau impak yang tinggi kepada Kerajaan dan rakyat/kumpulan sasar;dan
  3. Boleh diterima pakai dan dilaksanakan di peringkat tempatan, nasional dan global
Keberkesanan
  1. Hasil pelaksanaan hendaklah menunjukkan keberkesanannya dengan pembuktian seperti data statistik;
  2. Berupaya mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik secara mampan/mantap dan berterusan; dan
  3. Dapat meningkatkan tahap kepuasan kumpulan sasaran. Pengukuran penerimaan dan kepuasan pelanggan wajar dibuat berdasarkan Key Performance Indicators (KPI) atau pengukuran prestasi yang telah ditetapkan melalui saluran-saluran seperti borang maklum balas, soal selidik, temu bual dan sebagainya. Keberkesanan projek perlu dibuktikan daripada hasil kajian kepuasan pelanggan
Kefungsian
  1. Mempunyai fungsi dan ciri-ciri yang menarik seperti integrasi dan mekanisma kawalan;
  2. Mudah untuk dicapai oleh pengguna;
  3. Stabil dan kestabilan dapat diukur seperti kekerapan capaian, response time, Service Level Agreement (SLA) yang telah ditetapkan dan bagaimana masalah tersebut diatasi;
  4. Praktikal untuk digunakan serta memudahkan atau memendekkan proses kerja yang terlibat;
  5. Mempunyai pautan atau/dan mendapat sokongan daripada penyedia-penyedia perkhidmatan atas talian yang lain seperti pembayaran secara atas talian, agensi-agensi kerajaan dan organisasi-organisasi bukan kerajaan; dan
  6. 6. Projek dibangunkan secara dalaman (inhouse) atau luaran (outsource).
Kualiti
  1. Pendekatan dan metodologi yang digunakan di dalam proses quality assurance di semua peringkat pelaksanaan dan pengujian sistem menepati piawaian yang ditetapkan di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa;
  2. Rekabentuk yang dihasilkan mengambil kira dan memenuhi kehendak dan keperluan pengguna;
  3. Boleh dipercayai dari segi perancangan, pelaksanaan dan keberhasilan;
  4. Mesra pengguna;
  5. Jawatankuasa-jawatankuasa yang telah dibentuk seperti Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal bagi memastikan tahap kualiti yang tinggi dikekalkan setiap masa; dan
  6. Penerangan mengenai strategi, pendekatan dan pengukuran prestasi dalam pengurusan pembekal sekiranya projek dilaksanakan secara outsource.
Wayfoward
  1. Berpotensi untuk berkembang dan mempunyai perancangan masa hadapan berserta dengan penambahbaikan dan outcome yang disasarkan dengan pelaksanaan perancangan tersebut; dan
  2. Penandaarasan dilaksanakan oleh organisasi di dalam dan di luar negara dalam usaha mempertingkatkan kualiti, penggunaan, keberkesanan dan impak sistem

2 comments:

  1. Terima kasih Adam Rahayu,saya merupakan pelajar Pengurusan dan Perniagaan di OUM Sabah,Mei 2012 merupakan semester ke 5 saya.Dlm semester ini.1 subject Entrepreneurship/Keusahawanan.Tengah cari bahan untuk assignment ni lah.soalan kali ini mengenai jenis umum inovasi,penggunaan inovasi,dan sumber inovasi dlm organisasi.Saya sangat terhutang budi kiranya Adam rahayu dapat,berkongsi sedikit bahan mengenai inovasi ini.terima kasih

    ReplyDelete