Wednesday, September 4, 2013

Lelaki Tampan Yang Boleh Jadi Bangang Orangnya…

Seorang lelaki yang agak tampan dari ibu kota sedang bersiar-siar dengan sebuah kereta BMW dalam kawasan sebuah kampong utara Malaysia. Di saat ia sedang menikmati keindahan kampung tersebut, tiba-tiba ia ternampak seorang perempuan tua sedang memakan rumput di atas padang. Terdetik di hatinya ingin mengetahui mengapa perempuan tersebut melakukan perbuatan sedemikian. Lantas lelaki tersebut menemui perempuan tua itu, lalu bertanya.

Lelaki tampan: Mak cik! Kenapa mak cik makan rumput.
Perempuan tua: Mak cik miskin! Mak cik tak mampu membeli makanan. Mak cik sangat lapar.
Lelaki tampan: Tak sakit perut ke?
Perempuan tua: Mak cik dah biasa. Kadang-kadang lalang pun mak cik makan.
Lelaki tampan: Kalau begitu mak cik ikut saya ke ibu kota. Datanglah ke rumah saya.
Perempuan tua: Tak mengapa ke?
Lelaki tampan: Tak mengapa?
Perempuan tua: Tetapi saya ada anak ramai.
Lelaki tampan: Bawalah mereka ke semua sekali.
Perempuan tua: Anak saya ada sepuluh orang
Lelaki tampan: Bagus tu! Lagi ramai lagi bagus. Nanti saya suruh pemandu saya jemput mereka di rumah makcik.
Perempuan Tua: Ok! Baik lah!

Setelah perempuan tua dan kesemua anaknya sampai di rumah lelaki tampan tersebut. Lalu lelaki tampan tersebut menunjuk sebuah padang sambil berkata “Mak cik padang ini kepunyaan saya. Mak cik makanlah sepuas-puasnya bersama anak-anak mak cik, saya sedekah. Nanti bila rumput dah pendek bolehlah saya bermain golf.

Perempuan tua: Celeka betul…. Jauh-jauh kau jemput mak cik semata-mata sedekah rumput untuk mak cik dan anak-anak makcik makan.

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers