Monday, September 2, 2013

Mendapat bantuan baja daripada MPOB, Syukur kepada Allah!!! dapat mengurangkan Kos. Terima Kasih MPOB

 
Baja MPOB F4.
  1. Membekalkan peratusan nutrien-nutrien yangseimbang iaitu N_P_K (9-6-18) serta Mg (2.0) dan B (0.5) untuk pokok sawit menghasilkan buah yang banyak.
  2. Mengandungi mineral zeolite dan bahan organik yang meningkatkan CEC (Cation Exchange Capacity) dan juga membekalkan nutrien-nutrien lain seperti kalsium, silika dan lain-lain nutrien mikro untuk pertumbuhan pokok yang sihat.
  3. Mineral Zeolite untuk membantu nutrien bertahan lebih lama dikawasan perakaran pokok kerana peningkatan CEC tanah berupaya mengawal pelepasan nutrien-nutrien seiring dengan keperluan nutrien-nutrien pokok.
  4. Bahan organik yang terdapat di dalam MPOB F4 berupaya untuk menarik kehadiran mikro-organisma yang efektif untuk menyuburkan tanah.
  5. Baja MPOB F4 mempunyai sifat spesifik yang sesuai digunakan di tanah teres kawasan berbukit yang kandungan organik tanahnya rendah dan juga jenis-jenis tanah bermasalah seperti tanah lateratik, tanah liat dan tanah berpasir

No comments:

Post a Comment