Friday, May 2, 2014

Cuba suami jadi isteri satu hari

Salim jarang membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering berungut kerana telah merasa letih setiap hari pergi kerja, sedangkan isterinya hanya tinggal di rumah. Dia merasakan isterinya perlu tahu betapa sukar dan letihnya menjadi suami yang terpaksa bekerja setiap hari untuk menanggung seisi keluarga.

Suatu malam salim berdoa dengan penuh kusyuk dan mengharap agar tuhan memperkenankan permohonan. Dengan lenangan air mata Salimpun berdoa. “Ya Tuhanku! Aku bekerja hampir 8 jam sehari sedangkan isteriku tidak memahaminya, ia hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku memohon agar dia tahu betapa sukarnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah, ya Tuhanku cukuplah hanya sehari sahaja”

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Salim. Pada keesokan pagi, Salim bangun dari tidur, dan menjadi seorang isteri. Lalu ia bergegas ke bilik air, membersihkan diri lalu terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Kemudian, ia bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Setelah selesai ia menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu dan kembali semula melayan anak-anak yang nak ke sekolah dengan menyediakan bekalan untuk anak-anaknya membawa ke sekolah. Kemudian dipanaskan enjin kereta untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Selesai menghantar anak-anak ke sekolah dia terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dalam beberapa jam barulah ia sampai balik ke rumah. Barang-barang dapur dikemas dan menjalankan proses memasak untuk tengahari. Sementara itu kayu baju prlu dicuci, nasib baik ada mesin basuh.

Jam tepat 12.30 hari bari selesai membasuh baju dan memasak makanan tengahari. Belum sempat berehat terpaksa bergegas ke sekolah mengambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah dan mengemas rumah.

Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor
sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapakan makan malam dan mandikan anak yang masih kecil. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, kemudian cuci pinggan mangkuk, dan kemudian lagi uruskan supaya anak-anak masuk tidur.

Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun sudah lemah longlai dan bolehlah berehat. Namun begitu belum boleh rehat rupanya. Sebab suaminya berkeras mahu dilayan malam itu juga. Berdosa isteri jika tidak melayan kemahuan suami.. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dan terus tertidur.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Salim segera bangun dan berdoa semula,’Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu…. Aku tidak mampu menjadi isteri jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Taubat aku tak sanggup dah jadi isteri. Aku sangkakan
selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja’

Sekonyong-konyong Salim terdengar satu suara ghaib berkata,’Wahai Salim, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan lebih untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali….’

Apa???.. . mengandung? 9 bulan.. lamanya..Tidakkkkk tak nak beranakkkkkk

No comments:

Post a Comment