Sunday, June 26, 2011

4 Golongan Yang Masuk Syurga Tanpa Dihisab & Diseksa


"Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu `Abbas radhiaAllahu `anhuma, Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ada menyebut bahawa Baginda sallAllahu `alaihi wasallam diberitahu ada 70,000 orang di kalangan ummatnya yang akan masuk syurga tanpa dihisab dan diseksa terlebih dahulu.

Siapakah mereka yang beruntung yang termasuk di dalam 70,000 orang itu? Mereka ialah:
  1. Orang-orang yang tidak menjampi,
  2. Orang-orang yang tidak pernah minta dijampi,
  3. Orang-orang yang tidak meramal,
  4. Orang-orang yang hanya bertawakkal kepada ALLAH `Azza wa Jalla.
Hadithnya seperti berikut:

Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: ”Telah diperlihatkan kepadaku ummat-ummat terdahulu, maka saya melihat ada seorang nabi yang disertai dengan rombongan kecil, ada seorang nabi yang disertai dengan satu dua orang sahaja, bahkan ada seorang nabi yang tidak mempunyai pengikut seorang pun. Kemudian terlihat olehku satu rombongan besar yang kusangka mereka adalah ummatku, namun dikatakan kepadaku: ”Ini adalah Musa dan kaumnya, tetapi lihatlah ke ufuk sana.” Kemudian kulihat ke ufuk itu dan tiba-tiba kulihat rombongan yang besar, lantas dikatakan kepadaku: ”Lihatlah ke ufuk yang lain”; di sana kulihat satu rombongan besar kemudian dikatakan kepadaku: ”Ini adalah ummatmu dan di dalamnya ada tujuh puluh ribu orang yang akan masuk syurga tanpa dihisab dan tanpa diseksa lebih dahulu.” Beliau lalu bangkit dan masuk ke dalam rumah. Maka orang-orang ramai membicarakan masalah orang-orang yang akan masuk syurga tanpa dihisab dan diseksa lebih dahulu. Salah seorang dari mereka berkata: ”Barangkali mereka adalah sahabat-sahabat Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.” Ada pula yang berkata: ”Barangkali mereka adalah orang-orang yang dilahirkan dalam keadaan Islam kemudian mereka tidak mempersekutukan ALLAH.” Dan mereka memperkirakan yang macam-macam. Kemudian Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam keluar dan bersabda kepada mereka: ”Apa yang sedang kalian bicarakan?” Kemudian mereka menceritakannya kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam. Maka Baginda sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: ”Mereka itu adalah orang-orang yang tidak menjampi, mereka yang tidak pernah minta dijampi, mereka yang tidak meramal dan hanya kepada Tuhan sahaja mereka bertawakkal.” Kemudian `Ukkasyah ibn Mihshan berkata berkata: ”Wahai Rasulullah, doakanlah kepada ALLAH agar saya termasuk golongan mereka.” Baginda sallAllahu `alaihi wasallam menjawab: ”Kamu termasuk golongan mereka.” Lantas berdirilah orang lain seraya berkata: ”Wahai Rasulullah, doakanlah kepada ALLAH agar saya termasuk golongan mereka.” Baginda sallAllahu `alaihi wasallam menjawab: ”Kamu telah didahului oleh `Ukkasyah.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Peristiwa Hari Hisab dan seksa Neraka tersangat dahsyat. Betapa beruntungnya orang-orang yang bilangannya 70,000 orang ini yang mendapat keistimewaan ini, iaitu bebas dari dihisab dan diseksa terlebih dahulu. Mereka terus masuk ke Syurga dan menikmati keseronokan di sana, subhanALLAH.

Mudah-mudahan kita tergolong di dalam kumpulan ini. Untuk itu:
  1. Jauhilah dari terlibat dengan jampi-menjampi.
  2. Jauhilah dari meminta orang lain menjampi kita.
  3. Jauhilah dari terlibat dan percaya kepada sebarang perbuatan yang dikategorikan sebagai meramal seperti meramal nasib, meramal jodoh dan lain-lain lagi walaupun dengan tujuan main-main atau seronok-seronok.
  4. Jadilah hamba ALLAH yang sentiasa bertawakkal kepada ALLAH `Azza wa Jalla. Iaitu menyerahkan semua urusan kepada ALLAH selepas meletakkan perancangan dan usaha yang sungguh-sungguh.
WAllahu Ta`ala A`lam.

Oleh: al-bahanj
www.muzir.wordpress.com

Saturday, June 25, 2011

Sagu Kelapa


Bahan-bahan
  1. 1 cawan sagu (basuh dan tos)
  2. 1 cawan gula
  3. 2 cawan air
  4. Pewarna
  5. Kelapa parut digaul dengan garam
Cara-cara
  1. Masak gula dengan air hingga gula larut.
  2. Titikkan pewarna.
  3. Masukkan sagu dan kacau hingga mendidih & sagu pun nampak jernih.
  4. Tuang kan dalam bekas dan sejukkan.
  5. Bila benar2 sejuk, potong dan terus gaulkan dengan kelapa parut.
  6. Siap untuk dihidang.

Lima Cara Pilih Sahabat


NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Oleh: Arbain Muhayat
http://www.ipislam.edu.my/

Friday, June 17, 2011

Bagaimana Anda Menangis



Dari Ibnu Qayyim terdapat sepulauh jenis tangisan:
  1. Menangis kerana terlalu sedih.
  2. Menangis kerana terasa hina dan lemah
  3. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
  4. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
  5. Menangis orang munafik - pura-pura menangis
  6. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati
  7. Menangis kerana rasa takut
  8. Menangis kerana cinta
  9. Menangis kerana gembira
  10. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
Firman Allah bermaksud:

"..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)


Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:

“Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Nabi Adam a.s telah menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya, lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Thursday, June 16, 2011

Kisah Mayat Yang Tidak Amanah

Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.

Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini. lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT.... maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa? Maka berceritalah lelaki itu... Saya bekerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya.

Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu..

Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk makan.... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya...tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.

Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu, maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini.

Elok lah kita mengambil ikhtibar akan riwayat ini. Adakah kita pernah mengambil barang-barang dari pejabat, samada dari sekecil-kecilnya seperti klip kertas, pemadam dan sebagainya dan dibawa balik ke rumah untuk kegunaan sendiri ataupun diberikan kepada anak-anak kita? Dan juga barang-barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak dikembalikan?

Sumber: http://pemudacheh.blogspot.com/