Monday, June 6, 2011

Menghitung Hari Kematian


Sesungguhnya saat menghadapi kematian ialah saat yang paling dasyat yang tidak dapat dibandingkan dengan segala bahaya dan bala bencana di muka bumi ini. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda maksubnya;

“Kematian itu apabila dikenangkan seorang itu akan lebih banyak menangis daripada ketawa” (Riwayat Ibnu Abi Dunya dari Ibnu Umar)

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya;

“Ada dua perkara yang sangat ditakuti dan dibenci oleh manusia;
  1. Manusia itu takut dan benci pada maut padahal ia lebih baik kepada mukmin daripada ancaman fitnah
  2. Manusia juga takut dan benci kepada miskin padahal itu lebih baik baginya daripada susah dan menderita dihisab di akhirat nanti” (Ahmad)
Dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya;

“Sesungguhnya para malaikat mengawal dan menjaga orang yang menghadapi mati supaya tidak menggelepar dan lari kerana terlalu taklut dan sakit.”

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya;

“Sakitnya sakaratulmaut itu umpama tiga ratus kali tetakan pedang” (Abi Dunya)

Sayidina Umar Al Khattab r.a. berkata; “Kalau masih ada lagi dosa orang mukmin Sungguhpun dia melakukan banyak amal kebaikan, maka Allah memayahkan kematian supaya dia mendapat darjat yang tinggi di Syurga.”

Berkata Syaddad bin Aus; “Kematian itu adalah hal yang paling ditakuti oleh orang mukmin, baik di dunia atau di akhirat. Kematian lebih pedih daripada luka disebabkan gergaji ataupun gunting dan lebih panas daripada api. Dan sekiranya mayat itu dibangkitkan dan dapat memberitahu ahli bumi tentang kepedihan kerana kematian pastilah mereka tiada kenikmatan makan dan kenyenyakan tidur”

Malaikat Maut berkata kepada orang yang telah melewati umur 50 hingga 60 tahun; “Hai tuan puan yang berusia empat puluh tahun. In ilah waktunya untuk berbekal. Ingatan kamu masih kuat, tenagamu masih sasa. Wahai tuan yang berusia lima puluh tahun, sudah dekat masanya untuk tuan puan mengutip hasil dan menuai. Wahai tuan puan ytang berusia enam puluh tahun, kamu lupa akan seksa dan lalai dengan soal Mungkar Nakir, nanti tidak ada siapa yang dapat menolong kamu.”

Malaikat Maut berkata kepada orang yang sampai ajal; “Demi Allah, Ia telah mengirim beberapa tanda seperti penyakit, uban, kesusahan, mata semakin kelam, telinga semakin tuli. Orang yang tidak menyedari hal ini bererti tidak mahu bertaubat dan apabila aku mencabut nyawanya aku akan berkata kepadanya: “Bukankah akau telah mengirim beberapa tanda kepadamu?”

Malaikat Maut berkata kepada orang yang lalai dengan kematian; “Alangkah hairannya aku melihat orang ini. Aku diutuskan untuk mencabut nyawanya tetapi dia masih berseronok dan gelak ketawa.”

Berkata Roh kepada manusia yang masih hidup ketika mayatnya dibawa ke kubur; “Wahai manusia, janganlah kamu dilalaikan dan dipermainkan oleh dunia seperti mana aku dipermainkannya. Aku telah menghimpun harta tanpa Mengira halal ataupun haram asalkan banyak. Setelah terhimpun hartaku yang banyak ajalku pun sampai, maka harta yang banyak itu menjadi milik orang. Aku ditimpa bala kerana harta yang kukumpulkan, sedangkan orang lain mendapat nikmat atas kecelakaanku. Tolonglah beringat agar janganlah bala yang menimpaku akan menimpa dirimu pula.”

Roh berkata kepada keluarganya; “Wahai keluarga, kerabat dan anak-anakku, Wahai mereka yang membahagi-bahagikan hartaku, janganlah kamu terperdaya dengan dunia sebagaimana aku telah terpedaya.”

Sementara kubur pula berkata kepada jasad yang dibawa masuk ke dalamnya, “Aku adalah rumah kesepian, aku adalah tanah, aku adalah orang perseorangan, aku adalah rumah bagi ulat.”

1 comment: