*Tarikh dan masa yang terpapar pada gambar tersebut tidak betul... tersalah setting....
Sunday, October 30, 2011
5 Powerful Foods that Lower Your Blood Pressure
Are you eating enough of these 5 amazing foods that help reduce high blood pressure?
by Frank Mangano
Consumer Health Advocate
Author of the popular book: Blood Pressure Miracle
Did you know that stroke and coronary heart disease still remain to be on the list of the top three main causes of death in the USA? It's time to take your health seriously so you don't fall victim to these!
What is High Blood Pressure and how does this come into play?
According to the National Institute for Health, blood pressure levels of 140/90 mmHg or more can be classified as hypertension.
The worst part about having high blood pressure is that the condition can sometimes be present without any symptoms and before we know it, the damage is already extensive. Serious problems that have been associated with high blood pressure include kidney failure, heart attack, heart failure and stroke.
What are the Risk Factors Associated with High Blood Pressure?
Blood pressure can be influenced by a lot of factors – age, race, family history, tobacco use, sedentary lifestyle, diet, binge drinking, and stress levels. Chronic conditions such as sleep apnea, diabetes and high cholesterol levels can also precipitate the development of hypertension.
What can You Do to Lower Blood Pressure?
You don't need potentially dangerous drugs to control and reduce your blood pressure. Controlling blood pressure levels could be as simple as doing lifestyle modifications and eating healthier.
If you are a smoker, quit. If you drink heavily, try to practice self-control. At work, take the stairs instead of the elevator. And if you have been obsessed with sweet, sugary foods as well as processed fast-food meals, then modify your eating habits as well. Learn to eat the right kinds of food before it's too late.
Below are 5 of my top picks for powerful foods that could help you lower your blood pressure levels:
1. Artichokes
The use of artichokes has been implicated in the lowering of cholesterol levels in the blood. Since hypercholesterolemia is one of the risk factors for high blood pressure, this information is actually good news. Three clinical trials conducted separately by Dr. Barbara Wider supports this fact. In Cochrane Database of Systemic Reviews’ October 2009 issue, where the result of the study was published, it was shown that patients who were diagnosed with hypercholesterolemia and given Artichoke leaf extract exhibited a decrease in their blood cholesterol levels.
Artichokes taste amazing steamed (generally steam for about 1 hour) and then dip each piece into a mixture of olive oil, grass-fed butter, and garlic. Delicious!
2. Bananas
A study published in The New England Journal of Medicine says that incorporating bananas in your day-to-day meals can actually cut stroke-related deaths by as much as 40 percent. A 1997 study at Johns Hopkins University recommended eating at least five bananas daily to achieve the desired effect, and that is to lower elevated blood pressure levels. However, a study conducted by Indian researchers at the Kasturba medical college revealed that people who eat two bananas a day, for one whole week, can lower their blood pressure levels by 10 percent.
Bananas are rich in potassium, which is responsible for the proper functioning of the heart. It works with sodium to maintain balance of the body’s fluids, which is an important factor in the regulation of blood pressure.
3. Beets
A research study conducted by scientists from Barts and The London School Medicine revealed that simply drinking one 500 ml glass of beetroot juice each day can produce astounding health benefits, especially to the heart.
Beetroot juice has been found to lower high blood pressure levels. Professors Amrita Ahluwalia and Ben Benjamin, from the William Harvey Research Institute and Peninsula Medical Center, respectively, led the research efforts, which revealed that the consumption of dietary nitrate that is found in beetroot has BP-lowering effects in as fast as 1 hour after ingestion, with the effect lasting for up to 24 hours. The result of the study was published in the March 2008 issue of Hypertension.
You can try beetroot juice, or also try baked beets sliced on salads or as a side dish to dinner.
4. Cocoa
A study conducted by researchers from Germany’s University Hospital of Cologne revealed that cocoa can significantly lower high blood pressure levels. Study results were published in the Archives of Internal Medicine. The beneficial heart effects of cocoa are attributed to its flavonoid content, specifically procyanids.
Because cocoa is most commonly found in chocolate, people falsely assume that eating a lot of chocolate could be good for the health. Keep in mind that cocoa in chocolates have undergone a lot of processing, and it has been mixed with loads of sugar, so this is not totally healthy. The best way to take advantage of the health benefits offered by cocoa is to choose raw cacao – it is good for the heart, the brain and the liver. Raw cacao nibs go great in smoothies! Also use organic cocoa powder in smoothies or homemade hot cocoa sweetened with stevia instead of sugar.
5. Garlic
Researchers from South Australia’s University of Adelaide have conducted studies, which provide solid proof that the consumption of garlic can indeed help lower elevated blood pressure levels. Garlic supplements in powder form were given and results revealed that it produced a reduction in systolic blood pressure. Garlic has been known all over the world as a very important herb, especially with its heart-protecting capabilities. It helps lower blood cholesterol levels and prevents blood from forming clots (which could lead to heart attack and stroke).
Furthermore, the Proceedings of the National Academy of Sciences journal has published the results of a laboratory test showing how garlic juice can lead to a decrease in blood pressure levels. Eating the equivalent of 2 cloves of garlic each day can significantly contribute to the health of the heart
Hindari 6 Perkara Selepas Makan
- Hindari merokok - Hasil dari kajian membuktikan dengan menghisap sebatang roko sahaja sebaik selepas makan, menyamai dengan menghisap 10 batang rokok.
- Jangan minum teh - Daun teh ternyata mengandungi asid yang boleh mengakibatkan kandungan protien yang terkandung dalam makanan yang dimakan segera mengeras. Akibatnya, protien tersebut sukar dicernakan, adalah lebuh baik dengan meminum air kosong sahaja.
- Jangan terus mamakan buah - Makan buah sebaik sahaja selepas makan, menjadikan perut kembung kerana terlalu banyak air. Oleh itu, lebih baik memakan buah setelah 2 jam anda makan.
- Jangan mandi - Makan selepas makan akan meningkatkan aliran darah pada tangan, kaki, dan tubuh sehingga jumlah darah dikawasan perut dan sekitarnya menurun. Keadaan ini akan melemahkan sistem pencernaan dalam peru anda.
- Elakkan terlalu banyak berjalan - Berjalan yang terlalu banyak selepas makan akan mengakibatkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan yang dimakan.
- Jangan terus tidur - Makanan yang anda makan tidak boleh diterima oleh sistem pencernaan dengan baik, sekiranya anda terus tidur selepas makan. Akibatnya, usus anda akan luka atau terkena jangkitan.
Friday, October 28, 2011
Kepercayaan Karut Melemahkan Umat
CERITA hantu, filem seram dan amalan perbomohan seolah-olah sinonim dengan kehidupan orang Melayu. Setelah ratusan tahun Islam bertapak di rantau ini animisme tetap masih menebal.
Animisme adalah kepercayaan bahawa setiap sesuatu di dunia ini memiliki roh yang mesti disembah supaya semangatnya tidak mengganggu manusia. Amalan animisme berkembang menjadi pemujaan kepada kepercayaan tahyul dan mengagumi unsur-unsur mistik.
Ia bertapak kuat hari ini dalam amalan perbomohan dan diuar-uarkan dengan berkesan pula oleh filem dan drama tempatan.
Amalan animisme khususnya kepercayaan dan pemujaan kepada makhluk halus dan alam mistik yang melibatkan roh merupakan amalan syirik yang sangat ditegah oleh Islam.
Dalam praktis perbomohan oleh bomoh atau dukun kerap terdapat amalan memanggil, memuja dan menggunakan jin serta memohon pertolongan daripada dunia gelap ini.
Pengamalnya tergolong di dalam golongan orang fasiq dan menzalimi diri sendiri.
Ini dijelaskan oleh firman Allah SWT yang bermaksud: Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat memberikan mudarat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu). (Yunus: 106).
Antara ciri animisme yang sering dapat dilihat dalam amalan perbomohan adalah apabila para dukun, pawang atau bomoh membaca jampi mentera yang sumbernya sangat meragui dan tidak boleh difahami oleh orang lain.
Banyak juga jampi mentera dalam dunia perbomohan Melayu di tokok tambah dengan kalimah-kalimah Arab, nama Tuhan, para nabi dan sahabat Rasulullah.
Sebenarnya banyak amalan perbomohan Melayu bercampur baur dengan kepercayaan karut dan khurafat. Ada yang menggunakan medium makhluk ghaib seperti jin dan mereka mendakwa boleh merawat pesakit tanpa menggunakan bahan rawatan, atau alatan. Malah boleh merawat pesakit dari jarak jauh termasuk melalui telefon dan tele sidang.
Salah satu punca utama masyarakat Islam hari ini mudah terpedaya dengan rawatan tradisional berbentuk mistik ini kerana sentuhan peribadi dan karisma para bomoh.
Sesetengah masyarakat Islam menganggap rawatan mistik menggunakan dukun begitu cepat dan mujarab walaupun tanpa sebarang ubat-ubatan.
Kepercayaan ini bertentangan dengan sabda Rasulullah SAW maksudnya: "Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram". (Sunan Abu Daud).
Seringkali amalan perbomohan Melayu, yang sengaja dilunakkan dengan menggunakan istilah perubatan tradisional, menggalakkan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri, ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu penunduk, ilmu pembenci, ilmu gerak angin dan sebagainya dan kadang-kadang dicampuraduk dengan sihir.
Semuanya adalah meragukan dan sangat menghampiri syirik dan menyeleweng daripada ajaran Islam dan sepatutnya dijauhi. Kepercayaan terhadap tangkal-tangkal ini boleh membawa kepada keruntuhan akidah dan akhlak masyarakat Islam.
Tidak kurang berlaku perceraian, perkelahian adik beradik dan jiran tetangga kerana terlalu percaya kepada tilikan bomoh sehingga membawa kepada tuduh menuduh. Seriusnya penyelewengan perbomohan dapat dilihat dalam kes yang melibatkan penggunaan sihir di kalangan orang awam seperti di tempat kerja, di gerai makan, rumah kediaman, harta pusaka, hubungan suami isteri, simpanan harta warisan seperti keris, batu dan artifak lama lain.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Bukan dari golongan kami sesiapa yang merasa sial atau meminta diramalkan kesialannya atau merenung nasib atau minta ditenungkan atau mensihirkan atau meminta disihirkan". (riwayat al-Tabrani).
Kehebatan ilmu perbomohan dalam masyarakat Melayu semakin diuar-uarkan apabila unsur ini mula diindahkan untuk tontonan umum melalui filem serta drama tempatan. Untuk mengaut jualan tiket jutaan ringgit para pengeluar filem berlumba-lumba menerbitkan filem hantu ataupun filem seram yang intipatinya tidak lain adalah tahyul.
Kebanjiran filem genre ini menyebabkan ia dianggap normal atau trend yang tidak membawa apa-apa masalah.
Namun jika berulang kali diulang tayang ia akan menjadi sumber rujukan masyarakat, sungguhpun asalnya hanya sebuah khayalan.
Kepercayaan mistik yang berpusat kepada dunia perbomohan juga berjangkit menjadi penipuan perniagaan. Jika dilihat dalam penjualan di internet penggunaan bahan karut dan tahyul ini semakin laris kerana mendapat permintaan yang tinggi termasuk dari kalangan orang terpelajar.
Sesiapa sahaja boleh membeli secara on-line benda-benda yang dianggap mempunyai kuasa mistik seperti keris, batu delima, batu geliga, tangkal, kain kaabah, tongkat, pelepah tamar dan sebagainya.
Oleh: MOHD. SOLAHUDDIN SHAHRUDDIN
Sumber: http://www.utusan.com.my/
Peristiwa Akhir Zaman:Tanda Besar Qiamat
Mungkin ada yang pernah terbaca mengenai habis di bawah dan ada juga yang mungkin tidak pernah tahu. Bagi yang tak pernah tahu, kini anda semua akan tahu. Kemungkinan hadis ini akan buatkan anda mengeletar dan rasa seram sejuk.
Hadis ini dipetik dari sahabat Rasulullah SAW yang mulia iaitu Abu Hurairah R.A:
"Aku telah menghafal dua karung ilmu daripada Rasulullah SAW adapun salah satunya telah aku sebar luaskan, sedangkan yang satu lagi andaikata aku sebar luaskan maka (pasti) leher ini akan dipenggal."{1}
Imam Ibn Hajar menulis di dalam Fathur Bari bahawa Saidina Abu Hurairah mengetahui nama-nama para amir, raja dan ayah mereka. Abu Hurairah pada mulanya menyembunyikan ilmunya mengenai hal itu kemudian menyampaikannya menjelang kematiannya kerana takut dosa di atas perbuatan menyembunyikan ilmu.
Ini adalah atsar yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah, Sayydina Ibn Abbas, dan Sayydina Ali bin Abi Thalib. Dia berkata pada orang-orang disekelilingnya :
"Aku mempunyai maklumat mengenai peperangan-peperangan yang terjadi di akhir zaman." Maka orang-orang berkata : "Beritahukanlah kepada kami, tidak mengapa semoga ALLAH memberikan pahala yang lebih baik." Maka beliau pun berkata : "Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun dan hendaklah kalian menghitung beberapa dekad kemudian, Raja Romawi berpendapat bahawa Perang Dunia yang melibatkan seluruh dunia pasti terjadi maka ALLAH mengkehendaki peperangan baginya. Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi berkuasalah seorang lelaki dari negara bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri bersalju dan kaya, maka ia berada di dalam murka ALLAH. Setelah berlangsung tahun-tahun api, dia dibunuh secara hina oleh rahsia Rusy atau Rus."
"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun, hitunglah lima atau enam, Mesir akan diperintah oleh seorang lelaki yang digelar sebagai Nashir, oran-orang Arab menyebutnya sebagai 'syuja' ul arab' (Pemberani Orang Arab), ALLAH menghinakannya dalam sebuah peperangan dan sebuah peperangan lagi; dia tidak mendapat kemenangan. ALLAH mengkehendaki untuk memberikan kemenangan bagi Mesir, kemenangan sejati bagi-Nya, pada bulan yang paling dicintai-Nya dan milik-Nya, maka Pemilik Rumah dan Bangsa Arab menyenangkan Mesir dengan Asmar Sada, ayahnya Anwaru Minhu - lebih bercahaya daripada dia, akan tetapi dia membuat perjanjian damai dengan pencuri-pencuri Masjidil Haram di negeri yang penuh duka.
Dan di Iraq Syam, ada lelaki yang sangat kejam...dan...Sufyani, pada salah satu daripada kedua matanya ada kasal, 'kelopak mata yang turun' sedikit. Namanya diambil daripada pecahan kata shidam dan dia 'shaddam liman aradhahu' (penghancur bagi siapa saja yang menentangnya, dunia berkumpul menyerangnya di (Kut) kecil yang dimasukinya dan dia tertipu. Tidak ada kebaikan di dalam diri Sufyani kecuali dengan Islam. Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin."
"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... akan muncul al-Mahdi al-Amin (pemimpin yang mendapat petunjuk dan dapat dipercayai), memerangi seluruh dunia, bersatu memeranginya ialah orang-orang yang sesat (Nasrani), orang-orang yang dimurkai (Yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan dalam kemunafikannya di negeri Isra' dan Mi'raj dekat gunung Mageddon. Akan keluar menghadapinya Ratu Dunia dan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika). Ia merayu dunia pada hari itu dalam kesesatan dan kekafiran. Yahudi ketika itu berada di puncak ketinggian, menguasai Al-Quds dan kota suci. Seluruh negeri datang dari laut dan udara kecuali kecuali negeri-negeri salju yang sangat dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas. Al-Mahdi melihat bahawa seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya dan yakin bahawa ALLAH boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit.
Dia yakin bahawa seluruh alam adalah milik ALLAH, kepada ALLAH saja semua akan kembali. Seluruh dunia adalah pohon baginya yang akan dikuasai dari ranting hingga akarnya (...) maka ALLAH melempari mereka dengan anak panah yang paling dahsyat, yang membakar bumi, laut dan langit mereka. langit pun menurunkan hujan yang buruk dan seluruh penduduk bumi mengutuk semua orang kafir di bumi dan ALLAH mengizinkan hilangnya semua kekufuran."{2}
Huraiannya adalah seperti berikut :
Perang Dunia Pertama :
Disebutkan - Pada dekad-dekad Hijriyah setelah 1300 tahun dan hitunglah beberapa dekad... yakni kita menghitung beberapa dekad setelah tahun 1300 H. Demikianlah jumlah dekadnya masih kabur. Satu dekad adalah 10 tahun. Dan benar, pada tahun 1914 Masihi atau sekitar tahun 1332 H, terjadilah peperangan. Bererti, jumlah dekad yang masih kabur itu adalah tiga dekad ditambah kira-kira dua tahun lagi.
Perang Dunia Kedua:
Disebutkan - Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi, berkuasalah seorang lelaki dari negara yang bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri... dan benar, hanya 20 tahun kemudian (2 dekad bersamaan sebutan Abu Hurairah, satu dekad dan satu dekad lagi) meletuslah Perang Dunia Kedua yang digerakkan oleh as-Sayyid al-Kabir (pemimpin besar atau Hitler). Di Jerman orang memanggilnya Hitler.
Perang Dunia Ketiga :
Disebutkan - Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... bermaksud peperangan akan terjadi diantara tahun 1420 H hingga 1430 H. Kita sekarang berada pada tahun 1431 H, maka peperangan itu sudah berada diambang pintu, boleh meletus pada bila-bila masa saja.{3}
Jika anda rasa ianya bermanfaat untuk anda dan keluarga anda, sebarkanlah..
Rujuk:
- Hadith riwayat Bukhari di dalam Sahihnya, kitab al-'Ilm, bab: Menghafal Ilmu, hlm 213
- Al-Fitan, hlm 216. Tempat yang bertitik (...) adalah tulisan yang terhapus pada manuskrip asal. Lihat Huru-Hara Akhir Zaman, hlm 47-50
- Huru-Hara Akhir Zaman, hlm 49-51
Wednesday, October 26, 2011
Sunday, October 23, 2011
Makan Jering Berlebihan Boleh Rosakkan Buah Pinggang
Kandungan ‘djengkolic acid’ dalam jering, sejenis buah yang dijadikan ulam, boleh merosakkan buah pinggang jika dimakan secara berlebihan, kata Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia Datuk Dr Zaki Morad Mohd Zaher.
Beliau berkata ramai di kalangan masyarakat di negara ini gemarkan jering yang dianggap pembuka selera ketika menikmati juadah nasi tanpa menyedari bahaya buah berkenaan.
“Jering sebenarnya berbahaya jika diambil secara berlebihan, sejenis asid yang dipanggil ‘djengkolic acid’ dalam jering boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.
“Antara risiko yang biasa dialami penggemar jering ini ialah penyakit ‘kapit jering’ yang merupakan istilah tempatan, iaitu buah pinggang individu yang terkena ‘kapit jering’ akan berhenti berfungsi sehingga seminggu,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata penyakit itu biasanya menyerang individu yang gemar memakan jering mentah atau separa masak.
Dr Zaki berkata sehubungan itu, penggemar jering dinasihat tidak memakannya secara mentah, sebaliknya merebus buah tersebut sehingga masak bagi mengurangkan kandungan asid berkenaan.
Katanya, walaupun asid dalam jering boleh menyebabkan buah pinggang rosak sementara, namun ada juga kes yang menyaksikan buah pinggang gagal berfungsi sehingga terpaksa menerima rawatan dialisis.
Sementara itu, Ketua Unit Nefrologi Jabatan Perubatan, Hospital Raja Perempuan Zainab II Dr Sukeri Muhamad berkata individu yang menghidap penyakit buah pinggang kronik, tidak digalakkan memakan jering bagi mengelak mengalami risiko lebih teruk.
Selain itu, beliau mengingatkan individu pemakan jering yang mendapati air kencingnya berdarah secara tiba-tiba, atau tidak kencing langsung dan sakit perut berpanjangan, agar segera memaklumkan perkara itu kepada hospital bagi mendapat rawatan segera.
Sumber: http://www.harian-metro-online.com/
Saturday, October 22, 2011
Sentiasa Berwuduk Elak Dipukau
KUALA LUMPUR: “Cara paling mudah seseorang itu mengelakkan diri daripada terkena ilmu pukau ialah dengan sentiasa berada dalam keadaan berwuduk supaya jin dan syaitan tidak dapat menguasai diri kita.
“Latihan seperti itu perlu diamalkan supaya niat jahat seseorang itu tidak berjaya kerana hanya wuduk mampu mematahkan semua niat jahat ingin diperlakukan kepada kita ,” kata Pengasas Pusat Rawatan Terapi al-Quran Darul Hikmah, Abdul Malek Abdul Ladzim Al Azhari.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai seorang pesara yang kerugian RM50,000 selepas dipukau seorang lelaki berperwatakan alim dengan hanya menepuk bahu.
Lelaki berkenaan mampu membuatkan mangsanya secara tanpa disedari menyerahkan geran tanah, wang tunai serta barangan kemas kepadanya.
Abdul Malek berkata, ilmu pukau sebahagian ilmu sihir yang wujud sejak zaman Nabi Musa lagi iaitu ketika Nabi Musa terpaksa berhadapan dengan ahli sihir Firaun.
Menurutnya, pukau akan menyebabkan seseorang itu dikuasai jin kafir yang melakukan perjanjian dengan tuannya untuk merosakkan seseorang yang dikehendaki.
Katanya, banyak lagi cara yang boleh dilakukan bagi mengelakkan diri daripada terkena ilmu pukau ini iaitu dengan mengamalkan ayat suci al-Quran dan zikir sebagai benteng untuk diri.
“Pukau ini mempunyai pelbagai cara seperti menggunakan asap rokok, angin dan dengan menyebut nama orang berkenaan. Ilmu sihir sekarang juga boleh dilakukan melalui dalam telefon.
“Oleh itu, jika pengamal ilmu sihir boleh melakukan latihan untuk mendapatkan ilmu yang dikehendaki, kita juga perlu melatih diri kita dengan mengamalkan panduan yang boleh mengelakkan diri dari terkena ilmu berkenaan,” katanya
Sumber: http://www.harian-metro.com
“Latihan seperti itu perlu diamalkan supaya niat jahat seseorang itu tidak berjaya kerana hanya wuduk mampu mematahkan semua niat jahat ingin diperlakukan kepada kita ,” kata Pengasas Pusat Rawatan Terapi al-Quran Darul Hikmah, Abdul Malek Abdul Ladzim Al Azhari.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai seorang pesara yang kerugian RM50,000 selepas dipukau seorang lelaki berperwatakan alim dengan hanya menepuk bahu.
Lelaki berkenaan mampu membuatkan mangsanya secara tanpa disedari menyerahkan geran tanah, wang tunai serta barangan kemas kepadanya.
Abdul Malek berkata, ilmu pukau sebahagian ilmu sihir yang wujud sejak zaman Nabi Musa lagi iaitu ketika Nabi Musa terpaksa berhadapan dengan ahli sihir Firaun.
Menurutnya, pukau akan menyebabkan seseorang itu dikuasai jin kafir yang melakukan perjanjian dengan tuannya untuk merosakkan seseorang yang dikehendaki.
Katanya, banyak lagi cara yang boleh dilakukan bagi mengelakkan diri daripada terkena ilmu pukau ini iaitu dengan mengamalkan ayat suci al-Quran dan zikir sebagai benteng untuk diri.
“Pukau ini mempunyai pelbagai cara seperti menggunakan asap rokok, angin dan dengan menyebut nama orang berkenaan. Ilmu sihir sekarang juga boleh dilakukan melalui dalam telefon.
“Oleh itu, jika pengamal ilmu sihir boleh melakukan latihan untuk mendapatkan ilmu yang dikehendaki, kita juga perlu melatih diri kita dengan mengamalkan panduan yang boleh mengelakkan diri dari terkena ilmu berkenaan,” katanya
Sumber: http://www.harian-metro.com
Subscribe to:
Posts (Atom)