Tuesday, March 27, 2012

Proses Pembinaan Kurikulum Yang Berkesan


Pembinaan kurikulum merujuk kepada proses untuk membuat keputusan tentang program kurikulum dan mengkaji semula hasil keputusan itu dalam penilaian yang berterusan (Oliva, 1997). Untuk membina kurikulum berkesan, kita digalakkan mengkaji beberapa rasional yang melibat beberapa unsur dan perkaitan. Ini adalah bertujuan untuk membina konsep yang menggambarkan rupabentuk kurikulum yang hendak dibina kurikulum .

Rasional yang hendak dilihat untuk membina kurikulum haruslah bermula dengan mengenalpasti empat soalan dasar, dang perlu dijawab dalam usaha membina mana-mana kurikulum. Antaranya ialah seperti berikut:
  1. Apakah tujuan pendidikan yang hendak dicapai ketika kurikulum dibina?
  2. Apakah pengalaman pendidikan yang bolah disediakan untuk mencapai tujuan tersebut?
  3. Bagaimanakah pengalaman pendidikan ini boleh dikendalikan dengan berkesan?
  4. Bagaiamanakah kita dapat menentukan sama ada tujuan-tujuan ini tercapai?
Selain daripada rasional ada dua perkara dikaitkan dalam membina kurikulum iaitu falsafah dan teori pembelajaran. Ia perlu mempunyai kerangka yang menekankan apa dan bagaimana sesuatu pelajaran hendak dipelajari cara-cara pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Pertimbangan tentang rasional, falsafah dan teori perlu dilakukan secara menyeluruh, supaya elemen-elemen yang diperkenalkan dengan program pembelajaran (kurikulum) akan dilaksanakan memenuhi objektif dan tujuan kurikulum tersebut. Menurut Tyler (1949), jika kita hendak mengkaji program (kurikulum) pendidikan secara sistematik dan bijaksana, kita hendaka memastikan objektif pendidikan dicapai. Selain daripada itu ada beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan kurikulum yang berkesan iaitu;
  1. Falsafah pendidikan
  2. Kehendak masyarakat
  3. Faktor politik
  4. Faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia
  5. Faktor perubahan sosial
  6. Faktor perancang dan pelaksana kurikulum
  7. Faktor murid , kehendak , dan keperluan masyarakat
  8. Faktor perkembangan ilmu dan kepentingannya
  9. Pengaruh psikologi pendidikan
Proses perkembangan kurikulum sebagai sifatnya yang sentiasa berubah turut dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran yang merangsang reaksi manusia yang terlibat dalam kepentingannya. Hasrat terhadap perubahan kurikulum berkesan itu menggambarkan keperluan pendidikan yang menjadi wadah penerusan kepada kemajuan tamadun bangsa dan negara itu sendiri.

Sebenarnya, faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan perkembangan kurikulum berkesan adalah elemen yang saling berkait antara satu sama lain. Kesimpulannya bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kurikulum berkesan itu dapat melahirkan satu idealisme dan perubahan keperluan masyarakat dan negara. Proses berlaku bermula dari institusi persekolahan hingga ke pusat pengajian tinggi, bagi mencipta satu budaya atau tamadun baru melalui kurikulum yang berkesan.

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers