Monday, December 15, 2014

Memangkas Pelepah Kelapa sawit


 
Pemangkasan bertujuan memudahkan kerja merumput dan membaja terutama semasa pokok masih muda, menyegerakan kerja penuaian dan memudahkan kerja memungut buah lerai . Pemangkasan boleh dibahagikan kepada empat keadaan:

Pemangkasan pelepah pokok muda: Pemangkasan hendaklah dilakukan enam bulan sebelum menuai. Biasanya dilakukan serentak semasa kerja mengkasi. Pelepah bawah sekali hendaklah dipotong setelah jambak bunga dikasi dan tinggalkan dua pelepah di bawah tandan.
 
Pemangkasan biasa semasa menuai: Pelepah hendaklah dipotong untuk memotong tandan masak. Ini mesti dilakukan pada setiap pusingan menuai.
 
Pemangkasan Tahunan: Pemangkasan biasanya dilakukan sekali setahun di mana pelepah yang telah tua dan kering yang tertinggal dalam mana-mana pusingan menuai dipotong dan dilonggokkan di tengah barisan. Peringkat ini tidak melibatkan semua pokok.
 
Pemangkasan Pelepah Pokok Matang: Pokok yang telah berumur lebih 10 tahun, pemangkasan hendaklah dibuat dengan meninggalkan satu pelepah di bawah tandan.

4 comments:

  1. De duoc cac Kien truc su cua Cong ty CP Kien truc & Xay dung PHong Vu tu van mien phi ve thiet ke kien truc, noi that noi chung va Thiet ke noi that phong khach noi rieng. Vui long truy cap website phongvuarc.com

    ReplyDelete
  2. Kabar Baik Untuk Para pencinta Game Karena di Bulan januari ini Sudah keluar Game RPG Online Terpopuler Se-Asia Penasarankan Game nya Seperti apa??? Kalian bisa dilihat game nya dari link di bawah yaaa

    ReplyDelete
  3. Menarik sekali, perlu saya coba ini.. kebetulan lagi cara tentang hal ini.

    ReplyDelete
  4. Mau mendapatkan pelayanan yang baik dan ramah??? Modal Kecil bisa mendapatkan hasil yg luar biasa...

    ReplyDelete