Sumber: http://greenfoliar.blogspot.com/
Pengurusan
penyakit tanaman sawit merupakan aspek penting untuk menambah kuantiti dan
kualiti hasil yang akan dikeluarkan. Bagi industri sawit, beberapa penyakit
telah dikenalpasti boleh menjejaskan industri pengeluaran minyak sawit.
Penyakit-penyakit tersebut adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti
genetik dan kulat.
Penyakit
Jembala (Crown Diseases)
Penyakit ini
mudah dikesan apabila terdapat pelepah dan daun menjadi patah di bahagian
tengah mengakibatkannya berbau busuk. Antara faktor penyebab berlakunya
penyakit Crown Diseases ini adalah pokok yang baru berkembang mengalami tekanan
atau stress, menerima kurang nutrisi dan genetic. Pada peringkat akhir
serangan, pelepah dan pucuk yang patah akan berbentuk mahkota (crown)
Penyakit
reput pucuk (rut bot- spear Rot)
Penyakit ini
dapat dikesan apabila bahagian pangkal pucuk muda menjadi perang. Pucuk yang
mati senang dicabut dan jika umbut tidak terjejas kemungkinan pokok akan
mengeluarkan pucuk baru. Pokok yang diserang penyakit ini akan mengeluarkan bau
busuk (putrid odour) dan mempunyai kaitan dengan serangan bacteria. Dalam
jangka masa 12-24 bulan, pokok yang terkena serangan penyakit ini akan
mengeluarkan berat buah yang semakin berkurangan termasuk kualiti pengeluaran
minyak oleh tandan terbabit. Pokok yang mengalami serangan yang serius akan
mati.
Reput batang
bahagian atas (Upper Stem Rot)
Pokok yang
diserang akan terdapat tompok-tompok kuning (chlorisis) pada daun. Ibu kulat
(sporophores) biasanya tumbuh seperti kulit keras berwarna perang kekelabuan
berukur 8sm - 10sm.
Reput Tandan
Buah (Marasmius)
Tanda-tanda
penyakit mudah dikesan apabila tandan buah reput diliputi bebenang putih
(mycelium). Apabila keseluruhan tandan buah diserang, cendawan-cendawan akan
kelihatan. Cendawan – cendawan ini selalunya berwarna putih dan berubah menjadi
merah samar pada musim kering atau kemarau.
Penyakit
reput pangkal batang (Basal stem Rot)
Agen
penyebab; Ganoderma boninense. Penyakit ini
telah dikenalpasti boleh menjejaskan Industri pengeluaran minyak sawit. Mengikut
laporan, dibahagian tepi pantai pokok yang berumur 13 tahun ke atas, sebanyak
80% akan diserang penyakit BSR.
Di bahagian
pedalaman pula, pokok yang berumur 13 tahun keatas menunjukkan 30% berpotensi
diserang oleh penyakit BSR.
Penyakit ini menyebabkan pucuk tidak berkembang atau tidak terbuka dan akhirnya menjadi perang dan mati. Serangan bermula dari pelepah tua. Pelepah yang mati menjadi terkulai, membentuk seperti penutup di sekeliling batang. Apabila pangkal batang reput, semua pelepah akan mati. Pada peringkat awal, ibu kulat menjadi putih dan berubah-ubah menjadi perang berkilat pada bahagian atas. Penyakit BSR juga merupakan sejenis penyakit yang mudah berjangkit dan bersifat parasit pada akar dan pohon.
Pada asasnya penyakit BSR disebar oleh Spora cendawan dengan beberapa cara ;
- Pembiakan 'Berseks' dan 'Tanpa seks' .
- Disebar oleh tanah dan akar.
- Disebar oleh air dan udara.
- Disebar oleh serangga.
- Disebarkan oleh pekerja.
- Pekebun yang kurang pengetahuan BSR.
Miselium boleh merembeskan pelbagai jenis enzim yang boleh menguraikan serat kayu pokok kelapa sawit dan menyerap menjadi pemakanan, pada masa yang sama ia akan mereput pokok kelapa sawit. Faktor-faktor yang mungkin menyebabkan penyakit BSR
- Persekitaran yang lembap.
- Tanah yang berasid.
- Pokok yang berumur.
- Baja yang berlebihan dan tidak seimbang.
- Disebar oleh tanaman lain yang telah dijangkit oleh penyakit BSR seperti pokok kelapa dan getah.
- Tanam semula di atas kawasan yang belum dibersihkan dengan teliti yang menghadapi BSR sebelum ini.
- Menggunakan baja organik 'mentah' atau yang tercampur abuk kayu yang mengandungi spora seperti tahi ayam.
- Penggunaan racun rumpai menyebabkan reput akar.
Jangka panjang dan penggunaan baja kimia yang berlebihan menjadi punca keasidan tanah, strain mikrob tanah akan berkurangan atau apabila kehilangan keseimbangan ekologi,imunisasi pokok akan menjadi lemah dan mudah dijangkit penyakit BSR.
Kaedah pencegahan & Pengawalan Penyakit Sawit
Penyakit Jembala (Crown Disease)
Untuk mengelakkan merebaknya penyakit ini, bahagian yang dijangkiti hendaklah dipotong dan diikuti dengan semburan 0.1% Thiabendazol.
Reput pucuk (But Rot – Spear Rot)
Pengawalan yang dilakukan adalah dengan mencabut pucuk-pucuk yang mati dan sembur bahagian tersebut dengan campuran racun kulai atau racun bacteria seperti Thiram dan Streptomycin. Selain itu, untuk merawat penyakit ini dari menjadi lebih serius, baja yang digunakan hendaklah mengandungi asid phosphoric, potassium hydroxide dan potassium citrate samada melalui suntikan ke batang pokok atau melalui serapan akar. Baja Green Drops mengandungi 8.28% Potassium, 3.07% Phosphorus dan 6.10% Nitrogen dan ia mencukupi untuk mencegah serta mengurangkan penyakit Reput Pucuk.
Reput Batang Bahagian Atas (Upper Stem Rot)
Penyakit ini boleh dikawal dengan memotong bahagian yang diserang dan sapu cat pelindung pada bahagian tersebut. Pokok yang mati hendaklah dimusnahkan dengan cara membakar.
Reput Tandan Buah (Marasmius)
Penyakit reput tandan buah boleh dikawal dengan cara memusnahkan semua tandan yang diserang. Jika hanya sebahagian sahaja yang diserang, semburan racun kulat adalah disyorkan. Langkah pencegahan boleh dilakukan dengan cara membuang semua tandan buah muda supaya kulat tidak merebak dan menjadikan tandan-tandan berkenaan busuk.
Reput Pangkal Batang (Basal Stem Rot)
Penyakit ini belum ada satu kawalan yang baik. Bagaimanapun penyakit seumpama ini dapat dielak dengan menjaga kebersihan ladang dengan baik. Pokok yang kena serangan perlu dimusnahkan.
Cara rawatan penyakit cendawan:
Pulihkan tanah dahulu. Baja Green Drops mampu memulih dan meningkatkan tahap PH dalam tanah. Baja Green Drops juga mampu mengurangkan fungal, pathogen, nematode dan lain-lain penyakit dalam tanah. Ini sekaligus akan membunuh bakteria cendawan.
Ingat, perlu sihatkan dahulu tanah sebelum membuat sebarang rawatan terhadap ganoderma. Dengan penggunaan baja Green Drops, tanah akan kembali kepada neutral dan persekitaran yang sihat ini akan membantu pertumbuhan kelapa sawit. Baja Green Drops mengandungi semua unsur yang diperlukan oleh tumbuhan seperti Aluminium, Boron, Calcium, Carbon, Copper. Iron, Magnesium, Manganese, Molybdenum, Nitrogen, Oxygen dan banyak lagi.
No comments:
Post a Comment