Monday, November 28, 2011

Manusia Diuji Dalam Pelbagai Bentuk


ANTARA ujian-ujian yang disebut oleh Allah adalah berkaitan dengan ujian berkaitan dengan harta, keluarga dan berhubung dengan negara.

Ini seperti mana firman Allah SWT yang bermaksud: Kemudian, Sesungguhnya Tuhanmu (memberikan pertolongan) kepada orang-orang yang telah berhijrah sesudah mereka difitnahkan (oleh kaum musyrik), kemudian mereka berjihad serta bersabar; Sesungguhnya Tuhanmu - sesudah mereka menderita dan bersabar Dalam perjuangan - adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (an-Nahl: 110)

Selain itu, hijrah juga dapat dikaitkan dengan aspek pengorbanan dan jihad, kerana hijrah merupakan salah satu cara untuk mempertahankan akidah Islam yang suci dan menjaga kehormatan diri.

Ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (al-Baqarah: 218)

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu dengan yang lain. Dan orang-orang yang beriman yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikitpun untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah. Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) ugama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kamu dengan mereka. dan (ingatlah) Allah Maha melihat akan apa yang kamu lakukan." (al-Anfal: 72)

Sempena sambutan tahun baru hijrah 1433 ini, sewajarnya setiap individu muslim melakukan muhasabah diri atau tindakan pembetulan serta melakukan sesuatu amalan atau kegiatan yang tidak bertentangan dengan syariat Islam agar sambutan yang diadakan agar lebih bermakna.

Ini selaras dengan persetujuan para ulama yang memahami peristiwa hijrah nabi merupakan satu titik perkembangan dakwah Islamiah bagi membina masyarakat yang lebih bermakna bagi membawa seluruh umat Islam melakukan transformasi ke arah lebih berjaya.

Dalam konteks umat Islam di Malaysia pada hari ini, peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW yang sarat dengan pengajaran dan iktibar itu perlu difahami dan diserap segala pengajaran dan hikmatnya.

Ia merangkumi aspek hijrah pembinaan masyarakat yang lebih harmoni, penghayatan Islam yang lebih bermakna dan juga mengajak diri masing-masing meninggalkan perbuatan yang kotor dan maksiat dengan berhijrah ke arah memperbaiki diri, hati dan jiwa menjadi suci dan bersih dengan menghayati dan mengamalkan ajaran Islam.

Ini menepati firman Allah SWT yang bermaksud: Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka Sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (an-Nisa': 100)

Selain dari itu semoga kita sama-sama dapat menghayati maksud doa awal tahun yang sering kita baca bagi menyambut tahun baru hijrah yang bermaksud,

"Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, yang awal dan ke atas kelebihan-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan-Mu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepada-Mu Wahai Tuhan yang Maha Agung dan Maha Mulia.

"Wahai Tuhan yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka."

Semoga kehadiran 1 Muharam 1433 akan membawa kita ke arah lebih baik dalam segala aspek kehidupan diri dan masyarakat seluruhnya bagi mewujudkan manusia yang terbaik

Sumber: http://www.utusan.com.my/

Kisah Harun ar-Rasyid


Harun ar-Rasyid adalah seorang raja. Dia terkenal dengan keadilan dan cintanya pada ilmu pengetahuan. Suatu hari, Harun ar-Rasyid pergi berburu. Di tengah perjalanan, dia bertemu dengan sesorang yang bernama Bahlul. Harun berkata, “Berilah aku nasihat, wahai Bahlul.”

Lalu lelaki itu berkata, “Wahai Amirul Mukminin, di manakah bapa dan datuk-datukmu, dari sejak Rasulullah sehingga bapamu?”

Harun menjawab “Semuanya telah mati.”

“Di manakah istana mereka?” Tanya Bahlul.

“Itu istana mereka.” Jawab Harun.

“Lalu di mana kubur mereka?” Tanya Bahlul.

“Ini, di sini kubur mereka.” Jawab Harun.

Bahlul berkata, “Di situ istana mereka, di sini kubur mereka. Bukankah sekarang itu sedikitpun tidak member manfaat kepada mereka?”

“Kamu benar. Tambahlah nasihatmu, Bahlul,” kata Harun ar-Rasyid. “Wahai Amirul Mukminin, kamu diberi kekuasaan dan umur panjang. Lalu, apa yang boleh kamu lakukan? Bukankah kubau adalah perhentian terakhir bagi setiap yang hidup, kemudian kamu akan dibicarakan tentang berbagai masalah?”

“Tentu!” kata Harun.

Setelah itu, Harun pulang dan jatuh sakit. Setelah beberapa hari menderita sakit, sehingga ajal menjemputnya. Ketika detik-detik terakhir kehidupannya, dia memanggil menterinya serta menyuruh menterinya mengumpul keseluruh tenteranya. Sejurus kemudian itu, datanglah tenteranya dan berkumpul di hadapan Harun lengkap dengan pedang dan perisai. Begitu ramai tenteranya hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Melihat keadaan itu, Harun terus menangis lalu berkata, “Wahai Zat yang tidak pernah kehilangan kekuasaan, kasihanilah hambaMu ini yang telah kehilangan kekuasaan.”

Tangisan itu tidak berhenti sehingga ajalnya sampai. Setelah meninggal, Khalifah yang memiliki kekuasaan yang sangat luas itu tinggal di lahad yang sempit. Tidak ada menteri yang menemaninya. Tidak ada kawan bersembang yang menyertainya. Dia tidak dikebumikan dengan harta dan istananya. Kekuasaan yang dimiliki sebelum ini tidak berguna lagi.

Sunday, November 27, 2011

Realizing Your Risk Factors for Heart Disease


Sometimes I'm tired. Sometimes I feel lazy. Sometimes I don't feel like writing my blog. I've been working with the American Heart Association and other organizations for years. I've worked to build awareness about stroke and how to prevent it. Having been there, I don't want anyone else to go through what I did. Or if they do, I hope they have the outcome I did, a full recovery. I've been writing this blog entry for two years now. I often wonder if my words are ever helpful to anyone. I hope so.

Sometimes I feel like I really don't have anything to say that would make a difference. Then I read some of the comments readers leave and I feel good. It's nice to know my efforts are reaching people. Then I hear of new data from the Centers for Disease Control and know all the work being done to build awareness about heart disease and stroke is worth it.

The new data released by the CDC shows that deaths caused by coronary heart disease and stroke are down by 25.8 percent and 24.4 percent, respectively, since 1999. I think this is a huge. The American Heart Association had hoped to reach this goal of reducing deaths for coronary heart disease by 2010. But it's been done and almost achieved for stroke too. But while we can sit back and enjoy these new numbers, it's no time to slow down. Because even though these numbers are encouraging, heart disease and stroke are still the number one and number three causes of death in the United States. And several major risk factors for both are still too high and several are currently on the rise.

According to the American Heart Association, the number of people with uncontrolled hypertension has fallen by only 16 percent since 1999. The number of people with elevated blood cholesterol is down 19 percent and tobacco use is down 15 percent. The rate of physical inactivity has only declined by 2.5 percent, by far the most alarming statistic. What's worse, is the rates for obesity and type II diabetes are actually on the rise and showing up at earlier ages. This is why American Heart Association president Dan Jones, M.D. responded to the new data as being a victory that could be short-lived if these risk factors that lead to heart disease and stroke are not also reduced. Continued efforts in educating Americans about the importance of taking better care of their health is vital.

So, I'll keep writing to you and doing all I can to help people realized their risk factors. Because together I believe we can change our lifestyles to reduce the risk and live longer, healthier lives

Written by: Deanne Stein
Sumber: http://www.healthcentral.com/

Hamnah binti Jahsy Pahlawan Perang Uhud


Hamnah binti Jahsy adalah saudara Ummul Mukmin Zainab. Ia adalah isteri Mush’ab bin Umair yang terbunuh dalam perang Uhud. Kemudian ia dikahwin oleh Thalhah bin Ubaidillah, yang melahirkan anak bernama Muhammad bin Imran.

Hamnah binti jahsy merupakan salah seorang wanita yang berbai’ah kepada Nabi Muhammad s.a.w., dan ikut serta dalam perang Uhud, untuk member minuman orang-orang yang kehausan, merawat dan mengubati orang-orang yang terluka.”

Ibnu Sa’ad berkata; “Rasulullah s.a.w. pernah memberinya makanan dari harta di Khaibar sebanyak tiga puluh wasaq.”

Ibu Hamnah ialah Umaimah binti Abdul Muthalib dan ia juga merupakan ibu kepada kepada Muhammad bin Thalhah yang terkenal banyak bersujud kepada Allah. Ia juga merupakan contoh yang baik untuk diteladani dalam pergorbanan dan perjuangan untuk menegakkan agama Allah.

Kedudukkan Hamnah binti Jahsy dalam perang Uhud standing dengan kaum lelaki. Diriwayatkan “Ia datang ke tempat pertempuran untuk mengambil orang terluka lalu mengubatinya”.

Hamnah adalah seorang pejuan wanita yang tabah dan ikhlas. Ketika suaminya Mush’ab bin Umair syahid dalam peperangan Uhud, ia menerimanya dengan penuh kesabaran dan keikhlasan. Sehingga Allah menggantikannya dengan Thalhah bin Ubaidillah, salah seorang sepuluh sahabat yang dijamin masuk syurga.

Nama Hamnah binti Jahsy, Mush’ad bin Umair dan Thalhah bin Ubaidillah sering disebut-sebut oleh orang ramai, sepanjang zaman. Mereka adalah lambang perjuangan dan pengoraban untuk diikuti kita di zaman ini.

Golongan kafir dari kalangaan Bani Israil yang dilaknati dalam Kitab Zabur dab Injil


Firman Allah s.w.t. bermaksud;

“Telah dilaknati orang kafir dari bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka derhaka dan sentiasa melampaui batas.” Surah Al-Ma’idah: 78.

Allah s.w.t. telah melaknai orang orang yang kafir dari Bani Israil di dalam kitab Zabur dan Injil.

Ibnu Abbas meriwayatkan; mereka dilaknati oleh setiap lisan, dilaknat pada zaman Nabi Daud di dalam Zabur, pada zaman Nabi Isa di dalam Injil dan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. di dalam Al-Quran.

Ahli Tafsir menafsirkan; sesungguhnya kaum Yahudi itu ketika mereka melakukan pelangngaran pada hari sabtu (hari yang dikhususkan bagi mereka untuk beribadat), Nabi Daud mendoakan atas mereka (keburukan), kemudian Allah menjadikan mereka kera. Demikan juga kaum Yahudi pada zaman Nabi Isa, orang yang mengagungkan hidangan, sehingga nampak kekufuran mereka terhadap Nabi Isa. Lalu Nabi Isa mendoakan kaum Yahudi tersebut menjadi Khinzir