Sunday, April 24, 2011

Sarung Pakaian Dalam Longgar Bagi Elak Masalah Varikosel


Masalah varikosel atau pembuluh darah vena buah zakar mengembang boleh berlaku secara semula jadi pada segelintir lelaki.

Ia sebenarnya tidak dikategorikan sebagai penyakit sebaliknya hanyalah perubahan struktur dinding vena pada buah zakar yang hilang fungsi elastik atau keanjalan sehingga menyebabkan darah mendap di dalamnya.

Keadaan ini menyebabkan buah zakar berdekatan vena yang kembang itu terdedah kepada kepanasan bagi tempoh lama, sekali gus menjejaskan kilang sperma.

Kadangkala anda akan berasa senak pada bahagian yang ada varikosel. Ini berlaku apabila vena yang kembang, mencengkam untuk menolak darah mendap itu memasuki vena dalaman yang lebih besar.

Varikosel ini biasanya dikaitkan dengan masalah kesuburan lelaki, apatah lagi sekiranya buah zakar berada dekat dengan saluran vena akibat pemakaian pakaian dalam yang ketat (buah zakar terdedah kepada pemanasan).

Jika ini berlaku, cara paling berkesan untuk pemulihan kesuburan ialah melalui pembedahan mengikat salur vena yang kembang dan mengurangkan kebengkakan vena.

Namun, ini tidak bermakna lelaki itu akan dapat memulihkan tahap kesuburannya. Jika sel kilang sperma sudah rosak, maka pemulihan kesuburan tidak akan berlaku.

Anda tidak perlu khuatir mengenai varikosel. Sebilangan besar lelaki mengalami beng kak pada vena sebelah kiri berbanding sebelah kanan dan tidak semua mereka yang mengalami masalah kesuburan.

Anda juga boleh memakai pakaian dalam yang longgar dan selesa. Sekiranya anda sudah berkahwin tetapi masih belum mendapat anak dalam tempoh setahun, barulah anda dan pasangan menjalani ujian kesuburan.

Sumber: mymetro

No comments:

Post a Comment