Wednesday, December 28, 2011

Kejadian Hari dan Kiamat


Kitab suci Al-Quran menyebutnya sebagai ‘qiamat’. Agama Hindu mengenalinya sebagai ‘maha pralaya’. Apabila alam Melayu mula menerima Islam, Maha Pralaya pun berganti dengan ‘kiamat’, mengikut lidah Melayu apabila menyebut ‘qiamat’.

Saya melihat ada DUA SESI HARI KIAMAT sebagaimana yang digambarkan oleh Allah SWT dalam al-Quran. Kiamat yang pertama ialah hari berlakunya kemusnahan alam. Kiamat yang kedua pula ialah hari kebangkitan semula semua makhluk selepas kemusnahan alam.

Kiamat tentang hari kemusnahan alam contohnya:

“Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya. Serta bumi mengeluarkan segala isinya.” (Al-Zalzalah: 1-2)

Kiamat tentang hari kebangkitan semula contohnya:

”Pada hari itu manusia akan keluar berselerak untuk diperlihatkan kepada mereka akan amal-amal mereka.” (Al-Zalzalah: 6)

Kedua-dua ayat di atas menceritakan tentang HARI YANG SAMA iaitu kiamat, tetapi ayat yang pertama mengisahkan HARI KEHANCURAN manakala ayat kedua menceritakan HARI KEBANGKITAN. Kedua-duanya hari kiamat.

Dalam tulisan ini, kiamat yang akan kita perkatakan ialah kiamat jenis yang pertama iaitu hari kehancuran alam dan isinya.

Satu persoalan, mengapa kedua-dua sesi berlainan acara itu dinamakan sebagai kiamat?

Boleh jadi kerana rapatnya jarak masa antara sesi pertama dengan sesi kedua. Sebaik-baik sahaja alam dihancurkan, dengan segera makhluk dibangkitkan semula.

Sumber: Sumber: http://myalexanderwathern.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment