Friday, April 27, 2012

FIUS


FUNGSI

Fius digunakan untuk melindungi litar elektrik. Apabila litar elektrik menerima arus elektrik yang melebihi keupayaan fius, maka litar elektrik akan terbuka akibat fius terputus. Ini akan menyelamatkan alat elektrik yang digunakan. Tujuan meletakkan fius pada setiap litar elektrik ialah untuk mengelakkan litar elektrik tersebut daripada menerima arus yang berlebihan. Arus yang berlebihan akan menyebabkan fius lebur dan terbuka.

JENIS-JENIS FIUS

Fius dawai semula

Fius dawai semula menggunakan dawai yang berbeza-beza nilai amperenya untuk menggantikan dawai yang sedia ada pada sesuatu fius apabila fius tersebut putus atau lebur akibat arus yang berlebihan. Nilai terendah yang biasa digunakan untuk fius jenis ini ialah 5A dan nilai tertinggi sehingga 20A atau lebih. Fius jenis ini diletakkan dalam satu gulung mengikut pengkadaran amperenya

Fius katrij
Fius katrij terbahagi kepada 3 jenis iatu;

1. Fius biasa: Fius biasa yang tidak boleh diperbaharui adalah baik untuk melindungi litar daripada litar pintas dan hanya digunakan bagi lampu dan alat pemanas.

2. Fius beban lebih: Fius beban lebih memberi perlindungan umum kepada lampu dan litar-litar panas sehingga litar beban lebih. Fius ini boleh diperbaharui.

3. Fius lewat masa unsur kembar: Fius lewat masa unsur kembar pula memberikan perlindungan kepada litar daripada litar pintas dan juga beban lebih. Ia digunakan untuk motor elektrik yang kerap dihidupkan dan memerlukan arus yang tinggi. Fius ini akan lebur apabila beban lebih pada jangka masa yang lama. Ia juga digunakan pada motor elektrik yang sukar untuk dihidupkan disamping memerlukan arus permulaan yang tinggi ketika hendak dihidupkan.

Ketiga-tiga fius katrij ini direka bentuk untuk diletakkan dalam satu soket atau klip atau skru.

Fius berkeupayaan pemutus tinggi


 Fius jenis ini digunakan untuk jangka masa yang singkat dan kadar keupayaanya 125% lebih daripada kadar ampere keupayaan motor. Ini disebabkan motor memerlukan pencapaian maksimumnya dalam masa yang singkat dalam keadaan beban yang banyak dan berat. Palam fius adalah salah satu jenis fius berkeupayaan tinggi kerana ia berkeupayaan 2 hingga 6 kali ganda arus larian motor.

No comments:

Post a Comment