Antara punca tercetusnya pertengkaran adalah seperti berikut;
- Kesemua anak mengharapkan perhatian dan kasih sayang daripada ibubapa. Sekiranya mereka merasakan ibubapa telah melakukan perbezaan kasih sayang, ini akan menimbulkan perasaan cemburu dikalangan mereka.
- Kecenderungan ibubapa memberi perhatian dan memuji seorang anak berbanding adik-beradik yang lain, contohnya anak yang bijak, baik, bongsu atau sebagainya.
- Apabila salah seorang anak merasa diri kekurangan berbanding dengan adik-beradik lain.
- Sentiasa menunjukkan anda sangat sayang ke semua anda dan elakkan salah seorang anda merasakan tidak mendapat kasih sayang daripada anda.
- Jangan lupa setiap tarikh lahir setiap anak anda dan pastikan anakpnak anda yang lain terlibat dalam persiapkan menyambut hari kelahiran salah seorang adik-beradik mereka.
- Yang paling penting jangan membanding-banding anak-anak anda. Ini adalah kerana anak anda mempunyai kebolehan yang berbeza-beza. Semaikanlah semangat saling membantu di kalangan mereka.
- Luangkan masa anda bersama-sama kesemua anda. Contohnya berkelah, makan malam diluar atau melawat sanak saudara di kampung.
- Buatkan agihan tugas kepada anak-anak anda untuk berkerjasama membersihkan di dalam rumah dan diluar rumah.
- Tanamkan sifat saling mengambil berat antara satu sama lain dan elakkan persaingan yang tidak sihat antara anak-anak anda.
- Yang paling baik sekali selalulah bersembhyang jemaah kesemua ahli keluarga anda, dan galakkan mereka membaca al-Quran bersama-sama.
No comments:
Post a Comment