Tuesday, February 23, 2010
Asrul yang kebal.
Asrul merupakan salah seorang penjaga gol bagi pasukan The Dragon yang sangat kebal. Bukan calang-calang penyerang yang mampu menembusi pertahanannya. Dengan semangat juang yang tinggi Asrul berjaya membantu pasukannya menjuarai Liga Super Futsal 2009. Dalam kejugaan Liga Super terbut, ia hanya melepaskan 5 gol sahaja. Gol tersebut dinamakan own gol (gol sendiri). Sebenarnya Asrul sendiri yang menjaring gol tersebut, sempena nama manjanya di kalangan teman-teman seperjuangan. Asrul sangat serius di gelanggang, ini adalah kerana hendak menakutkan pihak lawan, sehingga mampu melunturkan semangat juang mereka. Antara kelebihan Asrul selain berlakun serius di gelanggang, ia juga boleh membuat aksi menggiurkan, dengan melentikan badan seperti penyanyi Ziana Zain. Dengan cara ini penyerang pihak lawan tidak mampu menjaringkan gol, kerana, penyerang tersebut tidak sanggup melihat aksi tersebut. Yuran rekod perpindahan Azrul ialah 50 juta dirham, rekod ini amat mengejutkan. Bagaimana pengurus pasukan Azrul terdahulu boleh menggunakan mata wang Arab, hakikat sebenarnya masa itu Azrul sedang mewakili pasukan Real Madrid. Apapun biarlah kisah perpindahan Azrul dijadikan sebagai rahsia, seperti kata Dato Siti Nurhaliza "Biarlah Rahsia". Rahsia apa kejadah aku pun tak mau tau (maaf penulis emosional sikit). Akhir sekali diharapkan Asrul tidak menghampakan peminatnya di pasukan The Dragon, kerana mereka berharap Asrul dapat membantu pasukan kesayangan mereka sekali lagi untuk kejuaraan Liga Super Futsal tahun ini.
Labels:
Jenaka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment