Sebagai guru, terdapat beberapa isu yang mungkin anda boleh pertimbangkan yang ada hubungkait dengan kurikulum vokasional dan teknikal;
Apakah pandangan anda sendiri secara peribadi mengenai kurikulum vokasional dan teknikal?
Adakah kurikulum vokasional dan teknikal sedia ada menyatakan apa yang hendak diajar, bagaimana hendak diajar, bila hendak diajar, bagaimana hendak ditaksir? Adakah persoalan ini boleh terjawab dalam kurikulum anda? Sejauh mana pelaksanaan kurikulum vokasional dan teknikal menerapkan kemahiran berfikir di kalangan pelajar.
Adalah diharapkan selepas ini kita menjadi lebih peka terhadap pengertian kurikum dan bagaimana seharusnya kurikulum vokasional dan teknikal digubal dan di dilaksanakan.
Stenhouse (1975) memberi satu dimensi lain iaitu kurikulum sebagai satu proses. Kurikulum tidak dilihat dalam bentuk fizikal, tetapi sebagai proses interaksi di antara guru, pelajar dan ilmu. Dalam konteks ini, kurikulum ialah satu proses membuat persediaan oleh guru sebelum masuk ke kelas, apa yang berlaku di dalam kelas, apa yang berlaku selepasnya, apa yang perlu dinilai, dan bagaimana dinilai. Proses ialah sesuatu yang dinamik, bertambah baik dengan pengalaman dan kebijaksanaan guru.
Mengikut Stenhouse (1975), paling minima, kurikulum seharusnya menyediakan asas untuk merancang sesuatu kursus, mengkaji secara imprikal dan boleh memberi justifikasi. Berikut ialah huraiannya;
A. Mearancang.
- Prinsip untuk memilih isi kandungan (apa yang perlu dipelajari dan diajar).
- Prinsip untuk membina strategi pengajaran (bagaimana ianya diajar)
- Prinsip untuk membuat keputusan mengenai urutan.
- Prinsip untuk menganalisa kekuatan dan kelemahan pelajar.
B. Kajian Emperikal.
- Prinsip untuk mengkaji dan menilai pencapaian pelajar.
- Prinsip untuk mengkaji dan menilai pencapaian guru.
- Memberi panduan dan ruang untuk melaksanakan kurikulum dan konteks yang berbagai (sekolah, pelajar, persekitaran).
- Mampu memberikan justifikasi apabila kurikulum dipersoalkan.
Sumber: BKTV, 2005.
De duoc cac Kien truc su cua Cong ty CP Kien truc & Xay dung PHong Vu tu van mien phi ve thiet ke kien truc, noi that noi chung va Thiet ke noi that phong khach noi rieng. Vui long truy cap website phongvuarc.com
ReplyDelete