Monday, December 31, 2012

Cara Menjaga Gusi Bayi Dan Gigi Yang Baru Tumbuh

Oleh: Muhamad Ilyasa

Sesuai perkembangan fizikal bayi, pada usia enam bulan bayi tumbuh gigi. Setelah bayi tumbuh gigi, perlu dua jenis penjagaan penting yang berkaitan dengan kesihatan bayi, iaitu menjaga gusi bayi dan menjaga gigi bayi. Kedua penjagaan ini perlu dilakukan kerana gusi dan gigi bayi yang baru tumbuh masih lemah sehingga perlu selalu dijaga kebersihannya.

Menjaga gusi bayi boleh dilakukan dengan mengelap gusi bayi setelah ia minum susu. Gunakan kain yang lembut untuk mengelap. Setelah si bayi selesai makan dan minum susu, lap gusinya dengan menggunakan kain lembut yang dibasahi air suam. Boleh juga menggunakan kain tipis yang juga dicelupkan ke air suam, lalu dibalutkan pada ibu jari. Jika tidak mampu melakukannya setiap si bayi selesai makan dan minum, setidak-tidaknya dilakukan dua kali sehari, iaitu pada pagi dan menjelang tidur malam serta perhatikan juga makanan bayi.

Salah satu proses penjagaan gusi bayi ialah dengan tidak membiarkan bayi tidur sambil minum susu botol. Membiarkan bayi tidur sambil minum susu dengan botol susunya akan mengotori dan merosakkan gusi.

Menjaga gigi bayi pula, boleh dilakukan sejak bayi tumbuh gigi. Mulailah membeus gigi bayi sehari dua kali, iaitu pada waktu pagi selepas sarapan dan menjelang tidur. Gunakan beus khusus bayi yang berbulu lembut dan berukuran kecil. Tidak perlu ubat gigi, cukuplah dengan menggunakan air bersih sahaja.

Setiap kali bayi seselai makan atau minum susu, biasakan memberinya air putih. Air yang diminum akan membersihkan sisa makanan atau susu yang tertinggal di sela-sela gigi, sekaligus membersihkan gusi. Ini juga merupakan cara menjaga gusi bayi dan gigi bayi.

Walaupun bayi tumbuh gigi yang pertama merupakan gigi susu yang bersifat sementara dan akan tanggal serta digantikan gigi kekal, menjaga gigi bayi adalah tetap penting. Gigi susu yang tidak dijaga kebersihannya akan rosak, bahkan busuk. Jika ini terjadi, akan mengakibatkan radang pada gusi. Gusi yang meradang akan menyebabkan waktu tumbuh yang lambat dan kualiti gigi kekal yang buruk.

Sumber: http://nama-bayi.org/

Perkembangan bayi anda semasa usia 11 bulan

Berdikari secara fizikal

Sekarang, cuma tinggal satu bulan saja sebelum harijadi pertama bayi anda dan anda harus sedar yang dia bukan lagi seorang yang tidak boleh bertindak sendiri tanpa anda. Walaupun dia masih memerlukan banyak jagaan dan bantuan, tetapi tahap berdikarinya kian meningkat – jelas apabila melihat dia berdiri, membongkok dan mencangkung – yang semakin menonjol. Dia mungkin boleh berjalan dengan memegang tangan anda dan dia akan mengulurkan lengan atau kakinya untuk membantu anda memakaikan pakaiannya. Pada waktu makan, dia mungkin boleh memegang cawan dan minum sendiri (walaupun sesetengah kanak-kanak tidak boleh membuat ini untuk beberapa bulan lagi) dan boleh menyuap dan menghabiskan makanannya dengan sendiri.

Apa yang menarik ialah, apabila anak anda pandai memegang cawan dan minum sendiri, masa inilah anda mesti belajar bagaimana nak mengelak, sebab sudah tentu dia akan melontarkan saja cawan itu apabila selesai walaupun ada kalanya dia meletakkan cawan secara lembut. Dia juga akan menjatuhkan objek dengan sengaja untuk dikutip oleh orang lain, barangkali mengharapkan anda juga.

Buku untuk si pembaca kecil

Bayi anda seronok melihat buku, walaupun dia tidak akan membukakannya sehelai demi sehelai. Dia juga akan mempunyai buku kegemarannya yang dia akan mahu mengulangi berulang-kali.

Membentuk peribadinya sendiri

Pada usia ini, bayi anda mula menjadi asertif dengan adik-beradiknya dan mula menyertai permainan secara selari – bermain hanya di sampingan (tetapi bukan bersama) kanak-kanak yang lain. Dia juga akan memilih sesuatu selimut atau anak patung lembut sebagai objek sekuriti untuk mendampinginya.
 

Tiba masanya untuk menetapkan batasan


Bayi anda mungkin sudah boleh memahami arahan mudah dan dengan sengaja akan memilih untuk tidak mendengar cakap anda apabila anda mengatakan "tak boleh." (Untuk menegaskan ungkapan tersebut, hanya gunakannya untuk perkara-perkara yang betul-betul merbahaya.) Walaupun pada keesokan harinya, bayi anda tidak akan ingat lagi apa yang anda katakan pada hari ini, namun, bukanlah terlalu awal untuk anda menetapkan batasan-batasan dan mula mengajarnya apa yang betul dan apa yang tidak.

Anda bukannya bersikap kejam jika anda tidak membenarkannya makan satu keping kek lagi; anda hanya menetapkan batasan. Jika dia menarik ekor anak kucing, alihkan tangannya, pandang mukanya dengan serius dan katakan, "Jangan, itu menyakitkan kucing." Kemudian, ambil tangannya dan tunjuklah dia bagaimana untuk membelai kucing dengan lembut. Dia lebih suka meneroka daripada mendengar amaran anda, jadi anda mesti bijak mencari jalan untuk melindungi dan mengajarnya. Apa yang anda terlihat seakan-akan bantahan, sebenarnya bukan begitu; ia hanyalah perasaan semulajadinya untuk mengetahui bagaimana dunia sekelilingnya bergerak dan wujud.

Bercakap tak terhingga

Bunyi-bunyi perkataan dan bunyi yang mirip perkataan akan diungkapkan oleh bayi anda – dan digunakan secara bermakna. Apabila lobus frontal otak bayi anda bertumbesar, serentak dengan keupayaan kognitif tinggi seperti penaakulan dan pertuturan, adalah baik jika anda dapat menggalakkan minatnya terhadap bahasa dengan mendengar bersungguh-sungguh dan membalas kata-kata dan celotehnya. Interaksi seperti ini adalah penting untuk membiasakannya dengan komunikasi dua hala. Bermain permainan bertepuk-tepuk tangan, contohnya patta-cake dan permainan sekejap-nampak, sekejap-tidak atau peek-a-boo akan membantunya menajamkan daya ingatannya.

Pada usia ini, bayi anda mungkin boleh mengajuk bunyi perkatan serta infleksi bunyi dan juga tingkah-laku tertentu. Dia juga mungkin boleh mematuhi arahan mudah seperti "Tolong ambilkan saya bola itu" atau "Angkat sudu itu." Bantu dia belajar dengan memberi arahan secara mudah, langkah demi langkah supaya senang diikuti.

Hargailah masa yang singkat tetapi istimewa ini, iaitu semasa kemahiran komunikasi bayi anda sedang berkembang. Ini boleh dikatakan kebolehan yang paling penting yang diperolehi olehnya.

Adakah bayi saya membesar dengan normal?

Ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai tahap-tahap perkembangan fizikal yang utama mengikut masanya sendiri. Kemahiran-kemahiran yang ditetapkan merupakan panduan yang menunjukkan potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda - jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

Dan jika bayi anda dilahirkan pramatang, anda akan mendapati yang dia akan lambat untuk mencapai perkembangan tertentu tidak seperti kanak-kanak lain. Jangan risau, kebanyakan doktor akan menilai pembesaran bayi pramatang dari waktu yang dia sepatutnya dilahirkan dan menentukan pencapaiannya sewajarnya

Sumber: http://www.babycenter.com.my/

Boron Sebagai Mikronutrien Tumbuhan

Makronutrien ialah elemen penting ynag digunakan oleh tumbuh-tumbuhan dalam kuatiti yang besar untuk pertumbuhan pokok yang sihat. Setiap unsur-unsur ini mempunyai kepentingan tersendiri untuk nutrisi tumbuhan. Makronutrien utama ialah Nitrogen (N), Phosphorus (P), Potash (K), Sulfur (S), Kalsium (Ca) dan Magnesium (Mg).
 
Tambahan kepada unsur unsur ini, tumbuh tumbuhan juga memerlukan unsur lain seperti mikronutrien. Perbezaan utama antara makronutrien dan mikronutrien ialah keperluan kuantiti. Walaupun mikronutrien diperlukan dalam kuantiti yang kecil, kepentingannya dalam tumbuhan adalah sama seperti makronutrien. Jika semua nutrien penting dibekalkan kepada tumbuhan, ia tetap boleh menghadkan kualiti dan hasil tanaman jika salah satu mikronutrien adalah kurang. Dan Boron(B) ialah salah satu daripada mikronutrien yang penting untuk pertumbuhan pokok. 
 
Peranan Boron (B) sebagai nutrien tumbuhan 
 
Boron memainkan peranan penting dalam nutrisi tumbuhan. Beberapa fungsi Boron adalah berkaitan dengan nitrogen (N), fosforus (P), kalium(K) dan kalsium(Ca) dalam tumbuh-tumbuhan. Nutrisi Boron yang mencukupi adalah sangat penting untuk kualiti dan hasil yang tinggi untuk tanaman. Berikut ialah peranan utama boron berkaitan dengan: 
  1. Metabolisma karbohidrat
  2. Menggalakkan pertumbuhan akar
  3. Sintesis protein
  4. Pembentukan biji benih
  5. Pembentukan dinding sel
  6. Kadar Pembentukan dinding sel
  7. Pengangkutan kanji
  8. İntegriti membran
  9. Pendebugaan dan persenyawaan
  10. Metabolisma asid nukleik
  11. Pengligninan
  12. Respirasi
Sumber: http://www.activemicrofert.com.my/

Friday, December 28, 2012

Zat MAKRO dan MIKRO untuk Tanaman

Kandungan Zat Makro dan Mikro amat diperlukan oleh tanaman. Kekurangan zat tesebut boleh menggangu proses pertumbuhan dan pembesaran tanaman. 
 
Zat Makro
  1. Nitrogen, N: Untuk menyuburkan tanaman dan berperanan dalam pembentukan klorofil pada daun. Klorofil digunakan untuk melaksana-kan proses pemasakan makanan dan akan disalurkan ke seluruh bahagian tumbuhan.
  2. Posforus, P: Diperlukan oleh tanaman semasa pertumbuhan, pembungaan, pemasakan buah dan pembentukkan biji.
  3. Kalium, K: Berfungsi untuk memperkuatkan struktur tanaman, kerana kalium dapat menguatkan sel-sel tisu dan juga fiber tumbuhan dari bahagian akar sehingga daun, bunga dan buah tidak mudah gugur. Kajian saintifik juga menunjukkan yang unsur Kalaium juga dapat membantu penyerapan makanan dengan lebih berkesan.
  4. Magnesium, Mg: Berfungsi untuk menambahkan kandungan fosfat dalam tanaman.
  5. Kalsium, Ca: Berfungsi untuk merangsang akar, batang dan dan buah.
  6. Sulfur, S: Berperanan dalam pembentukan bintil-bintil akar dan membantu tanaman menjadi subur dan sihat.
Zat Mikro
  1. Besi, Fe: berfungsi sebagai pembentukan klorofil.
  2. Manganese, Mn: Diperlukan oleh tanaman untuk pembentukan klorofil.
  3. Zink, Zn: Kekurangan zat ini akan menyebabkan pertumbahan tanaman terbantut dan daun mati sebelum waktunya.
  4. Boron, B: Berperanan sebagai agen pengangkutan dalam tumbuh-tumbuhan. Nutrien Boron yang mencukupi dan membantu meningkatkan kualiti dan hasil yang tinggi untuk tanaman. Kekurangan zat ini menyebabkan mati pada pucuk muda.
  5. Tembaga, Cu: Dipelukan dalam membantu dalam pembentukkan klorofil. Jika tanaman atau pokok masih muda yang kekurangan Cu akan akan menyebabkan pucuk-pucuk daun mati
  6. Molibdenum, Mo: Jika tanaman yang kekurangan zat ini menyebabkan tidak terbentuknya bunga, daun-daunnya tidak tumbuh dan tanaman terbantut.

PEMBAJAAN

Kesuburan tanaman bergantung pada jenis baja, cara dan masa pembajaan. Pokok yang dibaja akan menjadi sia-sia jika baja yang digunakan tidak sesuai dengan keperluannya. Pembajaan bertujuan untuk memulihkan kandungan nutrien dalam tanah yang telah diserap oleh tanaman melalui proses fisiologinya. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan tumbesaran terbantut, tanaman mudah patah dan daun menjadi kuning. Oleh itu baja boleh di takrifkan sebagai punca pemakanan tumbuhan yang boleh dicampurkan kepada tanah untuk membekalkan bahan-bahan yang diperlukan oleh pokok.

Tumbuhan memerlukan 17 unsur-unsur pemakanan untuk membesar dan melengkapkan edaran hidupnya. Unsur-unsur ini boleh di kategorikan kepada kepada tiga kategori sebagaimana rajah di bawah. Tumbuhan memperolehi unsur-unsur di atas daripada tiga sumber iaitu dari udara, air dan tanah. Karbon, hidrogen dan oksigen diperolehi oleh pokok daripada air dan udara, manakala unsur-unsur lain semuanya diperolehi dari tanah iaitu dari baja dan bahan organan dalam tanah.

Terdapat dua kategori baja iaitu:

a) Baja Organik
Baja asli yang terdiri daripada sisa tumbuhan atau najis haiwan. Biasanya digunakan sebagai baja permulaan. Bertujuan untuk meninggikan tahap kesuburan tanah dan membaiki tekstur tanah. Pastikan najis haiwan yang digunakan telah cukup reput. Contohnya seperti najis-najis haiwan, buangan kelapa sawit seperti tandannya, humas/kompos, darah dan tulang yang diproses dan sebagainya.

b) Baja Kimia
Baja yang diproses kepada bentuk-bentuk butiran, hablur dan cecair.
Baja kimia jenis butiran boleh digunakan secara terus kepada tanaman manakala jenis hablur dan cecair hendaklah dicampurkan dengan air terlebih dahulu sebelum disembur.
Contohnya ialah seperti baja Urea, CIRP, Nitrophoska, Byfolan, Welgrow dan sebagainya.

Baja kimia jenis butiran pula terdapat dalam 2 jenis:
1. Baja butiran kompaun (compound fertilizer)
2. Baja tunggal. (single dressing fertilizer)

Baja kompaun.
Baja yang telah diproses lengkap dengan pelbagai unsur.
Seperti NPK 15:15:15 & NPK 12:12:17+2 TE

Baja tunggal.
Baja yang punyai satu jenis unsur sahaja.
Seperti Urea (N), TSP- Triple super fosfat (P2O5), MOP- Muriate of potash (K2O)

CARA/TEKNIK PEMBAJAAN

a) Cara taburan
Dengan cara ini, baja ditabur/disebar sama rata ke atas tanah dengan tangan atau menggunakan jentera penyebar. Kemudian baja ini mesti digaul dengan tanah supaya ianya tidak terdedah dipermukaan tanah. Cara ini selalunya digunakan apabila membaja asas sayur-sayuran. Siram dengan mencukupi.

b) Cara jalur atau jajar (Band or row placement)
Dengan cara ini , baja dibubuh ke dalam tanah, biasanya di sebelah dan di bawah bijibenih. Apabila menggunakan cara ini, kita perlu berhati-hati supaya baja tersebut tidak terkena atau terlalu dekat dengan bijibenih.
Misalnya apabila menanam jagung, baja asas dibubuh 2”-4” di sebelah dan di bawah benih semasa menanam.
Cara ini digunakan pada tanaman berbaris seperti jagung, kacang soya, sekoi, kacang tanah dan lain-lain.

c) Baja permukaan(Top dressing)
Baja permukaan adalah apabila kita menabur baja semasa tanaman sedang membesar. Hanya baja nitrogen sahaja yang selalu digunakan untuk baja permukaan, kerana baja nitrogen senang larutresap dan oleh itu hanya se tengah sahaja dibubuh semasa menanam dan yang selebihnya dibubuh semasa tanaman sedang membesar.

d) Pembajaan sisi (side dressing)
Dengan cara ini, baja dibubuh di sisi/ di sebelah tanaman yang sedang membesar. Cara ini dibuat bagi tanaman berbaris, tanaman berjunjung dan pokok-pokok. Bagi tanaman se musim, pembajaan sisi ini hanya dilakukan untuk baja nitrogen sahaja.

e) Pembajaan berpoket (pocket placement)
Dengan cara ini, baja dibubuh secara bertumpuk-tumpuk iaitu dibubuh dilubang-lubang dan kemudian ditimbus. Cara ini selalu digunakan apabila membaja pokok-pokok dengan membubuh baja dilubang-lubang yang dikorek disekeliling pokok. Cara ini juga digunakan apabila membaja ubi keledek dan lain-lain. Lubang di korek di keliling silara dengan jarak 50 cm.

f) Penyemburan daun (foliar application)
Cara ini selalu digunakan untuk memberi unsur pemakanan mikro kepada tanaman iaitu dengan cara menyembur larutan pemakanan tersebut kepada daun-daun. Unsur-unsur kuprum, zink, ferum, boron, dan molybdenum, selalunya diberikan kepada tanaman dengan cara semburan daun. Sembur pada daun dan batang sehingga basah sampai ke tanah.

Sumber: http://puspatani.blogspot.com/

MEMBAJA KELAPA SAWIT

Pembajaan adalah proses pembekalan nutrien secara seimbang kepada tanaman untuk keperluan tumbesaran dan pengeluaran hasil. Dengan cara ini tanaman sawit akan tumbuh dengan subur dan mengeluarkan hasil yang optimum.
 
PROSES PEMBAJAAN MELIBATKAN BEBERAPA PERINGKAT:-
  • Penentuan jenis baja
  • Jumlah baja
  • Pembelian
  • Penyimpanan
  • Membaja di ladang
Nutrien dalam baja mestilah mencukupi untuk Mengeluarkan hasil yang menguntungkan tanpa Pembaziran.
 
PENENTUAN KADAR BAJA BERGANTUNG PADA :
  • Jenis tanah
  • Faktor alam sekitar
  • Faktor ekonomi
Pemuliharaan tanah sangat penting:
  • Mengelakkan kehilangan nutrien dan bahan organik
  • Pengurusan tanah dan air yang baik boleh mengurangkan hakisan, mengekalkan kelembapan tanah nutrien oleh pokok.
JENIS BAJA
  • Nutrien utama yang diperlukan oleh pokok sawit untuk tumbesaran dan pengeluaran hasil ialah nitrogen (N), fosfat (P) dan kalium (K).
  • Bergantung pada jenis tanah tertentu pokok sawit, juga memerlukan nutrien sekunder magnesium (Mg) dan unsur surih iaitu boron (B), zink (Zn) dan Kuprum (Cu).
  • Nutrien boleh didapati daripada bahan organik dan baja kimia
Bekalan baja organik adalah terhad dan lebih mahal. Baja kimia lebih banyak digunakan dalam perladangan sawit.

BAJA NITROGEN (N)
  •  Nutrien N – unsur penting untuk pertumbuhan pokok.
  •  Dapat meningkatkan pengeluaran buah tandan segar
BAJA FOSFAT (P)
  • Kekurangan unsur P menyebabkan pokok menirus ke atas
  • Pelepah menjadi pendek
  • Pengeluaran hasil menurun
  • Kekurangan unsur P menyebabkan penyerapan unsur N kurang cekap. 
BAJA KALIUM (K)
  •  Diperlukan untuk kesuburan, pengeluaran bunga dan buah.
  •  Unsur K yang berlebihan menyebabkan penurunan nutrien mg dalam daun
  •  Pembajaan K dengan kadar yang berpatutan dan tidak berlebihan memberi pulangan yang maksimum
BAJA MAGNESIUM (Mg)
  •  Perlu untuk kesuburan pokok kerana berkait rapat dengan fotosintesis
Kawasan Pembubuhan Baja
  • Keberkesanan penyerapan nutrien dipengaruhi tempat meletakkan baja dan umur pokok.
  • Sebahagian besar taburan akar pemakanan pokok sawit hampir sama dengan kawasan yang diliputi kanopi pokok.
  • Akar lebih banyak di hujung sadir daun dan di bawah susunan pelepah.
  • Membubuh baja di kawasan ini sangat munasabah untuk memudahkan pengamatan dan penyeliaan.
Pokok sawit berumur 5 tahun mempunyai akar yang panjang dan berselirat diseluruh kawasan 
  • Tidak ada tempat khusus untuk meletakkan baja ( mengikut manual Golden Hope : Letakkan baja 0.6 meter dari pangkal pokok )
  • Jika baja N dan K ditabur secara serakan kehilangan melalui larut resap dapat dikurangkan kerana baja bertembung dengan lebih banyak akar yang boleh menyerap nutrien/
  • Baja P dan K lebih berkesan ditabur atas susunan pelepah atau antara lorong tanaman berbanding dengan kawasan bulatan merumpai kerana kawasan tersebut kurang hakisan dan lebih lembap.
Syor Kaedah Membaja
  • Pokok muda (1-2 tahun) penyerapan baja terbaik apabila ditabur di kawasan bulatan merumpai.
  • Pokok (3-5 tahun) pengambilan yang cekap apabila baja ditabur dalam bulatan merumpai di hujung sadur daun di mana terdapat akar pemakanan yang aktif. ( 0.6 m – 1.2 m )
  • Pokok sawit matang kanopi daun telah bertindih dan akar telah menjalar jauh, oleh itu baja boleh ditabur di kawasan yang lebih luas termasuk lorong antara pokok dan kawasan meletakkan pelepah.
  • Elakkan pembajaan di lorong menuai kerana tanahnya telah padat dan terdedah pada hakisan.
Kekerapan Membaja 
  • Kekerapan membaja ialah ulangan membaja untuk satu jenis baja dalam setahun.
  • Penyerapan baja lebih berkesan dengan meningkatkan kekurangan membaja.
  • Membaja akan kurang berkesan jika dilakukan pada musim hujan lebat.
  • Penggunaan baja sebatian yang lengkap memerlukan pembajaan 2 atau 3 kali setahun.
Kaedah Pembajaan lain
  • Kaedah lain pembajaan adalah menggali beberapa lubang di keliling pokok untuk dimasukkan baja campuran atau sebatian dan dikambus kembali.
  • Kaedah ini dapat mengurangkan kehilangan baja oleh hakisan terutama di kawasan berikut:-
  • Ia dapat mengurangkan kekerapan pembajaan kerana pembajaan dilakukan hanya sekali setahun.
Cara meningkatkan kecekapan Pembajaan
 
Amalan berikut perlu dilaksanakan di lading Sawit:-
  • Menentukan kekacang penutup bumi tumbuh dengan baik semasa pokok muda.
  • Mengamalkan sungkupan dan kitaran semula biojisim pokok sawit.
  • Menentukan ladang bebas daripada rumpai parasit dan pokok renek. Rumpai lembut seperti pakis dan rumput tumbuh dalam lingkungan 10% - 20% untuk menjaga kelembapan tanah dan mengurangkan kadar hakisan tanah.
  • Kawasan beralun dengan kecerunan sederhana perlu sistem perparitan yang baik dan bina teres atau permatang (bund) untuk mengurangkan hakisan.
  • Membina takungan keladak (silt pit) untuk menyimpan tanah yang terhakis antara barisan pokok. Takungan keladak dapat mengurangkan kehilangan baja oleh hakisan.
  • Untuk tanah bukit dan curam, sediakan teres yang lebar atau lorong jentera yang sesuai.
  • Bagi tanah berpasir, guna baja pada kadar rendah dan tingkatkan kekerapan membaja.
  • Tidak membekalkan baja lebih dari yang diperlukan oleh pokok.
  • Elakkan membaja dalam musim hujan.
Kesimpulan
 
Pengesyoran pembajaan adalah penentuan jumlah dan kadar baja yang diperlukan untuk setiap pokok bagi sesuatu kawasan ladang. Pengesyoran baja yang tepat dapat menentukan nutrien sentiasa berada pada tahap seimbang dan pokok dapat mengeluarkan hasil yang optimum
 
 Sumber: www.risda.gov.my

Monday, December 17, 2012

Learning Outcomes

The Jomtien Declaration in 1990 and the follow-up Framework for Action adopted at the World Education Forum in Dakar, Senegal in April 2000, recognize the quality of education as a crucial component in the broad movement of achieving Education for All. Goal 6 of the Dakar Framework states that all aspects of education quality should be improved “so that recognized and measurable learning outcomes are achieved by all, especially in literacy, numeracy and essential life skills”.

What are learning outcomes?

A learning outcome is the particular knowledge, skill or behavior that a student is expected to exhibit after a period of study. Learning outcomes reflect a nation’s concern with the level of knowledge acquisition among its student population. Measuring learning outcomes provides information on what particular knowledge (cognitive), skill or behavior (affective) students have gained after instruction is completed. They are typically measured by administering assessments at sub-national, national, regional and international levels. Countries decide what the purpose of the assessment is, what population will be assessed, what is to be assessed, how it is to be assessed, and how the measures are to be reported and utilized. Policy makers might decide to focus on a limited amount of domains and grade levels while others will focus on the measurement of student knowledge in a wide range of domains and grade levels.

The Quality of Education, Learning Outcomes and Economic Growth

Education systems across the world are based on the principle that education quality is defined by its contribution to the development of cognitive skills and behavioral traits, attitudes and values that are judged necessary for good citizenship and effective life in the community. Over the last 10 years growth research has been able to demonstrate that the quality of education, has a statistically significant and important positive economic effect and that ignoring the quality of education limits economic growth.

Why focus on learning outcomes?

Researchers can now document that the quality of human resources, as measured by assessment scores, is closely related to individual earnings, productivity and economic growth. This evidence shifts policy makers’ attention increasingly from inputs to outcomes, i.e. what learners should ultimately have learned at the end of a significant educational experience.

While it is important to know how much money is being spent on such issues as teacher education and physical facilities, policy makers recognize that it is equally important to know what children are learning in the classroom: What kind of knowledge, skills and attitudes does the education system develop? How do assessed learning outcomes reflect the stated goals and objectives of national education systems? What factors are associated with student achievement? Do particular sub-groups in the population perform poorly? How well are students being prepared to succeed in an increasingly knowledge-based economy? Policy makers argue that students will need higher levels of knowledge and skills- particularly in the areas of mathematics and science - if they are to participate meaningfully in the world of work.

Ultimately, information on learning outcomes assists countries in making informed decisions about interventions to improve educational quality and help policy makers monitor trends in the nature and quality of student learning over time. National, regional and international assessments allow for the benchmarking of student performance against corresponding standards. In the context of international development assistance, focus on learning outcomes increases stakeholder attention on deliverables and results, and may increase accountability based on performance.

Source : http://web.worldbank.org/

KEGAWATAN DI PADANG MAHSYAR

Makhluk dan alam luas ciptaan Allah SWT akan tiba masanya menempuh saat kemusnahan dan kehancuran. Lihatlah tumbuh-tumbuhan yang menghijau di sekeliling kita akhirnya akan kuning layu, besi yang keras akan berkarat dan menjadi reput, makanan dan lauk pauk yang segar menjadi basi, anak-anak remaja akan pudar kejelitaan dan ketampanannya dimamah oleh usia tua, akhirnya menemui ajal. Dunia yang kita duduki dan diami pada hari ini pun juga semakin tua. Suasana yang berlaku ini bukanlah terjadi secara kebetulan tetapi suatu perkhabaran dan petanda-petanda awal bahawa seluruh ciptaan Allah SWT akan menemui ajalnya pada suatu detik yang dinamakan kiamat.

Tiupan sangka kala pertama bermulanya kiamat. Manakala tiupan sangka kala yang kedua menandakan kebangkitan manusia yang mati sejak zaman nabi Adam AS sehingga manusia terakhir ketika berlaku kiamat. Roh dan tubuh badan manusia yang berpisah ketika di alam barzakh bercantum semula hingga lengkap seperti tubuh kita sebelum mati untuk menghadapi hari pengadilan. Kedahsyatan kiamat ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam Surah at-Takwir ayat 1-3:
Maksudnya: ”Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap). Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak Dan apabila gunung-ganang diterbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu”.
Kebangkitkan semula manusia selepas kiamat akan dihimpunkan di suatu tempat yang dipanggil "Padang Mahsyar" untuk menghadapi perbicaraan atau timbangan amalan yang dikerjakan semasa hidup di dunia. Setiap sudut Padang Mahsyar penuh sesak dengan manusia dan jin untuk bersama-sama mengharungi hari hisab. Menurut Imam Ghazali: Padang Mahsyar itu suatu dataran bumi yang maha luas, saujana mata memandang yang keluasannya tidak dapat dihitung dengan ilmu manusia, keadaan bumi yang putih dan rata, tiada gunung ganang dan tiada pokok kayu untuk dijadikan tempat berteduh.

Pada dataran putih yang maha luas itulah manusia yang baru dibangkitkan semula dihalau kesana seperti binatang ternakan yang keluar dari kandangnya atau seperti kanak-kanak yang baru lahir, dengan keadaan berkaki ayam dan bertelanjang bulat tanpa pakaian. Dalam keadaan terlalu gawat menghadapi cabaran Mahsyar itu manusia terlupa dirinya tidak berpakaian kerana memikirkan bagaimana hendak menyelamatkan diri masing-masing.

Abu Hurairah RA berkata beliau mendengar Rasulullah SAW berpidato di hadapan para sahabat bahawa manusia di Padang Mahsyar akan dibangkitkan kelak dalam tiga bentuk, Pertama: manusia yang dibangkitkan dengan keadaan kenderaan sudah tersedia untuk membawa mereka, Kedua: manusia yang berjalan kaki dan Ketiga: manusia yang berjalan dengan mukanya tertungging ke tanah.

Di gambarkan juga suasana hiruk-pikuk dan kucar-kacir yang menyelubungi manusia ketika berada "di bumi al-Mahsyar ," masing-masing sibuk dengan hal tersendiri. Ada yang berjalan, ada yang merangkak-rangkak dan bermacam-macam lagi dalam suasana panas cahaya matahari yang berada hanya sejengkal di atas kepala manusia pada masa itu. Ada sesetengah manusia ditenggelami dengan peluh yang banyak dan berbau busuk bergantung kepada tahap amalan semasa di dunia.

Ketika sedang terlalu dahaga, datang malaikat Zabaniah membawa air untuk ahli Mahsyar. Pada mulanya ahli Mahsyar amat gembira tetapi malangnya air itu tersangat panas sehingga apabila mangkuk air itu didekatkan ke bibir maka daging bibir itu luruh berguguran kerana air terlalu panas.

Persoalan besar timbul di kalangan ahli di Padang Mahsyar ialah berapa lama mereka mesti berada di dataran Mahsyar itu?, tidak siapapun yang tahu. Ada pendapat mengatakan berada di Padang Mahsyar itu selama 300 tahun mengikut tahun akhirat. Perit derita di alam Mahsyar itu mereka sudah merasa terlalu lama berada di situ, dalam tangis dan keluhan yang tidak henti-henti. Namun mereka tetap dalam keadaan membisu tanpa sepatah kata, tidak tahu hendak mengadu kepada siapa.

Dalam keletihan yang tidak terhingga dan rasa lapar serta dahaga yang menghiris kerana sengsara ratusan tahun di Padang Mahsyar, tanpa ada sebutir makanan atau setitik air, maka kedengaran di kalangan mereka yang berkata, “ tidak adakah di kalangan kita yang boleh mengadu dengan Tuhan agar disegerakan hukuman?. Ada juga supaya cadangan mendapatkan syafaat atau pertolongan daripada nabi Muhammad SAW. Ketika dalam keadaan gawat inilah baru teringat kepada nabi Muhammad SAW sedangkan semasa di dunia langsung tidak mempedulikan ajaran Rasulullah SAW, malah memperlekehkan Rasulullah SAW.

Walaupun tidak ada pohon untuk memberi perlindungan dari bahan panas terik tetapi Allah SWT menyediakan bayang Arasy yang redup. Mereka yang mendapat naungan Arasy itu antaranya ialah golongan al-Muqarrabun iaitu orang yang dekat dengan Allah SWT. Golongan al- Muqarrabun itu ialah merujuk kepada mereka semasa hidupnya di dunia sentiasa patuh arahan Allah SWT serta meninggalkan perkara yang dilarang Allah samada dalam soal akidah atau syariah.

Yakinlah bahawa setiap manusia di Padang Mahsyar nanti akan melalui perbicaraannya , disoal dan diperiksa satu persatu, tidak akan terkecuali sesuatu pun dari hidupnya di dunia sekalipun yang sulit dan tersembunyi. Bahkan semua anggota dan bahagian-bahagian tubuh yang kecil pun ditanya akan apa yang telah dilakukan. Rasulullah SAW bersabda:

Bermaksud: "Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari qiamat sehingga ia disoal empat perkara: tentang umurnya pada perkara apakah ia habiskan dan tentang masa mudanya untuk apa digunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang apa amalan yang telah dilakukan sesuai dengan apa yang telah diketahuinya?"(At-Tirmizi)
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru para jemaah dan umat Islam sekalian insaflah dan sedarlah bahawa kegawatan dan kesengsaraan di Padang Mahsyar amat dahsyat yang memakan masa ratusan tahun. Marilah kita semasa masih sihat, bertenaga dan ada peluang yang terbuka ini, untuk melakukan muhasabah diri, sentiasa bertaubat kepada Allah SWT dan membuat penilaian prestasi amalan setiap hari apakah amalan dan tingkah laku kita dengan Allah SWT dan hubungan sesama manusia selari dengan al-Quran dan as-Sunnah. Muhasabah ini penting supaya buku rekod catatan amalan akan menunjukkan amalan yang cemerlang di Padang Mahsyar dan digolongkan sebagai kumpulan al-Muqarabbun.

Buku rekod amalan yang baik akan diberi melalui tangan kanan. Manakala mereka yang mempunyai buku rekod yang penuh dengan dosa maka buku rekod diberi melalui tangan kiri.

Sebagai renungan marilah sama-sama kita menghayati firman Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat 42-43:

Maksudnya: ”Dan janganlah engkau menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka. Mereka terburu-buru sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat kerana bingung dan cemas.”

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hidup berkat, terselamat daripada api neraka dengan bersedekah

UMAT Muhammad SAW diberi kemuliaan dan pahala besar atas perbuatan sedekah oleh Allah SWT. Malah, amalan sedekah mempunyai rahsianya tersendiri antaranya sedekah dapat menambah umur seseorang, dapat menghilangkan akhlak buruk serta menjaga seseorang daripada kefakiran.

Diriwayatkan dari ‘Amr bin ‘Auf bahawa dia berkata: “Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Sesungguhnya sedekah seorang muslim dapat menambah umur(nya), dapat mencegahnya dari kematian yang tidak baik, dan dengannya Allah akan menghilangkan sifat sombong , kefakiran dan sifat berbangga hati.”

Ungkapan ‘dapat menambah umur’ membawa maksud sedekah dapat menyebabkan seseorang mendapat keberkatan dalam umurnya iaitu dengan menghabiskan umurnya melakukan perbuatan salih (baik) walaupun dalam waktu sedikit.

Diriwayatkan dari 'Amr bin 'Auf bahawa dia berkata: "Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Sesungguhnya sedekah seorang muslim dapat menambah umur(nya), dapat mencegahnya dari kematian yang tidak baik, dan dengannya Allah akan menghilangkan sifat sombong , kefakiran dan sifat berbangga hati."

Sedekah juga dapat menjadikan harta seseorang semakin bertambah dan diberkati Allah SWT serta dapat menjauhkannya daripada hal yang dapat merosakkan. Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah tidak akan mengurangi (sedikit pun) dari harta (seseorang).”

Maksudnya, meskipun nampak terjadi pengurangan dalam jumlah harta dikeluarkan, akan tetapi pada hakikatnya pengurangan itu akan tertutup dengan keberkatan yang bersifat tersembunyi dan pahala yang dijanjikan Allah SWT.

Sedekah juga dapat menjadi penyelamat seseorang daripada api neraka, kerana itu jagalah kalian daripada api neraka meskipun dengan menafkahkan sepotong (separuh) kurma.

Diriwayatkan daripada ‘Adiy bin Hatim, bahawa di berkata: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Jagalah diri kalian dari api neraka meskipun dengan (menafkahkan) sepotong kurma.”
Secara umum, hadis ini mengandungi anjuran untuk bersedekah meskipun dengan jumlah yang sedikit kerana meskipun jumlahnya sedikit, dapat menutup diri orang yang bersedekah daripada api neraka. Ini adalah salah satu manfaat sedekah.

Buku Lah Tahzan untuk Umat Muhammad

Sumber: http://www.bharian.com.my/

Friday, December 14, 2012

Nasihatlah diri ini

“Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Jika kau idak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”.

Imam Al-Ghazali

"Wahai anakku, jagalah dirimu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana kamu diciptakan Allah bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunia".

Lukman al-Hakim kepada Anaknya

"Barangsiapa banyak tertawanya, nescaya kurang disegani. Barangsiapa banyak guraunya, nescaya ia dianggap ringan. Barangsiapa memperbanyakkan sesuatu, nescaya ia menjadi terkenal dengan sesuatu itu. Barangsiapa banyak perkataannya, nescaya banyak jatuhnya (jatuh dalam kesombongan. Baramgsiapa kurang malunya, nescaya kurang wara'nya. Barangsiapa kurang wara'nya, nescaya mati hatinya".

Saidina Umar Al-Khattab (r.a.)

"Jika kau memerlukan nikmat dunia, cukuplah Islam sebagai nikmatmu. Jika kau memerlukan keasyikan, cukuplah taat pada Allah sebagai keasyikanmu. Dan jika kau memerlukan pengajaran, cukuplah maut itu sebagai pengajaran bagimu".

Saidina Ali bin Abi Thalib (r.a.)

“Orang yang cerdas ialah orang yang takwa. Orang yang dungu ialah orang yang derhaka. Orang yang dusta ialah orang yang khianat. Orang yang benar ialah orang yang dapat dipercayai.”

Saidina Abu Bakar As-Siddiq (r.a.)
 
“Bingung dalam memikirkan dunia akan menjadikan hati gelap, sedangkan bingung memikirkan akhirat akan menjadikan hati tenang.”

Saidina Utsman bin Affan (r.a)
 
"Jika Engkau ingin hidup, Selamat agamamu Aman kedudukanmu dan terjamin harga dirimu. Lisanmu janganlah menceritakan keaiban orang lain, kerana kamu juga mempunyai keburukan dan orang lain juga mempunyai lisan. Jika kedua matamu melihat keburukan orang lain maka diamlah dan katakan : Wahai mata! Mata orang lain lagi jeli melihat keburukanku. Bergaulah dengan baik dan jauhilah orang yang memusuhimu, berpisahlah dengan dia, namun dengan cara yang baik".
 
Imam Syafie

 “Sebaik-sebaik kaya ialah hati. Sebaik-sebaik bekal ialah takwa. Seburuk-buruk buta ialah buta hati. Sebesar-besar dosa ialah dusta. Sejelek-jelek usaha ialah memungut riba. Seburuk-buruk makanan ialah memakan harta anak yatim. Siapa yang memaafkan orang lain akan dimaafkan Allah dan siapa yang mengampuni orang akan diampuni Allah.”

Ibnu Mas'ud (r.a)

"Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, 'Barangsiapa  mengejar ridha Allah meskipun manusia marah, niscaya Allah akan mencukupkannya dari kebergantungan kepada manusia. Dan barangsiapa mengejar ridha  manusia dengan kemarahan Allah, niscaya Allah akan menyerahkannya kepada manusia".
 
Nasihat Saidatina Aisyah kepada Muawiyah
 
“Bersabarlah engkau di atas Sunnah. Bersikaplah sebagaimana kaum itu (salaf) bersikap. Katakanlah sebagaimana yang mereka katakan. Tahanlah dirimu sebagaimana sikap mereka menahan diri dari sesuatu. Dan titilah jalan salafmu yang shalih. Kerana sesungguhnya sudah cukup bagimu apa yang membuat mereka cukup.”

Khalifah Umar bin Abdul Aziz

Pembajaan Pokok Kelapa Sawit

Pokok kelapa sawit selalunya memerlukan jumlah baja yang tinggi terutamanya yang ditanam ditanah pamah. Selain daripada kos buruh, kos pembajaan merupakan antara input termahal dalam industri ini (Tayeb et al, 1996). Di dalam menyediakan keperluan baja, jenis tanah, pokok dan alam sekitar adalah faktor yang perlu diambil kira juga. Ini dapat memastikan dos yang optimum dapat dibekalkan (PORIM, 1998).

Kelapa sawit memerlukan unsur Nitrogen dalam jumlah yag banyak bagi memastikan pertumbuhan yang baik dan kadar penghasilan yang tinggi. Adalah dianggarkan keperluan unsur nitrogen dalam baja di Malaysia berdasarkan keluasan tanaman yang ada adalah sebanyak 130,00 tan setiap tahun (Zin et al, 1989). Ini mewakili 63% daripada jumlah keseluruhan penggunaan baja di Malaysia (Tay, 1985) mendapati penghasilan kelapa sawit di kawasan pendalaman semenanjung Malaysia dengan menggunakan baja Urea hanyalah separuh jika dibandingkan dengan penggunaan Ammonium Sulphate. Bedasarkan maklumat terakhir yang diperolehi dan pengalaman yang dikumpulkan, (Hamdan et al, 1996) mencadangkan penggunaan baja seperti dalam jadual dibawah
Jadual 1.1
Di Malaysia, tanah di kawasan pendalaman mempu menghasilkan 30 tan / hektar / tahun kelapa sawit melalui penggunaan baja yang sesuai. Baja minimum yang diperlukan untuk mencapai jumlah ini adalah sebanyak 4 kg Ammonium Sulfate bersama 4 kg Muriate of Potash di dalam semua keadaan dan paling kurang 3 kg Rock Phosphate untuk setiap pokok / tahun kecuali di kawasan tanah laterit (Hamdan et al, 1999) .

Di Puapua New Guinea, Wilkie dan Foster (1996) telah menyatakan tanpa baja bukan organik (Kimia), pengeluaran kelapa sawit hanya sebanyak 23 tan / hektar di kawasan tanah bernutrien tinggi dibanding dengan 8 tan / hektar di kawasan yang tidak subur, ini tidak bermakna bahawa setiap petani perlu bergantung dengan baja kimia semata- mata ini telah kami terangkan dalam post yang sebelum ini, penggunaan baja organik perlu untuk tanaman kerana ia akan kekal dalam fungsi tanah dan menyuburkan keadaan pH tanah, maka para petani perlu bijak dalam mengatur penggunaan baja yang bersifat domistik.

Pengeluaran berjumlah 34- 38 tan / hektar pula dapat dicapai dengan menggunakan 2.5 kg Potassium Cholire, walaupun begitu baja tersebut tidak boleh dibekalkan bersama Triple Superphosphate atau Kleserite. baja Ammonia membantu meningkatkan bilanggan tandan kelapa sawit, sementara Potassium Kloride pula menmbah berat sebiji kelapa sawit. Pelbagai jenis dan cara pengunaan baja yang disarankan oleh pihak pertanian atau pun pihak yang bertanggunjawab dalam hal ini, maklumat diatas hanya sebagai kita berkongsi ilmu pembajaan sahaja, kerana terdapat produk baja di pasaran yang boleh membantu para petani untuk meningkatkan hasil dengan mudah dan cepat, salah satunya akan kami utarakan dalam post ini.

Maka disini saya cuba dalam beberapa cara pembajaan dalam ketegori organik, kimia dan vitamin semburan Clinop Zeolite (Baja Lahar Gunung Berapi) ianya mempunyai mikro SiO2 atau pun Silica yang tinggi berfungsi sebagai sistem mikro bertindak untuk menarik zat-zat makanan yang terdapat dalam tanah untuk kegunaan tanaman, kadar Silica yang tinggi dalam baja tersebut malahan ia adalah sejenis pure organik yang tidak akan merosakkan tanaman walaupun terlebih penggunaannya, ia sangat sesuai pada peringkat permulaan tanaman.
 
Penggunaan Baja Organik (CLinop Zeolite)
 

Matlamat Perniagaan

Menurut Megginson et. al. (2006), terdapat empat faktor yang menjadi matlamat bagi individu menceburi bidang perniagaan iaitu ingin mencapai kebebasan, memperolehi pendapatan yang lebih besar, menyediakan peluang pekerjaan ataupun menyediakan barangan/perkhidmatan yang tidak di tawarkan oleh mana-mana pihak.

Longenecker et. al. (2006) menegaskan bahawa, penglibatan individu dalam bidang perniagaan disebabkan oleh ganjaran yang bakal diterima dari sudut kepuasan peribadi di mana perniagaan mampu menjana keuntungan yang berlipat kali ganda, bebas membuat segala keputusan kerana kita merupakan pemilik perniagaan berkenaan berbanding dengan bekerja makan gaji, menikmati kepuasan secara peribadi kerana segala yang diusahakan akan menjadi milik sendiri dan akhirnya kepuasan dari sudut memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Begitu juga dengan Zimererer dan Scarborough (1998) yang berpandangan bahawa, mereka yang menceburi bidang perniagaan ini akan mampu mencapai matlamat yang diingini dalam kehidupan. Di antaranya adalah mampu untuk mengawal jalan hidup sendiri, boleh mencipta perbezaan berbanding dengan orang lain, berupaya menggunakan potensi diri dengan sepenuhnya, berpeluang mengaut keuntungan sebanyak yang mungkin, berpeluang menyumbang kepada masyarakat dan dalam masa yang sama mereka akan menghargai sumbangan tersebut dan akhir sekali kita boleh melaksanakan perkara yang kita suka dalam hidup ini.

Zaharuddin Yahya (1995) berpendapat menceburi bidang perniagaan dapat membantu individu merealisasikan segala impiannya, meringankan bebanan pihak lain, dapat menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. Selain dari itu juga, sebagai pembina empayar perniagaan yang boleh diwariskan kepada keturunannya.

Motif seseorang yang terlibat dalam perniagaan menurut Wan Liz Ozman Wan Omar dan Sulzari Mohamed (2002) menjadi faktor pendorong kepada indvidu berkenaan menceburi bidang perniagaan. Pada kebiasaan individu ini ingin mencari kepuasan peribadi, meningkatkan taraf sosial, mengawal nasib diri dan pulangan keuntungan yang lumayan sebagai matlamat mereka menceburi bidang perniagaan. Namun begitu, kepuasan peribadi ini perlu diseimbangkan dengan keperluan kerohanian agar individu berkenaan tidak bongkak, lupa diri dan takbur apabila diberikan kekayaan yang berlipat ganda oleh Allah s.w.t.

Menurut pandangan Zaharuddin Yahya (1995) bagi seorang muslim apa jua pekerjaan yang dilakukan untuk mendapatkan rezeki yang halal maka ianya dianggap sebagai ibadah dan akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah s.w.t. Setiap ibadah mestilah berteraskan keinginan untuk mendapatkan keuntungan yang abadi. Keuntungan abadi ini dirujuk kepada usaha untuk mencari keredhaan Allah bagi kesempurnaan kehidupan di dunia dan kebahagian yang kekal di akhirat.

Secara umumnya, Wan Mohd Nazif dan Fazilah Ibrahim (2005) telah merumuskan bahawa dengan melibatkan diri dalam perniagaan, individu tersebut boleh merealisasikan matlamatnya untuk menjadi bos kepada diri sendiri tanpa menerima arahan dari orang lain, menguruskan masa mengikut kesesuian diri, memberikan komitmen serta bekerja keras untuk diri sendiri, mampu untuk mendapatkan pendapatan yang lebih berbanding makan gaji dan berpeluang untuk memperolehi sesuatu dari peluang dan cabaran yang ada dalam bidang perniagaan.

Jika dilihat dari sudut Islam pula, tiada suatu ketetapan yang khusus untuk umatnya menceburi bidang yang tertentu bagi memenuhi matlamat hidupnya. Namun begitu segala yang dilaksanakan perlu mematuhi prinsip umum kehidupan kita sebagai seorang muslim iaitu segala aktiviti pekerjaan yang dilaksanakan tidak semata-mata mencari faedah kebendaan dan keduniaan. Sebaliknya kita perlu mengambil kira apakah pekerjaan yang kita laksanakan itu dapat menjadi ibadah yang boleh memberikan pahala untuk kehidupan di akhirat kelak. Ini telah diperjelaskan dalam Surah at-Taubah ayat 105 yang bermaksud: “Bekerjalah, nanti Allah dan Rasul serta orang mukmin akan melihat (menilai) apa yang kaum kerjakan”.

Sumber: http://www.islam.gov.my/

Usah bercinta dengan isteri atau suami orang

PERKONGSIAN demi perkongsian boleh menyebabkan timbulnya rasa keserasian dan saling memerlukan. - Gambar hiasan
CINTA dan kasih sayang itu anugerah. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sungguh, orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak Allah Yang Maha Pengasih akan menanamkan rasa kasih sayang (wudda) dalam hati mereka. (Maryam, ayat 96).

Apakah maksud cinta? Cinta sebenarnya adalah perasaan yang muncul dalam diri apabila berhadapan dengan satu situasi sahaja iaitu memerlukan.

Lantas, apabila diri memerlukan dan diperlukan, usia, rupa atau pangkat bukan lagi halangan. Sifat cinta adalah bebas tanpa alasan. Paling penting, sama-sama memerlukan seperti firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 14, Allah SWT menyebut tentang cinta iaitu keinginan: "Diperhiaskan (pada pandangan) manusia kecintaan terhadap apa yang diingini."

Haram, harus dan makruh

Bertitik tolak daripada kedua-dua dalil mengenai cinta inilah, setiap individu mendambakan cinta. Hari ini, kisah percintaan antara seorang wanita dengan lelaki berstatus suami orang merupakan cerita biasa, malah kisah cinta antara seorang lelaki dengan wanita berstatus isteri juga bukan luar biasa.

Hakikatnya, syariat telah menentukan haram bagi lelaki mencintai isteri orang dan haram juga bagi wanita yang masih sah menjadi isteri orang, atau masih dalam idah, atau masih menjadi tunangan orang, untuk bercinta atau menaruh perasaan terhadap lelaki lain.

Hukum haram meminang perempuan yang telah menjadi tunangan orang lain berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Janganlah seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya sebelum perempuan itu ditinggalkan oleh tunang sebelumnya." (Hadis Riwayat Bukhari).

Kalaulah mengambil tunangan orang menjadi haram, apatah lagi isteri orang.

Berbeza pula jika wanita yang bukan isteri orang bercinta dengan lelaki suami orang, tidak menjadi haram tetapi ada dua hukum yang berkaitan iaitu harus atau makruh.

Harus jika si lelaki yang anda cintai dan mencintai anda itu kekal melaksanakan tanggungjawab yang wajib dan perlu kepada isterinya dan anak-anak.

Makruh pula jika setelah mengenali dan mencintai anda telah menyebabkan lelaki itu tadi sengaja melalaikan dan mengabaikan tanggungjawabnya yang wajib dan perlu kepada isteri dan anak-anak.

Makruh juga jika anda maklum, si lelaki yang anda cintai dan mencintai anda itu tidak mampu untuk menjadikan anda isterinya yang sah menurut syariat. Ia sama ada si lelaki tidak layak berpoligami ataupun tidak berniatpun untuk menjadikan anda isterinya kerana tidak mahu mengambil tindakan yang boleh menyakiti hati isterinya yang sedia ada.

Faktor pencetus cinta yang salah

Dalam kebanyakan kes, faktor utama pencetus cinta salah dan terlarang ini ialah perkongsian masalah diri. Ada suami orang yang berkongsi kisah dengan kawan wanita. Ada juga isteri orang yang berkongsi kisah dengan kawan lelaki dan tidak kurang juga isteri orang yang berkongsi kisah dengan suami orang.

Mulanya hanya simpati dan berusaha memberikan nasihat dan pandangan tetapi akhirnya simpati bertukar menjadi jatuh hati. Perkongsian demi perkongsian menyebabkan timbulnya rasa keserasian dan saling memerlukan.

Rasa serasi dan jatuh hati akan lebih mudah terjadi jika seseorang itu mampu melihat kelebihan yang ada dalam diri kekasih baharu berbanding pasangan sedia ada.

Ditokok tambah dengan kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri pasangan menjadikan seseorang itu buta hati. Maka, apabila seorang suami orang atau isteri orang itu dilayan lebih baik biarpun hanya secubit rasa, segala-galanya akan dirasai lebih nikmat dan bahagia berbanding bersama pasangan sendiri.

Mereka juga akan rasa lebih selesa dan selamat apabila kehendak yang selama ini tidak dipenuhi oleh isteri sendiri atau suami sendiri, mampu dilaksanakan sebaiknya oleh si kekasih.

Dalam kebanyakan kes, pasangan tidak pernah dimaklumkan mengenai kesilapan diri yang perlu diperbaiki agar mereka kekal dikasihi. Hal ini menyebabkan mereka terus tertanya-tanya dan tersalah memberikan layanan yang sepatutnya.

Keadaan layanan taraf lima bintang daripada si kekasih 'rahsia' ini menjadikan suami orang atau isteri orang merasai nikmat cinta terlarang. Adakalanya mereka sendiri sedar bahawa tindakan mereka menyalahi moral masyarakat dan kehendak syariat.

Di samping tiga faktor pendorong ini, sebab utama ialah kerana tiada niat yang ikhlas ketika mendirikan rumahtangga. Niat yang ikhlas bermaksud bersedia untuk menerima pasangan seadanya, susah senang bersama-sama dan sama-sama mahu memperbaiki diri demi keharmonian rumah tangga.

Niat yang ikhlas ketika berkahwin perlu sebab keikhlasan yang wujud boleh mendorong seseorang menerima kelemahan pasangan dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan tersebut bersama-sama dan bukannya dengan melakukan kesilapan yang sama.

Hindari cinta salah

Sebagai langkah pencegahan, perkara paling utama yang perlu dilakukan ialah berterus terang, berbincang dan cuba atasi segala masalah yang ada bersama pasangan.

Rata-rata isteri akan setia kepada suami kecuali apabila merasakan ada orang lain yang lebih memahami atau lebih bersikap melindungi.

Sebaik-baiknya, apabila isteri merasakan ada yang kurang dalam layanan suami, isteri perlu berterus terang dan suami pula perlu bersikap terbuka. Sama juga jika suami berada dalam situasi yang sama. Berbincang dan berterus-teranglah dengan isteri.

Ketepikan ego seketika, isteri anda pasti memahami anda jika diberikan peluang kepadanya. Jika masing-masing sayangkan perkahwinan, ikhtiar dan usahakan jalan penyelesaian.

Paling penting, elakkan berkongsi masalah anda terutama masalah rumah tangga anda dengan rakan berbeza jantina tidak kiralah apa juga status dirinya.

Jangan sangka suami orang lebih memahami atau isteri orang lebih mengerti. Pengertian dan pemahaman yang anda dambakan sukar bersifat profesional jika perkongsian berlaku hari ke hari dicampur rasa simpati yang tinggi.

Tiada istilah teman tapi mesra dalam sebuah rumah tangga jika kemesraan itu mampu mengoyak jiwa dan emosi pasangan anda.

Kita sentiasa diberikan pilihan maka berhati-hatilah dalam memilih agar pilihan yang dibuat tidak menjadikan kita hamba yang derhaka kepada-Nya.

Sumber: http://www.kosmo.com.my/

PENDAWAIAN TERSEMBUNYI

Pemasangan Pendawaian Tersembunyi
 
Pendawaian elektrik boleh dilakukan sama ada secara permukaan atau tersembunyi. Pendawaian tersembunyi biasanya dilakukan ketika kaperingkat pembinaanpbangunan. Dalam sistem ini, kabel atau pembuluh dipasang di dalam dinding atau siling dan tidak kelihatan langsung, kecuali penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal aksesori-aksesori. Dimana kita boleh tengok sistem ini? Contoh paling mudah ialah di rumah kita sendiri (rumah batu). Kita boleh nampak kotak soket, kotak suis, lampu dan juga kipas dekat dinding atau siling, tetapi kita tak nampak sebarang kabel diluar dinding dan siling. Inilah dinamakan sistem pendawaian tersembunyi untuk tujuan kekemasan dan memberi perlindungan kepada kabel untuk tempoh yang lebih lama
 
Jenis Pendawaian Tersembunyi



Pendawaian Tersembunyi menggunakan pembuluh
 
 

Pendawaian Tersembunyi menggunakan kabel bertebat
 
Kaedah pemasangan kabel
  • Pendawaian tersembunyi boleh dibuat samada semasa bangunan sedang dibangunkan atau bangunan sudah siap. Jika bangunan itu telah siap, proses memecah dinding konkrit untuk menebuk alur hendaklah dilakukan mengikut saiz dan ukuran kondiut serta ketebalan kabel yang hendak ditanam
  • Jika bangunan itu sedang dalam pembinaan, kondiut atau kabel hendaklah diletakkan sebelum dinding di lepa (plaster). Ini memudahkan dan melancarkan kerja-kerja pendawaian dilakukan.
  • Saiz lurah akan ditandakan terlebih dahulu pada dinding atau lantai. Bahagian yang ditanda itu kemudiannya akan dipotong dengan menggunakan mesin pencanai dan dibuang atau dipecahkan dengan menggunakan tukul dan pahat
  • Bagi kedalaman lurah dinding untuk memasukkan kondiut berukuran saiz 25mm kedalamannya ialah 40mm dan bagi kondiut berukuran 19mm kedalaman lurah dinding ialah 30mm.
  • Bagi kedalaman lurah dinding untuk menanam kabel biasanya berukuran antara 12mm hingga 20mm juga mengikut ketebalan kabel yang hendak ditanam.
  • Kabel boleh dibentangkan terus pada lurah dan diklip pada bahagian batu supaya tidak terkeluar daripada laluannya ketika kerja-kerja melepa dilakukan.
  • Ketika menebuk lurah, elakkan membina laluan kabel di tempat-tempat berikut untuk mengelakkan kerosakan kabel:
          a) Ruang untuk menggantung gambar, jam dan hiasan rumah
          b) Di atas bahagian tingkap dan pintu
          c) Tiang sokongan
 
Pendawaian Tersembunyi yang telah siap dipasang
Kebaikan pendawaian tersembunyi:
  • Pendawaian jenis ini lebih kemas / cantik.
  • Selamat kerana tidak terdedah kepada kerosakan mekanikal, bahan kimia dan haba.
  • Tahan lama
Kelemahan pendawaian jenis ini:
  • Apabila ada kerosakan sukar untuk diperbaiki
  • Memerlukan kos yang tinggi untuk membaiki kerosakan kabel
  • Punca kerosakan sukar dikesan
  • Kebarangkalian terkena paku akibat ketukan pengguna.
Ciri-ciri pemilihan sistem tersembunyi
  • Bekalan voltan jenis 1 atau 3 fasa;
  • Keseluruhan bangunan diperbuat daripada batu dan simen;
  • Memerlukan suasana bangunan yang kemas dan cantik;
  • Kerosakan mekanikal dapat dikurangkan;
  • Bilangan kabel yang perlu dipasang banyak;
  • Memerlukan tempoh ketahanan kabel lebih lama;
  • Kadar kuasa beban yang dipasang kecil
Jenis-Jenis Kabel
Jenis kabel yang digunakan bagi sistem ini adalah sama dengan sistem permukaan bergantung kepada kaedah pendawaian dan perlindungan mekanikal yang dibuat:
  • Pendawaian tersembunyi menggunakan pembuluh : kabel PVK
  • Pendawaian tersembunyi tanpa pembuluh : kabel PVK/PVK
Langkah-langkah untuk melakukan pemasangan Pendawaian Tersembunyi
Rajah di bawah menunjukkan gambar foto langkah-langkah untuk melakukan pemasangan pendawaian tersembunyi yang akan membantu anda memahami bagaimana membuat pendawaian tersembunyi nanti.
Langkah-langkah untuk melakukan pemasangan pendawaian tersembunyi
Amalan Semasa Mendawai Pendawaian Tersembunyi
Bagi memastikan penghasilan kerja-kerja pendawaian yang baik, kemas dan selamat,amalan-amalan kerja berikut mestilah dilakukan:
  •  Semua kabel pemasangan hendaklah dicengkam dengan timah seberapa tegang yang boleh
  • Sambungan kabel hanya boleh dilakukan di tamatan alat tambah.
  • Laluan pemasangan kabel mestilah dirancangkan terlebih dahulu bagi mengelakkan litar daripada bertindih.
  • Punca-punca bagi kabel hidup, neutral dan suis mestilah ditandakan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja pemasangan kabel dijalankan.
  • Semua pemasangan kabel atau alat tambah mestilah mengikut peraturan IEE/STM yang telah ditetapkan.
Peralatan dan bahan yang diperlukan untuk membuat Pendawaian Tersembunyi
Semasa melakukan kerja pendawaian, peralatan asas yang diperlukan adalah sama bagi semua jenis pendawaian seperti pemotong kabel, playar, tukul, pemutar skru dan pena penguji. Walaupun begitu terdapat peralatan khusus yang diperlukan bergantung kepada jenis pendawaian yang hendak dilakukan. Dalam kerja pendawaian tersembunyi ini peralatan yang anda gunakan perlulah dalam keadaan yang baik dan boleh berfungis sepenuhnya. Bagi mesin dan peralatan elektrik yang digunakan perlulah dipastikan peralatan tersebut menepati spesifikasi keselamatan yang diperlukan bagi mengelakkan sebarangan kemalangan yang berpunca dari penggunaan peralatan yang tidak menepati piawai.
Setelah selesai melakukan pendawaian peralatan yang anda gunakan mestilah disusun dengan kemas dan diletakan ke tempat asal berdasarkan 5S. Begitu juga juga baki bahan yang digunakan seperti kabel, dan klip timah mestilah disimpan semula. Amalkan sikap jimat cermat dan menjaga kebersihan.
Rajah di bawah menunjukkan peralatan dan kegunaan peralatan untuk membuat lurah bagi laluan kabel dalam melakukan pendawaian tersembunyi.

Peralatan dan kegunaan peralatan untuk membuat lurah
 
Teknik Melepa Alur Pendawaian Tersembunyi
Setelah lurah laluan kabel disediakan, anda perlu masukkan kabel atau paip dalam lurah tersebut bergantung kepada kaedah yang hendak anda gunakan. Setelah itu anda perlu menutup kabel dan lurah tersebut dengan menggunakan mortar. Ini bertujuan untuk menutup semua lurah-lurah yang dibuat dengan menggunakan lepaan mortar. Dalam melaksanakan kerja melepa alur pendawaian tersembunyi, pengetahuan dan ketelitian semasa membancuh adalah penting untuk menjamin kekuatan serta mutu hasil kerja yang diperlukan.
Lepaan simen terdiri daripada campuran simen pasir dan air bagi menghasilkan mortar. Nisbah bancuhan antara simen dan pasir yang digunakan adalah 1: 3, iaitu nisbah 1 untuk simen dan nisbah 3 untuk pasir.


Peralatan dan kegunaannya bagi kerja melepa lurah laluan kabel
Pengujian Pendawaian
Setiap pendawaian yang telah siap perlu dilakukan pengujian bagi memastikan semua pemasangan litar adalah dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. Pengujian yang perlu dilakukan adalah:
  1. Ujian keterusan
  2. Ujian rintangan penebatan
  3. Ujian kekutuban
  4. Ujian rintangan elektrod bumi
  5. Ujian peranti arus baki
Ujian Keterusan
Terdapat 3 ujian keterusan litar akhir yang utama
  1. Ujian keterusan pengalir pelindung
  2. Ujian keterusan pengalir litar akhir gelang
  3. Ujian keterusan pengalir hidup dan neutral
Semua pengujian yang dinyatakan di atas perlu dilakukan pada semua pendawaian yang telah siap melainkan ujian keterusan pengalir litar gelang. Ujian ini hanya perlu dilakukan pada pada litar soket alir keluar litar gelang sahaja.
Ujian Keterusan Pengalir Litar Gelang
Ujian ini dilakukan untuk memastikan setiap pengalir mempunyai keterusan disepanjang litar gelang..Alat pengujian yang digunakan ialah – Meter Pelbagai (Julat Ohm) atau Meter Ohm. Kaedah Ujian Keterusan pengalir litar gelang dilakukan seperti berikut:
  1. Tanggalkan kedua-dua punca pengalir hidup dari PLM , pengalir neutral dari terminal neutral dan pengalir bumi dari terminal bumi di kotak fius agihan.
  2. Sambungkan prob penguji seperti rajah xxx ( contoh yang diberi antara punca E-E).
  3. Ulang tatacara bagi punca (L-L) dan (N-N).
  4. Nilai bacaan meter bagi keterusan yang baik hendaklah kurang daripada 1 ohm.
Kaedah pengujian keterusan pengalir litar gelang

Thursday, December 13, 2012

PETA MINDA

Peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1960an sebagai kaedah yang boleh membantu pelajar, mencatat nota dengan ringkas dan berkesan. Menurut Subadrah (2001), penggunaan peta minda semakin penting sebagai satu kemahiran mengorganisasi maklumat dan menghuraikan konsep atau objektif secara teratur. Shahabudin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2007) menyatakan, peta minda membolehkan kita merangka, mencatat nota, merekodkan maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti atau membuat sesuatu persembahan. Peta minda yang dibentuk biasanya pelbagai dan bergantung kepada kreativiti seseorang.

Peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semua maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Menurut Poh Swee Hiang (2006), peta minda dibentuk berdasarkan bagaimana otak manusia merakam dan memproses maklumat secara linear dan dalam masa yang sama membuat pengelolaan yang menyeluruh seperti menghubungkait, membanding, menganlisa dan sebagainya. Peta minda adalah kebiasaannya dibina di atas sehelai kertas. Idea penting atau idea utama diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, imej, underlining, anak panah, warna dan sebagainya. Peta minda juga boleh menjimatkan masa dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran. Dalam proses pembelajaran, seseorang murid itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Menurut Dilip Mukerjea (1996), melalui peta minda seseorang itu dapat .... learn more, remember more, use less paper, invest less effort ... yang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga.

Semasa membina peta minda, maklumat penting yang disusun dan dikelolakan dengan cara keseluruhan. Susunan sedemikian dapat menghasilkan struktur pola yang kreatif selaras dengan cara otak seseorang memproses maklumat. Penggunaan peta minda lebih mudah untuk dirakamkan dalam ingatan jangka panjang. Poh Swee Hiang (2006) berpendapat, peta minda membantu anda mencatat nota dengan pantas dan mengelakkan pengulangan perkataan. Nota tersebut wujud sebagai satu gambaram mental yang lengkap, bermakna dan senang diingati.

Keberkesanan peta minda ini telah diakui oleh pelajar cemerlang SPM 2006, Nadia Rohani Malik Panter-Brick, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq, Besut, Terengganu. Beliau mendapat pangkat 1A dalam kesemua 14 mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan tersebut. Pejabat Pendidikan Daerah Besut (23 Mac 2007) melaporkan, Nadia yang bercita-cita menjadi seorang doktor pakar menggunakan kaedah peta minda Tony Buzan bagi memudahkannya mengulangkaji dan menghafal pelajaran.

Sasterawan terkenal tanahair, A. Samad Said telah mengadakan pameran “Daerah Samad – 100 lakaran oleh A. Samad Said” di Galeri Petronas, Suria KLCC. Menurut Johanna A. Sobrey (25 Jun 2007), manuskrip-manuskrip itu hasil tulisan tangan Pak Samad sendiri berperanan sebagai peta minda yang mengungkapkan secara intim, telus dan langsung sejarah pembentukkan karya-karya sasteranya dari mula sampai tamat. Selanjutnya dijelaskan, disebalik tompokan dan garisan-garisan halus mahupun cakaran liar, turut tersisip kata-kata puitis dan mesej mendalam yang meneropong kehidupan, keadaan serta perkara yang berlaku di persekitaran dan pelbagai perkara yang bermain di minda Pak Samad. Ini menunjukkan kelebihan penggunaan peta minda dalam membuat catatan idea sebelum dikembangkan dalam bentuk penulisan naratif.

Sumber: http://ccsgkasai.blogspot.com/

Kesahan Ramalan

Takrif Pekali Kesahan Ramalan

Menurut Marshall and Hales (1972), pekali kesahan ramalan diperolehi dengan menggunakan Korelasi Hasil Darab Momen Pearson. Nilainya diperolehi dengan mengkorelasikan skor-skor ujian dengan kriteria yang sesuai dimana skor-skor kriteria diperolehi setelah satu selang masa.

Manakala Gronlund (1990) mencadangkan bahawa prosedur biasa ialah dengan mengkorelasikan secara statistik dua set skor dan kemudian melaporkan darjah hubungan antara skor-skor berkenaan sebagai pekali korelasi.

Menurut L.R. Gay, pekali kesahan menunjukkan kesahan ramalan sesuatu ujian. Sekiranya pekali tersebut tinggi maka ujian tersebut mempunyai kesahan ramalan yang baik. Menentukan berapa nilai suatu pekali yang tinggi adalah tidak mudah. Menurut Gray tiada nilai istimewa yang boleh dianggap nilai pekali tinggi.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kesahan dan Kesahan Ramalan

Gronlund (1970) menyatakan bahawa terdapat beberapa faktor yang mungkin merendahkan nilai kesahan keputusan ujian. Salah satu daripadanya ialah alat penilaian itu sendiri.

Menurut Gronlund juga, sebarang kecacatan dalam pembinaan ujian akan menghalang item-item ujian daripada berfungsi secara harmoni dan seterusnya menyebabkan ujian tersebut tidak sah. Beliau juga menyatakan bahawa faktor-faktor emosi calon boleh mempengaruhi kesahan sesuatu ujian. Menurut Barbara S. Plake (1982), penyusunan item-item dalam ujian ialah satu pembolehubah penting yang akan mempengaruhi prestasi ujian. Kajian yang dilakukan oleh beliau mendapati pengetahuan penyusunan item-item oleh pelajar tidak mempengaruhi prestasi ujian secara signifikan. Menurut James M.Thyne (1974), berpendapat bahawa tujuan asas pemeriksa ialah untuk memaksimakan kesahan keputusan peperiksaannya. Ia mengemukakan empat syarat yang mesti dituruti iaitu :

(a) Penyemakan skrip-skrip peperiksaan mestilah konsisten. 
(b) Keputusan peperiksaan hendaklah mengukur kecapaian yang dikehendaki.
(c )Semua soalan yang diuji mestilah relevan dengan sukatan pelajaran. 4
(d) Pengagihan markah mestilah seimbang mengikut kesukaran soalan .

Kebolehpercayaan Sebagai Syarat Perlu Bagi Kesahan Dan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhinya. 
Menurut Lord & Novick (1968), suatu ujian dikatakan mempunyai kebolehpercayaan jika keputusan individu-individu dalam ujian berkenaan mempunyai persamaan apabila ujian yang sama diambil sekali lagi. Menurut Lord & Novick , ujian atau peperiksaan yang mempunyai kebolehpercayaan lengkap tidak wujud. Manakala George Sachs Adams (1966) berpendapat bahawa terdapat satu lagi faktor yang boleh mempengaruhi kebolehpercayaan ialah kesubjektifan penyemak dalam menyemak dan menilai skrip. Beliau menyatakan bahawa jika sesuatu skrip disemak secara objektif, ini akan mempertingkatkan konsistensi atau ketekalan pengukuran.

Sumber: http://www.ipbl.edu.my/

Tafsir Ayat: Allah berhak beri hidayah walaupun terhadap insan lakukan kejahatan

Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (Surah al-An’am, ayat 125).

Allah Maha Berkuasa untuk mengurniakan petunjuk dan hidayah-Nya kepada yang dikehendaki-Nya. Hanya dengan petunjuk dan hidayah Allah saja dapat mengubah manusia dan kehidupannya dari kekufuran kepada keimanan, kemaksiatan kepada ketakwaan, kezaliman kepada keadilan, kegelapan kepada cahaya kebenaran dan kegelisahan kepada ketenangan jiwa.

Hidayah itu ialah petunjuk yang dikurniakan Allah kepada manusia untuk mencapai kesejahteraan serta kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Islam menganjurkan umatnya supaya sentiasa memohon hidayah petunjuk daripada Allah ke arah jalan yang benar.

Lebih-lebih lagi perjalanan hidup berliku yang ditempuhi setiap insan menuntut ketabahan, kesabaran dan pertolongan Ilahi supaya dia berjaya dalam hidup. Oleh itu, Islam mensyariatkan amalan berdoa dan memohon petunjuk daripada Allah.

Hidayah petunjuk yang dianugerahkan Allah sebenarnya tidak boleh diukur berdasarkan keadaan lahiriah semata-mata. Sebaliknya, ia bergantung kepada keimanan dan ketakwaan yang bertapak kukuh dalam jiwa. Dalam erti kata lain, Allah mengurniakan hidayah kepada hamba yang beriman dan bertakwa.

Hidayah Allah tidak ada kaitan dengan hubungan pertalian darah atau kekeluargaan. Seseorang yang taat dan hidup bahagia dengan hidayah Allah, tidak semestinya anaknya juga begitu. Contohnya, Nabi Nuh dan anaknya serta Nabi Muhammad SAW dengan bapa saudaranya, Abu Lahab.

Ada juga orang fasik yang sentiasa bergelumang dosa tetapi anaknya seorang yang salih dan patuh ajaran Islam. Ini berlaku kepada Nabi Ibrahim dengan ayahnya, pengukir patung berhala.
Oleh sebab itu, kita tidak boleh menyangka orang yang selalu melakukan kejahatan tidak akan mendapat hidayah Allah kerana hanya Allah yang berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa dikehendaki-Nya.

Nabi dan rasul, tugasnya menyampaikan kerana tidak ada siapa yang dapat memberi petunjuk melainkan Allah.

Firman Allah yang bermaksud: “Tidaklah kamu diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk, (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk) akan tetapi Allah juga yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya). Dan apa juga harta halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri. Dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah. Dan apa juga yang kamu dermakan dari harta yang halal akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.” (Surah al-Baqarah, ayat 272)

Ibnu Kathir dalam kitab tafsirnya, Tafsir al-Quran al-Azim ada menyebut sebab turunnya ayat kerana ada beberapa orang Islam yang bersedekah kepada fakir miskin penduduk Madinah, kemudian setelah ramai bilangan yang masuk Islam, maka Rasulullah SAW menegah memberi sedekah kepada orang musyrikin.

Tujuannya ialah untuk menarik mereka supaya menganut Islam kerana Rasulullah SAW sangat mengambil berat akan hal ehwal mereka. Lalu turunlah firman Allah yang memerintahkan Baginda supaya terus memberikan sedekah kepada mereka.

Biarpun hidayah menjadi milik mutlak Allah, namun umat Islam dituntut untuk menyampaikan dakwah Islam kepada bukan Islam supaya beriman kepada Allah.

Dakwah yang baik dan berkesan hendaklah berpaksikan kepada tiga kaedah iaitu berdakwah secara hikmah atau bijaksana, memberi pengajaran atau contoh teladan baik dan bertukar fikiran atau berdialog dengan cara lebih baik.

Oleh itu, setiap Muslim perlu mempergiatkan usaha untuk berdakwah dan bersabar dalam menjalankan usaha dakwah Islamiah kepada bukan Islam supaya ia mencapai matlamat yang disasarkan iaitu keadilan Islam, keharmonian hidup serta kecemerlangan dalam hidup.

Hidayah dan petunjuk Allah akan sentiasa mengiringi setiap langkah dan jalan diterokai orang beriman dan bertakwa kepada-Nya dalam rangka untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

Penulis ialah Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin

Sumber: http://www.bharian.com.my/

Wednesday, December 12, 2012

Gambaran Hari Kiamat

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
  
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
  
Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
 
Sekalian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
  
Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
  
Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
  
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
  
Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah S.W.T. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
  
Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik di hari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
  
Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad S.A.W bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
  
Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
  1.  Pemimpin yang adil.
  2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah S.W.T.
  3. Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
  4. Dua orang yang bertemu kerana Allah S.W.T dan berpisah kerana Allah S.W.T.
  5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
  6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
  7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah S.W.T lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah S.W.T.
Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam a.s tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah S.W.T. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah S.A.W. Jarak masa antara satu Nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
 
Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad S.A.W ke hadrat Allah S.W.T. Lalu diperkenankan doa baginda.
 
Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba di bumi.
 
‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
 
Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang. Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak di hadapan istana.
 
Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
 
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
 
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad S.A.W, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
 
Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
 
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
 
Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad S.A.W dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
 
Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
 
Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan diadili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
 
Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
 
Syafaat Nabi Muhammad S.A.W di akhirat :
  1. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
  2. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
  3. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah S.W.T.)
Para Nabi dan Rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
 
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
 
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
 
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
 
Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat-sahabat yang lain. Sepertimana sabda Rasullullah S.A.W: *Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. *Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
  1.  Sedekah/amal jariahnya.
  2. Doa anak-anaknya yang soleh.
  3. Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Sumber: http://busuk.org/