Monday, January 21, 2013

LATIHAN BERASASKAN KOMPETENSI ADALAH PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR

Latihan Berasaskan Kompetensi atau Competency Based Trainning (CBT) adalah Pembelajaran berpusatkan pelajar atau pengajaran berpusatkan murid, merupakan satu pendekatan pendidikan di mana kurikulum, aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penilaian berfokuskan kepada murid. Murid merupakan tumpuan utama dalam model CBT. Bagi model CBT, fungsi kurikulum bukan hanya membentuk asas yang kukuh dalam disiplin tetapi juga mengembangkan kemahiran belajar dan self-awareness. Peranan guru lebih kepada menjadi fasilitator dalam membimbing murid. Tanggungjawab untuk belajar lebih tertumpu kepada murid. Proses dan tujuan penilaian bukan hanya memberi gred tetapi termasuk memberi maklum balas untuk penambahbaikan sepanjang proses pembelajaran.
 
Reka bentuk kurikulum CBT berfokuskan murid 
 
Ciri-ciri pembentukan kurikulum yang berfokus kepada pelajar adalah sepeti berikuti:
  1. Murid diberi peluang memilih kursus/program yang ingin diikuti.Struktur program dilaksanakan secara modular dan berfokuskan murid.
  2. Penyediaan program kurikulum dan ko-kurikulum yang mempunyai ciri pembelajaran aktif, menekankan kepada perkembangan kemahiran insaniah termasuk kefahaman dan pengetahuan isi kandungan disiplin.
  3. Penulisan Rancangan Sesi Latihan (RSL) dan Rancangan Pembelajaran (RP) berasaskan hasil di mana fokusnya adalah apa yang murid dapat lakukan. Kurikulum CBT bukan hanya menumpukan perolehan ilmu atau pengetahuan semata-mata, tetapi ianya memberi penekanan yang lebih kepada proses pembelajaran dan kompetensi murid.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid
 
Dalam menjayakan model CBT, aspek minda murid dan guru serta pendekatan aktiviti P & P perlu selaras dengan falsafah pembelajaran berpusatkan murid. Di antara strategi yang boleh diamalkan ialah:
  1. Menjadikan murid lebih aktif dalam memperoleh pengetahuan dan kemahiran melalui aktiviti kerja lapangan, tugasan, dan penggunaan ICT secara optimum.
  2. Menggalakkan murid bertanggungjawab untuk pembelajaran mereka sendiri dan menjadikan murid lebih sedar apa yang dipelajarinya.
  3. Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan model CBT amat bersesuaian dengan peringkat pembelajaran, termasuk pembelajaran koperatif, pembelajaran kolaboratif, pembelajaran komuniti, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan projek, kajian kes, pembelajaran berasas rakan sebaya, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran berasaskan inkuiri.  
Kaedah penilaian
 
 Model CBT memerlukan beberapa teknik penilaian yang berkualiti sebagai maklum balas perkembangan prestasi murid. Kaedah penilaian melalui CBT akan menyediakan peluang untuk murid mendapat memberi maklum balas dari guru, bagi penambahbaikan sepanjang proses pembelajaran murid tersebut. Penilaian yang sering digunakan adalah berbentuk formatif, dimana ia akan menyumbang kepada penilaian dan penaksiran di penghujung proses pembelajaran. Antara teknik penilaian bersifat formatif yang berpusatkan murid ini, adalah persediaan portfolio projek, dan kerja kumpulan. Penggunaan penilaian berasaskan rubrik perlu digalakkan untuk penilaian yang objektif dan berkesan dalam menilai tugasan pelajar.

1 comment:

  1. Terima kasih atasperkongsian maklumat yang amat berguna ini...moga Allah mengurniakan pahala atas kebajikan yang dilakukan ini...

    ReplyDelete