Sebelum memulakan sebarang perniagaan, perkara-perkara beriku perlu diteliti;
- Apakah jenis milikan perniagaan yang terdapat di Malaysia?
- Apakah implikasi setiap jenis milikan perniagaan?
- Apakah keperluan tatacara perundangan?
- Apakah pengaruh setiap jenis milikan?
- Mengapakah pemilihan jenis milikan perniagaan dianggap penting?
- Apakah bentuk milikan perniagaan yang terbaik
Persoalan-persoalan berikut boleh dijadikan panduan bagi menentukan bentuk yang terbaik untuk perniagaan anda.
- Adakah anda merancang untuk memperkembangkan perniagaan di masa hadapan?
- Berapakah keperluan modal untuk memulakan perniagaan dan untuk masa hadapan?
- Setakat manakah anda berkehendakkan tahap kawalan dalam proses membuat keputusan perniagaan anda dikenhendaki? Adakah anda sanggup berkongsi idea dan potensi keuntungan perniagaan dengan orang lain yang boleh membantu membangun dan menjayakan perniagaan/
- Apakah pertimbangan percukaian yang dianggap penting?
- Apakah sumber pendapatan yang ada dan bagaimanakah ia dilindungi?
- Sekiranya perniagaan gagal, sejauhmanakah anda sanggup bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bhutang-hutang yang ditinggalkan oleh perniagaan?
- Adakah penting perniagaan diteruskan sekiranya anda tidak berkemampuan atau meninggal dunia?
No comments:
Post a Comment