Tuesday, October 19, 2010

Kemahiran Kebolehkerjaan

Sejajar dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk membangunkan modal insani khususnya dalam aspek Latihan kemahiran, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa menyokong untuk meningkatkan tahap kemahiran seseorang pelajar bagi menghadapi perubahan dalam dalam struktur ekonomi dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Tenaga pekerja yang mahir merupakan syarat asas untuk menjamin perkembangan ekonomi negara. Seperti yang diketahui latihan kemahiran juga dikenal pasti menjadi sebagai tonggak kejayaan sektor ekonomi di negara-negara seperti Jepun, Korea Selatan dan Jerman. Negara tersebut sebenarnya mempunyai sistem latihan yang mantap serta mampu menghasilkan tenaga kerja yang kompeten serta memenuhi keperluan sektor industri di negara tersebut termasuk sektor perkhidmatan. Bagi tujuan tersebut sektor pendidikan teknik, vokasional dan kemahiran di Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pelajaran Malaysia, memainkan peranan yang penting dalam membantu membina modul dan unit kompetensi selaras dengan kemahiran yang diperlukan dan seterusnya memberi peluang pelajar memenuhi ruang pekerjaan (employability) apabila tamat persekolahan.

Berdasarkan kepada perkembangan dan perubahan struktur ekonomi semasa, pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia sedang giat usaha untuk memartabatkan aspek latihan kemahiran ke tahap lebih berkualiti bagi memenuhi keperluan permintaan tenaga kerja dalam pelbagai sektor seperti perkilangan dan perkhidmatan. Malah usaha juga sedang dan akan dilakukan untuk menyediakan tenaga kerja bagi memenuhi keperluan sektor industri yang baru muncul (new emergence industry).

Atas dasar ini, terdapat lapan kemahiran kebolehkerjaan yang perlu dikuasai oleh pelajar iaitu komunikasi, kerja berpasukan, penyelesaian masalah, perancangan dan pengurusan diri, keupayaan pembelajaran, penggunaan teknologi, berinisiatif dan keusahawan.

Rajah: Kemahiran Kebolehkerjaan

Menurut BPK 2010, Kemahiran kebolehkerjaan adalah kemahiran dan kualiti individu yang diperlukan oleh majikan terhadap pekerja baru apabila mereka mula bekerja, kualiti dan individu ini adalah berguna kepada semua pihak. Kemahiran ini boleh dipindahkan dari satu bidang kerja ke satu bidang kerja lain. Kemahiran kebolehkerjaan ini tidak meliputi kemahiran kualiti yang diperlukan dalam sesuatu bidang pekerjaan yang khusus sahaja malah merangkumi semua bidang kerjaya.

Adalah diharapkan, kerjasama rapat di antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan sektor perindustrian yang berterusan dapat melahirkan lebih ramai tenaga mahir bukan hanya didalam bidang kecantikan malahan dalam bidang-bidang lain pada masa akan datang.

Adam Othman
Sektor Teknik dan Vokasional
BPK, Kementerian Pelajaran Malaysia

1 comment:

  1. assalamualaikum encik.
    sy sangat tertarik penulisan encik berkenaan kebolehkerjaan. penulisan encik dijadikan anatara rujukan penulisan kajian sy.
    sy ingin mendapatkan pandangan encik berkenaan kebolehkerjaan.sy amat berharap encik menghubungi sy suhada hasan 0104064771 @ suhadahasan@yahoo.com

    ReplyDelete