Berkata Abdul Aziz bin Rafi’:
“Apabila dibawa naik roh seorang Muslim ke langit (roh kafir tetap di bawah) berkatalah malaikat: Maha suci Allah yang telah menyelamatkan hamba ini dari godaan syaitan. Ya aneh! Bagaiman ia boleh selamat.’
Sampai malaikat haran kalau ada orang mukmin yang mati dalam keadaan selamat dari godaan syaitan. Ini menunjukkan hebatnya godaan syaitan yang tidak pernah tidur daripada menyesatkan dan menggoda manusia.
Seorang lelaki pernah bertanya kepada Al-Hasan Al-Bashri: “Apakah iblis itu tidur?” Jawabnya: “Kalau ia tidur tentu kita mendapat kesenangan”.
Maka hanya orang-orang diiklaskan oleh Allah s.w.t. dapat selamat dari godaan syaitan. Allah tidak begitu sahaja mengiklaskan diri manusia sebelum manusia itu sendiri berlaku iklas betul kepada Allah. Dan boleh dicapai yang sebetulnya ialah dengan mengikut ajaran sunnah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. Golongan inilah yakni yang mengikut sunnah Rasulullah s.a.w yang sangat sukar bagi syaitan untuk menggoda dan menyesatkannya.
No comments:
Post a Comment