Kaedah dan teknik mengajar adalah dua istilah yang kerap digunakan bersama atau silih berganti. Kaedah ditafsirkan sebagai peringkat sesuatu teori pengajaran itu cuba dipraktikkan. Pemilihan dibuat untuk menentukan kemahiran-kemahiran tertentu yang hendak diajar. Susunan bagaimana isi pelajaran itu akan disampaikan juga ditentukan. Teknik adalah peringkat pelaksanaan pengajaran di bilik darjah. Teknik yang sesuai memudahkan pencapaian sesuatu objektif pengajaran.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Kaedah Mengajar
Terdapat pelbagai kadeah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru uutk menyampaikan pelajaran. Walaubagaimanapun, guru perlu memilih kaedah yang tepat dan sesuai gar penyampaiannya lebih berkesan dan menarik. tidak ada satu kaedah yang boleh dikatakan sebagai kaedah terbaik. Beberapa factor yang perlu diberikan pertimbangan dan diubahsuaikan agar sesuatu kaedah itu lebih berjaya dan berkesan. Menurut Pierce dan Lorber (1977) terdapat lima faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah mengajar.
1. Objektif pengajaran yang hendak dicapai.
2. Jangka masa pengajaran.
3. Bahan-bahan pengajaran yang ada.
4. Latar belakang pelajar.
5. Jumlah dan susunan pelajar.
1. Objektif pengajaran
Sebelum memulakan pengajaran guru perlu memikirkan apakah objektif-objektif pengajaran dan
pembelajaran yang hendak disampaikan.setelah memastikan objektif-objektif, barulah guru
Sebelum memulakan pengajaran guru perlu memikirkan apakah objektif-objektif pengajaran dan
pembelajaran yang hendak disampaikan.setelah memastikan objektif-objektif, barulah guru menentukan apakah kaedah yang paling sesuai untuk mencapai objektif tersebut. Penyediaan objektif semestilah berdasarkan isi atau kandungan mata pelajaran yang terkandung dalam sukatan pelajaran mata pelajaran tersebut.
Jumlah objektif tertakluk kepada kelas yang diajar, bagi kelas yang agar baik pencapaian pelajarnya, bilangan objektif pengajaran mungkin lebih daripada kelas yang agak lemah pencapaian pelajarnya.
2. Jangka Masa pengajaran
Kebanyakan sekolah menetapkan jangka masa pengajaran di antara 30 minit hingga 40 minit atao 60 minit hingga 80 minit sekiranya pelajarn tersebut diberikan dua masa yang berturutan. Dengan jangka masa yang telah ditetapkan itu, guru perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan dalam masa tersebut. Beberapa kaedah perlu diubahsuai agar pelajar tidak melebihi masa. Misalnya, sekiranya guru memilih kaedah perbincangan yang bercorak perbahasan, sebaik-baiknya menggunakan dua masa pelajaran. Jumlah pelajar yang terlibat dan masa menyampaikan hujah-hujah perlu diambil kira agar perbahasan dapat dijalankan dalam jangka masa yang sepatutnya.
4. Bahan Pengajaran
Selain isi pelajaran, alat-alat bantu mengajar juga termasuk di dalam bahan pengajaran. Guru perlu menentukan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Sekiranya isi pelajarn itu berbentuk kemahiran seperti kemahiran mendengar dan bertutur di dalam pelajaran bahasa, guru perlu memilih kaedah dan teknik yang sesuai supaya pelajar dapat mempraktikkan kemahiran- kemahiran tersebut.
Sekiranya guru perlu menggunakan alat bantu mengajar, alat tersebut hendakalah sesuai digunakan dengan kaedah atau teknik yang dipilih. Biasanya alat bantu mengajar boleh disesuaikan dengan kaedah. Penggunaan papan tulis atau carta misalnya, boleh digunakan dengan pelbagai kaedah. Cuma masa menggunakan alat-alat tersebut mungkin perlu diubah suai, sama ada di peringkat awal, pertengahan atau akhir pengajaran.
Guru juga perlu meninjau kelengkapan yang ada di sekolah supaya boleh menggunakannya dan memastikan kelengkapan tersebut dalam keadaan yang baik. Alat-alat seperti carta, sebaik-baiknya dibuat sendiri agar sesuai dengan objektif dan kaedah yang dipilih.
5. Latar Belakang Pelajar
Kaedah atau teknik yang dipilih hendaklah sesuai dengan latar belakang pelajar. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah umur, jantina dan peringkat pencapaian atau keupayaan pelajar. Kaedah yang agak rumit seperti kaedah menyelesaikan masalah yang memerlukan pelajar mencari penyelesaian sesuatu masalah, tentulah tidak sesuai bagi murid-murid di peringkat rendah.
Guru boleh mengetahui latar belakang pelajar dengan bertanya kepada guru kelas atau guru mata pelajaran. Cara lain ialah dengan menjalankan ujian pada hari pertama untuk mengetahui tahap pencapaian kelas tersebut.
6. Jumlah dan susunan pelajar
Jumlah pelajar dan susunan tempat duduk pelajar juga boleh mempengaruhi kaedah ang hendak digunakan. Kelas yang agak ramai jumlah pelajarnya, biasanya menimbulkan masalah dari segi kawalan kelas dan keberkesanan pengajaran. Walau bagaiamanapun, guru boleh mengubah suai kaedah yang digunakan supaya jumlah pelajar tidak menjadi halangan bagi memilih kaedah. Misalnya, sekiranya guru memilih kaedah permainan, pelajar boleh dipecah- pecahkan menjadi kumpulan-kumpulan kecil dan setiap kumpulan ini menjalankan permainan
masing-masing.
Tempat duduk pelajar yang mudah alih boleh membantu kaedah pengajaran dan selain bilik darjah guru juga boleh menggunakan tempat lain yang sesuai sepeti di dalam dewan, Pusat Sumber atau di persekitaran sekolah.
No comments:
Post a Comment