Thursday, September 20, 2012

Kekacang Penutup Bumi Di Kebun Kelapa Sawit


Menanam kekacang penutup bumi dilakukan setelah kerja-kerja pembarisan selesai dilaksanakan (Kawasan gambut tidak perlu tanam kekacang).

Penutup bumi adalah untuk:
  • Mengawal hakisan
  • Memperbaiki status zat pemakanan dalam tanah, khususnya Nitrogen
  • Memelihara kelembapan tanah
Tiga jenis kekacang penutup bumi yang biasa ditanam adalah:
  1. Centrosema pubescens
  2. Pueraria phaseoloides
  3. Calopogonium mucunoides/caeruleum
Kaedah ringkas menanam kekacang penutup bumi adalah seperti berikut:
  • Umumnya campuran 10g kompos rhizobium dengan 10kg biji benih kekacang digunakan.
  • Campuran tersebut ditabur didalam jalur yang selari diantara 2 barisan pokok kelapa sawit.
  • Jarak diantara jalur-jalur adalah 2 meter.
Contoh kadar campuran biji benih kekacang adalah seperti berikut:-
  1. Kekacang Kg/ha
  2. Centrocema pubescens 4.0
  3. Pueraria phaseoloides 1.1
  4. Calopogonium caeruleum 0.6

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers