Thursday, September 6, 2012

Khasiat daun sirih untuk kesihatan


Khasiat daun sirih untuk kesihatan

Daun sirih sememangnya sudah menjadi amalan golongan dari dahulu lagi. Pasti anda mempunyai pengalaman melihat atuk atau nenek kita sentiasa mengunyah daun sirih. Tetapi golongan muda kini pasti tidak tahu khasiat yang terdapat pada daun sirih ini.

Khasiat daun sirih ini sudah banyak dikenal dan telah teruji secara klinis, dan sehingga kini penelitian tentang tanaman ini masih terus dikembangkan. Daun sirih sangat bermanfaat untuk mengubati berbagai penyakit.

Disini kami senaraikan 14 jenis masalah kesihatan yang dapat diubati dengan menggunakan daun sirih.
  1. Batuk: Siapkan 15 lembar daun sirih dan tiga gelas air. Cuci daun sehingga bersih dan rebus sampai tersisa menjadi tiga perempat bahagian. Minum bersama madu.
  2. Bronkitis: Rebus tujuh lembar daun sirih yang telah dicuci bersih bersama sepotong gula batu dalam dua gelas air bersih. Tunggu sampai tersisa menjadi satu gelas. Minum tiga kali sehari masing-masing sepertiga gelas.
  3. Menghilangkan bau badan: Ambil lima lembar daun sirih dan rebus dengan dua gelas air. Tunggu sampai tersisa menjadi satu gelas. Minum pada waktu siang.
  4. Luka bakar: Ambil daun sirih secukupnya dan cuci bersih. Peras airnya dan tambahkan sedikit madu, kemudian letakkan ke tempat luka.
  5. Mimisan: Siapkan satu lembar daun sirih yang agak muda, kemudian memarkan dan gulung. Gunakan untuk menyumbat hidung yang berdarah.
  6. Bisul: Ambil daun sirih secukupnya dan cuci bersih. Setelah itu giling sampai halus dan disapukan pada bisul dan sekelilingnya. Balut dan ganti dua kali sehari.
  7. Mata gatal dan merah: Sediakan 5-6 daun sirih muda dan segar rebus dengan segelas air sampai mendidih. Tunggu sampai dingin dan gunakan untuk mencuci mata dengan gelas cuci mata tiga kali sehari sampai sembuh.
  8. Koreng dan gatal-gatal: Rebus 20 lembar daun sirih sampai mendidih. Gunakan air rebusan yang masih hangat untuk membasuh koreng dan gatal.
  9. Menghentikan gusi berdarah: Rebus empat lembar daun sirih dalam dua gelas air. Gunakan untuk berkumur.
  10. Sariawan: Ambil 1-2 lembar daun sirih kemudian cuci bersih. Kunyah sampai lumat dan buang ampasnya setelah selesai.
  11. Menghilangkan bau mulut: Siapkan 2-4 lembar daun sirih, cuci bersih dan remas. Kemudian rendam daun sirih dengan air panas lalu gunakan untuk berkumur.
  12. Jerawat: Ambil 7-10 lembar daun sirih, cuci bersih dan tumbuk halus. Masukkan masukkan daun sirih yang sudah ditumbuk halus dengan dua gelas air panas. Gunakan air tersebut untuk mencuci muka. Lakukan 2-3 kali sehari.
  13. Keputihan: Rebus 10 daun sirih yang telah dicuci bersih dalam 2.5 liter air. Gunakan air rebusan yang masih hangat tersebut untuk mencuci bahagian sulit.
  14. Mengurangi ASI berlebih: Ambil beberapa daun sirih, cuci bersih dan sapukan sedikit dengan minyak kelapa. Kemudian hangatkan di atas api sampai layu. Tempelkan di seputar payudara yang bengkak selagi masih hangat.
Sumber: tupai.com

1 comment:

  1. air sirih boleh ke minum direct selepas direbus,.... maksud sy bila dah sejuk heheh...minum mcm minum air tea.

    ReplyDelete