Wednesday, September 12, 2012

KHALIFAH ABDUL RAHMAN AL-DAKHIL


Kelahiran Kerajaan Umayyah Di Sepanyol

"Sekiranya Islam tidak mencipta kertas, kompas dan senjata, nescaya barat akan sentiasa berada pada keadaan yang tidak membangun hingga sekarang."

Pemerintahahan kerajaan Umayyah Di Sepanyol yang terpisah dari pusat Kerajaan Abbasiyah di Baghdad bermula apabila Abdul Rahman bin Muawiyah bersama pengikut-pengikutnya merampas kuasa pemerintahan negeri Sepanyol di Cordoba di bawah pimpinan Gabenor Yusof bin Abdul Rahman Al-Fihri pada tahun 756M (138H).

Kisah hidup beliau cukup mencabar dan penuh dengan pelbagai rintangan. Abdul Rahman adalah seorang pemuda yang berhati cekal, berani, mempunyai semangat serta keazaman yang cukup kuat. Dilahirkan di Damacus Syria menrupakan cucu kepada Khalifah Hisyam ibn Abd al Malik. Ketika gerakan Abbasiyah semakin kuat, Abdul Rahman bersama keluarganya berjaya melepaskan diri dari khemah tahanan Abbasiyah di tepi sungai Furat. Sepanjang melarikan diri beliau mengembara dan terpaksa menyamar diri dari satu kabilah ke satu kabilah yang lain kerana gerakan menjejaki dan bunuh waris dan keturunan khalifah Ummayah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Abbasiyah semakin hebat.

Beliau kemudian melarikan diri ke Palestine dimana ia bertemu dengan seorang teman yang dikenali sebagai Bedr (Badar). Bermula dengan Bedr, beliau mengembara menuju ke Barat melalui Sinai dan kemudian ke Mesir. beliau kemudian menuju ke Afrika Utara ( Maghribi) bagi menemui penyokong kerajaan Bani Umayah. Malangnya beliau dan Bedr dikhinati dan hampir dibunuh oleh Gabenor Abbasiyah. mereka dapat melepaskan diri dan menuju ke Ceuta pada 755. Beliau berjaya mengumpulkan tentera dan meneruskan pejalanan ke Sepanyol. Pada masa tersebut berlaku pepecahan antara suku Arab dengan Bangsa Barbar.
Manakala Sepanyol berada di dalam kekeliruan akibat kejatuhan Khalifah Ummayah di Damsyik. Abdul Rahman berjaya mendapatkan sokongan dari bekas Komander syrian yang berkhidmat dengan kerajaan Umayah iaitu Obeid Allah ibn Uthman dan ibn Khalid. Kedatangan beliau melintasi selat Andalus menuju ke Malaga dimana beliau di sambut oleh 300 orang tentera dibawah pimpinan ibn Uthman dan Ibn Khalid.

Bermula dengan 300 orang pengikut, Abdul Rahman berjaya mendapat sokongan dari penyokong Ummayah dan Yemen dan berjaya menakluk Sevilla. tentera beliau berjaya menakluk bandar demi bandar dan akhirnya berjaya menakluk Cordoba dengan mengalahkan Gabenor Yusof bin Abdul Rahman Al-Fihri pada 756M (138H).

Di atas kejayaan ini Abdul Rahman terkenal dan digelar Al-Dakhil ( yang memasuki negeri) bersempena kejayaan menubuhkan kerajaan Umayyah di Sepanyol selepas kejatuhan pusat petadbiran di Damsyik Syiria.

Beliau memutuskan perhubungan antara negeri Sepanyol dengan Kerajaan Abbasiyah dan menjadikan Cordoba sebagai pusat Petadbirannya. Sepanjang hayatnya beliau banyak menghabiskan masa menentang musuh dari dalam dan luar negara untuk menegakkan pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah di Sepanyol. Banyak Amir dari bangsa Arab dan Barbar yang memberontak kerana ingin mendirikan kerajaan kecil tetapi Abdul Rahman berjaya mengatasi semua pemberontakan tersebut. Malah Kerajaan Abbasiyah pada masa tersebut dibawah pemerintahan Khalifah Al-Mansur tidak ingin melihat raja dari keturunan Umayyah masih bertapak dan menentangnya di Sepanyol walaupun negeri tersebut terlalu jauh jarak dari Kota Baghdad telah menghantar Gabenor yang bernama Al-Ala ibnu Mughis bersama tentera yang lengkap bagi merampas semula Sepanyol. Malangnya beliau dikalahkah dengan mudah oleh Abdul Rahman. Kepala Al-Ala dan penasihatnya di potong, ditaruh garam dan kapur barus kemudian di bungkus dalam bendera hitam dan dihantar kepada Khalifah Al-Mansur.

Merasa dirinya tercabar, Khalifah Al-Mansur telah meminta bantuan dari Raja Charles dari Perancis. Namun dengan kebijaksanaan Abdul Rahman serangan tersebut berjaya dipatahkan. Sebaik segala penentangan dari luar dan dalam berjaya diatasi, beliau mula menumpukan kepada memulihkan kerajaan dari aspek kemajuan. Beliau hanya memakai gelaran Al -Amir dan gelaran tersebut terus-menerus dipakai sehinggalah Abdul Rahman III yang bergelar Abdul Rahman Al-Nasir menjadi Khalifah.

Sepanjang pemerintahannya, beliau telah mencantikkan bandar -bandar dibawah pemerintahanya, mengadakan telaga simpanan air, membina tali air, memajukan perusahaan pertanian dan membina benteng disekeliling kota. Pada tahun 786M, beliau telah meletakkan batu asas sebuah masjid yang besar di Cordoba yang menjadi simbol pemerintahan Islam. Masjid ini diberi nama Masjid Al-Qurtuba yang merupakan satu keagungan kerajaan Islam Sepanyol dalam bidang senibina.

Beliau juga terkenal kerana berjaya menyatukan semua bangsa dan kaum yang berbagai keturunan menjadi satu bangsa yang satu iaitu bangsa Andalusia. Ini merupakan contoh yang memupuk idea satu corak kebangsaan yang tunggal ( Nationalism). Selepas memerintah selama 31 tahun, beliau meninggal dunia pada 788M pada usia 61 tahun dengan mewariskan negaranya dengan kekayaan dan kebesaran. puteranya Hisyam mengantikan beliau meneruskan segala usaha yang dilakukkan oleh Amir Abdul Rahman Al-Dakhil.

Selain dari Al-Dakhil, Abdul Rahman juga digelar Falcon of the Quraish ( helang orang Quraish) musuh beliau iaitu Khalifah Al - Mansur. Kata Khalifah Al-Mansur " Abdul Rahman adalah Helang bagi orang Quraish kerana berjaya mengelak dari dibunuh, berkelana melintasi Asia dan Afrika bagi mencari kejayaan tanpa ditemani bala tentera melintasi laut sehingga ke bumi yang tidak pernah beliau jejaki. Bermula tanpa mempunyai apa-apa hanya beliau sendiri sehingga berjaya mendapatkan sokongan, menghapuskan pemberontakkan, menyatukan penduduk, menguatkan tentera, berjaya menghalang kemaraan tentera kristian,membina negara dan menyatukan rakyatnya. tiada sesiapa sebelum beliau yang berjaya melaksanakan apa yang beliau tempuhi

Sumber: http://jempolslife.blogspot.com/

1 comment: